Perdana Menteri Palestin
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perdana Menteri Palestin ialah jawatan tertinggi dan merupakan ketua kerajaan dalam badan eksekutif pentadbiran Palestin.
Tempoh perlantikan [sunting]
Perdana Menteri dilantik oleh Presiden Palestin dan bukannya dipilih oleh Parlimen Palestin, juga tidak dipilih secara langsung oleh rakyat.
Berbeza dari perdana menteri di negara-negara lain, Perdana Menteri Palestin tidak boleh menjawat sebagai anggota parlimen pada masa masih memegang jawatan Perdana Menteri Palestin. Meskipun begitu, perdana menteri masih umumnya mewakili gabungan majoriti di parlimen.
Senarai Perdana Menteri Palestin [sunting]
| No. | Nama | Mulai berkhidmat | Akhir khidmat | Parti politik |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Mahmoud Abbas | 19 Mac 2003 | 6 September 2003 | Fatah |
| 2 | Ahmad Qurei (pelantikan pertama) | 7 Oktober 2003 | 18 Disember 2005 | Fatah |
| 3 | Nabil Shaath (pemangku) | 18 Disember 2005 | 24 Disember 2005 | Fatah |
| 4 | Ahmad Qurei(kali ke-2) | 24 Disember 2005 | 29 Mac 2006 | Fatah |
| 5 | Ismail Haniyeh (Perdana Menteri Gaza) | 29 Mac 2006 | 17 Jun 2007 | Hamas |
| 6 | Salam Fayyad | 17 Jun 2007 | 13 April 2013 | Hala Ketiga |