Perbincangan Wikipedia:Tanggungjawab penyelia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Please translate/move the title of this page :-)

Sekatan[sunting | sunting sumber]

It is important to note that sysops are not authorised to decide whether a particular case of vandalism warrants banning by username. The ability to ban by username has been made available for the purposes of enforcing a ban already approved by Jimbo. It may be used to block obvious reincarnations of hard-banned users.

Saya tidak menterjemah ini kerana saya tidak pasti jika ini relevan untuk kita di Wikipedia BM. Johnleemk 17:36, 26 Mac 2006 (UTC)

Pelucutan jawatan[sunting | sunting sumber]

Disarankan bahawa bahagian ini dikaji semula supaya membaca seperti yang berikut:

Jawatan penyelia boleh dilucutkan atas sebab-sebab berikut:

  1. Menyalahgunakan kuasa
  2. Tidak menggunakan kuasa selama 6 bulan
  3. Tidak membuat suntingan selama 6 bulan
  4. Mengundur diri dari Wikipedia

Selagi anda tidak menyalahgunakan kuasa, anda boleh memohon untuk menjadi penyelia semula.

Jika kita tidak hendak syarat (2) dan (3), janganlah tulis dan menyelirukan semua pengguna. Berdasarkan pelucutan jawatan Ychmatematik, jelasnya bahawa sebilangan pengguna, termasuk penyelia, masih tidak suka akan kedua-dua syarat itu, namun kelihatan bahawa sebarang pelucutan adalah kerenah dan bersifat sembarangan, atau dalam bahasa halus, mengikut budi bicara dan kebijaksanaan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 05:07, 5 Mei 2007 (UTC)

Walaupun saya tidak bersetuju dengan syarat no. 2 tetapi syarat no. 3 patut dikekalkan. — Master2841 08:24, 5 Mei 2007 (UTC)
Kalau dah undi, memang ikut budi bicara dan kebijaksanaanlah ...Aurora... 13:12, 5 Mei 2007 (UTC)

Memang semasa mengundi, setiap pengundi mengikut budi bicara dan kebijaksanaan masing-masing, tetapi selepas mengundi? Sememangnya keputusan pengundian masih merupakan budi bicara dan kebijaksanaan, tetapi ia merupakan budi bicara dan kebijaksanaan majoriti dan bukannya orang perseorangan.

Namun kini nak ikut keputusan pengundian atau masih kekal mengikut budi bicara dan kebijaksanaan sendiri, iaitu dalam bahasa pasar, "lu buat lu punya, gua buat gua punya... peraturan biar peraturan. Rules are meant to be broken, anyway". Dalam kes sedemikian, biar hapuskan bahagian Pelucutan jawatan supaya tidak memberikan tanggapan kepada para pengguna biasa bahawa semua peraturan tidak perlu diambil berat kerana para penyelia pada diri mereka pun tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

P/S: Selain itu, sikap ini juga tidak menunjukkan sebarang keadilan kepada Ychmatematik. — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:38, 5 Mei 2007 (UTC)


Nampaknya akan adalah satu pembaharuan mengenai perlucutan penyelia ye. Jika ada tanggapan yang penyelia tidak mematuhi peraturan menyebabkan pengguna biasa keliru. Maka patut dibuang syarat-syarat no 2 atau 3 untuk menuntut keadilan. Begitu! Sebenarnya penyelia dengan pengguna biasa tidak jauh bezanya cuma kuasa tambahan diberikan dengan harapan dapat memajukan ms.wiki ini. Tapi jika dilantik penyelia tapi tak buat apa pun seperti kuasa dan suntingan. Baik tak payah jadi penyelia. Walaupun ia dianggap tidak adil tetapi ia memang wajar dilakukan. Sebagai contoh, jika seorang penyelia di sebuah syarikat besar ditugaskan untuk menjaga anak buahnya. Tapi masalah apa yang berlaku dengan anak buahnya tidak dipedulikannya. Rasa-rasanya apa yang akan berlaku dengan penyelia itu jika diketahui oleh "tauke"nya. Sudah tentulah penyelia itu akan diberi amaran atau kalau "direct" terus kena pecatkan. Betul tak. Jadi kalau dalam wiki ini pun sama jugalah kan. Cuma kalau di ms.wiki ini mesti untuk menyumbang rencana dengan ikhlas. Ia boleh memantapkan gaya penulisan seseorang dalam BM jika dia merupakan pelajar, menimba pengetahuan, sumber rujukan, ataupun ini boleh memanfaatkan masa yang terluang. Banyak sebab kalau menyumbang di sinikan. Berbeza dengan bekerja di syarikat itu adalah sebagai sumber pendapatannya untuk menyara kehidupannya atau keluarganya sendiri(jika sudah berkahwin). Jadi ambil-ambillah iktibar dari sebuah kisah yang memang berlaku dalam kehidupan seharian kita ini. --Didie 03:22, 6 Mei 2007 (UTC)


Mungkin terdapat setakat salah faham di sini tentang apa yang saya maksudkan.

Yang saya maksudkan sebenarnya adalah mudah sahaja: Jangan tetapkan apa-apa peraturan jika peraturan ini tidak dimaksudkan untuk dipatuhi.

Adakah pernyataan ini berlogik?

Sebenarnya, saya berasa keempat-empat peraturan yang telah ditetapkan itu adalah baik dan berlogik. Jika seseorang penyelia tidak hadir dalam portal ini selama enam bulan tanpa memberikan sebarang alasan, namun ia telah gagal memenuhi kewajipannya sebagai penyelia. Mungkin peraturan-peraturan yang ditetapkan boleh diperbaik dengan penambahan lagi satu peraturan seperti yang berikut demi kelihatan lagi boleh diterima:

  1. Menyalahgunakan kuasa
  2. Tidak menggunakan kuasa selama 6 bulan
  3. Tidak membuat suntingan selama 6 bulan
  4. Mengundur diri dari Wikipedia
  5. Langsung hilang dari portal ini selama 6 bulan tanpa memberikan sebarang alasan.

Jika ini masih tidak dapat lagi diterima, maka panjangkanlah tempoh ketidakhadiran yang ditetapkan. Jika 6 bulan dianggap terlalu pendek, apa kata kalau tempoh itu dipanjangkan sehingga setahun, dua tahun, lima tahun, sepuluh tahun?

Atau kita di sini hendak mengembangkan satu budaya yang tidak mengendahkan atau mengambil berat tentang sebarang peraturan, atau kita langsung tidak memerlukan sebarang peraturan sehingga penyelia yang tidak hadir selama-lamanya masih dianggap sebagai penyelia. Jika sedemikian, ia bermaksud bahawa dalam kes berketerlaluan, seseorang yang tidak lagi dapat menggunakan komputer atas apa-apa sebab, baik kehilangan upaya atau telah meninggal dunia ini juga dianggap sebagai penyelia yang statusnya jauh melebihi status penyelia seumur hidup.

Selain itu, kita juga harus mempertimbangkan perasaan Ychmatematik. Agak apakah perasaannya tentang pelucutannya (jika dia sedar akannya) apabila dia mendapati bahawa hanya dia dilucutkan, sedangkan penyelia yang lain masih boleh terus menjadi penyelia walaupun lebih lama tidak menyertai portal ini.

Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang pendirian tentang pelucutan penyelia. Mungkin ada pengguna yang berpendapat bahawa saya nak melucutkan Alistair kerana saya tidak suka akannya. Sememangnya, saya tidak suka akannya. Ini, saya tidak menafikan. Saya boleh cakap terus terang. Tetapi adakah dia dilucutkan atau tidak, saya tidak peduli.

Yang menyebabkan saya memulakan perdebatan ini adalah KEADILAN, itu sahaja. Jika Alistair tidak dilucutkan, maka Ychmatematik harus dikembalikan sebagai penyelia. Adakah cadangan ini adil?

Sebenarnya juga, saya tidak perlu memulakan perdebatan ini. Sebaliknya, saya harus menjauhkan diri daripada perdebatan ini kerana terdapat konflik kepentingan yang tidak melayakkan saya melibatkan diri dalam hal ini. Lagipun, saya bukannya penyelia dan oleh itu, tiada mempunyai sebarang kewajipan terhadap pengurusan portal ini.

Sesiapa yang mempunyai setitis keadilan di dalam hati nuraninya boleh melihat dengan begitu jelas tentang ketidakadilan yang telah diwujudkan di portal Wikipedia bahasa Melayu ini.Syarikat Pemunggahan Rencana 04:35, 6 Mei 2007 (UTC)

(Dalam hati: baru faham) sebenarnya Meta-Wiki tidak membenarkan pelucutan jawatan automatik. Mesti ada ijmak (undian). Kalau takde orang calonkan, kekallah jawatan itu. Sesiapa yang layak mengundi, layak mencalon. Tidak perlu tunggu penyelia. ...Aurora... 13:19, 6 Mei 2007 (UTC)

Oh sekarang masuk topik ketidakadilan terhadap Alistairlah pulak. OK. Memang isu ini sememangnya jelas dipandang. Bukan saya tak nak pohon perlucutan ini tapi saya rasa yang saya sudah tak larat memohon perkara ini setiap masa berbanding menaikkan pengguna itu menjadi penyelia. Saya rasa sedih dengan perkara ini, tapi nak buat macam mana perkara di luar lebih penting untuk diselesaikan. Rasa-rasanya nak buat perlucutan tak sekarang? Pertanyaan ini menimbulkan tanda tanya bagi saya kerana saya pernah memohon perlucutan penyelia untuk Meursault2004 suatu ketika tapi gerakbalasnya kurang memuaskan dan mendapat bangkangan, bantahan yang ramai. Nak buat macam mana, tapi permohonan perlucutan Alistair macam mana pulak. -Didie 08:10, 7 Mei 2007 (UTC)

Diharap apa yang saya cadang ini diambil perhatian ye. Tolong! - Didie 13:03, 7 Mei 2007 (UTC)

Mari capai sepersetujuan di Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Perlucutan jawatan penyelia Alistair 7 Mei 2007. ...Aurora... 13:50, 7 Mei 2007 (UTC)

Syarat perlucutan[sunting | sunting sumber]

Sebenarnya syarat perlucutan itu adalah syarat minima sebelum seseorang penyelia boleh disyorkan untuk dilucutkan jawatannya. Sekiranya tiada pencadang, tiada tindakan akan diambil walaupun sudah lama tidak aktif. Dan jika sudah lama tidak aktifpun, sekiranya ramai yang mahu dikekalkan, jawatan masih akan dikekalkan. Walaupun sesiapa boleh mencadang perlucutan jawatan, keputusan masih menurut pungutan suara ramai penyelia. Tentang adil atau tidak, keputusannya telahpun menurut suara majoriti. Yosri 08:31, 7 Mei 2007 (UTC)


Ini seolah-olah ucapan Badan Pencegah Rasuah Malaysia, dan Perkhidmatan Pasukan Polis Diraja Malaysia. Undang-undang biar undang-undang. Itu syarat minima. Jika mangsa pembunuhan tidak merungut, apsal lu sibuk-sibuk, hehehe.

Nampaknya jika ada sebarang makan rasuah atau pembunuhan di Malaysia, sebuah pungutan suara harus dijalankan, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:12, 7 Mei 2007 (UTC)

Tiada orang baca komen saya sebelum ini ke? Sila baca arahan di meta. ...Aurora... 12:56, 7 Mei 2007 (UTC)

Yang buat saya pelik, peraturan di dalam portal sendiri tidak berkuatkuasa, malahan yang di luar dipergunakan, hehehe. Apabila ditanya: "Haruskah kita mematuhi syarat-syarat Wikipedia bahasa Inggeris, jawapan yang selalu diberikan ialah tidak. Kita mempunyai peraturan sendiri." Inilah yang buat saya konfused, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 15:39, 7 Mei 2007 (UTC)


Sebenarnya kita akan menggunakan peraturan sendiri sekiranya ada. Bagi yang tiada, kita akan mengguna ijmak Wikipedia secara ingkar (by default). Berkenaan mematuhi peraturan memecat penyelia, ayat asal adalah Jawatan penyelia boleh dilucutkan... dan bukannya Jawatan penyelia akan dilucutkan.... Jadinya kita masih menurut peraturan yang ditetapkan dari awal. Bagaimanapun, terima kasih kepada Syarikat Pemunggahan Rencana yang membuat kemas kini kepada laman tanggung jawab penyelia. Yosri 00:40, 8 Mei 2007 (UTC)


Ya, "boleh" tidak semesti bermaksud "akan". Namun, selepas melihat pelaksanaan pelucutan jawatan penyelia, adakah anda puas hati dengan keputusan yang dicapai sehingga hari ini? — Syarikat Pemunggahan Rencana 03:29, 8 Mei 2007 (UTC)


Sebenarnya secara peribadi, saya merasakan, tidak lama spesies penyelia akan jadi spesies yang terancam sekiranya jawatan penyelia terus dilucutkan pada kadar yang sama. Tetapi kerana ini adalah keputusan ramai, saya hanya menurut. Bagaimanapun, saya berpuas hati dengan proses yang dilaksanakan. Yosri 03:46, 8 Mei 2007 (UTC)


Nampaknya beliau juga berpuas hati dengan penyelia yang tidak bertugas, hehehe. Namun Polar dan Didie, jangan buang masa lagi dengan pengemaskinian jadual anda.

Bagi saya, seorang penyelia yang bertanggungjawab adalah jauh lebih baik, berbanding dengan sejuta penyelia yang tidak bertugas. Kan kini ada Aurora, Master2841, Polar, dan Didie yang rajin, tekal, dan boleh diharapkan? Apakah bezanya jika hanya tinggal keempat-empat penyelia ini berbanding dengan satu senarai yang panjang?

Sebenarnya, seorang penyelia, termasuk bikrokrat, harus melaksanakan tugas masing-masing berbanding dengan mencari-carikan kepopularan diri. Sememangnya seorang penyelia yang baik kekadang tidak disayangi orang lain, khususnya oleh mereka yang tidak melakukan tugas masing-masing. Keputusan untuk mengekalkan penyelia yang tidak bertanggungjawab hanya akan mewujudkan satu budaya yang lembap dan tidak cekap pentadbirannya. Keadaan ini sentiasa berlaku di dalam pentadbiran negara-negara dunia ketiga.

Saya memberikan penghormatan setinggi-tingginya kepada Polar kerana penciptaan jadual itu, dan kepada Didie kerana berani bersuara dalam suatu persekitaran yang lembap pengurusannya. Benar-benar cakap, sebagai seorang pengurus pentadbiran selama 20 tahun, saya tidak akan teragak-agak memecat Yosri jika beliau berada di bawah pengurusan saya, manakala Polar dan Didie akan dinaikkan pangkat, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:28, 9 Mei 2007 (UTC)

Hummm...Ingatkan saya jangan memohon kerja di Syarikat Pemunggahan Rencana. :)> Yosri 11:35, 21 Mei 2007 (UTC)
Saya ingin bertanya, Syarikat Pemunggahan Rencana tidak mahu memohon jadi penyelia? Sekurang-kurangnya untuk menangani pesalah laku yang semakin meningkat sekarang. Yosri 11:41, 21 Mei 2007 (UTC)
Ingin juga saya katakan bahawa saya juga ingin Syarikat Pemunggahan Rencana menjadi penyelia, dari persetujuan saya atas pendapat Yosri untuk menangani masalah pelaku musnah yang menjadi-jadi, betul kata anda Yosri, bukan sahaja pelaku musnah samakin meningkat, masalah disiplin juga semakin meningkat setiap kali saya meninjau di pautan perubahan terkini. — Aeon 11:51, 21 Mei 2007 (UTC)

Memandangkan banyak permohonan baru untuk menjadi penyelia diadakan ketika ini maka saya ingin mengesyorkan supaya permohonan itu dimasukkan ke dalam sebuah pilihan raya besar penyelia berbanding meletakkan permohonan di laman penyelia. Bukannya ingin mewujudkan pilihan raya itu berkali-kali tetapi adalah untuk menggalakkan pengguna-pengguna memohon(jika mempunyai kerelaan hati) di sana. Berikut merupakan cadangan saya di Kedai Kopi, untuk butiran lanjut lihat ini. Perkembangan berkenaan pentadbiran ms.wiki kian merosot apabila jumlah penyelia kini hanya mempunyai 9 penyelia sedangkan mempunyai 10,000 pengguna. Diharap persetujuan cadangan dan kata sepakat dilakukan berikutan masalah disiplin mengenai pengguna di ms.wiki dapat diselesaikan. Sekian... - Didie 12:56, 21 Mei 2007 (UTC)