Perekaan dan penemuan Belanda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sejarah Belanda
Flag of the Netherlands.svg
Zaman purbakala
Puak-puak Jermanik
Zaman Rom
Zaman Penghijrahan
Negeri pamah pada
Zaman Pertengahan
Alam Frank / Orang Frank
Empayar Suci Rom
Belanda Burgundy
Tujuh Belas Provinsi
Belanda Sepanyol
Kebangkitan dan Kejatuhan
Republik Belanda
Perang Lapan Puluh Tahun
Provinsi-provinsi Bersatu
Zaman Keemasan
Pemberontakan Batavia
Dari Republik ke Monarki
Republik Batavia
Kemaharajaan Belanda
Empayar Perancis Pertama
Kemaharajaan Bersatu Belanda
Belanda pada Zaman Moden
Sejarah Moden Belanda
Belanda dalam Perang Dunia II
Luctor et Emergo
Kawalan banjir di Belanda
Rampaian Belanda
Sejarah ketenteraan Belanda
Sejarah bahasa Belanda
Kesusasteraan Belanda
Pengaruh Belanda pada
istilah ketenteraan
Perekaan dan penemuan Belanda
Unsur-unsur utama mikroskop asas: 1. kanta okular atau kanta mata; 2. turet objek, atau kanta hidung; 3. kanta objek; 4. tombol pelaras kasar; 5. tombol pelaras halus; 6. pemegang objek; 7. cermin; 8. diafragma dan kondenser

Masyarakat Belanda mempunyai sebuah sejarah dan tradisi perekaan dan penemuan. Para ahli sains dan jurutera Belanda telah memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan manusia pada keseluruhannya dari sesuatu yang mudah seperti kilang papan sehingga mikrobiologi dan organ-organ tiruan. Yang ditunjukkan di bawah adalah sebahagian senarai perekaan dan penemuan Belanda.


Perekaan[sunting | sunting sumber]

Mikroskop[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1590, Hans dan Zacharias Janssen, anak lelakinya, mereka mikroskop majmuk yang pertama. Mikroskop itu mempergunakan satu kanta kaca jarak fokus pendek sebagai kanta objek, dan lagi satu kanta kaca untuk kanta matanya (atau okular). Anton van Leeuwenhoek, seorang penduduk Delft, melancarkan mikroskopi kuasa tinggi secara berkesan dengan menggunakan mikroskop kanta tunggal yang mudah. Dengan alat-alat yang sederhana itu, beliau menemui alam mikroorganisma. Mikroskop-mikroskop moden adalah jauh lebih rumit, dengan komponen-komponen kanta berbilang di dalam kedua-dua pemasangan kanta objek dan kanta matanya. Kanta-kanta komponen berbilang itu direka bentuk untuk mengurangkan aberasi, khususnya aberasi kromatik dan aberasi sfera. Di dalam mikroskop-mikroskop moden, cermin kini digantikan dengan unit lampu yang memberi pencahayaan yang stabil serta boleh kawal. Walau bagaimanapun, mikroskop-mikroskop optik telah diperkembangkan daripada reka-reka bentuk Belanda yang awal itu.

Teleskop[sunting | sunting sumber]

Hans Lippershey.jpg

Hans Lippershey ialah tokoh yang mencipta dan menyebar teleskop praktikal yang pertama. Walaupun teleskop kasar dan teropong kecil mungkin pernah dicipta lebih awal lagi, Lippershey dipercayai merupakan orang yang pertama untuk memohon paten dan menyebar reka bentuknya untuk kegunaan umum pada tahun 1608. Jacob Metius yang juga memohon paten tersebut dikalahkan oleh Lippershey kerana lambat beberapa minggu. Bagaimanapun, Lippershey tidak berjaya mendapat paten tetapi sebaliknya, beliau diberi ganjaran yang lumayan oleh kerajaan Belanda untuk salinan-salinan reka bentuknya. Pemerihalan alat Lippershey dengan cepatnya tiba di tangan Galileo Galilei yang kemudian mencipta sebuah reka bentuk kerja pada tahun 1609 dan dengan rekaannya itu, membuat cerapan-cerapan yang diperihalkan dalam karyanya, Sidereus Nuncius, pada tahun 1610.

Terdapat legenda bahawa anak-anak Lippershey sebenarnya yang menemui teleskop ketika bermain dengan kanta-kanta cacat di dalam bengkel bapa mereka, tetapi kebenaran cerita ini diragui. Anak lelaki Zacharias Janssen dari Middelburg kemudian memberikan keterangan di dalam mahkamah bahawa Lippershey telah mencuri daripada bapanya gagasan untuk rekaan teleskop — ketika pencurian itu, Janssen hanya berumur dua tahun.

Kawah Lippershey di Bulan dinamai sempena Hans Lippershey.

Jam bandul[sunting | sunting sumber]

Jam bandul mempergunakan sebuah bandul sebagai asas masanya. Dari penciptaannya sehingga sekitar tahun 1930, jam-jam yang paling tepat ialah jam bandul. Bagaimanapun, ia tidak dapat beroperasi di dalam kenderaan kerana pecutan kenderaan menjejaskan bandulnya (lihat kronometer untuk perbincangan tentang masalah-masalah jam pandu arah).

Jam bandul yang direka oleh Christian Huygens pada tahun 1656, berasaskan bandul yang diperkenalkan oleh Galileo Galilei, kemudian menjadi mekanisme pilihan untuk mengukur masa dengan tepat buat berabad-abad, dengan jam-jam balai cerap Fedchenko dikeluarkan selepas Perang Dunia II sehingga sekitar tahun 1960 menandakan keakhiran zaman bandul sebagai piawai masa yang digunakan.

Jam bandul masih umum digunakan di rumah.

Elektrokardiograf[sunting | sunting sumber]

ECG as done by Willem Einthoven

Pada abad ke-19 menjadi jelas bahawa jantung dapat menjanakan elektrik. The first to systematically approach the heart from an electrical point-of-view was Augustus Waller, bekerja di St Mary's Hospital di Paddington, London. Pada 1911 dia masih melihat sedikit application klinik untuk kerjanya. Kejayaan cemerlang datang apabila Willem Einthoven, yang bekerja di Leiden, Belanda, menggunakan string galvanometer yang dicipta olehnya pada 1901, yang lebih sensitif daripada capillary electrometer yang Waller guna. Einthoven diassignkan huruf-huruf P, Q, R, S dan T ke berbagai defleksi, dan menggambarkan ciri-ciri berelektrokardiograf pada bilangan gangguan cardiovascular. Dia dianugerahkan pada 1924 Nobel Prize for Physiology or Medicine untuk penemuannya.

Mikroskop beza jelas fasa[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab cahaya bergerak melintasi medium yang bukan hampagas, saling tindak cahaya dengan medium itu menyebabkan amplitud dan fasanya berubah dengan cara yang bergantung kepada sifat-sifat medium tersebut. Perubahan-perubahan amplitud menyebabkan penyerapan cahaya yang menimbulkan warna-warna jika perubahan-perubahan tersebut adalah bersandar panjang gelombang. Mata manusia hanya mengukur tenaga cahaya yang tiba di retina. Oleh itu, perubahan-perubahan fasa tidak dapat dilihat dengan mudah, walaupun ia seringnya memberi banyak maklumat.

Keadaan yang sama adalah benar juga bagi mikroskop tipikal, iaitu walaupun perubahan-perubahan fasa yang disebabkan oleh sampel dikekalkan oleh peralatan (sekurang-kurangnya pada had alat pengimejan yang sempurna), maklumat-maklumatnya hilang dalam proses mengukur cahaya. Untuk menyebabkan perubahan-perubahan fasa dapat dilihat, cahaya yang melintasi sampel perlu digabungkan dengan alur cahaya rujukan supaya gangguan yang dihasilkan akan mendedahkan struktur fasa sampel tersebut.

Ini disedari buat pertama kali oleh Frits Zernike ketika mengkaji parutan belauan. Semasa membuat kajian-kajian itu, beliau menyedari dengan sepenuhnya bahawa kedua-kedua syarat yang berikut harus dipatuhi:

  • gangguan alur cahaya rujukan diperlukan
  • untuk memaksimumkan beza jelas dengan teknik ini, anjakan fasa harus dibuat pada cahaya rujukan supaya keadaan tiada-perubahan-fasa akan mewujudkan gangguan musnah yang penuh.

Beliau kemudian menyedari bahawa teknik yang sama ini boleh juga digunakan untuk mikroskopi optik. Anjakan fasa yang diperlukan dihasilkan oleh cecincin-cecincin yang digores dengan tepat pada plat-plat kaca yang diletakkan pada lintasan optik mikroskop. Teknik ini membenarkan fasa-fasa untuk cahaya yang melintasi objek yang dikaji disimpul daripada keamatan imej yang dihasilkan oleh mikroskop. Ini ialah teknik beza jelas fasa.

Dalam mikroskopi optik, banyak objek seperti bahagian-bahagian sel protozoa, bakteria, dan ekor sperma adalah lut sinar penuh pada dasarnya, kecuali diwarnakan (dan dengan itu, dibunuh). Bagaimanapun, perbezaan ketumpatan dan komposisi objek-objek ini sering menyebabkan perubahan-perubahan fasa untuk cahaya yang melintasinya. Oleh itu, objek-objek tersebut kekadang dipanggil "objek fasa". Penggunaan teknik beza jelas fasa menyebabkan struktur-struktur tersebut dapat dilihat serta membenarkan kajian dengan spesimen yang masih hidup.

Teknik beza jelas fasa terbukti merupakan suatu kemajuan yang besar dalam bidang mikroskopi sehingga Zernike dianugerahi dengan Hadiah Nobel Fizik pada tahun 1953.

Cakera Padat[sunting | sunting sumber]

CD autolev crop.jpg

Dengan menggunakan teknologi cakera laser pada awal 1970-an, penyelidik-penyelidik Philips memulakan uji kaji cakera optik "audio-sahaja", mula-mulanya dengan menggunakan modulasi frekuensi (FM) jalur lebar dan kemudiannya dengan isyarat audio modulasi kod denyut (PCM). Namun cakera padat diperkembangkan oleh Philips daripada cakera penglihatan laser 12-inci Philips sendiri. Philips, Sony, dan syarikat-syarikat lain menyampaikan prototaip-prototaip cakera audio digit pada akhir dekad 1970-an.

Pada tahun 1979, Philips dan Sony memutuskan untuk bekerjasama dan menubuhkan sebuah pasukan petugas bersama yang bertujuan untuk mereka bentuk cakera audio digit yang baru. Ahli-ahli yang terkenal dalam pasukan petugas ini termasuk Kees Immink dan Toshitada Doi. Selepas pengujikajian dan perbincangan selama setahun, pasukan petugas itu menghasilkan "Buku Merah", piawai Cakera Padat. Philips menyumbangkan proses pengilangan am, berdasarkan teknologi cakera laser videonya, serta juga Modulasi Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang memberikan kedua-dua masa bermain yang panjang serta kebingkasan yang tinggi terhadap kerosakan pengendalian seperti cakar dan cap jari; sebaliknya, Sony menyumbangkan kaedah pembetulan ralat, dan Pengekodan Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC). Cerita Cakera Padat yang dikisahkan oleh seorang bekas ahli pasukan petugas memberikan maklumat latar tentang banyak keputusan teknik yang dibuat, termasuk pilihan frekuensi persampelan, masa bermain, serta diameter cakera.

Kilang papan[sunting | sunting sumber]

Cornelis Corneliszoon (lahir 1550 di Uitgeest - maut 1600) adalah pereka kilang papan. Sebelum rekaan kilang papan, papan-papan biasanya digergaji oleh dua orang pekerja yang menggunakan gergaji tangan, dengan blok-blok pelana digunakan untuk memasang balak dan sebuah lubang digali untuk pekerja (pitman) yang bekerja di bawah. Kerja menggergaji adalah lambat dan memerlukan lelaki-lelaki yang kuat serta lama bertahan. Pekerja di atas harus lebih kuat daripada pekerja di bawah kerana gergaji itu ditarik oleh setiap pekerja secara bergiliran, dengan pekerja di bawah mempunyai kelebihan graviti. Bagaimanapun, pekerja di bawah harus menderita habuk gergaji pada matanya. Pekerja di atas juga dikehendaki memandu gergaji supaya papan mempunyai tebal yang sama rata. Ini seringnya dibuat mengikut garis kapur.

Untuk mempercepatkan proses, papan-papan kilang yang awal hanya menyesuaikan gergaji tangan dengan menggunakan kuasa mekanik yang secara amnya dihasilkan oleh kincir air. Gerakan membulat kincir kemudian digantikan dengan gerakan bilah gergaji yang ulang-alik oleh peranti pitman dan dengan itu, memperkenalkan istilah baru yang digunakan untuk banyak aplikasi mekanik. Pitman adala serupa dengan aci engkol yang menggantikan gerakan ulang-alik menjadi gerakan membulat, tetapi pitman digunakan secara terbalik.

Umumnya hanya gergaji dibekali kuasa dan balak-balak kena dimuat dan digerakkan dengan tangan. Suatu perbaikan awal ialah perkembangan pembawa boleh gerak yang juga dibekali kuasa untuk menggerakkan balak melintasi bilah gergaji.

Kamera laju Gatso.
Balang Leyden, Muzium Boerhaave, Leiden [1]

Kamera penguatkuasaan peraturan jalan raya[sunting | sunting sumber]

Syarikat Belanda Gatsometer BV yang ditubuhkan oleh Maurice Gatsonides, pelumba rali 1950-an, mereka kamera penguatkuasaan peraturan jalan raya yang pertama. Gatsonides ingin mengawasi dengan lebih tepat kelajuannya pada selekoh-selekoh balapan dan mereka peranti itu supaya dapat memperbaik masanya dalam perlumbaan. [2]. Syarikat itu kemudian memperkembangkan radar pertama yang digunakan untuk lalu lintas jalan, dan merupakan pembekal sistem kamera laju yang terbesar di dunia. Oleh sebab itu, kamera laju kekadang dirujuk sebagai "Gatso" di sebilangan negara. Peranti itu juga kekadang dirujuk sebagai "radar foto", walaupun banyaknya tidak menggunakan radar.

Sistem kamera penguatkuasaan peraturan jalan raya yang pertama yang diperkenalkan pada akhir dekad 1960-an menggunakan kamera filem untuk mengambil gambar. Sejak dari akhir dekad 1990-an, kamera digital mula diperkenalkan. Oleh sebab kamera digital boleh dihubungkan dengan modem atau antara muka elektronik yang lain untuk memindahkan gambar-gambar ke tempat pempropesan pusat secara automatik, kamera digital mempunyai kelebihan berbanding dengan kamera filem dari segi kecepatan untuk mengeluarkan saman serta mengawasi pengendalian lalu lintas. Walaubagaimanapun, sistem-sistem berasaskan filem masih umumnya memberi mutu gambar yang lebih baik dalam berbagai-bagai keadaan pencahayaan yang dihadapi di jalan raya, dan mahkamah-mahkamah di sesetengah bidang kuasa masih memerlukannya kerana gambar-gambar digital boleh diubah suai dengan mudah. Oleh itu, sistem-sitsem berasaskan filem masih dijual.

Balang Leyden[sunting | sunting sumber]

Balang Leyden merupakan kapasitor asal yang diperkembangkan oleh Pieter van Musschenbroek pada abad ke-18, dan telah dipergunakan untuk banyak kajian elektrik yang awal. Peranti ini terdiri daripada sebuah balang kaca yang kedua-dua belah dalam dan luarnya disalut dengan logam. Lapisan sebelah dalamnya disambungkan kepada sebatang rod yang melalui penutup balang, dengan hujung rod tersebut mempunyai sebiji bola logam.

Reka bentuk tipikal terdiri daripada sebatang elektrod dan sekeping plat, dengan setiapnya menyimpan cas elektrik yang bertentangan. Kedua-dua unsur ini adalah berkonduksian dan diasingkan oleh sekeping penebat (umpamanya dieletrik kaca). Cas elektrik disimpan di permukaan unsur-unsur tersebut pada sempadannya dengan dieletrik.

Pirometer[sunting | sunting sumber]

Pirometer dicipta oleh Pieter van Musschenbroek, dan merupakan peranti ukur suhu yang mengandungi berbagai-bagai susunan.

Jenis pirometer yang mudah menggunakan termoganding yang diletakkan di dalam relau atau pada benda yang hendak diukur. Output voltan termoganding dibaca daripada meter digital atau analog yang ditentukur dalam darjah Celsius (C) atau Fahrenheit (F). Terdapat banyak jenis termoganding dan kesemuanya ini boleh digunakan untuk mengukur suhu antara -200 °C hingga melebihi 1500 °C.

Istilah ini juga boleh dipergunakan untuk apa yang dipanggil pirometer optik yang merupakan satu kelas peranti bukan sentuh untuk mengukur suhu-suhu yang melebihi 600 °C. Ini biasanya digunakan untuk mengukur suhu logam yang berbara di dalam kilang keluli atau faundri.

Salah satu daripada pirometer bukan sentuh yang paling biasa ialah pirometer penyerapan-pemancaran yang merupakan termometer untuk menentukan suhu gas berdasarkan ukuran sinaran yang dipancar oleh sumber rujukan tertentukur sebelum dan selepas sinaran itu melalui dan diserap sebahagiannya oleh gas. Kedua-dua ukuran itu diambil pada jarak panjang gelombang yang sama.

Kapal selam[sunting | sunting sumber]

Kapal selam boleh kemudi yang pertama direka oleh Cornelius Drebbel semasa bertugas dengan Tentera Laut Diraja British. Dengan menggunakan reka bentuk William Bourne yang dicipta pada tahun 1578, beliau membina sebuah kapal selam boleh kemudi yang mempunyai rangka kayu yang dilitupi dengan kulit. Antara tahun 1620 dan 1624, Drebbel berjaya membina dan menguji dua buah kapal selam lagi, dengan setiapnya lebih besar daripada kapal selam dahulu. Model terakhir (ketiga) mempunyai enam dayung dan dapat menampung 16 orang penumpang. Model ini ditunjuk cara kepada Raja James I sendiri serta beribu-ribu orang anak London. Kapal selam itu menyelam selama tiga jam dan dapat belayar sebanyak 12 - 15 kaki (4 - 5 meter) di bawah permukaan air dari Westminster ke Greenwich dan balik. Kapal selam itu diuji banyak kali di Sungai Thames, tetapi tidak pernah digunakan untuk pertempuran.

Ginjal tiruan[sunting | sunting sumber]

Ginjal tiruan ialah mesin dan peranti-peranti berkait yang membenarkan pencucian darah pesakit yang menghidap kegagalan ginjal sementara (akut) atau berterusan (kronik). Prosedur untuk mencuci darah dengan cara ini dipanggil dialisis, sejenis terapi penggantian renal yang digunakan untuk memberikan penggantian tiruan untuk fungsi ginjal yang hilang, akibat kegagalan ginjal. Ia merupakan rawatan sistem sokongan hidup dan bukannya rawatan untuk penyakit ginjal. Dialisis boleh digunakan untuk pesakit teruk yang hilang fungsi ginjalnya secara tiba-tiba (kegagalan renal akut) atau untuk pesakit yang agak stabil yang hilang fungsi ginjalnya secara tetap (kegagalan renal peringkat akhir).

Ketika sihat, ginjal-ginjal membuang sisa-sisa darah (umpamanya, kalium, asid, dan urea) serta juga bendalir darah yang berlebihan dalam bentuk kencing. Rawatan-rawatan dialisis harus menduplikasi kedua-dua fungsi ini sebagai dialisis (pembuangan sisa) serta pengultraturasan (pembuangan bendalir).

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Bakteria[sunting | sunting sumber]

Bakteria telah dicerap buat pertama kali oleh Anton van Leeuwenhoek pada tahun 1676 dengan menggunakan mikroskop kanta tunggal yang direkanya. Makhluk yang dilihatnya diperihalkan sebagai makhluk kecil. Nama bacterium diperkenalkan lebih lama kemudian oleh Christian Gottfried Ehrenberg pada tahun 1828 dan diterbitkan daripada perkataan bahasa Greek βακτηριον yang membawa pengertian "ranting kecil". Diakibatkan kesusahan untuk memerihalkan bakteria-bakteria secara berasingan serta pentingnya penemuan kesemua itu terhadap bidang-bidang seperti perubatan, biokimia, dan geokimia, sejarah bakteria umumnya diperihalkan sebagai sejarah mikrobiologi.

Spermatozoon[sunting | sunting sumber]

Spermatozoon (daripada bahasa Yunani: σπερμα (biji) dan ζων (hidup)) yang lebih biasa dikenali sebagai sel sperma ialah sel haploid yang merupakan gamet jantan. Ia bergabung dengan ovum untuk membentuk zigot yang bertumbuh menjadi suatu organisma baru, umpamanya manusia.

Sel-sel sperma menyumbangkan setengah daripada maklumat-maklumat genetik kepada anak diploid. Bagi mamalia, jantina anak ditetapkan oleh sel sperma: spermatozoon yang mengandungi kromosom Y akan melahirkan anak lelaki (XY), manakala spermatazoon yang mengandungi kromosom X akan melahirkan anak perempuan (XX) (ovum selalu membekalkan kromosom X).

Sel-sel sperma dicerap buat pertama kali oleh seorang murid Antoni van Leeuwenhoek pada tahun 1677. Leeuwenhoek kemudian memberikan gambaran sel sperma yang amat tepat.

Infusoria[sunting | sunting sumber]

Infusoria ialah istilah kolektif bagi makhluk-makhluk akuatik yang amat kecil seperti siliat, euglena, paramesium, protozoa dan alga sel tunggal yang hidup di dalam kolam air tawar. Bagaimanapun dalam pengelasan formal, infusoria tergolong dalam alam Haiwan, filum Protozoa, dan kelas Siliat (Infusoria). Ditemui buat pertama kali oleh Antoni van Leeuwenhoek pada tahun 1674, infusoria (kategori zoologi yang luput) adalah salah satu daripada banyak temuan Van Leeuwenhoek yang termasuk:

Respirasi tumbuh-tumbuhan dan fotosintesis[sunting | sunting sumber]

Daun. Tapak utama untuk fotosintesis dalam tumbuh-tumbuhan.

Fotosintesis dan respirasi tumbuh-tumbuhan merupakan satu proses biokimia yang penting yang tumbuh-tumbuhan, alga, dan sesetengah bakteria menukarkan tenaga cahaya matahari menjadi tenaga kimia. Proses ini ditemui oleh Jan Ingenhousz pada tahun 1779. Tenaga kimia ini digunakan untuk mendorong tindak-tindak balas sintetik seperti pembentukan gula, dan pengikatan nitrogen menjadi asid amino yang merupakan blok-blok binaan untuk sintesis protein. Pada hakikatnya, hampir semua hidupan bergantung kepada tenaga yang dihasilkan oleh fotosintesis untuk khasiatnya, dan menyebabkan fotosintesis amat penting untuk hidup di Bumi. Ia juga bertanggungjawab untuk menghasilkan oksigen yang merupakan sebahagian besar atmosfera Bumi. Organisma-organisma yang menghasilkan tenaga melalui fotosintesis dipanggil fotoautotrof. Tumbuh-tumbuhan adalah contoh fotoautotrof yang paling ketara, tetapi di sini harus ditekankan bahawa bakteria dan alga juga menyumbangkan kepada pertukaran tenaga bebas menjadi tenaga boleh guna.

Lingkaran Zuhal[sunting | sunting sumber]

Lingkaran Zuhal merupakan satu siri lingkaran planet yang mengelilingi planet Zuhal, dan yang terdiri sebahagian besarnya daripada ais dan debu.

Galileo Galilei merupakan pencerap lingkaran Zuhal yang pertama pada 1610, walaupun dengan teleskopnya yang tidak cukup kuat, beliau tidak dapat melihatnya dengan teliti dan salah menganggap bahawa Zurah mempunyai dua buah bulan pada setiap sisinya. [1] Pada tahun 1655, Christian Huygens menjadi orang pertama untuk mencadangkan bahawa Zuhal mempunyai sebuah lingkaran.

Australia[sunting | sunting sumber]

Hollandia Nova, peta 1659 yang disediakan oleh Joan Blaeu, berasaskan pelayaran-pelayaran Abel Tasman dan Willem Jansz. Gambar ini merupakan edisi Perancis yang diterbitkan pada tahun 1663.

Penglihatan pertama yang tidak boleh dipertikaikan terhadap Australia oleh seorang anak Eropah dibuat pada tahun 1606. Duyfken, kapal Belanda, yang dipandu oleh Willem Jansz mengikut pantai New Guinea, terlepas Teluk Torres, dan menjelajah mungkin 350 kilometer di sepanjang pantai barat Tanjung York di Teluk Carpentaria, dengan anggapan bahawa kawasan itu masih merupakan sebahagian New Guinea [2]. Orang Belanda membuat satu pendaratan tetapi diserang oleh orang-orang asli dengan serta merta dan kemudian menamatkan sebarang penjelajahan lanjut.

Penemuan bahawa belayar ke arah timur dari Tanjung Harapan Baik sehingga tanah dapat dilihat, dan kemudian belayar ke arah utara di sepanjang pantai barat Australia merupakan laluan yang lebih cepat daripada mengelilingi pantai Lautan Hindi, menyebabkan pendaratan-pendaratan Belanda di pantai barat Australia sesuatu kejadian yang tidak dapat dielakkan. Kebanyakan pendaratan tersebut tidak terancang. Daratan mula tampak yang pertama adalah pada tahun 1616, apabila Dirk Hartog mendarat di apa yang kini dipanggil Pulau Dirk Hartog, berhampiran dengan pantai Australia Barat, dan meninggalkan satu inskripsi pada sebuah plat piuter. (Plat ini kini boleh dilihat di Rijksmuseum di Amsterdam.) Peristiwa yang termasyhur dan paling banyak berdarah ialah pembelotan dan pembunuhan yang menyusul nahas kapal Batavia.

Pelayaran-pelayaran lanjut oleh kapal-kapal Belanda menjelajah pantai utara Australia antara tahun 1623 dan 1636, dan memberikan nama kini kepada Tanah Arnhem. Pada tahun 1642, Abel Tasman belayar dalam suatu pelayaran yang termasyhur dari Batavia (kini Jakarta) ke Papua New Guinea, Fiji, serta New Zealand dan pada 24 November melihat Tasmania. Beliau menamai Tasmania sebagai Tanah Van Diemen sempena nama Anthony van Diemen, Gabenor Jeneral Syarikat Hindia Timur Belanda di Batavia yang menempah pelayaran tersebut. Tasman menuntut Tanah Van Diemen untuk Belanda. Pada tahun 1644, beliau membuat pelayarannya yang kedua [2,3], dan memetakan pantai utara Australia dari Tanjung York ke arah barat [2,3]. Penjelajah-penjelajah Belanda lain yang terkenal untuk pantai Australia termasuk François Thyssen [2,3] (dengan Pieter Nuyts di dalam kapal [2,3]) yang menemui kebanyakan pantai selatan pada tahun 1627 [2,3], serta Willem de Vlamingh [2] yang memetakan pantai barat antara tahun-tahun 1696-1697 [2].

Rujukan[sunting | sunting sumber]