Percy Jackson (watak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perseus Jackson
Watak Percy Jackson & the Olympians
Percy Jackson.jpg
Logan Lerman sebagai Percy Jackson
dalam Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief
Kemunculan pertama The Lightning Thief
Kemunculan terakhir The Last Olympian
Dilakonkan oleh Logan Lerman
Informasi
Nama panggilan Otak Lumut (oleh Annabeth dan Thalia)
Peter Johnson, Perry Johansson, Pierre, Pedro (oleh Dionysus)
Prissy (oleh Clarisse)
Keluarga Poseidon (bapa)
Sally Jackson (ibu)
Gabe Ugliano (bapa tiri)
Paul Blofis (bapa tiri)
Amphitrite (ibu tiri)
Theseus (saudara tiri)
Tyson (saudara tiri)
Polyphemus (saudara tiri)
Antaeus (saudara tiri)
Triton (saudara tiri)

Perseus "Percy" Jackson merupakan watak protagonis dan pencerita dalam siri rekaan Rick Riordan iaitu Percy Jackson & the Olympians. Dia ialah seorang separa dewa, anak kepada dewa dan manusia biasa. Bapanya merupakan dewa laut, Poseidon, sementara ibunya hanyalah manusia biasa bernama Sally Jackson.

Mula diperkenalkan dalam The Lightning Thief sebagai budak dua belas tahun yang bermasalah yang mendapati dirinya ialah separa dewa, Percy melalui beberapa pengembaraan sepanjang siri untuk menyelamatkan rakan-rakannya dan dewa-dewi Gunung Olympus.

Percy telah dilakonkan oleh Logan Lerman dalam filem Percy Jackson & the Olympians: The Lightning Thief, filem adaptasi dari buku pertama siri iaitu The Lightning Thief.

Penerangan fizikal[sunting | sunting sumber]

Seperti yang ditakrifkan dalam buku, Percy mempunyai mata yang kehijauan, kulit gelap dan berambut hitam. Dalam The Lightning Thief Percy dikatakan tidak begitu pandai bersukar, tetapi kemudian, dia semakin hebat selepas menjalani latihan. Percy diterangkan mempunyai rupa yang elok oleh Annabeth, anak perempuan Athena, dewi kebijaksanaan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Official Percy Jackson Site