Perhimpunan Agung UMNO 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perhimpunan Agung UMNO 2008)

Perhimpunan Agung UMNO 2009 merupakan perhimpunan Agung UMNO kali ke-58 yang dirancangkan pada bulan Mac 2008, kemudian ia sepatutnya akan diadakan pada 16 Disember 2008 iaitu selepas semua parti komponen mengadakan mesyuarat agung. Majlis Tertinggi UMNO memutuskan tarikh perhimpunan Agung UMNO ditunda ke 24 hingga 28 Mac 2009. Selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional / UMNO kecundang di banyak kawasan telah mendesak agar perhimpunan khas diadakan pada bulan Mei 2008. Pada perhimpunan kali ini, pemilihan pemimpin UMNO dilakukan. Sebelum ini pemilihan UMNO diadakan pada 2004 selepas Barisan Nasional / UMNO menang besar dalam PRU 11.

Spekulasi Pra Perhimpunan Agung[sunting | sunting sumber]

Surat Tengku Razaleigh[sunting | sunting sumber]

Surat Tengku Razaleigh kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar kerajaan memugar semula dasar-dasar Barisan Nasional dan terasnya UMNO terus relevan kepada generasi akan datang. Sekiranya masih ada jurang antara pemimpin dengan rakyat dan UMNO dikuasai golongan elit sahaja serta memperlekeh golongan remaja dan terpelajar , detik kematian UMNO tidak jauh lagi.

Tetapi ramai pihak prasangka dengan Tengku Razaleigh Hamzah itu kerana beliau pernah cuba bertanding menentang Musa Hitam untuk jwatan Timbalan Presiden UMNO. Peliknya beliau dengan selamba berpakat dengan Musa Hitam untuk bertanding menentang Dr Mahathir Mohamad pada 1987. Tindakan beliau dianggap tidak berpendirian apatah lagi menubuhkan Parti Semangat 46 dan menyertai semula UMNO. Tengku Razaleigh dilihat cuba 'menangguk di air keruh' menjatuhkan Abdullah dalam situasi gawat politik sekarang.

Pemilihan UMNO[sunting | sunting sumber]

Beberapa kali pemilihan UMNO telah ditangguhkan dengan alasan kestabilan dan mengelakkan pepecahan. Sepatutnya November 2007 ada pemilihan UMNO tetapi ditangguhkan ke Disember 2008. Ada cadangan ditanggunkan lagi ke Jun 2009 seperti kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib pada 25 Mac 2008. Sebelum ini pemilihan UMNO diadakan pada 2004 .

Pemilihan dilihat tidak serasi dengan UMNO kerana politik wang akan berlaku. Persoalan pro dan kontra dibincangkan tanpa sebarang penyelesaian. Veteran UMNO mahu generasi muda belajar dari pengalaman. Tidak lari gunung dikejar.Pemimpin muda tentu mahu mencuba nasib kepimpinan mereka. Veteran UMNO dan BN dilihat menyumbang kekalahan PRU 2008.

Umno Bahagian Cheras pula menyarankan semua jawatan tertinggi parti itu di semua peringkat, termasuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan. 12 resolusi yang dilulus oleh Umno Bahagian Cheras pada Mesyuarat Khas Empat Peringkat. Ketua Umno bahagian Cheras ialah Senator Dato' Wira Syed Ali Al-Habshee.

Jawatan yang cukup dijaga agar tidak berpecah ialah jawatan Presiden UMNO. Pengalaman 1987 mengajar betapa buruknya perpecahan hingga UMNO diharamkan. Beberapa syarat tambahan dikenakan agar calon yang hendak bertanding mendapat sejumlah undi pencadang. Sistem kuota pencalonan mensyaratkan calon Presiden hendaklah mendapat 30 peratus pencalonan (atau dari 58 bahagian).[1]

Perlembagaan UMNO telah menetapkan kuota bagi sesiapa yang hendak bertanding jawatan tertinggi peringkat pusat. Tujuannya agar tidak ada ahli yang kacau daun, menyusahkan dan tidak ada sokongan akar umbi yang saja-saja bertanding dan mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Sistem kuota memerlukan pencalonan daripada sekurang-kurangnya 60 bahagian bagi membolehkan seseorang itu bertanding ke jawatan presiden parti.Peraturan itu menghalang anggota-anggota daripada menamakan calon pilihan mereka, apabila mereka yang mempunyai kuasa itu cenderung untuk bertindak menyekat sebarang langkah menentang mereka.[2]

Datuk Seri Najib Razak menjadi calon tunggal Presiden UMNO setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat tidak bertanding sebagai Presiden UMNO. Tengku Razaleigh Hamzah yang menyatakan hasrat untuk bertanding tidak dapat bertanding kerana tidak mendapat kouta yang mencukupi. Beliau hanya mendapat satu percalonan sahaja iaitu dari bahagian Gua Musang.

Tindakan Lembaga Disiplin UMNO[sunting | sunting sumber]

Pengerusi Lembaga Displin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail mengisytiharkan calon-calon yang didapati bersalah kerana telah melanggar tataetika parti. Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah hilang kelayakan bertanding sebagai calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tidak digantung. Lembaga Disiplin Umno mendapati beliau melakukan kesalahan mengikut Perkara 10.1 tataetika ahli UMNo berkaitan dengan politik wang. Khairy Jamaluddin pula hanya diberi amaran walaupun didapati bersalah dalam tataetika UMNO.

Suasana perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan Agung UMNO berlansung dari 24 Mac sehingga 28 Mac 2009 bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Perhimpunan kali ini juga membuat kejutan apabila mantan Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada UMNO setelah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan hasrat melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Beliau sebelum ini banyak mengkritik cara kepimpinan Pak Lah.

Selain itu perhimpunan kali ini membincangkan survival UMNO untuk mendapatkan sokongan kembali orang Melayu dan Transformasi UMNO setelah UMNO terkena tsunami poltik pada Pilihan raya umum Malaysia 2008.

Pemilihan UMNO[sunting | sunting sumber]

Perhimpunan pada kali ini tertumpu kepada soal pemilhan pucuk kempimpinan Majlis Tertinggi UMNO dan tiga sayap di bawahnya iaitu sayap Pemuda, Wanita dan Puteri. Pada kali ini, Pengerusi UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai perhimpunan buat kali terakhir kerana tidak bertanding jawatan tersebut pada perhimpunan kali ini. Datuk Seri Najib Razak diisytiharkan sebagai Presiden UMNO ke-7 setelah menang tanpa bertanding jawatan presiden UMNO.

Jawatan Timbalan Presiden UMNO dimenangi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengalahkan seorang lagi calon iaitu Tan Sri Muhammad Haji Muhammad Taib. Tiga jawatan Naib Presiden pula diisi oleh tiga muka baru iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Agenda perhimpunan[sunting | sunting sumber]

Presiden UMNO yang baru telah menetapkan beberapa agenda baru UMNO setelah beliau memimpin UMNO. Antara agenda beliau ialah:

  • Mengkaji semula sistem kouta dalam memilih kepimpinan baru UMNO.
  • Pengundian yang sebelum ini hanya dibuat oleh hanya sekitar 2000 perwakilan di perhimpunan, akan diganti dengan sistem yang lebih ramai akan mengundi iaitu termasuk dari 191 bahagian UMNO seluruh negara.

Keputusan Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama Penuh Bilangan undi
Pengerusi Tetap Datuk Badruddin Amiruldin 2,272 undi
Timbalan Pengerusi Tetap Datuk Mohamad Aziz menang tanpa bertanding
Presiden Datuk Seri Najib Razak menang tanpa bertanding
Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin 1,575 undi
Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal 1,445 undi
Ahli Majlis Tertinggi Datuk Seri Mustapa Mohamed 2,239 undi
Datuk Noh Omar 2,084 undi
Datuk Seri Musa Aman 2,084 undi
Datuk Azian Osman 2,060 undi
Datuk Zainal Abidin Osman 2,054 undi
Datuk Mohd Zin Mohamed 1,854 undi
Datuk Ismail Sabri Yaakob 1,838 undi
Datuk Lajim Ukin 1,804 undi
Datuk Shaziman Abu Mansor 1,705 undi
Datuk Mohd Puad Zarkashi 1,700 undi
Datuk Tajuddin Abdul Rahman 1,685 undi
Datuk Idris Haron 1,658 undi
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad 1,624 undi
Datuk Seri Jamaluddin Jarjis 1,622 undi
Datuk Saifuddin Abdullah 1,619 undi
Datuk Norraesah Mohamad 1,611 undi
Datuk Seri Mahdzir Khalid 1,580 undi
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah 1,529 undi
Datuk Hamzah Zainuddin 1,518 undi
Datuk Bung Mokhtar Radin 1,517 undi
Datuk Awang Adek Hussin 1,481
Datuk Seri Zulhasnan Rafique 1,431
Datuk Ahmad Shabery Cheek 1,377
Datuk Seri Idris Jusoh 1,275
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 1,265

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ [1], "Jika pemilihan dibuat tahun ini Umno tambah huru hara", Harakahdaily.net, 26 Mac 2008.
  2. ^ Sistem Kuota Perlu Dimansuhkan, Kata Mahathir