Perembesan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perembesan atau sekresi ialah proses elaborasi, pengeluaran, dan penenesan bahan kimia, atau bahan kimia terembes daripada sel atau kelenjar. Bertentangan dengan perkumuhan, bahan-bahannya mungkin mempunyai fungsi tertentu, lebih daripada menjadi kumuh. Mekanisme klasik perembesan sel adalah melalui portal rembes pada membran plasma sel dipanggil porosoma.[1] Porosoma ialah struktur lipoprotein kekal berbentuk cawan pada membran plasma sel, yang di situ vesikel rembes melimbung dan melakur untuk mengeluarkan kandungan intravesikel daripada sel.

Perembesan pada spesies bakteria bererti pengangkutan atau translokasi molekul pengesan contohnya: protein, enzim atau toksin (seperti toksin kolera pada bakteria patogen contohnya Vibrio cholerae) dari seberang bahagian dalam (sitoplasma atau sitosol) sel bakteria ke bahagian luar. Perembesan ialah mekanisme sangat penting dalam pemfungsian dan operasi bakteria dalam persekitaran semula jadinya untuk adaptasi dan kemandirian.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Lee, Jin-Sook; Jeremic, Aleksandar; Shin, Leah; Cho, Won Jin; Chen, Xuequn; Jena, Bhanu P. (2012). "Neuronal porosome proteome: Molecular dynamics and architecture". Journal of Proteomics 75 (13): 3952–62. doi:10.1016/j.jprot.2012.05.017. PMID 22659300. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Molecular Biology of the Cell edisi ke-4 - Alberts et al.
  • The Physiology and Biochemistry of Prokaryotes edisi ke-2 – David White
  • Cellsalive.com-David Avon

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Pengaki biologi