Perbincangan:Silat Awang Sulong Merah Muda

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

SEJARAH BERMULANYA Persatuan Seni Silat Awang Sulung Merah Muda DI MALAYSIA

Pengasas Seni Silat Awang Sulung Merah Muda ialah Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid. Beliau ialah seorang Pawang Diraja Sultan Perak dan telah berguru dengan beberapa orang guru silat yang berbangsa Siam Patani. Pada awal tahun 1969, Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid telah mengijazahkan ilmu persilatan ini kepada anak saudara beliau yang mana merupakan Guru Utama Persatuan ini iaitu Tuan Guru Encik Azmi bin Abd Hamid. Turut serta mendalami ilmu persilatan ini pada ketika itu ialah adik kembar Tuan Guru Azmi Abd Hamid iaitu Encik Azli Abd Hamid serta anak lelaki Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid iaitu Encik Azman bin Haji Shafie serta seorang anak angkat.[perlu rujukan] Gelanggang persilatan ini pada ketika itu ialah di kediaman Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid sendiri yang terletak di Kampong Manjoi, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

Pada tahun 1983, setelah di ijazahkan sebagai Guru Utama maka Tuan Guru Azmi Abd Hamid mengambil keputusan untuk berpindah ke daerah Kulim kerana mengikut keluarganya dan mengembangkan ilmu Seni Silat Awang Sulung Merah Muda ini kepada penduduk berdekatan di Kampung Simpang Tiga Keladi, Kulim, Kedah Darul Aman .Berkat ketekunan dan kesungguhan beliau penuntut persilatan ini semakin bertambah. Anak murid beliau juga sering di jemput untuk mengadakan persembahan silat di majlis perkahwinan dan program anjuran Pejabat Belia & Sukan Daerah Kulim.

Semakin hari bilangan penuntut silat ini semakin bertambah dan aktiviti luaran yang melibatkan program bersama Pejabat Belia & Sukan seringkali dihadiri. Menyedari hakikat bahawa kumpulan silat ini belum berdaftar maka dengan inisiatif dan sokongan Pegawai Belia & Sukan Daerah Kulim pada ketika itu, Encik Razali bin Haji Rashidi maka kumpulan silat ini telah didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan Kedah/Perlis pada awal tahun 2000 dengan jumlah keahlian seramai 35 orang.

Sehingga kini keahlian semakin bertambah dengan tertubuhnya gelanggang-gelanggang cawangan baru di kawasan daerah Kulim ini. Sekarang ini, terdapat cawangan yang baru ditubuhkan iaitu di Damansara.