Perdana Menteri Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perdana Menteri Malaysia
ڤردان منتري مليسيا
Penyandang
Dato Seri Anwar Ibrahim
sejak 24 November 2022

Pejabat Perdana Menteri
Jabatan Perdana Menteri
GelaranYang Amat Berhormat
Anggota bagiKabinet Malaysia Edit the value on Wikidata
Lapor kepadaParlimen Malaysia
Bidang kuasaMalaysia Edit the value on Wikidata
InstitusiJabatan Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
KediamanSeri Perdana
PusatPerdana Putra, Putrajaya
PenamaDewan Rakyat Malaysia
Dilantik olehYang Di-Pertuan Agong
Tempoh jawatan5 tahun, ataupun mengikut sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia selagi masih memiliki kepercayaan
Penjawat sulungTunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
Dibentuk31 Ogos 1957; 66 tahun yang lalu (1957-08-31)
Timbalan/naibTimbalan Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
GajiRM22,826.65 sebulan[1] RM273,919.80 setahun
SenaraiSenarai Perdana Menteri Malaysia Edit the value on Wikidata
Tapak webTapak web rasmi
Facebook: PejabatPerdanaMenteriMalaysia Twitter: malaysiapmo Instagram: malaysiapmo Telegram: PejabatPerdanaMenteri Youtube: PejabatPerdanaMenteriMalaysia Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Perdana Menteri Malaysia (Jawi: ڤردان منتري مليسيا) ialah ketua kerajaan Malaysia. Perdana menteri mengarahkan cabang eksekutif kerajaan persekutuan. Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri yang merupakan ketua parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam pilihan raya umum.

Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7

Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) merupakan kabinet yang pertama dibentuk selain tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) setelah 61 tahun susulan kegagalan parti tersebut untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya ke-14.

Susulan krisis politik negara 2020 atau lebih dikenali sebagai Langkah Sheraton, landskap politik telah berubah secara keseluruhan. Kabinet Malaysia 2020 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Muhyidin Pertama (Muhyiddin I), merupakan kabinet yang pertama dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa melalui pilihan raya. Peralihan kuasa ini berlaku berikutan perletakan jawatan secara tiba-tiba oleh Perdana Menteri Tun Mahathir Muhamad. Kabinet dan pentadbiran Tan Sri Muhyiddin mendapat tekanan dan tentangan hebat yang mengakibatkan kabinetnya terpaksa dibubarkan sewaktu negara dilanda pendemik COVID 19.

Pada tahun 2021, Kabinet Muhyiddin Pertama (Muhyiddin I) telah dibubarkan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kehilangan sokongan majoriti dari barisan kepemimpinan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Ahmad Zahid Hamidi menyebabkan wujudnya sekali lagi kabinet yang dibentuk melalui pertukaran kerajaan tanpa pilihan raya. Kabinet tersebut dikenali sebagai Kabinet Ismail Sabri Pertama (Ismail Sabri I). Kabinet tersebut tercatat sebagai kabinet kedua di Malaysia yang wujud tanpa melalui pilihan raya. Ia adalah proses normal dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen.

Pelantikan

Seorang Perdana Menteri dilantik dari kalangan Ahli Dewan Rakyat Malaysia. Ahli Dewan Negara Malaysia tidak layak untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Mengikut kelaziman, seorang presiden parti yang mempengerusikan sebuah parti politik gabungan yang memenangi majoriti kerusi dalam pilihan raya umum akan dicalonkan oleh Ahli Dewan Rakyat Malaysia untuk Yang di-Pertuan Agong memperkenankan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri. Namun, dalam situasi di mana tiada parti yang memenangi kerusi majoriti, para Ahli Dewan Rakyat perlu mencalonkan beberapa nama untuk dipilih oleh majoriti ahli dewan. Yang di-Pertuan Agong seterusnya akan memperkenankan pelantikan seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda memiliki sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat.[2]

Bidang kuasa

Seorang Perdana Menteri mempunyai hak prerogatif untuk mencalonkan seorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Negara bagi menganggotai Jemaah Menteri yang dibentuk. Beliau akan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda untuk dilantik sebagai anggota pentadbiran kerajaan.

Beliau juga berperanan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen, khususnya Dewan Rakyat untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum. Memanggil atau menangguhkan sidang Parlimen juga di bawah kuasa Perdana Menteri. Begitu juga dengan pengisytiharan darurat.

Selain daripada itu, beliau juga berperanan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dalam melantik 44 daripada 70 orang Senator dari kalangan Ahli Dewan Negara.

Pelantikan hakim mahkamah atasan (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan) juga dibuat atas nasihat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman yang mana beliau akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong.

Peguam Negara Malaysia dan Ketua Audit Negara Malaysia juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.

Pelantikan Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya bagi Suruhanjaya Kehakiman dan Perundangan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pasukan Polis, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Kewangan Negara dan Majlis Angkatan Tentera.

Yang di-Pertua Negeri juga dilantik atas nasihat seorang Perdana Menteri.[3]

Perdana Menteri sementara

Berdasarkan Perkara 55 (3) Perlembagaan Malaysia, Dewan Rakyat, melainkan jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan budi bicaranya sendiri atas nasihat Perdana Menteri, boleh meneruskan selama lima tahun dari tarikh pertemuan pertamanya. Perkara 55 (4) Perlembagaan membenarkan penangguhan 60 hari pilihan raya yang akan diadakan dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah diberitahu untuk bertemu pada tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Secara konvensyen, antara pembubaran satu Parlimen dan perjumpaan yang akan datang, Perdana Menteri dan kabinet kekal di pejabat dalam kapasiti sementara.

Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970)

Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein.

Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail Al-Haj bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn.

Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981)

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam kemudian digantikan oleh Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba seterusnya digantikan oleh Dato' Seri Anwar bin Dato' Ibrahim dan akhir sekali adalah digantikan oleh Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Era Pentadbiran Najib Razak (2009-2018)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Najib Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[4] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.

Pada 9 Mei 2018, Najib Razak gagal mempertahankan jawatan Perdana Menteri susulan kegagalan Barisan Nasional membentuk kerajaan dalam Pilihan Raya ke-14, jawatan telah disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan dan menyaksikan perubahan landskap politik baharu selepas 61 tahun kerajaan ditadbir oleh parti komponen Barisan Nasional.

Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020)

Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan.

Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:

1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan hilang kepercayaan terhadap anggota kabinetnya sendiri berikutan peristiwa Langkah Sheraton. Peristiwa ini sekali lagi mengubah landskap politik negara apabila Perdana Menteri yang baharu dilantik tanpa pilihan raya umum.

Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-2021)

Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim yang menyebabkan Perdana Menteri ke-7 meletakkan jawatan. Beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat Malaysia yang terdiri daripada wakil rakyat dari Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak, Parti Bersatu Sabah dan Bebas menewaskan Anwar Ibrahim dan Mahathir Mohamad sendiri.[5]

Beliau juga mencatat sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai dua kerusi dalam dewan perundangan, iaitu di Dewan Rakyat Malaysia dan di Dewan Negeri Johor dalam masa yang sama.


Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk Kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14. Kabinet beliau pada awalnya tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Menteri yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan. Pada 7 Julai 2021, jawatan Timbalan Perdana Menteri diumumkan diisi oleh Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob yang ketika itu merupakan Menteri Kanan Pertahanan.[6]

Pada 8 Julai 2021, UMNO menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin. Namun, ia tidak menjejaskan majoriti sokongan terhadap beliau di Dewan Rakyat Malaysia seperti mana yang telah dijelaskan oleh Peguam Negara Malaysia.[7]

Era Pentadbiran Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob (2021-2022)

Perdana Menteri Malaysia ke-9, iaitu Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada para Ahli Dewan Rakyat. Ismail juga tidak menamakan seorang Timbalan Perdana Menteri ketika mengumumkan Kabinetnya.[8] Walaupun telah dibuat perjanjian antara beliau dengan Pengerusi Perikatan Nasional dan Presiden BERSATU bagi melantik seorang Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari BERSATU bagi mewakili Perikatan Nasional, namun ianya tidak ditunaikan atas alasan Pilihan Raya Umum Malaysia semakin hampir dan memberikan alasan mempunyai empat orang Menteri Kanan yang diibaratkan sebagai mempunyai empat orang Timbalan Perdana Menteri Malaysia.[9]

Antara menteri kanan beliau :

Era Pentadbiran Dato' Seri Anwar Ibrahim (2022-kini)

Perdana Menteri Malaysia ke-10, iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah setelah mendapat majoriti sokongan daripada Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Beliau telah melantik dua orang Timbalan Perdana Menteri, iaitu Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Dato Sri Fadillah Yusof. [10]

Sejarah & Senarai Perdana Menteri Malaysia

1. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957)

Parti komponen:       Parti Perikatan (AP)

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

EG
Tempoh
No. Nama
Kawasan
(Lahir–Meninggal)
Gambar Tempoh jawatan Wakil Pembangkang Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu Kabinet
Mula Akhir Hari
00 0 Tunku Abdul Rahman
BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple)

Ahli Parlimen Kuala Muda
(1903–1990)
1 Ogos
1955
28 Ogos
1957
758 Ahmad Tuan Hussein
&
Onn Jaafar
United Kingdom Field Marshall Tun Sir Gerald W. R. Templer
United Kingdom Sir Donald Charles MacGillivray
Rahman I

2. Perdana Menteri Malaysia (1957 - kini)

Parti komponen:       Parti Perikatan (AP)       Barisan Nasional (BN)       Pakatan Harapan (PH)       Perikatan Nasional (PN)

Parti politik:       Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)       Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)       Parti Keadilan Rakyat (PKR)

EG
Tempoh
No. Nama
Kawasan
(Lahir–Meninggal)
Gelaran
Gambar Tempoh jawatan Ketua Pembangkang Yang di-Pertuan Agong Kabinet
Mula Akhir Hari
00 1 Tunku Abdul Rahman
BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple)

Ahli Parlimen Kuala Muda
(1903–1990)
Bapa Kemerdekaan Malaysia [11]
31 Ogos
1957
27 Jun
1959
4770 Burhanuddin al-Helmi
Tan Chee Khoon
Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman
Selangor Tuanku Hisamuddin Alam Shah
Perlis Tuanku Syed Harun PutraJamalullail
Terengganu Tuanku Ismail Nasiruddin Shah
Rahman II
01 19 Ogos
1959
1 Mac
1964
02 21 Mac
1964
20 Mac
1969
Rahman III
03 10 Mei
1969
22 Sep
1970
Rahman IV
2 Abdul Razak Hussein
Bar-at-Law (Lincoln's Inn)

Ahli Parlimen Pekan
(1922–1976)
Bapa Pembangunan Malaysia [12]
22 Sep
1970
31 Jul
1974
1940 Mohamed Asri Muda
Lim Kit Siang
James Wong
Edmund Langgu Saga
Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kelantan Tuanku Yahya Petra
Razak I
04 24 Ogos
1974
14 Jan
1976
Razak II
3 Hussein Onn
Bar-at-Law (Lincoln's Inn)

Ahli Parlimen Johor Bahru
(1922–1990)
Bapa Perpaduan Malaysia [13]
15 Jan
1976
12 Jun
1978
2009 Lim Kit Siang Kelantan Tuanku Yahya Petra
Pahang Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Hussein I
05 8 Jul
1978
16 Jul
1981
Hussein II
4 Mahathir Mohamad
MBBS (NUS)

Ahli Parlimen Kubang Pasu
(1925)
Bapa Pemodenan Malaysia[14]

16 Jul
1981
29 Mac
1982
8141 Lim Kit Siang
Fadzil Mohd.Noor
Pahang Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah
Johor Tuanku Mahmud Iskandar
Perak Tuanku Azlan Muhibbuddin Shah
Negeri Sembilan Tuanku Ja’afar
Selangor Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Mahathir I
06 22 Apr
1982
19 Jul
1986
Mahathir II
07 3 Ogos
1986
4 Okt
1990
Mahathir III
08 21 Okt
1990
6 Apr
1995
Mahathir IV
09 25 Apr
1995
10 Nov
1999
Mahathir V
10 29 Nov
1999
30 Okt
2003
Mahathir VI
5 Abdullah Ahmad Badawi
BA (UM)

Ahli Parlimen Kepala Batas
(1939)
Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia [15]

31 Okt
2003
2 Mac
2004
1981 Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang
Wan Azizah Wan Ismail
Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail
Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin
Abdullah I
11 21 Mac
2004
13 Feb
2008
Abdullah II
Abdullah III
12 8 Mac
2008
3 Apr
2009
6 Mohd Najib Abdul Razak
BSc (Notthingham)

Ahli Parlimen Pekan
(1953)
Bapa Transformasi Malaysia
3 Apr
2009
3 Apr
2013
3323 Anwar Ibrahim
Wan Azizah Wan Ismail
Terengganu Tuanku Mizan Zainal Abidin
Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Kelantan Sultan Muhammad V
Najib I
13 6 Mei
2013
9 Mei
2018
Najib II
Najib III
14 7 Mahathir Mohamad
MBBS (NUS)

Ahli Parlimen Langkawi
(1925)
10 Mei
2018

24 Februari
2020

655 Ahmad Zahid Hamidi
Ismail Sabri Yaakob
Kelantan Sultan Muhammad V
Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah
Mahathir VII

-

8 Muhyiddin Yassin
BA (UM)

Ahli Parlimen Pagoh
(1947)
1 Mac
2020

16 Ogos
2021

533 Anwar Ibrahim Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Muhyiddin I

-

9 Ismail Sabri Yaakob
LLB (UM)

Ahli Parlimen Bera
(1960)
21 Ogos
2021

24 November 2022

460 Anwar Ibrahim Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah Ismail I
15 10 Anwar Ibrahim
BA (UM)

Ahli Parlimen Tambun
(1947)
24 November 2022 kini 515 Hamzah Zainuddin Johor Sultan Ibrahim
Pahang Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah
Anwar I

Garis masa

Anwar IbrahimIsmail Sabri YaakobMuhyiddin YassinMahathir MohamadMohd Najib Abdul RazakAbdullah Ahmad BadawiMahathir MohamadHussein OnnAbdul Razak HusseinTunku Abdul Rahman


Senarai Pemangku Perdana Menteri Malaysia

Parti politik:       Parti Perikatan (AP)       Barisan Nasional (BN)       Perikatan Nasional (PN)

No. Nama Jawatan Gambar Waktu Memangku Lantikan Secara Sebab Kabinet
1 Tun Abdul Razak Hussien Mantan Timbalan
Perdana Menteri

Pertama
27 Jun 1959
hingga
19 Ogos 1959
Pangkuan Tun Abdul Razak menjadi Pemangku Perdana Menteri yang Pertama apabila Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selama tiga bulan pada 1959 untuk mengukuhkan semula Parti Perikatan (kini: Barisan Nasional) selepas parti tersebut kehilangan kerusi di Kelantan dan Terengganu Rahman I
2 Tun Dr. Ismail Abdul Rahman Mantan Timbalan
Perdana Menteri

ke-2
1970 Pangkuan Tun Dr. Ismail menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-2 untuk mengambil alih tugas Tunku Abdul Rahman yang berada di luar negara. Beliau sekali lagi mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdul Razak yang juga mempunyai urusan di luar negara. Rahman IV
Razak I
3 Tun V. T. Sambanthan Presiden
MIC
ke-5
(1963–1973)

1973 Pangkuan Tun V. T. Sambanthan menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-3 untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet untuk hari tersebut ketika Tun Abdul Razak mempunyai urusan di luar negara dan sekali lagi ketika kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas kematian Tun Dr. Ismail Razak I
4 Tun Dr. Ling Liong Sik Presiden
MCA
ke-8
(1986–2003)
1988 Tafsiran Perlembagaan Tun Dr. Ling Liong Sik menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-4 pada apabila UMNO sebagai parti teras BN diharamkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, telah menyerahkan jawatan Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Dr. Ling Liong Sik. Sewaktu dengan itu, Tun Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana parti teras yang dipimpin beliau telah diharamkan buat beberapa ketika. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, jawatan Pemangku Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Dr. Ling Liong Sik. Mahathir III
5 Dato Seri Anwar Ibrahim Mantan Timbalan
Perdana Menteri

ke-7
(1993–1998)
Mei 1997
hingga
Julai 1997
Pangkuan Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-5 selama dua bulan apabila Tun Dr. Mahathir mempunyai urusan di luar negara. Mahathir V
6 Tun Dr. Mahathir Mohamad Mantan
Perdana Menteri
ke-7
24 Februari 2020
hingga
1 Mac 2020
Interim
(Lantikan YDPA)
Semasa krisis politik Malaysia 2020, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong susulan pengunduran diri beliau secara mengejut sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 berikutan daripada peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai oleh anggota kabinetnya sendiri. Kedudukan ini tidak ada di mana-mana bahagian undang-undang Malaysia, namun, Yang di-Pertuan Agong membuat jawatan tersebut bagi menangani krisis berdasarkan kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan N/A
Fungsi kabinet dibubarkan
7 Tan Sri Muhyiddin Yassin Mantan
Perdana Menteri
ke-8
16 Ogos 2021
hingga
21 Ogos 2021
Sementara Semasa Kemelut politik Malaysia 2020–2022 telah sampai kepada kemuncaknya apabila kumpulan 15 orang Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional dari UMNO telah menarik balik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin N/A
Fungsi kabinet dibubarkan

Keistimewaan

Bekas perdana menteri

Perdana menteri biasanya diberikan keistimewaan tertentu setelah meninggalkan pejabat dengan perbelanjaan kerajaan. Bekas perdana menteri terus menjadi tokoh penting negara.

Nama Gambar Tempoh perkhidmatan Tarikh lahir
Tun Dr Mahathir Mohamad 1. 16 Julai 1981 - 31 Oktober 2003

2. 10 Mei 2018 - 24 Februari 2020

10 Julai 1925 (98 tahun)
Tun Abdullah Ahmad Badawi 31 Oktober 2003 - 3 April 2009 26 November 1939 (84 tahun)
Najib Razak 3 April 2009 - 10 Mei 2018 23 Julai 1953 (70 tahun)
Tan Sri Muhyiddin Yassin 1 Mac 2020 - 16 Ogos 2021 15 Mei 1947 (76 tahun)
Dato Sri Ismail Sabri Yaakob 21 Ogos 2021 - 24 November 2022 18 Januari 1960 (64 tahun)

Trivia

• Perdana Menteri paling baru-baru ini meninggal dunia ialah Tunku Abdul Rahman (1903–1990), yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Kini, bekas Perdana Menteri paling tua ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad pada usia 98 tahun.

Mohd Najib Abdul Razak ialah bekas Perdana Menteri yang pertama dihadapkan ke mahkamah serta yang pertama dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan salah guna kuasa. [16]

Dato Sri Ismail Sabri Yaakob ialah bekas Ketua Pembangkang Malaysia pertama yang dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dato Seri Anwar Ibrahim ialah Perdana Menteri Malaysia yang pertama pernah menjalani hukuman penjara sebelum kembali ke Parlimen pada tahun 2018 dan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada tahun 2022.[17]

Kediaman

Kediaman rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Seri Perdana yang terletak di Presint 10, Putrajaya.

Pengangkutan

Kereta rasmi

Toyota Vellfire 2.5 digunakan sebagai kenderaan rasmi jawatan sejak 2021

Kereta rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Proton Perdana Eksekutif Limousine yang berciri keselamatan dan telah digunakan sejak 2013 lalu.[18]

Sejak April 2021, kenderaan bagi Perdana Menteri dan Jemaah Menteri telah ditukar kepada Toyota Vellfire 2.5l bagi menggantikan Proton Perdana Eksekutif Limousine.[19]

Pengangkutan udara

Pesawat eksekutif kerajaan Airbus ACJ319 untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Terdapat beberapa pesawat rasmi eksekutif kerajaan yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah Airbus ACJ319-115X (CJ), Airbus ACJ320, Boeing 737-700, Bombardier BD-700-1A10 Global Express, Dassault Falcon 900.

Ia termasuk juga dengan helikopter Sikorsky S-70A-30 Blackhawk dan Sikorsky S-70A-34 Blackhawk.

Kesemua pesawat rasmi kerajaan ini dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan TUDM, Subang, Selangor.

Disamping itu juga helikopter Agusta Westland AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut digunakan oleh Perdana Menteri.

Lihat juga

Rujukan

  1. ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016.
  2. ^ BERSATU, BN, PAS calonkan Muhyiddin PM ke-8
  3. ^ Peranan kerajaan
  4. ^ Mohd Najib Tun Razak - Bapa Transformasi
  5. ^ 'Pelantikan Perdana Menteri tak boleh dilengahkan'
  6. ^ "Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO". Astro Awani. Foto oleh Kementerian Pertahanan. 7 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-07. Dicapai pada 7 Julai 2021.CS1 maint: others (link)
  7. ^ Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menteri masih berkuasa
  8. ^ Kali kedua dalam sejarah TPM tidak dinamakan
  9. ^ 4 menteri kanan dah ‘lebih kurang’ TPM, Ismail tolak keperluan melantik timbalan
  10. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1034466/ahmad-zahid-fadillah-dipilih-sebagai-tpm Ahmad Zahid, Fadillah dipilih sebagai TPM
  11. ^ Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan, Portal Arkib Negara Malaysia. Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/tunku-abdul-rahman-dikurniakan-gelaran-bapa-kemerdekaan Diarkibkan 2019-12-13 di Wayback Machine
  12. ^ Biografi Ringkas Tun Abdul Razak, Portal Yayasan Kepimpinan Perdana, Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdul-razak/biography-tunku-abdul-razak Diarkibkan 2018-10-21 di Wayback Machine
  13. ^ Sejarah Tun Hussein Bin Dato 'Onn, Portal Rasmi Universiti Tun Hussein 'Onn Malaysia (UTHM). Pautan: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/500/269/lang,ms/ Diarkibkan 2017-11-30 di Wayback Machine
  14. ^ Pameran Tun Dr Mahathir "Bapa Pemodenan" Sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad, Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia, Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/berita/-/asset_publisher/Lw38/content/pameran-tun-dr-mahathir-bapa-pemodenan-sempena-konvensyen-pemikiran-tun-dr-mahathir-mohamad?redirect=http%3A%2F%2Fwww.arkib.gov.my%2Fweb%2Fguest%2Fberita%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_Lw38%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1 Diarkibkan 2015-07-23 di Wayback Machine
  15. ^ Biografi Ringkas Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,Portal Yayasan Kepimpinan Perdana. Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi Diarkibkan 2018-09-10 di Wayback Machine
  16. ^ Mahkamah: Najib gagal rayuan akhir, penjara 12 tahun, denda RM210 juta
  17. ^ "Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-10". 24 November 2022.
  18. ^ Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan
  19. ^ Penukaran Toyota Vellfire sebagai kenderaan rasmi menteri cetus kontroversi

Pautan luar