Perbincangan:Syair Bidasari

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Syair Tengku Perbu dalam artikel Syair Bidasari?[sunting sumber]

Saya lihat ada kesilapan berlaku pada artikel yang sepatutnya menulis tentang Syair Bidasari. Artikel yang bertajuk Syair Bidasari ini telah dibubuh teks tentang Syair Tengku Perbu yang langsung tiada kaitan dengan Syair Bidasari. Kedua-duanya merupakan syair yang berbeza.

Jadi, saya akan menyunting artikel ini dan memasukkan maklumat yang sepatutnya tentang Syair Bidasari.

MoBs (bincang) 12:20, 14 Julai 2013 (UTC)[balas]

Nampaknya telah ada seseorang menyunting artikel ini dengan membuang "Syair Tengku Perbu" yang tak patut dimasukkan dalam artikel tentang Syair Bidasari ini. Namun izinkan saya menambah maklumat Syair Bidasari ini berdasarkan artikel dalam Wikipedia versi bahasa Indonesia. MoBs (bincang) 17:51, 14 Julai 2013 (UTC)[balas]
Silakan. Sekiranya anda dapat menggabungkan maklumat itu dengan maklumat dalam pautan luar yg diberikan, itu lebih baik. ...Aurora... (b) 06:58, 15 Julai 2013 (UTC)[balas]

Tarikh manuskrip disalin atau dikarang & asal usul Syair Bidasari[sunting sumber]

Menurut Liaw Yock Fang, dalam bukunya bertajuk "Sejarah Kesusasteraan Melayu Klassik"(1975), dipercayai teks Syair Bidasari ditulis (berasal) seawal 1750 Masihi.

Bagaimanapun, Syair Bidasari tersebut adalah berdasarkan sebuah hikayat Kembayat Negara, menurut pengarang Syair Bidasari (rangkap pertama syair). Hal asal usul cerita Bidasari itu diambil atau diinspirasikan daripada hikayat yang berasal daripada kerajaan kuno tersebut. Kembayat Negara diyakini ialah kerajaan Champa yang telah pun wujud beberapa abad lamanya sebelum itu.

Saya ada terbaca artikel/jurnal tentang Kembayat Negara itu, sebelum ini. Jadi kalau boleh saya akan cari lagi maklumat tambahan tentang sejarah Syair Bidasari ini. MoBs (bincang) 18:19, 14 Julai 2013 (UTC)[balas]