Perbincangan pengguna:Cerevisae

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anda memasukkan bahan-bahan yang dipersoal dalam rencana biografi. Sila berikan rujukan bagi dakwaan anda, atau ia akan dibuang sebagai fitnah. Sila patuhi polisi Wikipedia http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:BLP

Sila buktikan apabila anda mendakwa "....telah didokumenkan dengan baik. ...." dengan memberikan rujukan yang sahih. Blog peribadi tidak boleh diterima pakai. Yosri (bincang) 11:09, 16 Julai 2010 (UTC)[balas]

Baiklah, saya akan buang ayat tersebut. Ayat itu dibawa dari blog berita Raja Petra (Malaysia Today), blogger yang menjadi terkenal selepas didakwa di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Link blog tersebut sekarang tidak berfungsi lagi. Cerevisae (bincang) 11:30, 16 Julai 2010 (UTC)[balas]

Setelah membaca dengan lebih lanjut, saya dapati penulisan anda amat baik dan seimbang. Syabas kepada anda dan semoga terus menyumbang. Semoga bersama kita dapat meningatkan lagi kualiti Wikipedia bahasa Melayu ini. Yosri (bincang) 11:58, 16 Julai 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih atas pemujian anda. Cerevisae (bincang) 15:05, 16 Julai 2010 (UTC)[balas]

Terima kasih kerana merapikan rencana Balingian‎. Wikipedia merupakan laman kerja sama, bagaimanapun kerana kekurangan penyumbang, mutu sesetengah rencana masih boleh ditingkatkan lagi. Bantuan sumbangan anda adalah dihargai. Yosri (bincang) 02:07, 5 Ogos 2010 (UTC)[balas]

Sama-sama, Yosri. Saya akan bantu setakat yang saya mampu. Cerevisae (bincang) 03:24, 5 Ogos 2010 (UTC)[balas]


Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Cerevisae! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia dan Meja bantuan. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang! ...Aurora... (b) 16:05, 29 Disember 2009 (UTC)[balas]

sarawak Report[sunting sumber]

Adakah Sarawak Report ini terbitan NGO berdaftar atau secara haram? Sila baca syarat kelayakan rujukan http://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability#What_counts_as_a_reliable_source Sekiranya pemilik/penerbit Sarawak Report tidak dikenali dan tiada rujukan lain dari akhbar utama ie Star/Harakah, itu adalah fitnah. Yosri (bincang) 12:55, 11 Jun 2012 (UTC)[balas]

Wahai Yosri, Sarawak Report tidak mungkin dapat mendaftarkan dirinya dalam Malaysia kerana kandungannya di laman web yang dianggap sebagai anti-kerajaan. The Star, surat akhbar yang pro kerajaan, juga tidak mungkin boleh menerbitkan kandungan Sarawak Report.Tapi, dalam artikel ini, Ready to ride out the storm Sarawak Report telah dianggap sebagai "Wikileaks untuk Sarawak". Ingat, hanya beberapa individu yang berani untuk mengaitkan diri mereka kepada laman yang membocorkan dokumen sulit. Clare Rewcastle Brown ,Peter John Jaban, dan Christina Suntai adalah antara individu yang berani berbuat demikian untuk Sarawak Report dan Radio Free Sarawak, manakala Wikileaks, laman pembocor maklumat antarabangsa, juga hanya mempunyai beberapa individu yang sanggup bertanggungjawab terhadap operasi laman tersebut. Antaranya ialah Julian Assange. Kandungan Sarawak Report bagi Skandal Sabah telah dilaporkan di pelbagai media alternatif seperti Malaysiakini, Harakah Daily dan sebagainya.Cerevisae (bincang) 14:08, 12 Jun 2012 (UTC)[balas]