Perdagangan rentas Sahara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perdagangan rentas Sahara merupakan perdagangan merentasi padang pasir Sahara antara kerajaan-kerajaan dan kota-kota Mediterranean dan rantau pinggir gurun tersebut di utara benua Afrika. Sungguhpun telah wujud sejak zaman prasejarah, kemuncak perdagangan tersebut melangkaui dari abad ke-lapan sehingga akhir abad ke enam belas.

Peningkatan gurun dan galakan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Masjid Besar Djenné, dibina pada 800, merupakan tapak perdagangan penting, kini Tapak Warisan Dunia

Suatu masa, Sahara memiliki persekitaran yang berbeza. Di Libya dan Algeria dari sekurangnya 7,000 BCE pernah terdapat gembala, mengembala kambing dan biri-biri, penempatan besar dan barangan tembikar. Lembu diperkenalkan ke Sahara Tengah (Ahaggar) sejak 4,000 hingga 3,500 BCE. Lukisan batu mengkagumkan (bertarikh 3,500 hingga 2,500 BCE) di tempat yang kini amat kering menggambarkan kehadiran tumbuhan dan haiwan yang agak berbeza dari jangkaan moden.[1]

Sahara merupakan lapangan memusuhi yang memisahkan ekonomi Mediterranean dari ekonomi Lembangan Niger. Fernand Braudel menegaskan, zon seperti itu, seperti Lautan Atlantik, hanya berbaloi direntasi dalam keadaan luar biasa, apabila keuntungan jauh melebihi kerugian.[2] Bagaimanapun, tidak seperti Atlantik, Sahara sentiada didiami oleh kumpulan orang yang mengamalkan perdagangan diperingkat tempatan.

Perdagangan pada era Islam dilakukan menggunakan khalifah Unta. Unta ini akan digemukkan selama beberapa bulan di padang samaada di Maghreb atau di Sahel sebelum dikumpulkan membentuk khalifah. Menurut Ibn Battuta, penjelajah yang mengiringi salah satu khalifah ini, saiz purata adalah seribu ekor unta setiap khalifah, dengan sesetengah sebesar 12,000.[3][4]

Khalifah ini akan dipandu oleh orang-orang Berber yang dibayar dengan lumayan yang mengetahui mengenai padang pasir dan memastikan laluan selamat dari saudara nomad mereka yang lain.

Keselamatan khalifah adalah tidak menentu dan bergantung kepada penyelarasan yang teliti. Suruhan akan dihantar dahulu ke oasis bagi mengangkut air ke khalifah ketika ia masih beberapa hari sebelum sampai, kerana khalifah tidak membawa cukup air untuk melengkapi perjalanan.


Perdagangan awal Merentasi-Sahara[sunting | sunting sumber]

Bangunan di Oualata, tenggara Mauritania
Oasis Bilma di timur laut Niger, dengan unjuran Kaouar di latar

Perdagangan prasejarah merentasi timur laut Sahara ketika era Naqada. Mesir predinasti di pada tempoh Naqada I berdagang dengan Nubia di selatan, oasis gurun barat ke barat, dan budaya Mediterranean timur disebelah timur.[5] Mereka turut mengimport obsidian daripada Ethiopia bagi membentuk mata bilah dan objek lain.[6]

Laluan darat merentasi Wadi Hammamat dari Nil ke Laut Merah dikenali seawal tempoh PreDinsati;[7] gambaran bot jerami Mesir telah dijumpai sepanjang laluan bertarikh 4,000 BCE.[8] Bandar kuno bertarik sejak Dinasti Pertama Mesir muncul sepanjang persimpangan sungai Nil dan Laut Merah,[7] menjadi saksi kepada betapa popularnya laluan silam ini. Ia menjadi laluan utama dari Thebes, Mesir ke Pelabuhan Laut Merah Elim, di mana pengembara kemudian bergerak ke Asia, Arabia atau Tanduk Afrika ("Horn of Africa").[7] Rekod yang wujuk menunjukkan pengetahuan mengenai laluan ini di kalangan Senusret I, Seti, Ramesses IV dan juga, kemudiannya, Empayar Rom, terutamanya bagi perlombongan[9]

Laluan perdagangan Darb el-Arbain, melalui Kharga di selatan dan Asyut di utara, digunakan seawal kewujudan Kerajaan Lama Mesir bagi mengangkut dan berdagang emas, gading, rempah, gandum, haiwan dan tumbuhan.[10] Kemudian, Rom Purba akan melindungi laluan ini dengan meletakkan pelbagai kota dan pos kawalan kecil, sesetengah mengawal penempatan besar lengkap dengan pertanian.[11] Digambarkan oleh Herodotus sebagai jalan "dilalui ... dalam empat puluh hari," ia pada masanya merupakan jalan darat utama yang memudahkan perdagangan antara Nubia dan Mesir,[12] dan kemudiannya dikenali sebagai Jalan Empat Puluh Hari. dari Kobbei, 25 batu utara al-Fashir, laluan itu merentasi gurun ke Bir Natrum, oasis lain dan lombong garam, ke Wadi Howar sebelum sampai ke Mesir.[13] Laluan perdagangan Darb el-Arbain merupakan laluan tengah paling ke timur.

Laluan paling barat dari tiga laluan tengah adalah Jalan Ghadames, yang merentang dari Sungai Niger di utara Gao dan Ghadames sebelum berakhir di Tripoli. Berikutnya adalah yang paling mudah dari tiga laluan: Jalan Garamantean, dinamakan sempena bekas pemerintah kawasan tersebut dan juga dikenali sebagai Laluan Bilma. Jalan Garamantean melalui selatan gurun berhampiran Murzuk sebelum berpaling ke utara untuk melalui antara Gunung Ahaggar dan Gunung [Tibesti Mountains sebelum sampai ke oasis di Kawar. Dari Kawar, khalifah akan melalui gurun pasir besar Bilma, di mana garam batu dilombong dalam jumlah yang banyak untuk perdagangan, sebelum sampai ke padang rumput savana utara Tasik Chad. Ini merupakan laluan terpendek, dan pertukaran utama adalah hamba abadi dan gading dari selatan bagi garam.

Laluan barat adalah Jalan Walata/Oualata, dari sungai Sénégal, dan laluan Taghaza, dari Sungai Mali, yang bahagian utara berakhir di pusat perdagangan besar [Sijilmasa, terletak di Morocco dibahagian utara gurun.[13] Pertumbuhan bandar Aoudaghost, yang diasaskan pada abad ke lima belas BCE, digalakkan sebahagiannya oleh kedudukannya di hujung selatan laluan perdagangan Sahara.

Di sebelah timur, tiga laluan silam menyambung selatan ke Laut Mediterranean. Pengembala Fezzan di Libya, dikenali sebagai Garamantes, mengawal laluan ini seawal 1,500 BC. Dari ibu kota mereka Germa di Wadi Ajal, Empayar Garamantean menyerbu ke utara hingga ke laut dan ke selatan hingga ke Sahel. Menjelang abad ke empat BC, bandar negara bebas Phoenecia telah memperluaskan kawalan mereka ke jajahan dan laluan yang pernah dikawal oleh Garamantes.[13] Shillington menyatakan bahawa hubungan sedia ada dengan Mediterranean menerima galakan tambahan dengan pertumbuhan bandar pelabuhan Carthage. Di asaskan c. 800 BCE, Carthage menjadi penghujung bagi emas Afrika barat, gading, dan hamba abadi. Afrika Barat menerima garam, pakaian, manik, dan barangan logam. Shillington seterusnya mengenal pasti laluan ini sebagai sumber besi bagi peleburan besi Afrika barat.[14] Perdagangan berterusan sehingga ke tempoh Rom. Sungguhpun terdapat rujukan Klasik mengenai pengembaraan langsung dari Mediterranean hingga ke Afrika barat (Daniels, p. 22f), kebanyakan perdagangan ini dilakukan melalui orang tengah, mendiami kawasan tersebut dan menyedari laluan melalui tanah yang kontang.[15] Legio III Augusta kemudiannya mengawal laluan ini bagi pihak Empayar Rom menjelang abad pertama AD, menjaga keselamatan sempadan selatan empayar bagi dua dan setengah abad.[13]

Pengenalan unta[sunting | sunting sumber]

Khalifah unta moden berhampiran Gunung Ahaggar di tengah Sahara, 2006

Herodotus telah mengisahkan Garamantes memburu Troglodytes Ethiopia dengan menggunakan pedati; kisah ini dikaitkan dengan gambaran kuda menarik pedati dalam seni gua masakini di selatan Morocco dan Fezzan, memberi permulaan teori bahawa Garamantes, atau orang Saran yang lain, telah mencipta laluan pedati bagi membekalkan Rom dan Carthage dengan emas dan gading. Tetapi ia telah dipertikaikan bahawa tiada rangka kuda telah dijumpai yang bertarikh dari tempoh awal ini di kawasan tersebut, dan pedati merupakan kenderaan yang tidak sesuai bagi tujuan perdagangan disebabkan muatan kecilnya.[16]

Bukti terawal bagi pemeliharaan unta dikawasan tersebut bertarikh dari abad ke tiga. Ia digunakan oleh orang Berber, yang membolehkan hubungan ebih kerap sepanjang keseluruhan Sahara, tetapi laluan perdagangan tetap tidak berkembang sehingga permulaan perkembangan Islam di Afrika Barat pada abad ke tujuh dan abad ke lapan.[16] Dua laluan perdagangan utama dibangunkan. Yang pertama melalui gurun barat dari Morocco moden sehingga SUngai Niger, yang kedua dari Tunisia moden sehingga ke kawasan Tasik Chad. Laluan ini agak pendek dan memiliki jaringan penting oasis yang menetapkan laluan sebagaimana pin pada peta. Lebih ke timur Fezzan dengan laluannya melalui lembah Kaouar sehingga ke Tasik Chad, Libya tidak dapat dilalui kerana ketiadaan oasis dan ribut gurun yang ganas.[17] Laluan dari Sungai Niger ke Mesir ditinggalkan pada abad ke sepuluh kerana ancaman bahayanya.

Perdagangan Merentasi-Sahara pada Zaman Pertengahan[sunting | sunting sumber]

Kebangkitan Empayar Ghana, berpusat yang masa kini selatan Mauritania, selari dengan peningkatan perdagangan merentasi Sahara. Ekonomi Mediterranean kekurangan emas tetapi mampu membekalkan garam, diambil oleh tempat seperti lombong garam Afrika Taghaza, manakala pula negara Afrika Barat seperti Wangara memiliki banyak emas tetapi memerlukan garam. Perdagangan hamba merentasi Sahara juga penting kerana sejumlah besar orang Afrika di hantar ke utara, biasanya untuk berkhidmat sebagai pekarja rumah atau gundik.[18] Negara-negara Afrika barat mengimport tentera hamba terlatih. Dianggarkan bahawa antara abad ke-10 hingga abad ke-19 sekitar 6,000 hingga 7,000 hamba abadi diangkut ke utara setiap tahun.[19] Kemungkinan sehingga sembilan juta hamba telah di eksport sepanjang khalifah merentasi-Sahara.[20] Beberapa laluan perdagangan mula bertapak, kemungkinan yang paling penting berakhir di Sijilmasa dan Ifriqiya yang kin berada dalam Morocco ke utara. Di sana, dan di bandar Afrika Utara yang lain, pedagang Berber menerima hubungan lebih rapat dengan Islam, menggalakkan pemelukan ugama Islam, dan menjelang abad ke lapan, orang-orang Muslim mengembara ke Ghana. Ramai penduduk Ghana memeluk Islam, dan kemungkinannya menyebabkan perdagangan Empayar memiliki kelebihan. Sekitar 1050, Ghana menawan Aoudaghost, tetapi lombong emas baru sekeliling Bure, Afrika mengurangkan perdagangan di bandar tersebut, sebaliknya menguntungkan Soso, yang kemudiannya mengasas Empayar Mali.

Laluan perdagangan Sahara sekitar 1400, dengan jajahan Niger moden diterangkan

Tidak seperti Ghana, Mali adalah kerajaan Muslim, dan di bawahnya, perdagangan emas - garam diteruskan. Yang lain, barangan dagangan kurang penting adalah hamba abadi, pinang dari selatan dan manik dan kulit siput cowrie dari utara (bagi kegunaan sebagai mata wang). Ia semasa pemerintahan Mali bandar besar di Sungai Niger —termasuk Gao dan Djenné— berkembang, dengan Timbuktu terutamanya menjadi terkenal di seluruh Eropah kerana kekayaannya. Pusat perdagangan penting di selatan Afrika Barat berkembang di zon perantaraan antara hutan dan padang savana; contoh termasuk Begho dan Bono Manso (yang kini Ghana) dan Bondoukou (pada masa kini Côte d'Ivoire). Lalaun perdagangan barat terus penting, dengan Ouadane, Oualata dan Chinguetti menjadi pusat perdagangan utama di yang kini adalah Mauritania, sementara bandar-bandar diduduki orang Tuareg Assodé dan kemudiannya Agadez berkembang disekeliling laluan lebih ke timur di mana yang kini adalah Niger.

Laluan timur merentasi-Sahara mendorong kepada perkembangan Empayar Kanem-Bornu yang bertahan lama berpusat di kawasan Tasik Chad. Laluan perdagangan ini bagaimanapun kurang efisen dan hanya menjadi terkenal apabila kekacauan di sebelah barat seperti semasa penaklukan Almohad.

Perjalanan orang-orang Portugis mengelilingi persisiran barat Afrika membuka laluan baru bagi perdagangan antara Eropah dan Afrika Barat. Menjelang awal abad ke enam belas, tapak perdagangan Eropah, "Logi" ditubuhkan dipersisiran sejak 1445, dan perdagangan dengan Eropah yang lebih kaya menjadi amat penting kepada Afrika Barat. Afrika Utara merosot dalam kepentingan politikal dan ekonomi, sedangkan merentasi Sahara kekal panjang dan merbahaya. Bagaimanapun, pukulan hebat kepada perdagangan merentasi-Sahara adalah Pertempuran Tondibil 1591-2. Morocco menghantar tenteranya menyeberangi Sahara dan menyerang Timbuktu, Gao dan beberapa pusat perdagangan penting, memusnahkan bangunan dan harta benda dan menyingkir warga terkemuka mereka. Gangguan ini kepada perdagangan mendorong kepada kemerosotan teruk bagi kepentingan bandar ini dan pertelingkahan yang terhasil mengurangkan perdagangan dengan banyaknya.

Kemerosotan perdagangan merentasi Sahara[sunting | sunting sumber]

Perjalanan orang-orang Portugis mengelilingi persisiran barat Afrika membuka laluan baru bagi perdagangan antara Eropah dan Afrika Barat. Menjelang awal abad ke enam belas, tapak perdagangan Eropah, "Logi" ditubuhkan dipersisiran sejak 1445, dan perdagangan dengan Eropah yang lebih kaya menjadi amat penting kepada Afrika Barat. Afrika Utara merosot dalam kepentingan politikal dan ekonomi, sedangkan merentasi Sahara kekal panjang dan merbahaya. Bagaimanapun, pukulan hebat kepada perdagangan merentasi-Sahara adalah Pertempuran Tondibil 1591-2. Morocco menghantar tenteranya menyeberangi Sahara dan menyerang Timbuktu, Gao dan beberapa pusat perdagangan penting, memusnahkan bangunan dan harta benda dan menyingkir warga terkemuka. Gangguan ini kepada perdagangan mendorong kepada kemerosotan teruk bagi kepentingan bandar ini dan pertelingkahan yang terhasil mengurangkan perdagangan dengan banyaknya.

Sunguhpun merosot dengan banyaknya, perdagangan merentasi Sahara berterusan. Tetapi laluan perdagangan ke Afrika Barat menjadi semakin mudah, terutama selepas penjajahan Perancis terhadap Sahel pada 1890-an dan pembinaan jalan kereta api berikutnya ke kawasan pendalaman. Landasan kereta api dari Dakar ke Algiers melalui Sungai Niger dirancangkan tetapi tidak pernah dibina. Dengan kemerdekaan negeri-negeri di kawasan tersebut pada 1960-an, laluan utara selatan terputus oleh beberapa sempadan negara. Kerajaan-kerajaan tersebut turut memusuhi semangat kebangsaan Tuareg dan dengan itu membuat sedikit usaha bagi mengekalkan atau memelihara laluan perdagangan merentasi Sahara, dan Pemberontakan Tuareg 1990-an and dan Perang Saudara Algeria mengganggu laluan perdagangan lebih lanjut, dengan kebanyakan jalan ditutup.

Khalifah garam Azalai dari Agadez ke Bilma, 1985

Laluan khalifah tradisional biasanya tanpa unta, tetapi laluan Azalai yang lebih pendek dari Agadez ke Bilma dan Timbuktu ke Taoudenni masih berkekalan - walaupun jarang digunakan. Sesetengah ahli Tuareg masih menggunakan laluan perdagangan tradisional, sering kali mengembara lebih 1,500 batu dan enam bulan setiap setahun menggunakan unta menyeberangi Sahara berdagang garam yang di bawa daripada pendalaman gurun kepada masyarakat dipinggir gurun.[21]

Masa hadapan perdagangan merentas Sahara[sunting | sunting sumber]

Persekutuan Afrika dan Bank Pembangunan Afrika menyokong Lebuh raya Merentasi Sahara dari Algiers ke Lagos melalui Tamanrasset yang bertujuan menggalakkan perdagangan merentasi Sahara. Laluan ini diturap kecuali bahagian 200 km di utara Niger, tetapi had sempadan masih menghalang lalu-lintas. Hanya beberapa lori membawa dagangan merentasi Sahara, terutamanya bahan api dan garam. Tiga lebuh raya lain merentasi Sahara telah dicadangkan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Shillington, Kevin (1989, 1995). History of Africa, Second Edition. St. Martin's Press, New York. Page 32.
  2. ^ Braudel, Fernand (1984). The Perspective of the World. (Vol III of Civilization and Capitalism). (Published in French in 1979).
  3. ^ David Rouge, Saharan salt caravans ply ancient route, Reuters, 21 February, 2007
  4. ^ An African Pilgrim-King and a World-Traveler: Mansa Musa and Ibn Battuta
  5. ^ Shaw, Ian (2002). The Oxford History of Ancient Egypt. Oxford, England: Oxford University Press. m/s. 61. ISBN 0-500-05074-0.
  6. ^ Barbara G. Aston, James A. Harrell, Ian Shaw (2000). Paul T. Nicholson and Ian Shaw editors. "Stone," in Ancient Egyptian Materials and Technology, Cambridge, 5-77, pp. 46-47. Also note: Barbara G. Aston (1994). "Ancient Egyptian Stone Vessels," Studien zur Archäologie und Geschichte Altägyptens 5, Heidelberg, pp. 23-26. (See on-line posts: [1] and [2].)
  7. ^ a b c Please refer to Wadi Hammamat#Trade route.
  8. ^ Please refer to Wadi Hammamat#Carvings.
  9. ^ Please refer to Wadi Hammamat#Quarries and Wadi Hammamat#Common era.
  10. ^ Jobbins, Jenny. "The 40 days' nightmare," in Al-Ahram, 13-19 November 2003, Issue No. 664. Published in Cairo, Egypt.
  11. ^ Please refer to Kharga Oasis.
  12. ^ Smith, Dr. Stuart Tyson. Nubia: History, University of California Santa Barbara, Department of Anthropology, <http://www.anth.ucsb.edu/faculty/stsmith/research/nubia_history.html>. Retrieved January 21, 2009.
  13. ^ a b c d Burr, J. Millard and Robert O. Collins, Darfur: The Long Road to Disaster, Markus Wiener Publishers: Princeton, 2006, ISBN 1-55876-405-4, pp. 6-7.
  14. ^ Shillington (1995). Page 46.
  15. ^ Daniels, Charles (1970). The Garamantes of Southern Libya. Oleander, North Harrow, Middlesex. Page 22.
  16. ^ a b Masonen, P: "Trans-Saharan Trade and the West African Discovery of the Mediterranean World. Diarkibkan 2006-10-08 di Wayback Machine"
  17. ^ Lewicki, T. (1994). "The Role of the Sahara and Saharians in Relationships between North and South". In UNESCO General History of Africa: Volume 3. University of California Press, ISBN 92-3-601709-6.
  18. ^ Ibn Battuta's Trip: Part Twelve - Journey to West Africa (1351 - 1353)
  19. ^ Fage, J.D. A History of Africa. Routledge, 4th edition, 2001. pg. 256
  20. ^ The impact of the slave trade on Africa
  21. ^ National Geographic (2001). Africa, Episode 2, "Desert Odyssey" (TV/Video). This episode follows a Tuareg tribe across the Sahara for six months by camel.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]