Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Kualiti Rencana

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Logo projek[sunting sumber]

Untuk memastikan projek ini dapat berjalan dengan lancar dan kelihatan lebih teratur, saya bercadang untuk menggunakkan icon sebagai logo projek. Beberapa icon telah dikenal pasti dan diharapkan mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada anda semua.

Sekiranya anda dapat mencari icon yang lebih menarik dan berkesan turut sertakan dalam senarai di atas.

Tarikh akhir pemilihan logo untuk WikiProjek Kualiti Rencana ialah pada 10 Oktober 2007. ---MSWiki 08:46, 4 Oktober 2007 (UTC)---[balas]

Cadangan saya[sunting sumber]

Saya memilih imej di bawah ini sebagai imej ini sebagai logo projek:

Setuju
Imran Al-Sahih 09:56, 4 Oktober 2007 (UTC)[balas]
Ada sesiapa ada persetujuan atau bantahan kepada imej di atas?

Saya memilih imej ini sebagai logo projek.

Setuju — Didie 00:28, 5 Oktober 2007 (UTC)[balas]


Saya memilih imej ini sebagai logo projek, bagi menunjukkan rencana berkualiti sejagat.

Setuju Yosri 01:00, 5 Oktober 2007 (UTC)[balas]

Hidupkan semula Wikiprojek[sunting sumber]

Mari hidupkan semula Wikiprojek ini. Ada minat dari kawan-kawan yang lain?--Tikar aurum (bincang) 16:33, 16 September 2008 (UTC)[balas]

Tidak berminat, saya lebih kepada membuat rencana tunas dan lebih mementingkan bilangan rencana berbanding kedalaman rencana. Lagipun melarang seseorang menyunting sesebuah rencana yang dikendalikan oleh WikiProjek ini adalah satu tindakan yang menyekat kebebasan pengguna lain. Tambahan lagi, kita sudah ada templat {{Wikikan}} dsb. kurkur 17:05, 16 September 2008 (UTC)[balas]
Tak perasan pula yang wikiprojek ni pernah melarang orang lain menyunting rencana. Hmm... kebanyakan rencana tunas hanya menyertakan maklumat yang kebanyakan orang sudah tahu atau boleh teka. Saya lebih suka kepada kedalaman. Lihat wikipedia Jerman, mereka memang diakui lebih bermutu daripada wikipedia Inggeris walaupun mereka tidak mempunyai rencana sebanyak wiki-en. --Tikar aurum (bincang) 20:04, 16 September 2008 (UTC)[balas]
Saya sebenarnya tidak perasan pun sebarang aktiviti mereka. Kenyataan saya adalah berasaskan {{tl:penyelenggaraan}}. Mungkin pendapat saya salah. Berminat kepada kedalaman rencana adalah sesuatu yang positif. Saya langsung tiada masalah dengannya. Namun, saya sedikit tidak menggemari penterjemahan. Saya lebih suka orang cipta rencana sendiri. Namun begitu, saya juga seorang penterjemah. Buat masa ini, saya menggemari tunas kerana kita dalam keadaan kekurangan rencana dan penyumbang. Biar ada yang menyumbang dari segi kedalaman, dan ada juga yang menyumbang dari segi kuantiti. "mahukan kuantiti rencana yang banyak tetapi tidak berkualiti, baikkah kalau macam itu. tentu sekali tidak. kalau mengambil rencana dari bahasa lain, terjemahkannya sampai habis (tetapi tidak bulat-bulat). Kalau tidak dapat, minta bantuan yang lain", Kurniasan (2007). ^.~ kurkur 20:36, 16 September 2008 (UTC)[balas]