Perbincangan pengguna:Yong H Lim

Kandungan laman tidak disokong dalam bahasa lain.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Yong H Lim! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial dan meja bantuan Wikipedia. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

...Aurora... (b) 13:53, 30 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Statistik anda[sunting sumber]

Keseluruhan Pulau Pinang hanya memiliki penduduk 1,647.7 (Anggaran terbaru). Bilangan anda 2,292,394 pula memasukkan penduduk Kedah (....Daerah Kulim, Daerah Kuala Muda dan Daerah Bandar Baharu di negeri Kedah), oleh itu ia tidak tepat kerana rencana ini membincangkan hanya mengenai George Town, Pulau Pinang, bukannya Zon Metropolitan Georgetown yang saya tidak jumpa rujukan mengenainya. Saya berikan anda masa sehingga esok untuk memindahkan dakwaan Zon Metropolitan Georgetown pada rencananya sendiri, sebelum saya undurkan George Town, Pulau Pinang pada sebelumnya. Zon Metropolitan Georgetown itu anda boleh bandingkan dengan Iskandar Malaysia. Anda juga perlu memasukkan rujukan kerana sabarang dakwaan yang meragunakan tanpa rujukan mungkin akan diundurkan tanpa amaran lanjut. Bukan tugas penyelia memeriksa/menyelidik, tetapi tugas penyumbang yang perlu membuktikan dawaan mereka. Wikipedia does not publish original research. Its content is determined by previously published information rather than the beliefs or experiences of its editors. Even if you're sure something is true, it must be verifiable before you can add it. Yosri (bincang) 01:29, 31 Ogos 2014 (UTC)[balas]

Sila pastikan anda membandingkan yang setara. Selain itu George Town, Pulau Pinang tidak sama dengan Zon Metropolitan Georgetown yang merupakan entiti berbeza. Sebarang dakwaan yang sebaliknya akan dihapuskan. Yosri (bincang) 01:55, 31 Ogos 2014 (UTC)[balas]
Zon Metropolitan Georgetown ada rencana sendiri. ...Aurora... (b) 04:00, 1 September 2014 (UTC)[balas]

Metropolitan Penang-Kedah[sunting sumber]

Saya undurkan suntingan anda di Metropolitan Penang-Kedah kerana ia merupakan kawasan negeri yang berlainan, dengan itu tidak boleh dinamakan hanya satu negeri. Yosri (bincang) 12:39, 3 September 2014 (UTC)[balas]

Persoalan[sunting sumber]

"Daerah Johor Bahru ( 1816 km2) lebih besar daripada Pulau Pinang ( 1046km2). Oleh itu, Zon Metropolitan Georgetown sepatutnya termasuklah Kedah selatan dan perak utara kerana Pulau Pinang terlalu kecil manakala Johor Bharu itu besar."

Perak Utara adalah sebuah negeri lain dengan pentadbiran berasingan dari Johor, berbeza dengan Daerah Johor Bahru yang pentadbirannya adalah negeri Johor. Sebarang usaha memindahkan kuasa/jajahan dari sebuah negeri ke negeri yang lain adalah tidak logik dan melanggar bidang kuasa kerajaan negeri. Ini kerana Perak tidak pernah menandatangani sebarang surat serah kuasa yang menyerah wilayah Perak Utara ke pada kerajaan negeri Pulau Pinang. Sebarang usaha bagi memberi bayangan sedemikian adalah salah dan merupakan dakwaan palsu. Sebarang pendapat peribadi seperti ...Zon Metropolitan Georgetown sepatutnya termasuklah Kedah selatan dan perak utara... adalah ditolak mentah-mentah. Yosri (bincang) 15:05, 11 November 2014 (UTC)[balas]
Jika anda ingin meletakkan Pulau Pinang tahap kedua, anda boleh letakkan dari segi kepadatan penduduk Pulau Pinang /Georgetown (penduduk/keluasan) yang saya pasti mungkin lebih tinggi. Yosri (bincang) 15:06, 11 November 2014 (UTC)[balas]
Bilangan penduduk bandar Johor Bharu ( 497,067), tetapi bilangan penduduk Majlis Daerah Johor Bharu adalah Johor Bahru. Keluasan 1817.8 km per dengan jumlah penduduknya 1,449,900. Pejabat daerah di Johor Bahru. Pegawai Daerahnya Tuan hj Yahya bin Salleh. Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah: Bandar dan pekan utama dalam daerah ini ialah Johor Bahru, Stulang, Gelang Patah, Sekudai, Ulu Tiram, Plentong, Ulu Choh, Kangkar Pulai, Masai, Nusajaya, Bandar Baru UDA, Permas Jaya, Stulang, Tanjung Langsat, Lok Heng dan Lima Kedai. Yosri (bincang) 07:41, 12 November 2014 (UTC)[balas]
Saya rasa anda ada masalah membandingkan pekara/objek yang sama. Bandar dibanding dengan bandar, daerah dengan daerah, negeri dengan negeri. Jika anda hendak bandingkan penduduk Pulau Pinang, sila banding dengan bilangan penduduk Negeri Johor, bukan bilangan penduduk daerah Johor Bahru. Kenyataan anda Walaupun merupakan sebuah negeri, Pulau Pinang boleh dianggap sebagai sebuah bandar ... merupakan pendapat sendiri, kerana Majlis Perbandaran Pulau Pinang tiada kuasa menguruskan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Saya membandingkan bilangan penduduk di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan bilangan penduduk di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru sebagai bandar vs bandar. Bukannya "Conurbation" dengan perbandaran.
Zon Metropolitan Georgetown ("George Town Conurbation Plan") perlu dibandingkan dengan Iskandar Malaysia sebagai perbandingan setara ("apple to apple"). Bandingkan negeri Pulau Pinang dengan negeri Johor, daerah Georgetown dengan daerah Johor Bahru
Mengenai kenyataan anda "Daerah Johor Bahru sebenarnya merangkumi Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tangah dan Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Majlis Bandaraya Johor Bahru(Bandar Johor Bahru) mempunyai 497,000 penduduk. Pulau Pinang ..." - sila bandingkan Majlis Perbandaran dengan Majlis Perbandaran, negeri dengan negeri. Sebarang kelainan membandingkan negeri dengan daerah merupakan perbandingan tidak logik - ie "comparing orange to apple".
Kenyataan anda "Sebenarnya bandar Georgetown boleh diiktiraf sebagai bandar kedua terbesar kerana menyumbang lebih banyak KDNK" - Jika anda hendak bandingkan KDNK, sila gunakan KDNK, irrelevant dengan bilangan penduduk. Sekali lagi sebarang usaha membandingkan negeri PP dgn daerah/bandar Johor adalah palsu (false argument).
Pandangan saya adalah jika anda hendak bandingkan kepadatan/KDNK, sila gunakan statistik setara dan dari sumber sahih yang boleh dirujuk oleh penyelia. Jika anda hendak bandingkan bilangan penduduk sila gunakan subjek matter yang sama setara, bandar vs bandar, daerah vs daerah, negeri vs negeri. Dan jangan membuat perbandingan subjek yang tidak sama menurut kepentingan peribadi.
Selain itu, rencana Johor Bahru memiliki beberapa kandungan yang meragukan, tetapi saya tidak mempunyai masa untuk menyemak keseluruhan rujukan rencana pada masa ini. Mungkin pada satu masa nanti, (tahun hadapan), saya akan menyemak keseluruhan rujukan rencana tersebut dan membuang kenyataan yang bercanggah dengan rujukan. Saya bersikap terbuka, tetapi ia perlu mengikut fakta (perbandingan yang setara) serta memiliki rujukan sahih. Yosri (bincang) 16:41, 12 November 2014 (UTC)[balas]
Supaya anda jelas saya ringkaskan bilangan penduduk beserta sumber rujukannya. Bandar Johor memiliki penduduk 497,067. Daerah Johor/Majlis Perbandaran Johor mempunyai jumlah penduduk seramai 1,334,188 dan Iskandar Malaysia mempunyai jumlah penduduk seramai 2.4 juta orang. Mengenai angka Bandar, sila bandingkan bilangan penduduk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (tidak termasuk Majlis Perbandaran Seberang Perai) dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru 1,334,188, bukan bandar Johor 497,067. Yosri (bincang) 17:25, 12 November 2014 (UTC)[balas]
Ada berapa bilangan Majis Perbandaran di Singapura? (sebelum ia dihapuskan) Yosri (bincang) 17:50, 12 November 2014 (UTC)[balas]
Saya setuju bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang boleh dibandingkan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru, kerana ia merujuk pada bidang kuasa (setara). Bagaimanapun, bilangan penduduk perlu dari sumber sahih, ie. berikan sumber asal. Apabila ia dinaikkan taraf, bilangan penduduk mungkin meningkat (+ kawasan baru?), masih perlukan rujukan bilangan penduduknya. Yosri (bincang) 18:15, 12 November 2014 (UTC)[balas]
Saya kiv hujung minggu kerana kesuntukan masa menjawab. Bagaimanapun secara ringkas, Majlis Perbandaran Pulau Pinang dibanding dengan Majlis Perbandaran Johor Bahru - Pegawai Daerahnya Tuan hj Yahya bin Salleh (Lihat tajuknya Daerah Pentadbiran JOHOR, bukan pendapat/rekaan saya. Hujah daerah anda merepek. Sila beri rujukan satu daerah boleh ditadbir oleh lebih daripada satu kerajaan tempatan pada masa yang sama. Jika 3 majlis digabung ia menjadi 1 pentadbiran baru, bukan tambahan seperti hujah anda, tetapi pengganti. Yosri (bincang) 15:23, 13 November 2014 (UTC)[balas]
Wikipedia Inggeris tidak boleh digunakan sebagai rujukan kerana ia subjek to manipulation. Bagaimanapun sumber sahih mereka boleh dijadikan rujukan. Seperti saya katakan, saya akan kaji kesemua pada hujung minggu nanti kerana kesuntukan masa menganalisa. Yosri (bincang) 17:50, 13 November 2014 (UTC)[balas]
Tripod bukanlah laman rujukan sahih. Sila rujuk https://en.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Verifiability#What_counts_as_a_reliable_source Saya rasa saya tidak perlu mengulang apakah sumber sahih atau kajian asli dalam perbincangan masa hadapan. Terima kasih. Yosri (bincang) 15:24, 14 November 2014 (UTC)[balas]
-ditto- Yosri (bincang) 15:59, 14 November 2014 (UTC)[balas]
Kerajaan Tempatan di Malaysia ??? Sila ambil perhatian, bukan tugas penyelia menyelidik dakwaan penyunting. Yosri (bincang) 17:06, 14 November 2014 (UTC)[balas]
The burden to demonstrate verifiability lies with the editor who adds or restores material, and is satisfied by providing a citation to a reliable source that directly supports the contribution. I'm just being courteous to review the material, going above and beyond. Yosri (bincang) 17:14, 14 November 2014 (UTC)[balas]
-ditto- Yosri (bincang) 17:41, 14 November 2014 (UTC)[balas]
Bandar Johor bukanlah Perbandaran Johor. Sebarang cubaan membandingkan bilangan bandar dengan Perbandaran (PP) akan dianggap membuat perbandingan palsu sebagaimana diterangkan di atas, dan tindakan akan diambil serta merta. Sika kemukakan bukti jika ia sama. Saya telah menghubungi Majlis Perbandaran Johor untuk bilangan penduduk. Yosri (bincang) 13:15, 26 November 2014 (UTC)[balas]
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Alamat: Pejabat Majlis Bandaraya Johor Bahru,
Jalan Dato' Onn, Peti Surat 232,
80720 Johor Bahru Johor
No. Telefon: 07-2282525
No. Faks: 07-2230619 / 07-2282617
http://www.johor.gov.my/kerajaan/pihak_berkuasa_tempatan
Fakta bahawa anda perlu meminta bukti menunjukkan anda perlu membuat rujukan lebih lanjut sebelum membuat apa-apa suntingan lanjut. Yosri (bincang) 09:50, 1 Januari 2015 (UTC)[balas]
Seperti yang saya katakan, selagi anda tidak dapat buktikan bilangan Majlis Perbandaran Johor lebih kecil, anda tiada hak membuat kenyataan perbandingan menurut pendapat peribadi anda. Jika anda tidak dapat buktikan, lebih baik ia tidak dinyatakan. Malah anda dakwa "Sila buktikan adakah Majlis Perbandaran Johor itu wujud." menunjukkan anda tidak tahu apa-apa mengenai Majlis Perbandaran Johor. Yosri (bincang) 15:08, 7 Januari 2015 (UTC)[balas]
Selain itu untuk pengetahuan anda, Majlis Bandaraya adalah lebih besar dari Majlis Perbandaran. Yosri (bincang) 15:11, 7 Januari 2015 (UTC)[balas]

Jemputan[sunting sumber]

Hai Yong H Lim, anda dijemput untuk mengundi saudara Malaysiaboy sebagai penyelia baru Wikipedia bahasa Melayu di sini. Azim Melaka (bincang) 03:32, 7 Januari 2015 (UTC)[balas]

Undian Malaysiaboy sudah tamat.Azim Melaka (bincang) 04:39, 10 Januari 2015 (UTC)[balas]

Jom undi saudara 26 Ramadan sebagai penyelia baru Wikipedia Bahasa Melayu di sini. Azim Melaka (bincang) 04:39, 10 Januari 2015 (UTC)[balas]