Perbincangan:Senarai warna

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Saya tak setuju dengan isi rencana ini. Dicedok bulat-bulat daripada WikipediaEn. Kebanyakan warna hanya relevan dalam bahasa Inggeris dan tiada dalam perbendaharaan Melayu. ~ Aviator 06:58, 11 September 2007 (UTC)[balas]

Saya penat lelah buat rencana. Dah ada orang kutuk rencana dan pembuatnya. Kalau boleh, terjemahkanlah hasil kerja saya. Bukan komen buruk tentang rencana ni! — Imran Al-Sahih 10:36, 11 September 2007 (UTC)[balas]
Saya beri amaran pada anda. Jika anda pandai-pandai gantikan laman rencana ni. Saya akan kembalikan kandungannya kepada yang asal. Imran Al-Sahih 11:08, 11 September 2007 (UTC)[balas]
Sungguhpun tiada nama Melayu, tidak bermakna orang Melayu tidak nampak warna itu. Kita cuba padankan dengan yang paling hampir, bukannya mengelak menulis mengenainya. Kita ada banyak warna, hijau pucuk pisang, unggu biji kundang dll. Jikalau tidak diletakkan, mana kita tahu tidak ada padanannya. Yosri 10:42, 11 September 2007 (UTC)[balas]
Bukan semua warna dalam rencana en:list of colors mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Dan tidak semestinya semua warna dalam bahasa Melayu mempunyai padanan tepat dalam bahasa Inggeris. Saya hanya mencadangkan supaya kita mencipta laman ini sendiri tanpa mencedok daripada WikipediaEn ataupun bahasa lain. Bila siap barulah cari padanan dalam bahasa Ingeris.
Kepada saudara Imran, niat saya adalah menegur, bukan mengutuk. Kenapa cepat sangat naik angin? Salahkah kalau saya membantah kaedah penulisan rencana di sini? Kenapa anda tidak setuju kalau laman ini ditukar? Bukankah Wikipedia boleh disunting oleh sesiapa jua? Di bawah kotak penyuntingan pun ada tulis: Jika anda tidak ingin rencana anda disunting atau disebarkan secara bebas, jangan hantarkan ia ke sini. Kalau anda mahu memulakan edit war, saya tak kisah. Kalau anda mengunci laman ini, saya kira anda tidak setuju dengan model penyuntingan terbuka yang digunakan di sini. Dalam Islam pun ada sistem syura, kan? Tidak bolehkah anda mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk saya? ~ Aviator 12:54, 11 September 2007 (UTC)[balas]