Perbincangan pengguna:Niduzzi
| Pengguna ini mungkin telah meninggalkan Wikipedia. Niduzzi tidak lagi menyunting Wikipedia menggunakan akaun ini sejak 12 Disember 2009. Hasilnya, sebarang permintaan yang dibuat disini berkemungkinan tidak akan dilayan. Jika anda ingin mendapatkan bantuan dari pengguna ini pada halaman ini, anda mungkin perlu mendapatkannya dari orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|
|
|
|
Isi kandungan |
[sunting] Terima kasih
Dan nampaknya, Pengguna:Hagemaru akan turut menyertai. Haha... Polar 05:02, 1 Januari 2009 (UTC)
Sebenar pengguna yang saya padam itu adalah akaun kepunyaan saya. Saya minta maaf banyak-banyak.Pengguna:Rashdan
Boleh ke, jika menggabungkan semua pengguna boneka saya ke menjadi pengguna Rashdan Pengguna:Rashdan
Senarai pengguna boneka saya ialah
- Perbincangan Pengguna:Farhanshafik
- Perbincangan Pengguna:Farhanshafikdurai
- Perbincangan Pengguna:Suneo dan
- Perbincangan Pengguna:Hagemaru
Itu semua saya punya akaun pengguna boneka. Bolehkah jika saya meminta tolong kepada Aurora?User:Rashdan
Hai Niduzzi,saya ingin meminta tolong anda dan Yosri agar menghapuskan laman Taman Hillview, sebenarnya laman itu saya sunting tetapi saya tersilap letak tempat. Perbincangan pengguna:Rashdan
Hai Niduzzi,Rashdan tidak akan menggunakan nama ini lagi buat selama-lamanya untuk menyunting dan telah menggunakan Kiteretsu.Jika hendak berhubung silalah berhubung dengan Kiteretsu.Perbincangan Pengguna:Kiteretsu
Hai Niduzzi, mengapakah Emrrans tidak lagi berada di wikipedia. Tolonglah pujuk dia. Pengguna Pengguna:Kiteretsu
Assalamualaikum Niduzzi, saya ingin meminta tolong supaya anda mengembangkan tentang tempat di Brazil. Templat:Brazil, tak kisahlah jika anda mengambil dari wikipedia Indonesia tetapi hendaklah menterjemahkannya. Esok merupakan hari terakhir saya menyunting wikipedia ini sebab 5 hb ini sesi persekolahan akan bermula.Saya akan mengembangkan wikipedia bahasa melayu ini sama ada pada cuti sekolah bulan mac atau sebaliknya. Pengguna:Kiteretsu
Bagaimana saya ingin menghapuskan laman tak sepatutnya berada di sini.Perbincangan pengguna:Kiteretsu
Yalah..Aku faham.—Kiteretsu (bincang) 04:56, 8 Februari 2009 (UTC)
[sunting] EH TAK
Eh tak.. saya bukan Muhraz, saya abangnya Muhraz.... SuaraRakyatMalaysia (bincang) 10:59, 18 Januari 2009 (UTC)
Adik saya dah tak aktif lagi. Sebabtu saya belajar Wikipedia dengannya... SuaraRakyatMalaysia (bincang) 11:00, 18 Januari 2009 (UTC)
Kalau nak tahu, saya ni sama tarikh lahir dengan adik saya... SuaraRakyatMalaysia (bincang) 11:02, 18 Januari 2009 (UTC)
Adik saya cakap nama wak dulu Izzudin. Betul ke? SuaraRakyatMalaysia (bincang) 06:00, 20 Januari 2009 (UTC)
[sunting] Nak tanya
Macam mana anda tahu bahawa sesebuah rencana telah dilencongkan beberapa kali? Contohnya, Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 → Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 → Pilihan raya umum Malaysia 2008 <'>>< Mr Ikan (bincang) 05:07, 25 Januari 2009 (UTC)
- Pergi saja ke Khas:Lencongan berganda ^_^ —니두씨 05:17, 25 Januari 2009 (UTC)
Pengundian Putera Luqman Tunku Andre sebagai penyelia kan telah tamat pada hari ini —Kiteretsu (bincang) 04:15, 26 Januari 2009 (UTC)
Tolong hapuskan laman perbincangan Perbincangan pengguna:Farhanrobaie_95.—Kiteretsu (bincang) 04:01, 30 Januari 2009 (UTC)
[sunting] Lencongan berguna?
Boleh beritahu bila lencongan "The Netherlands" berguna? Bahasa Inggeris juga bukan bahasa rasmi Belanda. ...Aurora... (b) 16:33, 29 Januari 2009 (UTC)
- Sebenarnya The Netherlands (Tanah Bawah/Rendah) adalah nama Belanda, rujuk perkataan pertama [di sini], atau di [carian Google]. Yosri (bincang) 01:02, 30 Januari 2009 (UTC)
- Lencongan tak semestinya guna nama rasmi bagai.. sebaliknya nama-nama yang common supaya senang semua orang nak capai. Ada yang hanya tahu Belanda sebagai Netherlands, jadi apa salahnya lencongkan. ^_^ —니두씨 04:09, 30 Januari 2009 (UTC)
- Sebab itu saya hanya hapuskan "The Netherlands" dan tidak "Netherlands". ...Aurora... (b) 14:28, 30 Januari 2009 (UTC)
- "The Netherlands" dengan "Netherlands" juga sama. Dua dua patut dilencongkan. ^_^ —니두씨 02:21, 31 Januari 2009 (UTC)
- Tidak sama, The Hague contohnya, memang ada 'the' di hadapannya, Netherlands tidak begitu. ...Aurora... (b) 15:36, 2 Februari 2009 (UTC)
- Siapa kata? Netherlands memang dirujuk sebagai "The Netherlands", jadi memang patut dilencongkan sebagaimana "The Netherlands" dilencongkan ke "Netherlands" di enwiki. ^_^ —니두씨 15:49, 2 Februari 2009 (UTC)
- Dalam bahasa Inggeris, ya. Ini Wikipedia Bahasa Melayu. ...Aurora... (b) 16:09, 2 Februari 2009 (UTC)
- Siapa kata? Netherlands memang dirujuk sebagai "The Netherlands", jadi memang patut dilencongkan sebagaimana "The Netherlands" dilencongkan ke "Netherlands" di enwiki. ^_^ —니두씨 15:49, 2 Februari 2009 (UTC)
- Tidak sama, The Hague contohnya, memang ada 'the' di hadapannya, Netherlands tidak begitu. ...Aurora... (b) 15:36, 2 Februari 2009 (UTC)
Saya bersetuju dengan Aurora. Lazimnya orang yang ingin mencari The Netherlands akan mencarinya di Wikipedia Inggeris, bukan Melayu. Dan sekali lagi, dalam bahasa Belanda ia dieja Nederlands. Ada 'd' bukan 'th' sila ambil perhatian. — Alistaire | عليستير (bincang) 16:23, 2 Februari 2009 (UTC)
- Memang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris, tetapi tidak bahasa Melayu. ...Aurora... (b) 16:26, 2 Februari 2009 (UTC)
[sunting] Wilayah
Wilayah adalah lebih umum, contoh Wilayah Pantai Timur/Wilayah Utara Malaysia (mungkin beberapa negeri. Daerah/Jajahan lebih khusus ditakbir oleh satu negeri. Secara teknikal apabila disebut Wilayah Persekutuan merujuk ketiga-tiga kawasan (daerah) tersebut, cuma namanya dipilih sebegitu. Yosri (bincang) 19:28, 31 Januari 2009 (UTC)
- 3 wilayah persekutuan tu tak pernah dirujuk sebagai daerah, hanyalah wilayah persekutuan. ^_^ —니두씨 08:23, 1 Februari 2009 (UTC)
- Saya bukan bermaksud hendak menukar apa-apa, hanya menyatakan pemerhatian saya. Wilayah boleh merujuk kepada kawasan yang luas (wilayah utara Malayisa - beberapa negeri), atau merujuk kepada wilayah dalam sesebuah negara (contoh Thailand - Wilayah Pattani). Itu maksud saya "namanya dipilih sebegitu." Sekiranya ia merujuk kepada sesuatu wilayah dalam sesebuah negeri dari segi teknikal, ia setaraf dengan daerah/jajahan tak kira apa panggilan nama politiknya. Saya tidak bermaksud apa kecuali berkongsikan pemerhatian. Yosri (bincang) 05:16, 2 Februari 2009 (UTC)
[sunting]
Buat pengetahuan anda, saya adalah orang lama di sini, saya tahu apa yang boleh dibincangkan dan yang tidak. Saya pun maklum dengan kebanyakan Dasar dan garis panduan. Setahu saya tiada yang kata tak boleh cakap mengenai politik. Yang ada hanya kena patuhi pandangan berkecuali di dalam rencana. Tiada apa-apa yang menyekat pandangan di laman perbincangan. Dan percakapan mengenai politik memang lazim di Wikipedia lain, seperti Wikipedia BI. Jadi jangan tuduh saya sebarangan. Terima kasih. — Alistaire | عليستير (bincang) 13:30, 6 Februari 2009 (UTC)
- Saya tau sangat anda orang lama, tapi saya peduli apa. Kenyataan anda beria-ia membawa dakyah politik PR, adakah ini membantu memajukan Wikipedia? Ini bukan laman sosial, politik dan hal-hal berkaitan bolehlah pergi ke forum lain yang pastinya pengguna-penggunanya mahukan perkara-perkara sedemikian. Ini Wikipedia dan rata-rata pengguna yang datang hanya mengharapkan Fakta. Saya tak kata perkara sedemikian tak dibenarkan sama-sekali, saya tak pula buangkan kenyataan-kenyataan anda itu, saya biarkan saja. Saya nasihat supaya tak payah susah-susah nak sebarkan dakyah politik di sini. ...saya antipembangkang dan antikerajaan, saya tak sokong dakyah 'atas nama demokrasi' yang dibawa AS, saya punya pandangan sendiri, tapi saya hanya budak, dan ini wikipedia... ^_^ —니두씨 13:51, 6 Februari 2009 (UTC)
Apa yang saya utarakan adalah pendapat saya, dan ia di laman perbincangan, bukan dalam rencana. Pengguna yang datang hendakkan Fakta di laman rencana, bukan laman perbincangan. Pendapat politik dan yang lainnya semestinya dibenarkan di laman perbincangan, lihat saja Wikipedia BI (dan juga laman-laman perbincangan Wikipedia BM ni yang lama). Saya tidak menyebarkan dakyah politik, dan saya memang bertanggungjawab atas apa yang saya lakukan di sini. Syabas kerana anda aktif memantau laku musnah, tetapi sebagai Penyelia, anda harus tahu mengenai apa yang dibenarkan dan apa yang tidak. Perkara yang dibenarkan atau tidak bukannya tertahluk kepada pendapat peribadi anda sama ada suka tak suka, tetapi Dasar dan Garis Panduan. Memandangkan Dasar atau GP tidak menghalang pendapat di laman perbincangan, adalah tidak tepat (fallacious) untuk mendakwa bahawa saya melakukan apa yang anda dakwa. Saya meminta anda menarik balik kesemuanya. — Alistaire | عليستير (bincang) 14:08, 6 Februari 2009 (UTC)
- Bila anda secara terang-terangan berikan pendapat dengan hanya menyebelah kepada suatu pihak, adakah rencana yang boleh anda sumbangkan akan neutral? Dan anda seolah-olah mempengaruhi pengguna lain untuk mempercayai anda yang berat sebelah, dan seterusnya juga mereka akan cenderung untuk sumbang dalam rencana secara tak neutral.. dan apa faedah anda berbuat sedemikian? (wikipedia maju?). Kalau saya kata anda dah menyalahi peraturan di sini saya dah buang kenyataan anda, sekat anda... Saya tak tau apa yang perlu saya tarik balik.. nasihat saya? ^_^ —니두씨 14:20, 6 Februari 2009 (UTC)
Pendapat pada laman perbincangan tidak sama sekali berkait dengan laman rencana kecualilah saya memasukkannya dalam laman rencana. Sekalipun saya memasukkannya (dan itupun kalau tiada rujukan) dan ada yang mempertikaikannya, rencana itu akan diletakkan NPOV sehinggalah pertikaian selesai. Dan pengguna-pengguna bolehlah mengutarakan pandangan mereka sehinggalah itu berlaku. Itu, antara yang lain, adalah gunanya laman perbincangan. Dan mempengaruhi pengguna lain untuk tidak neutral? Pengguna lain bukannya bodoh dan boleh menilai sendiri sama ada mereka bersetuju atau tidak. Anda juga tanya apa faedah saya berbuat demkian. Jawapannya adalah saya berbuat demikian kerana menggunakan hak asasi saya sebagai manusia untuk bebas bersuara. Dengan berbuat demikian juga, suatu musyawarah akan berlaku dan tindakan menggalakkan debat yang sihat (healthy debate) amat digalakkan untuk membuahkkan fikiran kritikal yang membuka minda untuk menuntut lagi banyak ilmu bagi mendapatkan kebenaran.
Yang anda perlu tarik balik adalah tuduhan bahawa saya "tidak bertanggunjawab" (kerana sememangnya saya tahu apa yang dilakukan dan bersedia terima akibatnya) dan juga nasihat bahawa saya "tidak perlu menyebarkan dakyah politik di sini" yang didasarkan premis bahawa saya sengaja hendak sebarkan ideologi saya di sini, which is false. Anda juga terburu-buru memberikan komen tanpa bertanya terlebih dahulu tentang sifat apa yang hendak dicakapkan. Dengan membuat ini anda telah melanggar Wikipedia:Anggaplah niat baik dan juga telah cuba dengan kritikan anda untuk menggugat kebebasan suara dan stifle debate. Jadi seeloknya anda meminta maaf dan berjanji akan meneggakkan kebebasan bersuara dan bertindak mengikut lunas-lunas Dasar dan GP. — Alistaire | عليستير (bincang) 15:23, 6 Februari 2009 (UTC)
- Anda bersuara (dengan bebas) dan menggalakkan debat yang tak ada gunanya di sini dan tak bersesuaian langsung dengan objektif wikipedia, jadi seeloknya anda pergi saja ke forum lain. Sini bukan tempat untuk mengadu itu ini, sebaliknya bincangkan fakta. Anda mahu bebas bersuara di sini tapi siapa mahu dengar? Anda dah salah tempat untuk bebas bersuara. Anda mahu bincangkan sesuatu yang takde kene mengena dengan wikipedia. Kenapa mahu jadikan wikipedia seperti forum politik untuk bincangkan hal-hal politik? Ini memalukan. ^_^ —니두씨 07:52, 7 Februari 2009 (UTC)
Tujuan Wikipedia adalah untuk mengembangkan ilmu dan seharusnya kebebasan bersuara bagi segala bidang, termasuk politik harus dibenarkan, dan semuanya kena mengena. Anda menyuruh saya pergi ke tempat lain, siapakah kamu untuk menghalau saya? Dan, hanya disebabkan anda tidak mahu dengar, tidak bermaksud orang lain tidak mahu mendengar, dan ini bukan alasan untuk membuat tuduhan tidak berasas. Yang memalukan bukannya saya, tetapi anda sendiri kerana bertindak menentang dan melanggar hak orang lain dengan menyekat kebebasan saya untuk bersuara mengenai perkara-perkara yang sememangnya lazim di Wikipedia. — Alistaire | عليستير (bincang) 08:11, 7 Februari 2009 (UTC)
Saudara berdua gaduh macam budak2 tadika. Daripada korang membebel macam perempuan lebih baik saudara berdua menyumbang benda2 berilmiah dan bukan nak cari siapa pemenang dalam perdebatan kosong ni. -- Tebuanhijau (bincang) 11:14, 7 Februari 2009 (UTC)
Terpulang kepada individu itu nak cerita pasal politik ke atau tidak. (HR~Sokong Alistaire | عليستير)
[sunting] Hee Yit Foong
Selamat Hari Thaipusam. Untuk makluman anda, yang Hee dikutuk masyarakat setempat ada dilaporkan secara meluas di media. Sila tambah balik suntingan bahagian itu. Apakah perlindungan bagi page itu perlu? Salam. 158.143.153.244 05:40, 8 Februari 2009 (UTC)
- Kenyataan yang anda letak itu bernada berat sebelah, saya neutralkan. Perlindungan itu memang perlu kerana adalah berkemungkinan besar menjadi sasaran pelaku musnah sebagaimana di wikipedia en. ^_^ —니두씨 05:48, 8 Februari 2009 (UTC)
[sunting] Tandatangan
Macam mana saudara meletakkan tandatangan?? adakah saudara menaip <b>^_^</b> —<font color="orange">[[Pengguna:Niduzzi|니]]</font><font color="orangered">[[Perbincangan Pengguna:Niduzzi|두]]</font><font color="red ">[[Khas:Sumbangan/Niduzzi|씨]]</font> 05:48, 8 Februari 2009 (UTC) setiap kali saudara meletakan tandatangan??? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:22, 9 Mac 2009 (UTC)
- Tak, pergi je ke "Keutamaan" and taruk je code tu dekat dalam "Nama samaran" .. then tick "Tandatangan mentah (tanpa pautan automatik)" .. ^_^ —니두씨 08:11, 9 Mac 2009 (UTC)
Kan dah ada kolum Wikipedia dalam bahasa lain. Cukuplah tu. — Didie (bincang) 14:56, 14 Mac 2009 (UTC)
[sunting] Pengundian sebagai sysop
Izz, terima kasih di atas undian anda. Zamwan (bincang) 14:35, 1 Mei 2009 (UTC)
Izz, tolonglah undi saya sebagai penyelia. Kiteretsu (bincang) 01:26, 13 Mei 2009 (UTC)
Tolonglah, saya ingin membantu wikipedia. Kiteretsu (bincang) 11:05, 13 Mei 2009 (UTC)
Izz, marilah mencipta banyak rencana supaya wikipedia bahasa melayu lebih maju.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 11:16, 2 Jun 2009 (UTC)
[sunting] Tentang kedalaman Wikipedia (Depth)
Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:
Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:
- A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
- B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
- C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.
Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:14, 30 Ogos 2009 (UTC)
- Sila lihat pautan list of wikipedia's. Emrrans (bincang) 09:55, 30 Ogos 2009 (UTC)
[sunting] Sumbangan
Sila menyumbang. Sumbangan anda terakhir adalah tahun lepas. Yosri (bincang) 02:11, 31 Mac 2010 (UTC)
[sunting] UNDILAH SAYA
السلام عليكم 平和があなたがたに
Assalamualaykum, Salam Sejahtera dan Salam Wikipedia,
Kehadapan Saudara Niduzzi, saya merupakan pengguna Wikipedia Smim90 sedang mengadakan kempen kutipan suara melalui undian. Tujuan saya mengadakan kutipan suara ini adalah untuk mencari sokongan ahli Wikipedia bahasa Melayu yang budiman untuk memilih saya sebagai salah seorang PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU. Saudara, tujuan saya memohon jawatan sebagai penyelia ini adalah untuk membuat suatu transformasi pembaharuan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Namun saya berpendapat keinginan saya mungkin tidak dapat dilunaskan sekiranya saya tidak mendapat sokongan yang kuat daripada anda. Saya seringkali sentiasa berusaha bersama para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lain dalam mengecapi suatu matlamat yang sama bagi menyediakan rencana dan juga pelbagai pengisian yang bermanfaat dalam Wikipedia, namun saya tidaklah mahu sesuatu sumbangan itu boleh dikatakan "serumpun" sahaja kerana apa yang penting adalah kepelbagaian dan usaha kita yang tidak terhad, kerana itu juga saya amat menaruh harapan kepada anda SAHABAT, sebagai rakan seperjuangan yang sentiasa mencari adunan yang cukup sebati dalam mencipta resipi ilmu yang tidak akan dilupakan selama-lamanya .Inilah rencah kencana kehidupan.
Jika saudara mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri saya untuk menjadi PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, saudara bolehlah memasuki pautan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Smim90 sebagai penyelia 09 Mei 2010 untuk mengundi saya.
Saudara boleh mengundi saya dengan dengan hanya memasukkan * SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan SOKONGAN. Kemudian tekan kotak simpan, undian saudara akan disimpan secara otomatik.
Jika saudara merasakan saya tidak layak menyandang jawatan sebagai penyelia dalam Wikipedia ini, saudara boleh memasukkan tanda * TIDAK SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan BANTAHAN. Kemudian tekan kotak simpan. undian saudara akan disimpan secara otomatik. Sebaik-baiknya saya amat mengesyorkan saudara untuk memberi sedikit komen dalam ruangan catatan sekiranya saudara tidak menyokong saya untuk memegang jawatan penyelia.
Saya juga sudi menerima sebarang persoalan yang ditujukan kepada saya sepanjang tempoh berkempen dan mencari undian. Jika tidak keberatan saya akan menjawab semua pertanyaan itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka, InsyaAllah.
Akhirnya kata, undilah saya sebagai PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, mudah-mudahan segala usaha saya dan saudara akan terus dapat dipertingkatkan untuk kebaikan bersama. Kearah melahirkan umat berilmu, berwawasan dan bertanggungjawab. Smim90 (bincang) 03:33, 9 Mei 2010 (UTC). Sekian, Wassallam dan Terima Kasih.
[sunting] Status penyelia
Email telah dihantar kepada anda. Harap anda dapat memberi penjelasan. Zamwan (bincang) 00:18, 5 November 2010 (UTC)
- Izz, harap anda dapat membalas email saya atau mengaktifkan tanggungjawab kepenyeliaan anda selewat-lewatnya sebelum 13 Nov 2010. Terima kasih. Zamwan (bincang) 14:51, 11 November 2010 (UTC)
[sunting] Fail tanpa lesen sah
Hai! Terima kasih atas muat naik anda. Saya perasan sebahagian fail yang anda muat naik tidak memiliki lesen (lihat senarai di bawah). Anda boleh membantu kami dengan meletakkan lesen dan sumbernya. Sumber boleh jadi ÔÇÿKarya sendiriÔÇÖ jika anda mengambil gambar tersebut/menggunakan kamera anda sendiri atau mencipta sendiri fail tersebut. Jika anda mengambil foto/fail itu di tempat lain, sila berikan pautan ke tapak web berkaitan atau nyatakan di mana anda menjumpainya.
Fail tanpa lesen sah boleh dihapuskan, jadi kami amat berharap anda membantu kami menambah lesen supaya fail-fail tersebut dapat dikekalkan.
Kerjasama anda amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.