Perebutan Afrika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perebutan Afrika (bahasa Inggeris: Scramble for Africa) merujuk kepada perebutan negara-negara di Eropah untuk menjajah wilayah di Afrika yang menyebabkan hampir keseluruhan Afrika menjadi sebahagian daripada empayar jajahan kuasa Eropah. Perebutan ini bermula pada tahun 1870an, dan mencapai kemuncaknya pada akhir tahun 1880an dan 1890an, sehinggalah merosot pada abad pertama kurun ke-20. Di antara tahun 1885 dan 1900, kuasa-kuasa Eropah pada masa itu berlumba sesama sendiri untuk menjajah Afrika. Kebanyakan orang Afrika melawan dijajah dan diperintah oleh orang asing. Oleh itu, bahagian akhir zaman Perebutan menyaksikan penggunaan tentera dan senjata moden oleh bangsa Eropah untuk menumpahkan penentang dan mendirikan kekuasaan mereka ke atas penduduk benua