Perempuan simpanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Madame de Pompadour, perempuan simpanan Raja Louis XV, sekitar tahun 1750

Perempuan simpanan adalah pasangan seks wanita jangka panjang kepada satu lelaki dan teman yang tidak berkahwin dengan lelaki tersebut. Hubungan biasanya stabil dan sekurang-kurangnya separa kekal; bagaimanapun, pasangan ini tidak hidup bersama secara terang-terangan. Juga, hubungan ini biasanya tidak sentiasa rahsia. Terdapat ramai lelaki pada masa lalu yang menyimpan perempuan simpanan bersama isteri mereka.

Dalam sejarah, istilah ini digunakan bagi wanita yang disimpan dengan gaya hidup selesa (malah mewah) oleh lelaki kaya agar wanita ini sentiasa sedia melayannya secara seksual. Wanita sedemikian boleh bertukar peranan dari perempuan simpanan dan (courtesan) bergantung kepada keadaan dirinya dan sekeliling. Masa kini, bagaimanapun, istilah "perempuan simpanan" biasanya digunakan terutamanya bagi merujuk kepada teman wanita kepada lelaki yang berkahwin dengan wanita lain; dalam kes lelaki tidak berkahwin ia biasanya dirujuk sebagai "teman wanita" atau "pasangan domestik."

Secara sejaran, lelaki "menyimpan" wanita simpanan. Sebagaimana yang dibayangkan oleh istilah itu, dia bertanggung jawab bagi hutangnya dan memberi wang sebagaimana dia berikan kepada isterinya. Pada zaman ini dan kebebasan hak, kemungkinannya wanita simpanan tersebut turut bekerja, dan kurang, jika ada, bergantung sepenuhnya secara kewangan kepada lelaki tersebut. Adalah menjadi perkara biasa bagi lelaki mempunyai anak bersama perempuan simpanannya.

Perempuan simpanan tidak dianggap pelacur (mengikut undang-undang). Kedua kerjaya menukar wang bagi seks, tetapi perbezaan asas adalah perempuan simpanan menyimpan dirinya khusus bagi satu lelaki, sama seperti seorang isteri. Terdapat juga kemungkinannya wujud hubungan sosial dan emosi antara lelaki dan perempuan, manakala pelacur hanyalah khusus secara seksual.

Perempuan simpanan dalam sejarah[sunting | sunting sumber]

William Hogarth A Harlot's Progress, plate 2, dari 1731 menunjukkan Moll Hackabout sebagai perempuan simpanan, dalam arah menjadi pelacur jalanan biasa.

Perempuan simpanan yang paling dikenali dan paling diselidik adalah perempuan dimpanan diraja raja-raja Eropah semasa Zaman Pembaharuan, mislanya Nell Gwynne dan Madame de Pompadour. Bagaimanapun, menyimpan perempuan simpanan di Europah tidak terhad kepada keluaga diraja dan bangsawan tetapi meresap turun merentasi kesemua peringkat masyarakat. Sesiapa yang mampu memiliki perempuan simpanan akan menyimpan satu, tidak mengira kedudukannya dalam masyarakat Eropah. Pedagang yang kaya atau bangsawan muda mungkin memiliki perempuan simpanan. Juga sesetengah paus dan paderi yang lain menyimpan perempuan simpanan, bersalahan dengan sumpah kesucian (celibacy) yang diwajibkan oleh gereja Khatolik. Menjadi perempuan simpanan merupakan kerjaya biasa bagi wanita muda, yang sekiranya bertuah akan berkahwin kekasihnya atau seseorang yang lain.

Dalam Istana diraja Eropah, terutama di Versailles dan Whitehall pada abad ke-17 dan abad ke-18, perempuan simpanan sering kali memiliki kuasa dan pengaruh yang besar. Perempuan simpanan kedua-dua Louis XV dan Charles II seringkali dianggap mempunyai pengaruh besar ke atas kekasih mereka, hubungan mereka menjadi rahsia terbuka.

Wanita hari ini[sunting | sunting sumber]

Pada abad ke-20, ramai wanita telah mendapat pelajaran yang tinggi dan mampu menanggung diri mereka sendiri, tidak ramai wanita mendapat kepuasan dalam kedudukan menjadi wanita simpanan dan mereka lebih cenderung menjalin hubungan dengan lelaki yang belum berkahwin. Oleh kerana perceraian menjadi lebih mudah diterima masyarakat, ia lebih mudah bagi lelaki untuk menceraikan isteri mereka dan berkahwin dengan wanita yang telah menjadi kekasih mereka yang, pada era sebelumnya, akan menjadi perempuan simpanan mereka. Bagaimanapun, kebiasaan menyimpan perempuan simpanan masih wujud dikalangan lelaki yang berkahwin, terutama yang kaya. Di Eropah, sebagai contoh, kebanyakan kebudayaan terus menerima dan membiarkan kelakuan menyimpan perempuan simpanan.

Kadang kala, lelaki berkahwin dengan perempuan simpanan mereka. The late Sir James Goldsmith, selepas berkahwin dengan perempuan simpanannya, Lady Annabel Birley, mengistiharkan, "Apabila seseorang berkahwin dengan perempuan simpanan, ia membuka kekosongan".[1]

Wanita simpanan dalam penulisan[sunting | sunting sumber]

Dalam kedua-dua John Cleland dalam Fanny Hill dan Daniel Defoe dalam Moll Flanders, termasuk dalam pelbagai novel mengenai masalah wanita, berbezaan antara "wanita simpanan" dan pelacur amat penting. Mereka yang mengamalkan amalan berikut merujuk kepada amalan Timur Dekat "Near East" kuno yang mengamal perempuan simpanan dan sering memetik dari Taurat "Old Testament" bagi membuktikan bahawa perempuan simpanan adalah amalan silam dan dengan itu, walaupun tidak boleh diterima, sekurang-kurangnya boleh difahami.

John Dryden, dalam Annus Mirabilis, telah cuba mencadangkan bahawa raja menyimpan perempuan simpanan; dan anak luar nikah adalah hasil dari sifat murah hati dan semangat raja tersebut. Dalam bentuk yang lebih teruk, tema sebagai "disimpan" tidak pernah jauh terselindung dalam novel mengenai waita sebagai mangsa pada abad ke-18 di England, samaada dalam novel Eliza Haywood atau Samuel Richardson (di mana wirawatinya dalam novel Pamela dan Clarissa keduanya diletakkan dalam kedudukan diancam dengan penghinaan seksual dan dianggap semata-mata objek simpanan).

Dengan kemunculan era romantik (romanticism') pada awal abad ke-19, isu perempuan simpanan menimbulkan masalah, dalam erti hubungan seksual tanpa perkahwinan boleh kadang-kadang dianggap sebagai lambang kebebasan wanita dan pilihan lain yang baik. Maryann Evans (lebih dikenali sebagai George Eliot) memilih untuk hidup "bergelombang dosa" bersama lelaki yang telah berkahwin, sebahagian sebabnya sebagai lambang pemisahan/kebebasan dirinya dari moral kelas pertengahan, tetapi kebebasannya memerlukan dia tidak "disimpan." Novel Charlotte Brontë, Jane Eyre (1848) mewakili pandangan kedua pihak bagi persoalan ini, kerana Rochester, tidak mampu memisahkan dirinya dari isterinya yang tidak waras, cuba memujuk Jane untuk tinggal bersamanya, tetapi ditolak.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Terdapat pertikaian mengenai perkataan sebenar. quotesmith has it as "When a man marries his mistress it creates a job opportunity.", while highbeam research quoting National Review; 9/1/1997; Simon, John, (Goldsmith obituary) says this: "Women adored him and he adored women. He married three times and had numerous mistresses. (Yet another Jimmyism: 'When you marry your mistress you create a job vacancy.') He was loyal, in his own way, to all of them, and all of them were loyal to him. He had eight children by four different women, and never have I seen a more closely knit family."