Pergunungan Ararat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gambaran bahtera Nuh yang mendarat di "Pergunungan Ararat", daripada Rampaian Ibrani Perancis Utara (abad ke-13).

Pergunungan Ararat (Bahasa Armenia: Արարատ, Ibrani Bible הָרֵי אֲרָרָט, Tiberia hārēy Ǎrārāṭ, Septuagint: τὰ ὄρη τὰ Ἀραράτ) merupakan nama tempat dalam Kitab Kejadian di mana Bahtera Nuh berlabuh selepasnya berlakunya Banjir Besar (Kejadian 8:4).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tradisi Syria Rom dan al-Quran, puncak tertentu bagi "Pergunungan Ararat" di mana Bahtera Nuh berlabuh dikenal pasti sebagai Gunung Judi, yang pada masa kini terletak di Wilayah Şırnak, Turki. Bagi tradisi Armenia dan Kristian Barat yang menurut pembacaan Jerome terhadap Josephus, gunung ini telah dikaitkan dengan Gunung Masis (kini dikenali sebagai Gunung Ararat), puncak tertinggi di Tanah Tinggi Armenia. Ketika Zaman Pertengahan, kepercayaan terhadap tempat berlabuhnya Bahtera Nuh di Gunung Judi mula pudar termasuklah dalam kepercayaan Kristian Timur dan ia kini hanya dipercayai menurut pandangan Islam.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Friedrich Murat, Ararat und Masis, Studien zur armenischen Altertumskunde und Litteratur, Heidelberg, 1900.