Perbincangan:Taoisme

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagi mereka yang pandai-pandai menulis karya ini,
Adakah anda merujuk sumber-sumber yang betul sebelum memulakan contengmu? Sumber yang mana menunjukkan Taoisme adalah sebegitu? Samada anda belum habis membaca dah mula menconteng-conteng? Samada anda merupakan orang yang tau sikit bagai tau semua? Samada anda sengaja mencipta kisah di belakang yang benar? Saya malu melihat nama-nama termuncul dalam sejarah artikel ini merupakan nama-nama penyelia.Nerake 15:03, 10 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Nerake, saya berasa kita tidak boleh menyalahkan pengguna-pengguna yang telah berusaha menyumbang kepada rencana ini. Apa yang ditulis dalam rencana ini adalah tanggapan umum oleh orang yang tidak begitu memahami asal Taoisme. Bagaimanapun, saya berasa bahan-bahannya masih digunakan. Bahan-bahan ini boleh dikumpulkan dalam satu bahagian yang bertajuk "Kesalahfahaman yang biasa terhadap Taoisme". Ini bukan suatu sindiran. Sebaliknya kesalahfahaman itu bukan sahaja dibuat oleh penulis-penulis rencana itu, tetapi juga merangkumi sebahagian besar penganut Taoisme. Jika anda tidak percaya, cubalah tanya penganut-penganut Taoisme. Kebanyakan mereka cuma tahu meminta empat ekor daripada dewa-dewa Cina, seperti Tua Pek Kong, hehehe. Kan terdapatnya peribahasa Cina yang berkata: "Tiada hal, tak kan nak mengunjungi kuil?" hehehe.

Nerake, kita harus mengasingkan penulis yang membuat "kesilapan" dengan sengaja daripada kesilapan yang jujur. Saya berpendapat bahawa penulis-penulis rencana itu telah berusaha sedaya upaya mereka untuk mencipta rencana ini, sedangkan orang Cina yang tahu tidak menyumbang apa-apa kepada rencana itu. Mereka memang akan berasa sakit hati sewaktu membaca pesanan anda di atas, khususnya kerana mereka tidak mendapat sebarang manfaat untuk usaha mereka. Oleh sebab portal ini merupakan portal usaha sama, saya berasa tidak salah jika mana-mana satu penulis menulis sesuatu yang salah, asalkan niat penulis itu tidak jahat. Penulisan mereka tidak sama dengan pelaku musnah biasa yang saya menyamakan dengan pencuri benda kecil dalam masyarakat. (Yang pakai bot untuk melakukan musnah ialah perompak bank dengan mesingan, hehehe.)

Sebenarnya, sesuatu rencana ensiklopedia harus mengandungi rujukan. Tetapi sebahagian bahan-bahan rencana Dao De Jing yang saya menulis juga tiada rujukan, kerana pengetahuan itu diperoleh dalam jangka masa yang panjang, melalui pembacaan buku serta perbincangan dengan banyak orang, termasuk ahli-ahli tai chi. Kita di sini masih dalam peringkat pembelajaran. Amat berbeza dengan Wikipedia bahasa Inggeris dan bahasa utama yang lain. Biarlah pengguna-pengguna membuat kesilapan, jika kita nampak, kita memperbaiknya tanpa menyakitkan hati sesiapa... iaitu, kalau rajin, hehehe. — PM Poon 07:31, 22 April 2006 (UTC)[balas]


Itulah, saya cadangkan mengemaskinikan rencana Taoisme biarpun sesiapa juga rujuk kepada yang betul daripada yang salah kan? Nampaknya, anda tidak sanggup menyakitkan si penulis dengan memperbaikitas walaupun anda telah mempunyai rencana yang lebih sesuai. Baik betul tindakan anda yang mengambarkan ajaran Tao dimana menjauhi diri daripada kerunsingan atau risiko.

Pernah sunting tapi dikembalikan asal. Apa gunanya?

Selamat mengkarya! Nerake 07:23, 24 April 2006 (UTC)[balas]


Hai Nerake, saya tak nampak suntingan anda pada rencana Taoisme yang dikembalikan pun. Oleh sebab anda amat kukuh tentang hal ini, saya akan menyokong pendirian anda. Saya akan mencuba mengarangkan rencana ini semula dengan sedaya upaya saya, tetapi saya harus membuat sedikit penyelidikan dulu. Tak nak mengubahkan satu kesilapan lama dengan satu kesilapan yang baru, hehehe. — PM Poon 14:14, 24 April 2006 (UTC)[balas]