Perguruan Seni Silat Langkah 12

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perguruan Seni Silat Langkah 12 (PSSL12) merupakan salah satu daripada jutaan Perguruan Silat yang wujud di dalam dunia persilatan kini. Sebelum memakai nama Perguruan Seni Silat Langkah 12, Perguruan ini telah melalui pelbagai pindaan nama akhirnya inilah nama yang dirasakan paling sesuai dan akan kekal buat selamanya. Perguruan Ini diteraju oleh Tuan Ramli bin Osman sebagai Guru Utama Perguruan dan dibantu beberapa anak murid kanan beliau.

Kini, PSSL12 merupakan salah satu Perguruan Silat yang aktif bergerak di sekitar kawasan Hulu Kelang, Selangor.

Silat ini merupakan gabungan daripada beberapa silat lama dan disatukan oleh Guru Utama lalu membentuk perguruan ini. Permainan langkah menjadi kunci utama dalam Perguruan ini dan dipercayai, hanya dengan langkah walau sebesar mana dan sederas mana serangan yang hadir dapat dipatahkan. Inilah keunikan permainan langkah selain beberapa teknik kuncian, patahan, jatuhan, permainan senjata tradisional Melayu dan lain lain.