Pergerakan pekerja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pergerakan buruh adalah satu bentuk ysng longgar untuk pembangunan satu organisasi yang berkolektif bagi orang bekerja, untuk melobi, untuk berkempen bagi kepentingan mereka supaya mereka dilayan dengan lebih baik daripada majikan dan kerajaan mereka. Kesatuan-kesatuan pekerja dan buruh adalah nama-nama biasa bagi organisasi-organisasi di dalam masyarakat, ditubuhkan dengan tujuan untuk menjaga kepentingan pekerja dan kelas bawahan. Ramai individu berkelas elit dan kumpulan-kumpulan politik juga mungkin aktif dan terlibat di dalam pergerakan buruh.

Dalam beberapa negara termasuklah United Kingdom dan Australia, perkataan ini banyak digunakan untuk menggambarkan "sayap politik" dand "sayap industri". Di Britain, mereka adalah Parti Buruh dan Kongres Kesatuan Pekerja (TUC) secara kolektif. Parti Buruh ditubuhkan oleh Komiti Perwakilan Buruh Labour Representation Committee sebagai satu hasil keputusan daripada resolusi 1899 TUC, walaupun dalam masa-masa modern, lebih-lebih lagi semenjak pemilihan Tony Blair sebagai ketua Parti Buruh dalam 1994, persekutuan itu adalah lebih longgar dan sebilangan daripada kesatuan-kesatuan telah memutuskan ikatan mereka dengan parti berkenaan.