Perbincangan pengguna:Fendy lamansesawang

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, Fendy lamansesawang, dan Selamat datang ke Wikipedia!

Sila ingat untuk tandatangan nama anda di laman perbincangan dengan menekan atau atau dengan menaip empat tilde (~~~~); ini secara automatik akan menghasilkan nama pengguna anda dan tarikh. Juga, sila melakukan yang terbaik dengan sentiasa mengisi menyunting bidang ringkasan. Berikut adalah beberapa pautan berguna untuk memudahkan penglibatan anda. Selamat menyumbang! Apli kasi 18:39, 18 Julai 2014 (UTC)[balas]

Bermula dengan
Menyunting rencana
Mendapatkan bantuan
Bagaimana anda boleh membantu

Penolong Pegawai Kastam W27[sunting sumber]

Termasuk di dalam kumpulan jawatan sokongan di bawah kementerian dan Jabatan Kastam dan Eksais DiRaja Malaysia.

Sebelum diterima untuk jawatan ini, calon jawatan akan melalui beberapa peperiksaan. Panduan tentang format peperiksaan serta contoh soalan boleh didapati maklumatnya di Panduan peperiksaan Penolong Pegawai Kastam W27

Jadual gaji minimum adalah RM1367.00 manakala gaji maksimum RM5098.00 dengan kenaikan gaji tahunan sebanyak RM145.00.

Syarat Lantikan: i. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] ii. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau [ Gaji Permulaan: RM1,367.00 ] iii. Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [ Gaji Permulaan: RM1,667.08 ] iv. lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL): Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penguasa Kastam adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan: i. mempunyai kelayakan seperti di atas; atau ii. lulus Peperiksaan Khas; dan iii. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Deskripsi Tugas : i. Menyediakan laporan-laporan harga serta menyelenggara doket-doket harga agensi, surat-surat pekeliling Jabatan, surat-surat jaminan bank. ii. Membantu dalam tugas-tugas penjenisan barang-barang dan taksiran harga barang-barang bagi tujuan pungutan duti. iii. Mengawal pergerakan barang-barang kedai-kedai bebas cukai, memproses permohonan-permohonan pengecualian dari perlesenan cukai jualan. iv. Mengawal perolehan, penyimpanan serta pelupusan barang-barang rampasan dalam stor-stor pencegah. v. Menyemak invois-invois syarikat bagi menentukan peraturan-peraturan cukai jualan dipatuhi. vi.Menyelenggara penyata-penyata bayaran cukai jualan/cukai perkhidmatan/kad-kad lejer bayaran-bayaran cukai pelesenan dan menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan perkastaman yang lain.