Perbincangan:Yasmin Ahmad

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

apa jantina yasmin ahmad sebenarnya? ada ura-ura menyatakan dia seorang lelaki,tetapi menukar dan mirip kepada wanita.saya cuma ingankan kepastian.

Kecuali anda mendapat lapuran perubatannya dari doktor, bukannya dari Internet, anggaplah dia lelaki. Yosri 08:50, 8 Oktober 2007 (UTC)[balas]
rupe die cam lelaki...
IzZuDin

17:20, 20 Disember 2007 (UTC)

Anggap Yasmin Ahmad sebagai lelaki? Hanya dengan alasan rupanya yang seperti seorang lelaki? Ini adalah salah, tiada mana2 akhbar atau artikel lain yang mengatakan Yasmin Ahmad ini dahulunya seorang lelaki melainkan Kosmo! Tuduhan ini sama sekali tidak relevan. Dan ianya bercanggah tatacara Wikipedia dan juga melanggar WP:N, WP:V dan WP:OR. Sebagai pengguna lama di dalam Wikipedia Bahsa Melayu, anda sepatutnya lebih arif mengenai perkara ini Arteyu ? Blame it on me ! 11:29, 31 Julai 2009 (UTC)[balas]
Sila rujuk rencana Kosmo http://www.zonartis.com/gempar-kosmo-dedahkan-siapa-yasmin-ahmad/ . Dalam rencana meminta maaf http://www.mysinchew.com/node/27735 Kosmo tidak menyatakan mereka membuat fitnah, sekadar meminta maaf kepada mereka yang tersinggung - "As a newspaper which is close to its community, Kosmo! wishes to ask for forgiveness from the family of the late Yasmin, her friends and readers who are offended by the report." Malah Kosmo hanya ditegur kerana mendedahkan, bukannya kerana menulis fitnah. "Aktivis popular Datuk Marina Mahathir mengecam keras akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli." http://satumalaysia.wordpress.com/2009/07/27/marina-kecam-kosmo-dedah-peribadi-yasmin Rencana ini berasaskan rujukan. http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability Persoalannya adal=kah "Press freedom" wujud di Malaysia atau sekadar lip services? Yosri (bincang) 11:48, 31 Julai 2009 (UTC)[balas]
Saya faham dengan apa yang diterangkan, tetapi persoalannya di sini ialah adakah sumber atau kenyataan akhbar dalam hal ini Kosmo! boleh dipercayai atau boleh dikatakan reliable ? Untuk menjadikan sesuatu akhbar sebagai rujukan di dalam Wikipedia, ia mestilah diiktiraf dan tidak mengandungi unsur-unsur yang boleh dipersoalkan. Kenyataan yang dikeluarkan Kosmo! kebanyakaanya boleh diklasifikasikan sebagai rumour dan Questionable dan sama sekali tidak boleh diambil sebagai rujukan. Ianya adalah seperti yang tercatit di dalam WP:SOURCES. Arteyu ? Blame it on me ! 10:12, 3 Ogos 2009 (UTC)[balas]
Anda kena faham dalam konteks Wikipedia, verifiability bukan bererti perkara tersebut sahih/betul, sekadar perkara tersebut mempunyai sumber. Rumours pula bererti tidak mempunyai sumber / sekadar dari blog. Saya tidak memulihnya kerana ia kini dalam perundangan, oleh itu bahan bukti akan menjadi hak umum yang boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja jika pihak didakwa memutuskan untuk mencabar. Ini bererti pihak kena dakwa boleh meminta apa-apa jua bahan yang diperlukan bagi membuktikan kes mereka. "The threshold for inclusion in Wikipedia is verifiability, not truth—that is, whether readers are able to check that material added to Wikipedia has already been published by a reliable source, not whether (Arteyu/Yosri/we) think it is true." http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability Kosmos adalah mainstream newspapers. (berdasarkan jualan) kecuali jika anda ingin mencabarnya. Yosri (bincang) 10:29, 3 Ogos 2009 (UTC)[balas]
Saya faham dengan apa yang anda ingin sampaikan, saya tidak ambil kira sama ada kenyataan yang dikeluarkan sahih atau tidak. Apa yang lebih penting adalah sama ada sumber atau rujukan itu boleh dipercayai atau tidak, disokong ataupun tidak. Saya tidak akan bangkang kenyataan yang mengatakan Yasmin Ahmad itu seorang lelaki jika kenytaan itu datang dari Bernama, The Star mahupun NST, kerana ianya terbukti reliable kerana berita yang dikeluarkan kebanyakannya tidak meragukan. Kosmo! banyak mengeluarkan berita-berita yang kontroversi yang lebih cenderung kepada gosip dan hiburan. Tambahan pula artikel yang Kosmo! dedahkan mengenai Yasmin Ahmad mendapat banyak kritikan bukan sahaja daripada pembaca malahan dari tokoh-tokoh negara. Saya tidak dapat menjumpai sebarang artikel atau berita dari pihak ketiga yang menyokong dakwaan Kosmo! tetapi sebaliknya menjumpai banyak kritikan atau bantahan. Ini adalah melanggar tatacara WP:OR & WP:RS seperti apa yang saya perkatakan sebelum ini. If no reliable third-party sources can be found on an article topic, Wikipedia should not have an article about it. Suntingan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tetapi ianya mestilah selaras dengan WP:POLICY Arteyu ? Blame it on me ! 04:23, 4 Ogos 2009 (UTC)[balas]
Anda masih keliru antara pendapat peribadi anda dan fakta. Kosmo adalah akhbar utama (jumlah edaran) dan merupakan pihak ketiga. Sekiranya ia adalah salah, terpulang kepada pihak sebaliknya membuktikannya melalui proses perundangan, bukan anda atau sesiapa sahaja pandai-pandai sendiri. Kedua-dua hujah dakwaan dan bangkangan akan dimasukkan dan terpulang kepada pembaca (harapnya cukup matang) untuk membuat kesimpulan sendiri. Ini adalah asas freedom of speech yang diamalkan Yasmin dalam menghasilkan filemnya. Malangnya selepas dia mati, yang sebaliknya pula berlaku. Mana pergi freedom of speech yang dilaungkan selama ini. Kritikan oleh banyak pihak tiada kaitan ("not relevent") dengan fakta yang dilaporkan kerana kritikan tersebut tidak menunjukkan bukti bahawa laporan Kosmo silap. Sekadar ulasan bahawa Kosmo tidak patut mendedahkannya. Saya tidak akan komen lagi kerana jika akhbar Kosmo boleh didiamkan, saya tak berani membangkang pihak yang banyak kuasa dan merasakan freedom of speech hanya bagi pihak tertentu sahaja. This is my last comment on this matter. Yosri (bincang) 05:13, 4 Ogos 2009 (UTC)[balas]
Saya hanya mengutarakan pendapat dan bukannya berniat untuk menyinggung perasaan anda. Saya memohon maaf jika saya ada mengatakan sesuatu yang tidak menyenangkan. Saya hanya melakukan segala yang saya rasakan terbaik untuk pembaca-pembaca Wikipedia. Saya tidak pernah mengatakan yg kenyataan yang Kosmo! keluarkan itu tidak benar. Apa yg saya cuba terangkan di sini ialah, kenyataan yg dikerluarkan oleh Kosmo! itu tidak cukup kuat untuk diselitkan dalam Wikipedia. Saya tidak pernah menafikan dakwaan Kosmo! itu tetapi memandangkan tiada akhbar atau media lain yang melaporkannya dan tidak boleh dibuktikan kesasihannya (walaupun kita merasakan ianya sahih), maka tidak perlulah ia diselitkan. Saya berterima kasih kepada anda kerana tidak membalikkan semula pembatalan suntingan yang saya lakukan beberapa hari yang lepas. Wikipedia memerlukan rujukan-rujukan yang reliable dan apabila melihat kepada polisi-polisi yg tersedia dalam Wikipedia ini sendiri dan berpandukan daripada nasihat daripada Wikipedian yang lain, saya dapati kenyataan yang dikeluarkan oleh Kosmo! ini boleh diklasifikasikan sebagai tidak reliable. Saya mengaku Allahyarhamah Yasmin Ahmad ada bercakap mengenai "freedom of speech" tetapi ingin saya terangkan di sini bahawa Wikipedia bukanlah tempat yang betul untuk melakukannya. Wikipedia is not a crystal ball and is not an indiscriminate collection of information. Arteyu ? Blame it on me ! 10:16, 4 Ogos 2009 (UTC)[balas]