Perbincangan pengguna:Aplikasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
κɪɴɪ ʙᴇʀsᴀʀᴀ

Selamat kembali[sunting | sunting sumber]

Selamat kembali ke Wikipedia. Semoga anda terus berada disini.Azim Melaka (bincang) 04:44, 18 November 2014 (UTC)

Suntingan anda[sunting | sunting sumber]

Saya harap anda gunakan akaun bot anda utk mencipta rencana baru bagi mengelakkan kebanjiran di perubahan terkini. Saya hargai sumbangan anda dan anda pengguna lama, tapi demi kebaikan wikipedia tolong gunakan akaun bot untuk mencipta rencana pukal. Terima kasih!.Azim Melaka (bincang) 05:01, 18 November 2014 (UTC)

Terima kasih![sunting | sunting sumber]

Brownie cupcake with teddy bear and candle.jpg Secawan kek untuk anda!
Terima kasih kerana mengundi saya sebagai penyelia. Dapat atau tidak ketentuan Ilahi… Sebagai bekas penyelia yang berpengalaman, tugas-tugas penyelia apa yang perlu saya lakukan dengan lebih baik? --توفيق بينچڠ 05:26, 4 Januari 2015 (UTC)
@Malaysiaboy, Sebagai bekas penyelia, semasa saya menjadi penyelia dahulu, saya selalu memantau perubahan terkini dan sekiranya terdapat gejala laku musnah saya balikkan suntingannya dan memberikan amaran supaya tidak mengulanginya lagi. Sekiranya berterusan, saya mengambil langkah memberi amaran mengikut peringkat dan sekiranya dah terlalu teruk saya mengambil langkah terus menyekatnya. Nama buruk atau tidak sopan memang disekat buat selama-lamanya. Menurut rencana karut pula, sekiranya rencana tersebut dicipta dengan cara mengarut, saya mengambil langkah dengan mengambil rujukan dari Wikipedia bahasa Inggeris ataupun Wikipedia bahasa Indonesia dan terjemahkan kepada Wikipedia bahasa Melayu, sekiranya tiada rujukan, saya mengambil langkah menghapuskan terus rencananya.Apli kasi 06:17, 5 Januari 2015 (UTC)
Terima kasih @Aplikasi. Bagaimana pula sekiranya pengguna/IP menambah maklumat tanpa memberi rujukan? Patutkah diundurkan suntingannya? --توفيق بينچڠ 06:23, 5 Januari 2015 (UTC)
@Malaysiaboy, anda juga boleh ke laman ini, ini dan ini sebagai panduan untuk menjalankan tugas sebagai seorang penyelia. Sekiranya pengguna/IP menambah maklumat tanpa memberi rujukan boleh letakkan templat {{Rujukan}} ataupun sekiranya sesebuah rencana terutamanya seseorang individu dimana penulisannya rencana tersebut bersifat berat sebelah atau berunsur fitnah yang tiada sumber rujukan boleh diundurkan suntingannya kerana Wikipedia bersifat neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.Apli kasi 06:28, 5 Januari 2015 (UTC)
Maksudnya, kalau suntingannya tidak mengarut tetapi tidak mempunyai rujukan, tambah templat dan biarkan saja. --توفيق بينچڠ 06:33, 5 Januari 2015 (UTC)
Kalau saya buat macam itu. Tetapi bergantung juga kepada seseorang penyelia sama ada meletakkan templat rujukan ataupun mengundurkan suntingannya. Itu bergantung kepada diri anda juga @Malaysiaboy Apli kasi 06:36, 5 Januari 2015 (UTC)
Oh kk. Terima kasih banyak-banyak! --توفيق بينچڠ 06:38, 5 Januari 2015 (UTC)
Sama-sama. Semoga berjaya.Apli kasi 06:42, 5 Januari 2015 (UTC)

Pengundian pengguna 26 Ramadan sebagai penyelia[sunting | sunting sumber]

Anda dijemput mengundi 26 Ramadan sebagai penyelia. Undian boleh dilakukan di sini. Azim Melaka (bincang) 19:44, 9 Januari 2015 (UTC)