Senarai peribahasa (A–M)

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

A

Peribahasa Maksud
Ada air, adalah ikan. Ada penempatan adalah penduduk.
Ada aku dipandang hadap, tiada aku dipandang belakang. Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.
Ada angin, ada pokoknya (= pohonnya). Segala sesuatu mestilah ada asal mulanya.
Ada bangkai, adalah hering. Ada perempuan jahat, adalah lelaki jahat yang mengunjunginya.
Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. Di mana juga kita tinggal, akan ada rezeki kita.
Ada batang, cendawan tumbuh. Tiap-tiap negeri ada undang-undang dan adat resamnya masing-masing.
Ada beras, taruh dalam padi. Rahsia hendaklah disimpan baik-baik.
Ada biduk, serempu pula. Tidak puas dengan apa yang sudah dimiliki.
Ada bukit, ada paya. Ada baik, ada jahat; ada miskin, ada kaya.
Ada gula, ada semut. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada hari, ada nasi. Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada hujan ada panas, ada hari boleh balas. Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
Ada jarum hendaklah ada benangnya. Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada kerak, ada nasi. Tiap-tiap suatu kejadian itu tentu ada bekasnya.
Ada laut, ada perampok. Tiap-tiap suatu itu ada pasangannya.
Ada nasi di balik kerak. Masih ada sesuatu yang belum diselesaikan atau belum diperhatikan.
Ada nyawa ada rezeki. Asal masih hidup, tentu akan beroleh rezeki.
Ada padang, ada belalang Ada negeri tentulah ada rakyatnya.
Ada padi masak, adalah pipit. Di tempat orang mudah mendapat rezeki, banyaklah orang berkumpul.
Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada padi, segala menjadi. Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Ada pasang surutnya. Untung dan malang tidak tetap.
Ada rotan , ada duri. Dalam kesenangan tentu ada kesusahannya.
Ada rupa, ada harga. Harga barang menurut rupanya (= keadaannya).
Ada sampan hendak berenang. Sengaja bersusah payah.
Ada seperti tampaknya apung-apung. Barang yang dihajati telah ada tetapi belum tentu dapat diambil atau dipakai.
Ada sirih hendak makan sepah. Ada yang baik, hendakkan yang buruk.
Ada tangga hendak memanjat tiang. Berbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan.
Ada ubi ada batas, ada masa boleh balas. Perbuatan jahat itu sewaktu-waktu akan mendapat balasan juga.
Ada ubi ada talas, ada budi ada balas. Berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat dibalas jahat.
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak . . Tiap-tiap usaha memerlukan ketabahan dan kerajinan.
Adat pulau limburan pasang. . Adat hidup ialah bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin dan yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah.
Adat sepanjang jalan, cupak sepanjang betung . . Segala perbuatan ada adat dan peraturannya masing-masing. betung = Sejenis buluh besar.
Adat teluk timbunan kapal (= kapar).
(kapar = kayuan yang hanyut di sungai dan sebagainya.) .
Orang yang berpangkat atau berpengaruh biasanya menjadi tempat tumpuan orang mengadukan halnya.
Adat tua menahan ragam. . Orang tua-tua terpaksalah menahan (menderita) berbagai-bagai godaan yang tak menyenangkan hati kerana perbuatan anak cucunya yang tiada berjalan di atas kebenaran.
Adat yang kawi, syarak yang lazim.
(kawi = kuat, sakti.).
Adat kebiasaan merupakan undang-undang yang berlaku dalam pergaulan dan hukum-hukum agama merupakan undang-undang negeri yang berjalan seiring.
Adat yang menurun, syarak yang mendaki. . Adat dapat menuju kerendahan dan tidak sanggup menghadapi pergolakan masa, tetapi syarak menuju ketinggian dan dapat mengatasi segala gerakan yang menentangnya.
Agak lebih daripada agih. . Banyak bicara, sedikit kerja.
Agak-agak bertutur malam hari. . Mesti selalu beringat-ingat ketika memperkatakan sesuatu.
Agih-agih kungkang .
(kungkang = kera kecil.).
Terlampau murah hati atau suka memberi, hingga menderita kesusahan sendiri.
Agung susut, pongah masih.
(agung = besar; pongah = angkuh.) .
Kebesaran sudah hilang, tetapi keangkuhannya masih ada juga.
Air beriak tanda tak dalam. . Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
Air besar sampan tak hanyut. . Maksud tidak tercapai.
Air besar, batu bersibak.
(sibak = cerai, menepi.) .
Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar.
Air cucuran atap, jatuhnya kepelimbahan.
pelimbahan = tempat air yang kotor..
Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
Air dalam karang menonggok, setanggi campur kemenyan , gula tertumpah pada kanji.
(menonggok = melonggok, menimbun.)
Usaha yang berhasil baik.
Air dalam terenang. (terenang = tempat air daripada tanah liat.) Hidup yang tenang dan tenteram.
Air dalam, berenang (= berkumbah); air dangkal, bercebok.
kumbah = mencuci dalam air..
Sesuaikanlah perbelanjaan menurut keadaan penghasilan kita.
Air di daun keladi (= talas). . Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Air di tulang bumbungan, turunnya ke cucur atap. . Sesuatu itu, meskipun sedikit, akan menurut asalnya juga.
Air dicencang tiada putus. . Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air didih menganak sungai . . Hiburan yang sangat mewah.
Air digenggam tiada tiris. . Sangat berhati-hati mengeluarkan wang.
Air diminum sembiluan. . Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum. sembiluan = rasa pedih seperti dihiris dengan sembilu.
Air diminum terasa duri, nasi dimakan terasa sekam . . Sangat sedih, sehingga tidak enak makan dan minum.
Air ditetak tiadakan putus. . Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan.
Air gedang menghanyutkan. (gedang = besar) Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
Air jernih, ikannya jinak. . Negeri yang aman dan teratur, rakyatnya berbudi bahasa.
Air keruh, limbat keluar. . Negeri yang huru-hara, orang jahat mencari keuntungan.
Air lalu kubangan tohor.
(tohor = dangkal, kering.) .
Penghasilan tidak cukup; habis bulan habis gaji.
Air laut hijau siapa celup? . Kemegahan dan kemewahan tidak payah diheboh-hebohkan.
Air mata jatuh ke dalam. . Berdukacita dengan diam-diam.
Air mata jatuh ke perut. . Berdukacita dengan diam-diam.
Air mudik sungai , semua teluk diranai.
(ranai = jalani (boleh jadi ranahi).
Orang pemboros berbelanja tanpa perhitungan. .
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. . Hendaklah patuh kepada undang-undang negeri yang kita diami.
Air pun ada pasang surutnya, takkan pasang selalu dan surut senantiasa. . Nasib manusia tidak dapat ditentukan.
Air sama air menjadi satu, sampah ke tepi juga. . Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan. . Membesar-besarkan perkara yang kecil.
Air surut kapar hilir bersama, air pasang ia tersangkut. . Di dalam usaha yang tidak menguntungkan, diajak bersama-sama, dan apabila usaha itu berhasil, ditinggalkan.
Air susu dibalas dengan air tuba . . Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Air tawar secawan dituangkan ke dalam laut, takkan dapat menghilangkan masinnya.. Pertolongan yang sedikit tidak dapat meringankan beban kesengsaraan yang besar.
Air tenang menghanyutkan. . Orang yang pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan yang besar-besar.
Air tuba dibalas dengan air susu . . Kejahatan dibalas dengan kebaikan.
Air yang jernih, sayak yang landai. (sayak = tempurung kelapa .) Segala sesuatu berlaku dengan adil dan benar.
Air yang keruh-keruh kerak, alamat buaya di hulunya.
(keruh-keruh kerak = tiada jernih.) .
Daripada perkataan dapat dimaklumi niat di dalam hati.
Air yang tenang, jangan disangka tiada berbuaya . . Orang yang diam jangan disangka pengecut.
Akal akar berpulas tak patah. . Orang yang pandai, takkan mudah kalah dalam perdebatan.
Akal labah-labah ; di gua buruk suka merakut.
(merakut = memasang jaring.) .
Orang jahat yang suka menipu orang.
Akal sebagai makan nasi lecek. . Fikiran seperti anak-anak.
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba. . Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.
Akan dijadikan tabuh, singkat; akan dijadikan gendang , berlebih. . Ilmu pengetahuan yang serba tanggung.
Akan memikul tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung. . Tiada berdaya mengerjakan sesuatu pekerjaan, kerana tiada berilmu atau tidak berwang.
Akan mengaji, surat 'lah hilang; akan bertanya, guru 'lah mati. . Dalam keadaan yang serba salah.
Akan pembasuh kaki (= tangan). . Hadiah kepada orang yang berjasa.
Akan surut, air 'lah besar; akan lalu, jalan 'lah semak. . Dalam keadaan yang serba salah.
Akar terjumbai tempat siamang berpegang (= bergantung), dahan mengajur tempat tupai menegun.
(jumbai = rumbai; menegun = berhenti sebentar.) .
Daripada keterangan, orang dapat mengetahui salah atau benarnya perbuatan seseorang.
Akik disangka batu.
(akik = Sejenis batu berwarna.) .
Sesuatu yang menghina.
Aku alah engkaulah menang. . Tidak mahu mengaku kalah.
Aku alah, engkau tak menang. . Orang bodoh yang tak mahu mengakui kekalahannya.
Aku nampak olah (= olak), kelibatmu sudah kutahu.
(olah = tingkah laku; kelibat = tabiat.) .
Kerana tingkah laku, maksudnya ketahuan.
Alah bisa, oleh (= kerana, tegal) biasa. . Apabila telah biasa melakukannya, maka tiada terasa lagi kesukarannya; pengalaman praktis lebih baik daripada teori.
Alah di rumpun betung . Kekalahan yang belum memuaskan hati kepada pihak yang kalah.
Alah limau oleh benalu.
(benalu = tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di pohon lain.) .
Orang yang lama dialahkan oleh orang yang baru.
Alah mahu, bertimbang enggan; cungkil merih akan pembayar. . Tidak menepati janji dan menentang balik orang yang diberinya janji itu. (merih = pembuluh nafas.)
Alah membeli, menang memakai. . Barang yang baik memang mahal, tetapi dapat lama dipakai.
Alah menang tak tahu, bersorak boleh. . Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.
Alah pinta dibuat sempena. . Biar bagaimanapun diharapkan, kalau bukan hak tidaklah diperoleh.
Alah sabung, menang sorak. . Biarpun kalah, tetapi masih tetap tinggi juga cakapnya.
Alang berjawab, tepuk berbalas.
(alang = pemberian, hadiah.) .
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Alang dijawat, tepuk dibalas.
(alang = pemberian, hadiah.) ..
Baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Alang-alang berdakwat , biarlah hitam.
(alang-alang = tanggung-tanggung.) .
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
Alang-alang berminyak, biar licin. . Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.
Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. . Kalau sudah terlanjur jahat, biarlah diperoleh hasil daripadanya.
Alangkan baik (= elok) berbini tua, perut kenyang pengajaran (= pemanja) datang. . Orang beristeri tua biasanya beroleh kesenangan kerana disayangi oleh isterinya.
Alim bagai katak di tepi air. . Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.
Alim biasa menghukum syarak . . Hanya orang yang alim saja yang boleh membuat hukum syarak .
Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. . Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.
Alu pencungkil duri. . Tak mungkin dilakukan; pekerjaan yang sia-sia.
Alur bertempuh, jalan berturut. . Dilakukan menurut adat yang biasa.
Amak berlela, amak berupa. . Banyak tabiat, banyak olehnya. (amak = terlalu banyak.)
Ambil pati, buangkan ampas. . Yang baik dipakai, yang tak baik dibuang.
Amra disangka kedondong .
(Amra = Sejenis mangga.) .
Sesuatu yang baik disangka buruk, hanya kerana melihat rupanya sama dengan yang buruk.
Anak anjing takkan menjadi anak musang jebat. . Orang yang tidak berilmu tidaklah mungkin mendapat kedudukan baik.
Anak ayam kebasahan bulu. . Gelisah resah; menjijikkan.
Anak badak dihambat-hambat. . Sengaja mencari bahaya (kesukaran dan sebagainya).
Anak baik, menantu molek. . Sangat berbahagia.
Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusu i. . Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak dipangku dilepaskan, beruk di hutan disusu kan. . Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak harimau diajar makan daging. . Orang yang zalim diberi perangsang untuk membuat aniaya.
Anak harimau jangan diajak bertampar, ingat-ingat kukunya. . Jangan mencari musuh dengan orang yang lebih kuat dan lebih persediaan alat senjatanya.
Anak harimau jangan dibela pelihara. . Jangan berbuat baik dengan orang yang suka berbuat jahat.
Anak harimau takkan menjadi anak kambing]. . Orang yang berani takkan penakut.
Anak ikan dimakan ikan, tahu makan tahu simpan. . Jikalau tahu membuat sesuatu kerja, hendaklah tahu menyimpan rahsianya.
Anak kambing takkan menjadi anak harimau. . Orang yang pengecut tetap pengecut.
Anak kandung ditimang-timang, anak tiri ditengking-tengking. . Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang.
Anak kera di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kebuluran. . Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak kera hendak diajar memanjat. . Hendak mengajar orang yang sudah ahli.
Anak kucing menjadi harimau. . Orang miskin menjadi kaya, atau rakyat biasa menjabat pangkat tinggi dalam pemerintahan.
Anak kuda bulu kasap. . Anak muda yang riang gembira. bulu
Anak kunci jahat, peti derhaka. . Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.
Anak monyet di hutan disusu i, anak sendiri di rumah kekeringan. . Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Anak orang, anak orang juga. . Kalau bukan hak kita tidaklah ada gunanya.
Anak sendiri disayang, anak tiri dibengkeng. . Kaum keluarga sendiri dilebihkan daripada orang asing, atau rakyat sendiri lebih diutamakan daripada orang dagang.
Anak seorang, menantu malim.
(malim = ahli agama.) .
Sangat berbahagia.
Anak seorang, penaka tidak.
(penaka = boleh dipandang sebagai; semisal, seumpama.).
Mempunyai barang hanya sebuah saja.
Anak sungai lagi berubah, inikan pula hati orang. . Pendirian yang tidak tetap.
Angan lalu, faham tertumbuk. . Sesuatu hal yang banyak halangannya; kemahuan ada tetapi tidak berdaya.
Angan-angan menerawang langit. Selalu mencita-citakan segala sesuatu yang tinggi.
Angan-angan mengikat tubuh. Besusah hati kerana memikirkan perkara yang bukan-bukan.
Angguk enggan, geleng ia. Lain di mulut, lain di hati.
Angguk enggan, geleng mahu, unjuk tidak diberikan. Lain di mulut, lain di hati.
Anggup-anggip bagai rumput di tengah jalan.
(anggup-anggip = terkulai-kulai.)
Hidup yang serba susah.
Angin berputar, ombak bersabung. Perkara yang amat sulit.
Angin bersiru, kami tahu. Sudah tahu akan niat seseorang. (bersiru = beralih tujuan.)
Angin bersiru, ombak bersabung. Perkara yang amat sulit.
Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam. Berita-berita yang buruk tak dapat disembunyikan, kelak akan tersiar juga.
Angkat batang keluar cacing gelang-gelang. Berpenat-penat mengerjakan pekerjaan orang yang tinggal terbengkalai, tetapi suatu faedah pun tidak diperoleh daripadanya.
Angkuh terbawa, tampan tertinggal. Baik rupanya, tetapi buruk sikapnya.
Angus (hangus) tiada berapi, karam tiada berair. Menderita kesusahan kerana kematian atau kehilangan kekasih.
Anjing bercawat ekor. Pergi atau menghindar kerana malu dan sebagainya.
Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga. Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
Anjing dengan tahi, tidak makan atau menjilat, tetapi mencium ada juga. Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
Anjing diberi makan nasi takkan kenyang. Sia-sia memberi nasihat yang baik kepada orang jahat.
Anjing ditepuk menjungkit ekor. Orang hina apabila dihormati, sombonglah jadinya.
Anjing galak, babi berani. Bertemu lawan yang sepadan; berani sama berani, keras sama keras.
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu.
Anjing itu, meskipun dirantai dengan rantai emas, nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
Anjing kepada orang, raja kepada kita. Buruk baik anak sendiri juga.
Anjing menyalak bukit, takkan runtuh. Orang baik yang dicela oleh orang jahat, tentu tidak akan binasa kebaikannya.
Anjing menyalak di ekor (= dipanjat) gajah. Orang lemah (hina) mencuba hendak melawan orang yang berkuasa, tentulah perbuatannya itu sia-sia saja.
Anjing terpanggang ekor. Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
Anjing tiada bercawat ekor. Sesuatu yang hina dan tiada berguna.
Anjur surut bak bertanam. Tipu muslimat dalam melakukan pekerjaan.
Antah berkumpul sama antah, beras bersama beras. Setiap orang selalu mencari orang yang sama derajat (darjat, pangkat ataupun kedudukan) dengannya.
Antan patah, lesung hilang. Kemalangan yang bertimpa-timpa.
Antara dua tengah tiga. Sakit hampir mati.
Apa boleh buat, nasi sedap menjadi tawar. Susah hati dapat mengubah perangai seseorang.
Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat. Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
Apa digaduhkan: pengayuh sama di tangan, perahu sama di air. Tidak takut menghadapi lawan apabila sama-sama mempunyai kebolehan.
Apa guna bunga ditanam, jika tidak diberi kumbang menyerinya. Apa guna anak perempuan, jika tidak diberi bersuami.
Apa gunanya bulan terang di dalam hutan, jikalau di dalam negeri betapa baiknya. Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.
Apa gunanya merak mengigal di hutan.
(mengigal = menegakkan dan membentangkan bulu ekor.)
Tidak berfaedah menunjukkan kepandaian kepada orang-orang yang tidak dapat menghargainya.
Apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Apa kurang pada belida, sisik ada tulang pun ada. Cukup mempunyai segala yang diperlukan.
Apa payahnya menawakkan (= menaupkan) bibir atas bawah.
(menawakkan = menggerakkan.)
Mudah menyebut, tetapi susah mengerjakannya.
Apa payahnya menggoyangkan lidah saja. Banyak janji tetapi tidak ditepati.
Apa peduli pada kukuran, nyiur juga yang akan habis. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Apa sakit berbini janda, anak tiri boleh disuruh. Alasan yang berlawanan dengan maksud yang sebenarnya.
Apa tampangnya, itulah tumbuhnya.
(tampang = benih.)
Hasil sesuatu pekerjaan itu menurut ukuran usaha yang kita kerjakan.
Apabila orang miskin menghendaki wang, dia mendapat anak; apabila orang kaya menghendaki anak, dia mendapat wang. Hasil yang berlawanan dengan keinginan; lain yang dihajati lain yang diperoleh.
Apabila tumbuh-nyiur itu patah, tumbuh-nyiur juga akan gantinya.
(tumbuh-nyiur = tunas bibit kelapa .)
Ganti yang hilang mestilah yang sama pula.
Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku , kalau tidak dibakar. Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari, jika malam alangkah baiknya. Perkara yang sudah diketahui orang tak perlu diterangkan lagi.
Apalagi sawa , ia berkehendakkan ayamlah| Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya.
Orang yang bertemu dengan barang kesukaannya.
Api dengan air, alangkah bezanya. Jahat dengan baik amat jauh bezanya.
Api itu, tatkala kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan. Kejahatan yang sedikit itu hendaklah lekas diperbaiki supaya jangan sampai melarat.
Api kecil baik dipadam. Basmilah kejahatan itu semasa ia kecil lagi.
Api makan sekam (= dedak ). Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
Api nan tak kunjung padam. Semangat yang hidup selama-lamanya. kunjung = segera, lekas.
Api padam puntung berasap.
(puntung = sisa kayu api yang dibakar.)
Perkara yang telah putus, tetapi ditimbulkan kembali.
Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi. Cerita yang sudah tamat; benar-benar sudah selesai.
Apung di tengah lautan; dipukul ombak, sekejap ke tengah sekejap ke tepi. Orang dagang yang melarat hidupnya.
Ara tak bergetah. Suatu perkara yang mustahil.
Arang di dahi (= di kening, di muka). Mendapat malu.
Arang habis besi binasa. Pekerjaan yang sia-sia.
Arang habis binasa, tukang hembus penat saja. Pekerjaan yang sia-sia.
Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
Asal ada kecil pun pada. Kalau tak ada banyak, sedikit pun cukup juga.
Asal ayam hendak ke lesung , asal itik hendak ke pelimbahan. Tabiat orang tak mungkin berubah.
Asal ayam pulang ke lumbung, asal itik pulang ke pelimbahan. Tabiat orang tak mungkin berubah.
Asal berinsang ikanlah. Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
Asal berisi tembolok senang hati. Sudah cukup makan dan pakai maka senanglah hati.
Asal besi pengapak kayu, asal emas menjadi penduk. Darjat seseorang dapat ditentukan pada sifat perangainya. penduk = salut sarung keris.
Asal ditugal, adalah benih.
(tugal = melubangi tanah kebun dengan kayu akan tempat menanam benih.)
Sesuatu usaha tentu ada hasilnya.
Asal sabut terapung, asal besi tenggelam. Untung-untungan; kalau bernasib baik tentu selamat, kalau bernasib malang tentu jatuh.
Asal selamat ke seberang, biar bergantung di ekor buaya . Sangat perlu akan pertolongan, betapa pun jua pertolongan itu akan diterimanya.
Asal terbang burunglah, asal berinsang ikanlah. Tidak memilih (pekerjaan, makanan, perempuan dan sebagainya).
Asam di darat ikan di laut, bertemu dalam belanga juga. Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan. Tak akan tercapai maksudnya, kalau tak mahu berusaha.
Atap rumbia perabung upih, rumah besar berdinding papan. Barang yang baik dicampurkan dengan barang yang buruk.
Aur ditanam betung tumbuh. Mendapat laba banyak dengan modal yang sedikit.
Aus telunjuk mencolek garam . Hidup dalam kemiskinan.
Awak alah gelanggang usai. (usai = lengang.) Ditimpa kemalangan yang tak dapat diatasi lagi.
Awak hendak hilir, ia telah hanyut. Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain.
Awak kecil makan hendak banyak, sayap singkat terbang hendak tinggi. Mengangan-angankan sesuatu yang tidak sepadan dengan kesanggupan diri sendiri.
Awak kurus daging menimbun. Orang kaya yang berpura-pura miskin.
Awak menangis diberi pisang. Bujukan (pujukan) yang tepat.
Awak rendah sangkutan tinggi. Besar belanja daripada pendapatan.
Awak sakit daging menimbun. Orang kaya yang berpura-pura miskin.
Awak tikus, hendak menampar kepala kucing . Melakukan sesuatu yang mustahil.
Awak yang celaka, orang yang diumpat. Dirinya sendiri yang bersalah (kerana kemalangan, kecelakaan, kekalahan dan sebagainya), orang lain pula yang disesalkan.
Awak yang payah membelah ruyung, orang lain yang beroleh sagunya.
(ruyung = batang pohon enau.)
Orang lain yang bersusah payah, orang lain pula yang mendapat faedahnya.
Awal dibuat, akhir diingat. Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.
Awal dikenal akhir tidak, alamat badan akan rosak. Orang yang tak berhati-hati lakukan pekerjaannya (yang baiknya saja yang diingat) tentulah akhirnya akan menyesal dan kecewa.
Ayam baru belajar berkokok. Baru cukup umur.
Ayam berinduk, sirih berjunjung. Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.
Ayam berlaga sekandang. Berkelahi dengan orang serumah.
Ayam beroga itu, kalau diberi makan di pinggan emas sekalipun ke hutan juga perginya. (ayam beroga = ayam hutan.) Bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga kita akan negeri sendiri.
Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.
Ayam bertelur di atas padi. Hidup senang dan mewah.
Ayam dapat, musang dapat. Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.
Ayam ditambat disambar elang, padi di tangan tumbuh lalang. Malang sekali; nasib yang buruk.
Ayam hitam terbang malam bertali ijuk, bertambang tanduk, hinggap di kebun rimbun. Kejahatan (perkara dan sebagainya) yang dilakukan di dalam sulit, sukar diketahui.
Ayam itik, raja pada tempatnya. Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.
Ayam menang, kampuh (= kampung) tergadai.
(kampuh = kain selimut yang dirangkap daripada tiga helai kain.)
Keberuntungan yang tidak ada faedahnya.
Ayam pulang ke pautan. Sudah pada tempatnya.
Ayam putih terbang siang, hinggap di halaman, terang kepada mata orang banyak. Perkara yang nyata mudah ketahuan.
Ayam seekor bertambang dua. Gadis seorang, dua bujang yang ingin.
Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam. Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya.
Ayam tak patuk, itik tak sudu. Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.
Ayam terlepas, tangan bau tahi. Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
Ayam terlepas, tangan tercirit. Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.
Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. Tidak senang melihat kebahagiaan orang.
Ayam yang tangkas di gelanggang. Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.

B

Peribahasa Maksud
Babi merasa gulai. Menyimpan rahsia yang telah diketahui umum.
Bacang dibungkus tentu baunya keluar juga. Kiasan kepada orang yang membuang anaknya sendiri kerana takut malu dan sebagainya.
Badak makan anak. Bagaimana sekalipun orang berkasih-kasihan, tetapi dengan mudah juga dapat diceraikan, kerana orang lebih mengutamakan harta-benda.
Badan bersaudara; emas perak tiada bersaudara; kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta yang ada, kasih ibu sama rata; kasih sahabat sama binasa. Walaupun orang-orang lemah itu di bawah kuasa orang kuat, tetapi hatinya bebas lepas.
Badan boleh dimiliki, hati tiada boleh dimiliki. Sudah sehidup semati.
Badan sudah dua senyawa. Tidak tetap pendirian; selalu berubah-ubah.
Bagai air daun talas (= keladi). Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal jerih payah.
Bagai air mencari jenisnya. Mencari ilmu tanpa mengenal erti jemu.
Bagai air itik ke batu. Lemah dan lesu tanpa penyakit.
Bagai anak dara mabuk andam.
(andam = anak rambut di dahi.)
Anak perempuan yang tiada malu, pemalas dan pengotor.
Bagai anak dara sudah berlaki. Banyak sekali.
Bagai anak nangui.
(nangui = Babi kecil yang banyak anaknya.)
Berbaring dan bermalas-malas saja di rumah orang lain.
Bagai anak sepat ketohoran. Kurus sekali.
Bagai anjing beranak enam. Orang yang sangat benci oleh masyarakat.
Bagai anjing buruk kepala. Sangat gembira; sangat gembira; sangat sombong.
Bagai anjing melintang denai.
(denai = jejak binatang besar di hutan.)
Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari.
(Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).
Bagai anjing tersepit di pagar. Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
Bagai api dengan rabuk. Tidak terus berjalan ke tempat tujuan, tetapi singgah-singgah di jalan.
Bagai ara hanyut. Satu sama lain bertolong-tolongan.
Bagai aur dengan tebing. Tolong-menolong di antara satu sama lain.
Bagai aur bergantung ke tebing, bagai tebing bergantung ke aur. Menyerahkan diri kepada nasib.
Bagai aur di atas bukit. Orang yang menyerahkan diri pada takdir.
Bagai ayam dibawa ke lampok.
(lampok = onggok padi sesudah disabit; limpap.)
Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.
Bagai ayam dimakan (= kena) tungau. Mati tanpa sakit.
Bagai ayam disambar elang. Tidak dapat berbuat apa-apa; bingung.
(kena kepala = kena lempar).
Bagai ayam lepas bertaji. Seseorang mendapat kesusahan dan orang lain serba salah untuk menolongnya.
Bagai ayam mabuk tahi. Pucat lesi dan tidak berdaya sebab sakit dan kurang darah.
Bagai ayam mengarang telur.
(mengarang telur = hampir bertelur.)
Peri keelokan, merah muka seseorang.
Bagai ayam mengeram telur. Peri keelokan, merah muka seseorang.
Bagai ayam naik ke surau. Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai ayam si tombong, kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (tombong = sombong.) Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
Bagai ayam yang terkecundang.
(kecundang = kalah.)
Sangat ketakutan.
Bagai bajak wangkang makan diangkat.
(bajak wangkang = tenggala yang selalu mesti diangkat-angkat waktu menggunakannya. bajak = perompak; wangkang = perahu besar;)
Orang yang gemar dipuji.
Bagai balak terendam. Orang gemuk yang malas bergerak.
Bagai belacan dikerat dua: yang pergi busuk, yang tinggal hanyir. Perkara yang mendatangkan aib kepada kedua-dua belah pihak.
Bagai beliung dengan asahan. Tidak pernah berpisah.
Bagai belut digetir (= diketil) ekor.
(digetir = dicubit.)
Cepat sekali.
Bagai belut diregang. Tinggi dan kurus.
Bagai berkain tiga hasta. Serba tak cukup (miskin).
Bagai bersahabat dengan ular bisa. Berkawan dengan orang yang jahat.
Bagai berseru di padang pasir. Seruan yang tidak diendahkan orang.
Bagai bersumur di tepi rawa. Orang yang selalu cemburu.
Bagai bertanak di kuali. Terlalu murah hati sehingga binasa kerananya.
Bagai bertandang ke rumah janda. Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai bertemu (= makan) buah si malakamo; dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu.
(malakamo adalah sejenis buah yang sama ada dimakan atau tidak akan mendatangkan kesusahan (sebagai perumpamaan sahaja)
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Bagai bertepuk sebelah tangan. Cinta kasih yang tidak berbalas.
Bagai beruk kena ipuh. (ipuh = racun.) Menggeliang-geliut (kerana kesakitan dan sebagainya).
Bagai berumah di tepi tebing. Selalu dalam kekhuatiran.
Bagai besi dengan penempa. Orang lemah di bawah kuasa orang kuat.
Bagai biawak mengulangi bangkai. Lelaki yang suka pergi ke tempat perempuan jahat.
Bagai buah keras di dalam sekul. (buah keras = kemiri; sekul = mangkuk yang diperbuat daripada tempurung kelapa.) Bercakap dalam keadaan tergopoh-gopoh.
Bagai budak menyapu hingus. Beroleh malu dalam sesuatu majlis.
Bagai bulan empat belas. Kecantikan wajah seseorang wanita.
Bagai bulan penuh mengambang di kaki awan. Perempuan cantik yang keluar dari rumahnya kerana hendak berjalan.
Bagai buntal kembung. Bodoh dan sombong.
Bagai bunyi cempedak jatuh. Bunyi jatuh yang kuat.
Bagai bunyi orang dikoyak harimau. Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.
Bagai bunyi perempuan di air. (di air = di tempat mandi.) Ramai (= riuh) sekali.
Bagai bunyi siamang kenyang. Banyak cakapnya dan sebagainya kerana mendapat kesenangan.
Bagai cacing gila. (cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.) Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya.
Bagai cacing kena air panas. Tidak tenang, selalu gelisah (kerana susah, malu dan sebagainya).
Bagai cembul dapat tutupnya. Sesuai benar.
Bagai dakwat dengan kertas. Tak pernah bercerai; sangat cocok.
Bagai dekan di bawah pangkal buluh. (dekan = ulat yang makan buluh.) Pandai menyembunyikan rahsia.
Bagai denai gajah lalu. Pekerjaan atau kejadian yang payah benar hendak disembunyikan.
Bagai dihiris dengan sembilu. Pedih sekali rasa hatinya.
Bagai diikat dengan sehasta tali. Dalam keadaan yang sangat terbatas.
Bagai dirahap kain basah. (rahap = bungkus.) Dingin sejuk sekujur badan kerana mendengar khabar atau melihat kejadian yang sedih dan ngeri.
Bagai ditembak putus tunggal. (putus tunggal = petir yang sangat keras bunyinya.) Dialahkan oleh orang yang bodoh.
Bagai diurap dengan daun katang-katang. (katang-katang = Sejenis tumbuh-tumbuhan di tepi laut, getahnya sangat menggatalkan.) Sangat marah.
Bagai dulang dengan tudung saji. Sesuai benar.
Bagai duri dalam daging. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.
Bagai emak mandul baru beranak. Girang yang amat sangat; kasih sayang yang terlalu amat.
Bagai empedu lekat di hati. Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Tiada semuafakat dalam sesuatu perbincangan.
Bagai gadis jolong menumbuk. Rajin dan bersungguh-sungguh.
Bagai gagak menggonggong telur. Perempuan hodoh berpakaian bagus.
Bagai galah di tengah arus. Menggigil keras; selalu berkeluh-kesah.
Bagai galah dijual. (galah = tombak atau lembing.) Terlalu miskin; kalah judi.
Bagai gelegar buluh. (gelegar = bunyi bergemuruh.) Bercakap besar.
Bagai gelombang dua belas. Kehebatan langkah seseorang pendekar.
Bagai geluk tinggal di air. (geluk = timba daripada tempurung kelapa.) Orang yang melarat hanya mengharap bantuan orang.
Bagai gembala diberi keris. Pemberian yang tidak berfaedah.
Bagai getah dibawa ke semak. Perkara yang semakin kusut dan susah menyelesaikannya.
Bagai gulai lengkitang. (lengkitang = siput.) Hendak menghilangkan kejahatan dirinya, tetapi kebaikan yang ada padanya pun lenyap pula.
Bagai hantu makan dedak. Bersungut-sungut dengan tiada tentu sebabnya.
Bagai harimau beranak muda. Orang perempuan yang terlalu bengis.
Bagai haruan di dalam tuar. (tuar = lukah.) Tidak tetap keadaannya, kerana sakit atau susah.
Bagai ikan lampam di ulak jamban. Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi; orang-orang yang mengutip hasil daripada pekerjaan-pekerjaan maksiat.
Bagai ilak bercerai dengan benang. (ilak = ukuran untuk menentukan lebar kain yang akan ditenun.) Bercerai untuk selama-lamanya.
Bagai inai dengan kuku. Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai itik pulang petang. Berjalan lambat dan lamban (perempuan atau orang yang gemuk).
Bagai jawi belang puntung: didahulukan dia menyepak, dikemudiankan dia menanduk. (belang puntung = merah kehitam-hitaman; jawi = lembu.) Orang bodoh yang tidak dapat diajak berunding.
Bagai jawi ditarik keluan. (keluan = tali yang dicucukkan pada hidung (lembu dan kerbau).) Menurut dengan tidak membantah.
Bagai jawi makan, dimamah dulu baru ditelan. Tiap-tiap perbuatan itu dirundingkan masak-masak sebelum dikerjakan.
Bagai jawi terkurung siang. Sangat gelisah kerana tidak bebas.
Bagai jelongak kerbau rampung. Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Bagai jempuk kesiangan hari. Kebingungan; termenung-menung.
Bagai kacang direbus satu. Melonjak-lonjak kegirangan kerana mendapat untung.
Bagai kacang direndang. Bunyi suara yang tak putus-putus.
Bagai kain menunjukkan corak bangsanya. Rupa dan gaya seseorang menunjukkan asal usulnya.
Bagai kambing dalam biduk. Sangat ketakutan.
Bagai kambing dihalau (= diseret) ke air. Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Bagai kambing dijunjung. Jerit pekik orang yang penakut.
Bagai kambing dimandikan pagi. Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.
Bagai kambing harga dua kupang. Tingkah lakunya seperti anak-anak.
Bagai kambing lepas ke parak. (parak = ladang, kebun.) Memilih makanan dengan sesuka hati.
Bagai kambing menanduk bukit; tanduk patah bukit tak runtuh. Pekerjaan yang sia-sia dan mendatangkan kerugian.
Bagai kapak naik cerana. (cerana = tempat sirih.) Tidak pada tempatnya; kurang cukup alat (= kepandaian) untuk mengerjakan sesuatu.
Bagai kayu lempung, ditebuk kumbang tembus-menembus. (kayu lempung = kayu ringan dan lunak.) Orang yang lemah, mudah dianiaya oleh orang yang berkuasa.
Bagai keli kena ketuk. Bersungut-sungut dengan tiada tentu hujung pangkalnya.
Bagai kelip-kelip terbang malam. Rahsia yang tiada dapat disembunyikan.
Bagai keluang bebar petang. (bebar = terbang.) Ramai-ramai berkerumun; suka hidup beramai-ramai.
Bagai kena sentung pelalai. (sentung pelalai = semacam guna-guna yang menyebabkan perempuan tiada beroleh jodoh.) Gadis yang tak mahu bersuami.
Bagai [kera]] diberi kaca. Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
Bagai kerakap tumbuh di batu (= atas batu). (kerakap = Sejenis sirih tetapi tidak dimakan orang.) Hidup dalam kemelaratan.
Bagai kerbau runcing tanduk. Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
Bagai kerbau terkejut oleh gong. Tercengang-cengang kehairanan.
Bagai kilat senja, bagai petir tunggal. Ketangkasan sikap dan kuat bunyi suaranya.
Bagai kinantan hilang taji. ([ayam] kinantan = ayam putih) Tidak berharga lagi.
Bagai kuau mengigal (= menyesar). (kuau = sejenis burung; menyesar = menguak.) Kehebatan rupa seseorang.
Bagai kucing dengan panggang (= balur).(balur = dendang.) Mudah menimbulkan sesuatu hal yang tak baik kalau diperdekatkan.
Bagai kucing dibawakan lidi. Sangat ketakutan.
Bagai kucing kehilangan anak. Kehilangan akal; bingung.
Bagai kucing lepas senja. Sukar dicari; merasa senang.
Bagai kucing main daun. Kehebatan rupa seseorang.
Bagai kucing menjemput api. Yang dikehendaki tiada tercapai sedang alat (= syarat) yang digunakan untuk mencapai maksudnya itu pun hilang juga.
Bagai kucing takut akan balur. Lelaki yang takut kepada perempuan.
Bagai kucing tidur di bantai. (bantai = daging binatang yang disembelih.) Hidup senang dan mewah.
Bagai kuku dengan isi (= daging). Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai ayam naik ke surau. Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Bagai lalat cari puru. Membuat sesuatu pekerjaan dengan cepat dan ghairah.
Bagai langau mengerumuni bangkai. Orang ramai yang riuh-rendah bunyinya.
Bagai lebah menghimpun madu. Sangat rajin.
Bagai lepat dengan daun. Sangat sesuai.
Bagai lesung dengan antan. Sangat karib (tentang orang bersahabat atau orang berkasih-kasihan).
Bagai limau masam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bagai lobak di pemerunan, bagai kacang tengah dua bulan. (pemerunan = tempat membakar sampah.) Anak-anak yang subur tubuhnya, lekas besar dan tinggi.
Bagai lukah, tak penuh air. Selalu hendak makan saja, tak ada kenyang-kenyangnya.
Bagai melepaskan batuk di tangga. Membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai.
Bagai melihat asam. Ingin sekali.
Bagai melihat ulat. Sangat benci.
Bagai melompati pagar tiga hasta: akan dilompati rendah, akan dilangkahi tinggi. Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.
Bagai melulur bersitungging. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan terpaksa.
Bagai melulus baju sempit, bagai terbuang kesisipan. (kesisipan = kemasukan duri dalam daging.) Berasa senang kerana terlepas daripada kesukaran.
Bagai melulutkan jebat pada kerbau. (melulutkan = menggosok tubuh dengan pelutut; jebat = Sejenis Kasturi) Pemberian yang tidak sesuai dengan tempatnya.
Bagai memakai baju pinjaman. Tidak pada tempatnya, sehingga canggung kelihatannya.
Bagai membelah betung. Pendirian yang berat sebelah.
Bagai memegang buah kepantangan beruk; ditelan mati emak, diludahkan mati bapa. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Bagai menambah gelang bini. Pemberian yang tak kelihatan.
Bagai menampung air dengan limas pesuk. (limas = takir; pesuk = berlubang.) Tak dapat diberi ajaran atau nasihat.
Bagai mencari belalang di atas akar. Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
Bagai mencari kutu di dalam ijuk. Mengerjakan pekerjaan yang sia-sia.
Bagai mencencang air. Melakukan pekerjaan yang tidak ada faedahnya.
Bagai mendapat cincin ijuk. Mendapat barang yang tidak berguna.
Bagai menelan mestika embun. Mendengar nasihat yang baik.
Bagai mengail kucing hanyut. Perbuatan yang sia-sia.
Bagai mengangkut batu di bencah. (bencah = paya.) Menyuruh orang yang enggan melakukan pekerjaan.
Bagai mengatai tunggak (= tunggul). Memberi nasihat kepada seseorang yang tiada menjawab.
Bagai mengepal pasir kering. Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
Bagai menggelikan induk ayam. Memberanikan orang penakut.
Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak. Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
Bagai menghela tali jala: rasa tegang dikendurkan, rasa kendur ditegangkan. Pekerjaan yang sulit yang harus dikerjakan dengan hati-hati sekali.
Bagai menghitung bulu kambing. Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai menjaga permata intan ketika dicanai. Kasih sayang yang tidak ada taranya.
Bagai menjenguk jerat sial. Melawat sesuatu tempat tetapi hanya sebentar saja; orang yang gemar berjalan-jalan.
Bagai menumbuk padi hampa. Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Bagai menunjukkan ilmu kepada orang menetek. Melakukan pekerjaan yang tidak ada gunanya.
Bagai menyandang galas tiga. (galas tiga = tiga bungkus dagangan.) Pekerjaan yang ringan, tetapi sukar melakukannya.
Bagai menyesah kain dapat. (menyesah = memukul.) Barang pinjaman yang dipakai dengan sekehendak hati saja.
Bagai menyukat anak ayam, masuk empat keluar lima. Melakukan pekerjaan yang sulit.
Bagai menyukat belut hidup. Melakukan pekerjaan yang sulit.
Bagai meramas biji cempedak. Menghadapi orang yang pandai berdolak-dalik.
Bagai mestika embun . Mendengar nasihat yang baik.
Bagai murai dicabut ekor. Perempuan yang suka bercakap banyak.
Bagai nakhoda kasap: hujung hilang, pangkal lesap. Mengeluarkan belanja dengan tidak tentu dalam sesuatu pekerjaan.
Bagai nangka masak gugur. Jatuhnya orang yang gemuk.
Bagai nangka masak menyesak sarungnya. Rupa seseorang yang tambun.
Bagai ombak purus. Suara riuh-rendah.
Bagai padi, hendakkan dedak; bagi laki (= suami), hendakkan gendak. Orang yang suka menolak sesuatu pemberian yang baik, dan gemar berbuat pekerjaan buruk.
Bagai pahat, tidak ditukul tidak makan. Bekerja hanya kalau diperintah.
Bagai panas mengandung hujan. Tertawa dalam kesusahan.
Bagai pancang digoncang arus. Pendirian yang tidak tetap.
Bagai parang buruk, tali sabut tiada tergolok. Tidak berkuasa melakukan pekerjaan kerana terlalu lemah.
Bagai pelita kehabisan minyak. Tidak berseri-seri lagi.

Bagai perahu karam sebelah. Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.

Bagai perempuan bunting bertemu idamannya. Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
Bagai perempuan membawa perut. Orang yang buncit perutnya.
Bagai perian pecah. (perian = tabung bambu untuk membawa air.) Suara yang tidak merdu.
Bagai pintu tak berpasak, perahu tak berkemudi. Sesuatu yang membahayakan.
Bagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan). Amat cepat.
Bagai pucuk pisang didiang. Lemah sekali; tiada berdaya.
Bagai punggur rebah. (punggur = tunggul.) Jatuhnya orang yang gemuk.
Bagai puyu di air jernih. Senang hidupnya.
Bagai puyuh laga. Percakapan yang tak pernah habis.
Bagai rambut dibelah tujuh (= seribu) Sedikit (= kecil) sekali.
Bagai rasa batang pisang. Tubuh seseorang yang terlalu dingin.
Bagai rotan, asal berinsang dicucuk belaka. Tiada memilih (makanan atau perbuatan).
Bagai rupa tokak dibasuh. (tokak = kudis besar.) Sangat buruk.
Bagai rupa tungkahan. (tungkahan = kayu landasan di dapur.) Sangat buruk.
Bagai sambau di pintu kandang. Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
Bagai sambau di tengah jalan. Keadaan yang tidak tetap (sakit atau hidup melarat).
Bagai sayang kaki pada terompah.

Kasih sayang yang boleh ditinggal-tinggalkan, sesuatu yang digunakan pada waktu perlu saja.

Bagai semut penghimpun melukut. Orang yang rajin bekerja.
Bagai sepatung mandi. Sebentar amat.
Bagai serangkak tertimbakan. (serangkak ~ sirangkak = ketam kecil.) Berjalan miring.
Bagai si buta pergi bergajah. (bergajah = menangkap gajah.) Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai si kudung beroleh cincin. Beroleh keuntungan tetapi tidak dapat merasainya.
Bagai si kudung pergi berbelut. (berbelut = menangkap belut.) Pekerjaan yang sia-sia.
Bagai si lumpuh hendak merantau. Ingin melakukan pekerjaan yang mustahil.
Bagai si mandul mendapat anak. Gembira kerana mendapat barang kesukaannya.
Bagai si pekak tertanya-tanya. Sangat ingin mendengar khabar.
Bagai siamang kurang kayu. Sangat susah hati kerana kekurangan barang-barang keperluan.
Bagai sumpit dihentakkan. Orang yang gemuk dan lembam.
Bagai susu dengan sakar, dibuat tengguli. (akar = gula; tengguli = air gula.) Sangat padan; bersetujuan benar.
Bagai tabut keling: di luar berkilat di dalam berongga. Baik di luar tetapi jahat hatinya.
Bagai tagar di Pulau Sembilan. (tagar = guruh, guntur.) Cakap terlalu tinggi dan sombong.
Bagai tanah pelempar balam; kalau mujur tiba di balam, kalau tidak surut ke tanah. Usaha yang tidak bersungguh-sungguh.
Bagai tanduk bersendi gading. Tidak sepadan.
Bagai tanduk diberkas. Sangat susah hendak menyatukan orang-orang yang berbagai-bagai fikirannya.
Bagai tekukur mengikut kata. Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.
Bagai tembilang bagai penggali; begitu yang hilang begitu pengganti. (tembilang = alat penggali lubang.) Yang diganti sama dengan yang hilang.
Bagai terung terantuk ke dinding. Datang berkunjung sebentar saja.
Bagai tikus membaiki labu. Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Bagai tikus membaiki labu. Hendak membetulkan barang yang tiada diketahui.
Bagai timun dendang: di luar merah di dalam pahit. Mulut manis hati busuk.
Bagai tokak lekat di kening. Malu yang tak dapat disembunyikan.
Bagai tulang dalam rongkongan. Sangat musykil.
Bagai tulisan di atas air. Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Bagai tuman makan anak. Berbuat pekerjaan cabul (terutama pada orang yang seharusnya mesti diperlindungi). tuman = Sejenis ikan sungai.
Bagai tunggul dihias. Rupa yang buruk.
Bagai tuntung jarum dilaga. (tuntung = hujung yang runcing.) Sesuatu yang tidak tetap (lekas berubah, rosak dan sebagainya).
Bagai tupai bergelut. Kehebatan rupa seseorang.
Bagai udang bertahi di kepala. Orang yang sentiasa berhutang.
Bagai ular dengan legundi (= lenggundi di mana legundi = sejenis tumbuhan.). Sangat terpikat kepada kekasih.
Bagai ulat nangka terhempas ke batu. Tidak serik.
Bagai umang-umang. Orang yang suka berpakaian bagus tetapi bukan miliknya sendiri. umang-umang = ketam di laut.
Bagai wau putus teraju. Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya. Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya. Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
Bagaimana ditanam, begitulah dituai. Berbuat jahat dibalas jahat; berbuat baik dibalas baik.
Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu. Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.
Bagaimana kumbang putus tali. Amat cepat; terlepas daripada sengsara.
Bagaimana menanti arah hanyut. Mengharap sesuatu yang belum tentu.
Bagaimana pohon tiada akan tumbang dipanah halilintar, baluhan kulit ada di batangnya. (baluhan = batang yang sudah berlubang seperti gendang.) Orang yang bersahabat dengan orang jahat akhirnya akan ikut terlibat juga dalam kejahatannya.
Bagaimana rupa begitulah bayangnya. Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Bagaimana tepuk begitulah tarinya. Bagaimana perintah, begitulah yang diturut; bagaimana aksi begitulah reaksinya.
Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman. Bagaimana pemuda-pemuda tidak berulang-alik di dekat rumah, jika tidak kerana perawan cantik ada di situ.
Bagaimana tidak menggigit telunjuk, melihat air hujan turun keruh. Hairan melihat orang yang berketurunan baik-baik berkelakuan tidak senonoh.
Bahasa dan bangsa itu tidak dijual beli. Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
Bahasa menunjukkan bangsa. Baik buruk adat kelakuan orang menunjukkan tinggi rendah keturunannya (asal usulnya).
Bahaya tumbuh, sengketa habis. Perselisihan sesama sendiri hilang apabila berlaku sesuatu malapetaka.
Bahu memikul, hati menyokong. Dengan sukarela, tidak dengan dipaksa.
Baik berjagung-jagung, sementara padi belum masak. Sementara belum ada yang lebih baik, maka yang kurang baik pun baiklah dipakai dulu.
Baik membawa resmi ayam betina, supaya tidak ada bencana. (resmi = sifat.) Lebih baik merendahkan diri, supaya selamat dalam hidup.
Baik membawa resmi padi, daripada membawa resmi lalang. Tidak sombong; rendah diri.
bajak patah, banteng terambau. (banteng = lembu; terambau = masuk jurang.) Kemalangan yang datangnya silih berganti.
bajak selalu di tanah yang lembut. Orang yang lemah selalu menderita.
bajak sudah terdorong ke bencah. Sudah tak dapat ditarik kembali.
Baji dahan membelah dahan. Orang yang berbuat baik kepada kita dengan harta kita sendiri.
Bak jung berat sebelah. (jung = sejenis kapal.) Hukuman atau pertimbangan yang kurang adil; berat sebelah.
Bak anjing tersepit. Ketika menderita merendah diri meminta tolong, terlepas daripada kesusahan, meninggikan diri kembali.
Bak cetus api. Sangat cepat.
Bak mandi di air kiambang, pelak lepas gatal pun datang. Benda yang diperoleh, meskipun berguna, tetapi kemudian mendatangkan kesusahan. (pelak = panas, gerah.)
Bak manik putus tali (= pengarang). Air mata yang bercucuran.
Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang seba salah.
Bak menanti orang dulu, bak melalah orang kudian. (melalah = mengejar.) Melakukan sesuatu yang sia-sia.
Bak nyiru bak tampian, bak guru bak anak sasian. (anak sasian = murid.) Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
Bak orang gombang di lebuh. (gombang = elok; lebuh = jalan raya.) Congkak di tengah jalan tetapi rumah tangganya tidak sempurna.
Bak pinang dianduh, putus tali dia berdiri. (dianduh = ditarik dengan tali.) Melakukan sesuatu pekerjaan kerana dipaksa.
Bak ras kuda pula kukuran. Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
Bak rasa di liang lahad. (lahad = lubang kubur.) Dalam kesempitan.
Bak rasa ubi pula gadung. (gadung = ubi hutan) Orang miskin melakukan dirinya seperti orang kaya.
Bak tengguli ditukar cuka Pertukaran yang amat bertentangan.
Bakal lesung tak dapat dijadikan balok. Kesilapan pada mula-mulanya merosakkan pekerjaan seterusnya.
Bakar air hendakkan abu. Pekerjaan yang sia-sia.
Bakar tak berapi. Cinta tidak dengan sebenarnya; cinta dengan diam-diam.
Bakar tak berbau. Tidak disangka sedikit jua; maksud jahat yang tersembunyi; tidak percaya.
Bakar tiada hangus. Sangat degil.
Bakarlah air ambil abunya. Pekerjaan yang sia-sia.
Bala lalu dibawa singgah. Sengaja mencari kesusahan.
Balam dengan ketitiran. (ketitiran = merbuk, perkutut.) Selalu bertengkar.
Balam dua sesangkar. Seorang perempuan dicintai oleh dua orang lelaki.
Balik belakang lain bicara. Mungkir janji.
Baling-baling di atas bukit. (baling-baling = penunjuk angin.) Pendirian yang tidak tetap.
Bandar terbuka dagangan murah, badan sudah tua. Sudah terlambat.
Bandot tua makan lalap muda. (bandot = kambing jantan; lalap = ulam, daun muda.) Lelaki tua beristerikan perempuan muda.
Bangau, bangau, minta aku leher; badak, badak minta aku daging. Iri hati kerana melihat kelebihan seseorang.
Bangkai gajah bolehkah ditutup dengan nyiru ? Kejahatan yang besar tidak dapat disembunyikan.
Bangkai gajah busuk di hutan hendak ditanam, pekung di kaki sendiri dibiarkan meroyak. (pekung = tokak; meroyak = merambat ke kiri ke kanan.) Keburukan orang hendak ditutup, keburukan sendiri dibiarkan terdedah.
Bangsa bermuka papan. Tidak bermalu.
Bangsa teling tipis. Orang yang lekas marah.
Bangsar balur liat. Orang yang degil. balur = kulit keras.
Bangsat tak tahu disukarnya. (bangsat = miskin.) Orang bodoh yang tak tahu akan kekurangan dirinya.
Banyak air sedikit minyak, minyak juga di atas. Kedudukan yang tidak sama antara orang biasa dengan orang yang berpangkat.
Banyak habis, sedikit sedang. Tentang membelanjakan wang.
Banyak makan garam. Banyak pengalaman.
Banyak tukang di mata dan di mulut, sedikit tukang di tangan. Pandai berkata-kata saja tetapi tidak pandai mengerjakannya.
Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam. Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
Bapa burik anaknya tentu rintik. Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.
Barang di mana pun pantat periuk itu hitam juga. Di mana pun juga kesalahan tetap kesalahan.
Bau malaikat terhempas. Harum sekali, terutama tentang perempuan muda yang memakai wangi-wangian.
Baunya setahun pelayaran. Amat busuk sekali.
Bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk. Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Bayan di tangan habis terlepas. Nasib yang malang.
Bayang-bayang disangka tubuh. Mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Bayang-bayang sepanjang badan (= tubuh). Berpadanan dengan tenaga; yang lahir serupa dengan yang batin.
Bayang-bayang tidak sepanjang badan. Berbuat sesuatu melebihi kemampuan sendiri.
Beban berat senggulung batu. (senggulung = kain (sabut dan sebagainya) yang digulung dan ditaruh di kepala untuk mengganjal barang yang dijunjung.) Tanggungan yang sangat berat.
Beban sudah di pintu. Anak gadis yang sudah besar.
Bekas tertarung lagi terkenang, apa pula hubungan nyawa. Tiada pernah lupa.
Belah dada lihatlah hati. Berkata benar.
Belakang parang lagi kalau diasah nescaya tajam. Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
belalang dapat menuai. Mendapat keuntungan tidak dengan sengaja.
belalang disangka elang. Tiada pernah melihat sesuatu yang lebih.
belalang hendak menjadi elang. Orang bodoh (= hina) hendak berlaku sebagai orang besar (= pandai-pandai).
Belanga kurang, periuk yang melebih-lebih. Orang yang berhak tidak mengambil berat, sebaliknya orang lain pula yang bersusah payah.
Belayar atas angin. (atas angin = jurusan dari mana angin datang.) Berbuat sesuatu atas belanja orang lain.
Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang pandai. Segala pekerjaan, baik dikerjakan dengan pimpinan orang yang telah berpengalaman.
Belayar ke (di) pulau kapuk. Tidur.
Belayar mengadang (= menentang, menuju) pulau. Tiap-tiap perbuatan (pekerjaan) mestilah ada tujuannya.
Belayar sambil memapan, merapat sambil belayar. (memapan = memasang papan untuk dinding, lantai dan sebagainya.) Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Beliung yang besar hayun, kecil makannya. Besar cakap tetapi hasilnya sedikit.
Belukar sudah menjadi rimba. Kesalahan yang tidak dapat diperbaiki lagi.
Belum beranak sudah berbesan. Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum beranak sudah ditimang. Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum bergigi hendak mengunyah. Hendak melakukan sesuatu tetapi alat syaratnya belum ada.
Belum bergigi sudah hendak menggigit. Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
Belum berkilat sudah berkilau, bulan sangkap tiga puluh. (sangkap = genap, cukup.) Perkara yang sudah terang.
Belum berkuku hendak mencubit (= menggaruk). Belum berkuasa sudah berangan-angan untuk menindas.
Belum bertaji hendak berkokok. Belum berilmu sudah hendak menyombong.
Belum betul membilang jari, sudah hendak berkuasa sendiri. Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum diajun sudah tertarung. (ajun = maksud hendak (berbuat, berjalan dan sebagainya).) Baru hendak memulai sesuatu sudah mendapat kemalangan.
Belum dipanjat asap kemenyan. Belum kahwin.
Belum disuruh sudah pergi, belum dipanggil sudah datang. Orang yang arif dan rajin.
Belum ditumbuk belumlah bengkak. Apabila sudah berbudi barulah ada tanda balas.
Belum duduk berlunjur dulu. Belum memperoleh sesuatu yang dikehendaki, sudah bergirang hati lebih dulu.
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berdiri. Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum menetas sudah dibilang. Sudah bersenang-senang sebelum tercapai maksudnya.
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah. Hendak berlagak seperti orang tua-tua.
Belum sekuku. Amat sedikit.
Belum tahu di masin garam. Belum ada pengalaman.
Belum tahu di pedas lada. Belum ada pengalaman.
Belum tahu laba rugi. Belum tahu baik buruk.
Belum tahu lagi, ayam sedang berlaga (= disabung). Belum ada keputusan.
Belum tegak hendak berlari. Melakukan sesuatu tidak menurut aturan yang biasa.
Belum tentu hilir mudiknya. Belum ada keputusan.
Belum tentu hitam putihnya. Belum ada keputusan.
Belum tentu si upik si buyungnya. Belum ada keputusan.
Belum tentu si upik si buyungnya. Belum ada keputusan.
Belum tuarang panjang, buah sengkuang sebesar betis. (tuarang = musim kemarau.) Khabar angin yang dilebih-lebihkan.
Belut jatuh ke lumpur. Senang sekali.
Belut kena ranjau (= getah). Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
Belut pulang ke lumpur. Kembali ke asalnya.
Bembam bukan terung.
(bembam (membembam) = membakar di dalam abu panas.)
Menceritakan kelebihan diri sendiri; tidak dapat diperlakukan dengan sesuka hati.
Benang arang orang jangan dipijak.
(benang arang = benang yang dipakai tukang kayu untuk menggaris.)
Jangan mencabuli rumah tangga orang.
Benang bercerai-cerai bukannya kain, dek rapat tetal tenunan kain, jarum pun tidak menelusnya. (tetal = padat; telus = celus.) Ketangguhan bersatu padu.
Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu. (mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.) Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan.
Bengkok batang bengkoklah bayangnya. Mengikut ajaran yang salah.
Berair kerongkongan. (kerongkongan = pembuluh nafas.) Mendapat rezeki.
Beraja di hati, bersultan di mata. Menuruti kehendak hati sendiri.
Beraja di mata, bersultan di hati. Menurut kehendak hati sendiri.
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dulu, bersenang-senang kemudian. Supaya mendapat kesenangan kelak, harus berani bersusah payah dahulu.
Beralih kain di balik rumah; beralih cakap di balik lidah. Tidak menepati janji.
Beranak kandung, beranak tiri: ada bersudu daun labu, ada bersudu daun lalang. Sikap yang tidak adil.
Beranak tiada berbidan. Mendapat kesusahan (kecelakaan dan sebagainya) kerana salahnya sendiri.
Berani hilang tak hilang, berani mati tak mati. Siapa yang berani akhirnya akan menang juga.
Berani kerana benar, takut kerana salah. Bertindak kerana berada di pihak yang benar.
Berani menjual berani membeli, berani pegang berani tanggung. Barang siapa berani menganjurkan, harus berani mengerjakannya.
Berani senduk pengedang, air hangat direnanginya. (senduk pengedang = senduk pencedok air panas dari periuk.) Berani dengan membuta tuli.
Berapa berat mata memandang, berat juga bahu memikul. Berapa susah kita melihat kesusahan orang lain, terlebih susah juga orang yang menderita kesusahan itu.
Berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut. Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Berapa panjang sarung begitulah kerisnya. Berbuat sesuatu hendaklah menurut kesanggupan diri sendiri.
Berapalah besar dan dalam laut Kalzum, besar dan dalam lagilah dada manusia. Hati manusia tak dapat diduga.
Berapalah tajam pisau parang, tajamlah lagi mulut manusia. Mulut itu lebih tajam daripada senjata.
Berarak ke tebing. (berarak = berjalan.) Selalu merasa khuatir.
Berarak tidak berlari. Bekerja bersama-sama yang menggirangkan hati.
Berat beban yang sedikit dek hati sakit. Kerja yang dipaksa biar berapa ringan sekalipun akan terasa berat juga.
Berat hati beratlah tulang. Pekerjaan yang dilakukan dengan enggan akan terasalah beratnya.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Suka duka sama-sama ditanggung.
Berat sepikul, ringan sejinjing. Baik buruk sama-sama dipikul; bekerja gotong-royong.
Berbalik-balik bagai kuda tercirit. Perkara yang sudah diputuskan, kemudian ditimbulkan kembali.
Berbaur bagaikan muntah, bercerai bagaikan demam. Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
Berbaur pangkal perceraian. Jika terlalu karib mudahlah timbul perselisihan.
Berbelok kucing main daun. Kehebatan rupa seseorang.
Berbenak ke empu kaki. Tidak peduli baik atau jahat.
Berbilang dari esa, mengaji dari alif. Jika mengerjakan sesuatu hendaklah dimulai dari permulaan.
Berbisik kedengaran, berimbau kelampauan. Jarak yang sangat dekat.
Berbuat di alang tahun, belayar di luar musim. (alang = tengah-tengah; berbuat = maksudnya: turun ke sawah atau ke ladang.) Mengerjakan sesuatu bukan pada waktunya.
Berbuat kerja seperti Mak Judai. Selalu membengkalaikan pekerjaannya.
Berbuat kerja seperti yajud wa majud. (yajud wa majud = suku bangsa yang akan membinasakan dunia apabila telah hampir kiamat.) Seseorang yang bekerja setengah jalan kerana malas atau kerana kesibukannya.
Berbudi bagai pisang lebat. (berbudi = maksudnya: menggahkan diri.) Seseorang yang beroleh bencana kerana menggahkan dirinya.
Berbukit di balik pendakian. Kesusahan yang silih berganti.
Berbulu mata melihat. Sangat benci.
Berbunga sama berbunga: yang lain berbuah, dia tidak. Mengandung tetapi selalu keguguran.
Berbunyi batu berbunyilah dia. Tidak dapat berkata-kata kerana tembelangnya sudah pecah.
Bercabang bagai lidah biawak. Tidak dapat dipercayai barang katanya.
Bercabik kulit belumlah tentu, bercabik kain bolehlah. Belum dapat diharap dengan kerja yang susah-susah.
Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang. Memperkatakan sesuatu hal orang lain hendaklah berhati-hati.
Bercampur dengan orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak. (cecak = copet.) Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula.
Bercermin di air keruh. Mencontohi perbuatan yang kurang baik.
Bercintakan geliga di mulut naga. Mengharapkan sesuatu yang mustahil.
Berdenah tidak, terpeluk sarang tabuhan. Mendapat kesusahan (kecelakaan) kerana takut akan sesuatu yang sebenarnya tidak patut ditakutkan. tabuhan = tebuan.
Berdengking si tua memekik, mustahil akan menggigit jema. (si tua = harimau; jema = orang.) Orang yang terlalu marah serta berteriak-teriak, biasanya tidak sampai mempergunakan tangan akan memukul.
Berdiang di abu dingin. Tidak memperolehi pertolongan daripada saudara sendiri, ketika dalam kesusahan, kerana ia juga dalam keadaan yang serupa; tidak mendapat suguhan waktu bertamu di rumah orang lain.
Berdikit-dikit, lama-lama menjadi bukit. Cermat.
Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Sama setaraf.
Berdua mendatangkan perbantahan. Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri.
Berdua terkunci, bertiga terbuka. Rahsia hanya dapat disimpan di antara dua orang saja.
Berebut temiang hanyut, tangan luka, temiang tak dapat. (temiang = sejenis buluh tipis.) Berkelahi merebutkan sesuatu barang: barangannya tak dapat, badan luka-luka.
Berek-berek laga siang, malam sekelelapan. (berek-berek = burung yang suka berkawan-berkawan; sekelelapan = tidur bersama-sama.) Dua golongan yang lahirnya selalu berselisih tetapi batinnya semuafakat.
Beremas kemas, berpadi menjadi. Orang yang mampu (= kaya, berilmu) segala maksudnya mudah tercapai.
Berendam di tempayan pekasam. Duduk berleka di rumah perempuan jahat.
Berendam sesayak air, berpaut sejengkal tali. Hidup dalam kemelaratan.
Berenyai bak hujan pagi. Bekerja atau bercakap lambat-lambat.
Bergalah ke hilir tertawa buaya, bersuluh di bulan terang tertawa harimau. Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Bergantung (di) rambut sehelai. Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
Bergantung di hujung kuku. Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
Bergantung pada akar lapuk. Berharapan kepada orang yang tak berkuasa.
Bergantung pada tali rapuh. Menyandarkan hidupnya pada orang (jabatan, pekerjaan dan sebagainya) yang kurang kuat atau tidak tetap.
Bergantung sehasta tali. Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Bergantung tidak bertali. Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Bergedang air orang. Pekerjaan yang memberi untung kepada orang lain.
Bergelanggang di mata orang banyak. Terang atau nyata sekali.
Bergurindam di tengah rimba. Menunjukkan kepandaian di depan orang yang bodoh.
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi. Pelajaran yang tiada sempurna dituntut, tiadalah akan mendatangkan faedah.
Berhadap kasih mesra, balik belakang lain bicara. Tidak teguh janji.
Berhakim kepada beruk. Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.
Berhambakan tangan, bersaksikan mata, berhakimkan hati. Berfikirlah dulu dengan masak-masak sebelum membuat sesuatu perkara.
Berhampar lapik, berlicin daun. Bermuafakat mencari penyelesaian yang baik dengan setulus-tulus hati, tidak ada menyembunyikan perasaan-perasaan yang buruk.
Berhanyut ke hilir mengepit kemudi sajalah. Sesuatu pekerjaan yang dikerjakan oleh orang pandai (= rajin) maka tidaklah payah diawasi terlalu sangat.
Berharga di atas rupa, bercupak di atas tumbuh. (di atas rupa = melihat rupa; bercupak di atas tumbuh = adat diisi apabila sesuatu mengenai adat itu terjadi.) Tiap-tiap sesuatu hendaklah pada tempatnya.
Berhati baja, berurat kawat. Tabah dan keras hati.
Berhubung kerana hendak panjang, berkampuh kerana hendak lebar. Perhubungan kekeluargaan melalui perkahwinan.
Beriak tanda tak dalam, bergoncang tanda tak penuh. Orang yang sombong, besar cakap tidak berisi.
Berinduk semang kepada janda, bagai dokoh tali anjing. Orang yang masih membuat perhubungan dengan jandanya ialah suatu perbuatan yang dicerca oleh orang ramai. (dokoh = perhiasan leher; induk semang = perempuan yang punya rumah tempat orang menumpang; orang yang memberi pekerjaan.)
Berjalan dari pintu belakang. Tidak jujur, tidak menurut aturan yang sah.
Berjalan jauh banyak dilihat. Banyak pengalaman kalau bepergian ke mana-mana.
Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah. Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Berjalan sampai ke batas, belayar sampai ke pulau. Sesuatu usaha hendaklah dikerjakan sampai selesai.
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan. Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (menghadap surut = menengok ke belakang.)
Berjanjang naik, bertangga turun. Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
Berjarak serasa hilang, bercerai serasa mati. Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan.
Berjual pisang kepada monyet. Berjual dengan memberi hutang.
Berjumpa dengan putih, terlesi sangat. Tidak berasa puas dengan sesuatu yang telah diperoleh. (lesi (lesih) = terlalu putih.)
Berkain tak cukup sebelit pinggang. Kemiskinan yang amat sangat.
Berkandilkan bulan. Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar. Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang.
Berkata-kata dengan lutut. Berkata-kata dengan orang yang bodoh.
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat. Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya.
Berkayuh sambil bertimba. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Berkayuh sambil ke hilir. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Berkayuh sampan bocor. Kehidupan yang sangat melarat.
Berkelahi dalam kepuk. Sesuatu perkara yang sulit diselesaikan (susah dan sukar).
Berkelahi dengan orang tak berambut. Berselisih dengan orang yang kurang sempurna akalnya.
Berkelahi di dalam mimpi. Berlelah-lelah dengan sia-sia saja.
Berkelahi di ekor alahan. Memperbantahkan sesuatu yang tidak penting atau yang sudah diselesaikan. (alahan = bekas alur sungai, bendungan.)
Berkelahi di hujung batang, berbaik di pangkal batang. Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali.
Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian. Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal.
Berkelahi seperti labah-labah dalam gelas. Perkelahian yang sangat hebat di tempat yang sangat sempit.
Berkelambukan gua. Tidak mempunyai rumah tempat tinggal.
Berkemudi di haluan, bergilir ke buritan. Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
Berkemudi ke rusuk. Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
Berkepanjangan bagai agam. Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.
Berkeras tidak berkeris. Bertindak keras tetapi tidak mempunyai kekuatan untuk mempertahankan dirinya.
Berkerbau seperempat ekor, berkandang sebagai orang. Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
Berkering air liur. Nasihat yang sia-sia.
Berketak ayam di darat, bersenyap-senyap mutiara di laut. Orang bodoh suka menunjukkan kerja yang dibuatnya, tetapi orang yang bijaksana membuat kerja hanya dengan diam-diam saja.
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.
Berketak ayam, tahu akan bertelur atau tidak. Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.
Berketak dulu sebelum bertelur. Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan.
Berketuk (= berkotek) di luar sangkar, bertanam di luar pagar. Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan.
Berketuk ayam dalam telur. Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang. Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.
Berkotakan (= berkubukan, bernegerikan) betis. Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.
Berkuah air mata. Selalu menderita susah.
Berkuah sama menghirup, bersambal sama mencolek. Persahabatan yang sangat karib.
Berkuak pedang, berbelah buluh. Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.
Berkubu sebelum alah. Berjaga-jaga sebelum mendapat kesusahan.
Berlaki anak semang. (anak semang = orang gajian.) Perempuan yang buruk kelakuannya.
Berlapik seketiduran, sebantal sekalang hulu. Persahabatan yang sangat karib. (kalang = galang.)
Berlidah di lidah orang. Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
Berlindung di balik telunjuk. Rahsia yang tak dapat disembunyikan.
Berlompat sama jatuh, menyorok sama membongkok. Persahabatan yang sangat karib.
Berlurah di balik pendakian. Ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan, perkataan dan sebagainya.
Bermain air basah, bermain api letur, bermain pisau luka. Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
Bermain-main dengan kerbau, dilontarnya muka dengan ekornya. Berkawan dengan orang bodoh, tentu menanggung kerugian.
Bermata mata kayu, bertelinga telinga kuali. Tiada menaruh perhatian kepada apa yang dilihat dan didengar.
Bermayang-mayang menjadi mumbang. Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.
Bermimpi mendapat emas, takkan membuat pura; bermimpi mendapat padi, takkan membuat lumbung. Menasihati supaya membuat perdamaian dalam sesuatu perselisihan, pandanglah perselisihan itu seperti mimpi yang tak dapat diterima sebagai suatu kenyataan.
Berminyak biar lecah (= licin). Janganlah kepalang tanggung dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Berminyak tak licin. Setengah-setengah tidak sampai selesai.
Bermulut di mulut orang. Hanya menurut apa yang dikatakan orang.
Bernafas keluar badan. Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.
Berniaga buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Berniaga di hujung lidah. Orang pandai yang tak jujur, suka menipu dan sebagainya.
Beroja berpegang ekor. (beroja = menggalaki.) Kepercayaan yang setengah hati.
Beroleh (= mendapat) hidung panjang. Mendapat malu.
Beroleh lumpur di tempat yang kering. Mendapat kesusahan yang tidak tersangka-sangka.
Beroleh sehasta hendak sedepa. Diberi sedikit lalu hendak minta banyak.
Berpatah arang berkerat rotan. Memutukan tali persahabatan (persaudaraan).
Berpaut sehasta tali. Tidak dapat berbuat sekehendak hati.
Berpaut tidak bertali. Belum putus perkaranya; belum diberi surat cerai (tentang perempuan yang minta cerai).
Berpesan berturuti, harap ada percaya tidak. Mempercayai sesuatu kepada seseorang tetapi tidak dengan sepenuh hati.
Berpindah ke balik papan. Meninggal dunia.
Berpusing-pusing seperti baling-baling. Kehidupan yang tiada tetap.
Berputik dulu baru berbunga, buahnya jarang dimakan beruk (= monyet). Perempuan yang hamil sebelum kahwin.
Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. (benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.)
Bersaksi ke lutut. Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.
Bersalai tidak berapi. (salai = dipanaskan atau dikeringkan.) Perempuan yang belum bersuami, tetapi sudah mengandung.
Bersandar di batang rengas, gatallah badan. Orang yang berhampiran dengan raja atau orang besar yang zalim, akhirnya ia sendiri mendapat kesusahan.
Bersandar dilemang hangat. Berlindung kepada orang yang zalim, binasalah akhirnya.
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati. Sangat rindu; sangat berkasih-kasihan. (sarak = pisah.)
Bersawah seperempat piring, ke sawah sama dengan orang. Orang miskin yang berkelakuan seperti orang kaya.
Bersawah sepiring tidak, 'kan tempat sepasin bertanya. Kemiskinan yang amat sangat. (sepasin = binatang yang akan menjadi sepatung.)
Berseleleran bagai getah di lalang. Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.
Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah. Serba tak cukup (miskin). (cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.)

C

Peribahasa Maksud
Cacing hendak menjadi naga. Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Cacing menelan naga. Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan; orang yang berkuasa dapat dialahkan oleh orang yang lemah.
Cacing menjadi ular naga. Orang hina menjadi orang mulia.
Cakak sudah, silat teringat.
(cakak = kelahi.)
Perkara sudah selesai, barulah terdengar keterangan atau sungutan.
Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar. Cakapnya saja yang besar tetapi tidak ada satu pun pekerjaan yang dilakukan olehnya.
Cakap berlauk-lauk makan dengan sambal lada. Cakapnya seperti orang kaya, padahal miskin.
Cakapan sejengkel dibawa sehasta. Berlebih-lebihan daripada hal yang sebenarnya.
Calak-calak ganti asah, menanti tukang belum datang.
calak-calak = lampas.
Dipakai untuk sementara waktu saja, sementara belum ada yang lebih baik;
sekadar untuk mencukupi keperluan saja.
Campak baju nampak kurap seperti anak kacang hantu. Orang-orang muda yang tiada memelihara kehormatan dirinya ataupun kehormatan orang lain di jalan-jalan raya.
Campak baju nampak kurap. Mendedahkan keburukan diri sendiri.
Campak bunga dibalas dengan campak tahi. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Canggung seperti antan dicungkilkan duri (= gigi). Melakukan sesuatu pekerjaan yang bukan sepatutnya.
Cari umbut kena buku. Mencari yang baik, mendapat yang buruk.
Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga. Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Cekarau besar liang.
(cekarau = sejenis tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.)
Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang.
Cekel berhabis, lapuk berteduh.
(cekel = kikir, pelit.)
Biarpun kikir namun harta akan habis juga akhirnya atau hilang percuma saja.
Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun. Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
Cekur jerangau belum habis lagi. Belum dewasa sudah hendak melawan orang tua; belum ada pengalaman.
Celaka ayam, padi masak makan ke hutan. Nasib yang malang.
Celaka tiga belas. Malang sekali.
Cembul dengan tutupnya. Sesuai benar.
Cemperling nak jadi bayu.
(bayu = sejenis burung asmara dalam dongengan.)
Orang kecil hendak menyama-nyamai orang besar-besar.
Cencang air tidak putus, pancung abu tak berbekas. Perselisihan sesama keluarga itu akhirnya akan berbaik kembali.
Cencang dua segeragai.
(geragai = pengait untuk menangkap buaya.)
Sekali jalan, dua tiga pekerjaan selesai.
Cencang putus, biang tembuk. Putusan yang mengikat.
Cencang terdadik jadi ukir.
(terdadek = tersesat.)
Kesalahan yang tiada disengajakan, tetapi mendatangkan kebaikan.
Cencaru makan petang. Pekerjaan yang lambat mendatangkan hasil yang baik.
Cengkeling bagai ular dipukul (= dipalu).
(cengkeling = berbelit-belit.)
Geliang-geliut kerana kesakitan.
Cepat kaki ringan tangan. Rajin dan giat.
Cepat tangan terjembakan, cepat kaki terlangkahkan, cepat mulut terkatakan. Jika kurang fikir atau kurang hemat dalam sesuatu perbuatan, maka tangan dan kaki serta mulut dapat menimbulkan kesusahan.
Cerdik bagai ekor kerbau. Melakukan sesuatu pekerjaan yang merugikan diri sendiri.
Cerdik elang, bingung sikikih; lamun murai terkecoh juga.
(sikikih = sejenis enggang, kecil sedikit.)
Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi.
Cerdik perempuan meleburkan, saudagar muda menghutangkan. Menuruti orang yang belum panjang fikirannya itu acap kali mendatangkan kesusahan.
Cermat masa banyak, jimat masa sedikit. Selalu berhati-hati dalam membelanjakan (menggunakan) sesuatu.
Cik puan melangkah ular tak lepas. Gerak-geri perempuan yang lemah lembut.
Cincin emas takkan tampan bermata kaca. Gadis yang elok dan hartawan takkan sejodoh dengan orang yang miskin dan hodoh.
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak? Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.
Condong ditumpil, lemah dianduh.
(ditumpil = ditunjang.)
Memberi pertolongan (kewangan, fikiran dan sebagainya) kepada orang-orang yang di dalam kesusahan.
Condong puar ke uratnya, condong manusia kepada bangsanya.
(puar = tumbuhan-tumbuhan hutan.)
Tiap-tiap orang lebih suka kepada keluarganya sendiri daripada kepada orang lain.
Condong yang akan menimpa. Perbuatan yang sangat membahayakan.
Condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan. Pemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.
Corak kain mengikut kehendak penenunnya. Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.
Cuba-cuba menanam mumbang, jika tumbuhan sunting (= suri, turus) negeri.
mumbang = putik kelapa
Kerjakan terus walaupun kurang berharga, barangkali ada juga hasilnya kelak.
Cubit paha kanan, paha kiri pun merasa juga. Jika seseorang itu menyusahkan kaum keluarganya sendiri maka ia pun akan merasa susah juga.
Cubit paha sendiri dulu, baru cubit paha orang lain. Pandang pada diri sendiri dulu, sebelum memandang pada orang lain.
Cupak berkeesaan. Keadilan hukum baru bisa (boleh) diperoleh apabila sudah cukup keterangan atau pemeriksaannya.
Cupak sudah tertegak, suri sudah terkembang (=terentang).
(suri = pemidangan pada perkakas tenun.)
Telah lama adat berdiri tentang tiap-tiap pekerjaan.
Cupak tegak yang diisi. Aturan yang masih tetap berlakulah yang diturut.

D

Peribahasa Maksud
Dada manusia tidak dapat diselam. Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
Dagangan bersambut yang dijualnya.
(dagangan bersambut = barang amanah.)
Cerita daripada orang lain yang diceritakannya.
Dahan pembaji batang. Menggunakan harta benda tuannya.
Dalam berselam, dangkal berjingkat. Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.
Dalam dua tengah tiga. Tidak jujur.
Dalam laut boleh diduga, dalam hati siapa tahu. Pengetahuan (fikiran) seseorang itu tidak dapat diduga.
Dalam menunduk dia menyonggeng.
(songgeng (menyonggeng) = tonggeng.)
Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah.
Dalam menyelam, cetek bertimba. Penghasilan yang sedikit itu dipada-padakan.
Dalam rumah membuat rumah. Mencari keuntungan atas ongkos orang lain.
Dalam sudah keajukan, dangkal sudah keseberangan.
(ajuk = duga.)
Telah diketahui benar-benar tujuan atau maksud seseorang.
Dapat dihitung (= dibilang) dengan jari. Sangat sedikit.
Dapat durian runtuh. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Dapat harta karun. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Dapat harta timbul. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Dapat kijang teruit. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Dapat tebu rebah. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Dapur tidak berasap. Terlalu miskin.
Darah setampuk pinang. Belum berpengalaman.
Dari ajung (= jung) turun ke sampan. Diturunkan pangkat.
Dari jauh diangkat telunjuk, kalau dekat diangkat mata. Umpat dan caci kerana kelakuan yang tidak senonoh.
Dari lecah, lari ke duri. Menghindarkan diri daripada kesukaran yang kecil, jatuh dalam kesukaran yang lebih besar.
Dari semak ke belukar. Menceraikan isteri yang jahat, kemudian kahwin dengan [perempuan]] yang lebih jahat lagi;
meninggalkan sesuatu yang buruk, mendapat yang buruk pula.
Dari telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh. Daripada sifat yang mulia, tak akan lahir budi bahasa yang kasar.
Dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air yang jernih. Daripada tabiat yang jahat tak akan lahir budi bahasa yang baik.
Daripada cempedak baiklah nangka, daripada tidak baiklah ada. Sedikit pun cukuplah daripada tiada langsung.
Daripada hidup bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah. (kalang = galang.) Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Daripada hidup bergelumang (= berlumur) tahi, baik mati bertimbun bunga. Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Daripada segenggam jadi segantang. Bernasib baik.
Datang nampak muka, pergi nampak belakang. Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.
Datang seperti ribut, pergi seperti semut. Tentang penyakit.
Datang tak berjemput, pulang tak berhantar. Tetamu yang tidak penting.
Datang tampak muka, pulang tampak punggung. Datang dengan baik, pergi pun harus dengan baik pula; orang yang datang atau pergi hendaklah memberitahu.
Datang tiada dijemput, dihalau dia berpaut, salah hemat kita diangkut. Tentang penyakit.
Datar bak lantai papan, licin bak dinding cermin. Keputusan yang sangat adil.
Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga. Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
Daun keladi dimandikan. Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Daun 'lah melayang, buah jatuh ke perdu juga. Tiada sama kasih kepada anak sendiri dengan kasih kepada anak saudara.
Daun mengenalkan pohonnya. Daripada kelakuan (perkataan) dapat dikenal asal usulnya.
Daun nipah dikatakan daun labu. Kalau segan bertanya tentulah timbul salah faham.
Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga. Orang yang tiada berbudi pekerti jika banyak pengetahuannya sekalipun, akan ketahuan juga; yang berguna tinggal yang tak berguna terbuang.
Degar-degar merapati.
(degar-degar = bunyi kayu dipukul.)
Perselisihan antara kaum keluarga atau suami isteri yang makin merapatkan perhubungan.
Dek sukar berkampuh ijuk, nan adat diturut juga.
(berkampuh ijuk = bertudung atau berselimut ijuk.)
Adat yang tak boleh ditinggalkan, walaupun hidup melarat.
Dekat dapat ditunjal, jauh dapat ditunjuk. Perkataan atau pengakuan yang dapat dibuktikan kebenarannya.
Dekat tak tercapai, jauh tak berantara. Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
Dendang menggonggong telur. [Perempuan]] hodoh berpakaian bagus.
Dengan kartu terbuka. Dengan terus terang.
Dengar cakap enggang, makan buah beluluk; dengar cakap orang, terjun masuk lubuk. Sesuatu pekerjaan itu hendaklah difikirkan sendiri masak-masak sebelum dikerjakan dan jangan sekali-kali mendengar cakap orang.
Dengarkan cerita burung, anak dipangku dilepaskan. Kerana mendengarkan manis tutur kata orang, pekerjaan sendiri disia-siakan.
Deras datang dalam kena. Pekerjaan yang terburu-buru itu kelak akan mendatangkan kerugian.
Deras seperti anak panah. Terlalu cepat.
Destar habis, kopiah luluh. Menderita kemalangan terus-menerus.
Di bawah ketiak orang. Di bawah kekuasaan orang.
Di bawah lancung nan tiris.
(di bawah lancung = di bawah barang yang palsu.)
Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
Di bawah lantai nan tiris. Seseorang yang mendapat kehinaan, merasa dirinya rendah sekali.
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula.
(mengeting = memotong urat keting.)
Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah.
Di hulu keruh di hilir pun tentu keruh juga. Kalau asalnya tidak baik maka kesudahannya pun tentu tidak baik juga.
Di laut angkatan, di darat kerapatan. Kekuatan di laut bergantung kepada angkatan perang, kekuatan di darat bergantung kepada persatuan.
Di luar bagai madu, di dalam bagai empedu. Lahirnya baik, batinnya jahat.
Di luar berkilat di dalam berongga. Lahirnya baik, batinnya jahat.
Di luar merah di dalam pahit. Lahirnya baik, batinnya jahat.
Di lurah air yang besar, di bukit orang yang hanyut. Orang yang tiada bersalah menerima hukuman.
Di lurah maka hendak angin, di bukit maka hendak air. Berkehendakkan sesuatu tidak pada tempatnya.
Di mana api padam, di situlah (= di sanalah) puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal. Di mana mati di situlah dikuburkan.
Di mana batang terguling, di situ cendawan tumbuh. Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
Di mana buah masak, di situ burung banyak tampil. Di mana banyak kesenangan, di situ pula banyak orang datang.
Di mana bumi (= tanah) dipijak, di sana (= di situ) langit dijunjung. Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
Di mana bunga kembang, di situ kumbang banyak. Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda.
Di mana kapak jatuh, di situ baji makan. Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
Di mana kayu bengkok, di sanalah musang meniti. Tempat yang tidak dijaga baik-baik, di situlah pencuri datang; siapa lengah akan mendapat bencana; orang yang bodoh mudah kena tipu.
Di mana kelintung berbunyi, di situ kerbau tinggal diam.
(kelintung (kelentong) = genta kayu, sj alat bunyi-bunyian (spt gendang kecil) yg digunakan oleh penjaja)
Di mana perintah yang baik, di situ rakyat hidup rukun dan damai; negeri yang aman, ramai penduduknya.
Di mana lalang habis, di situ api padam. Di mana mati di situlah dikuburkan.
Di mana makan di situ berak. Berbuat jahat di tempat mencari rezeki.
Di mana ranting dipatah, di situ air disauk. Hendaklah menurut adat dan aturan tempat yang kita diami.
Di mana tembilang terentak, di situ cendawan tumbuh. Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.
Di mana tempat kutu hendak makan kalau tidak di atas kepala. Menghabiskan harta ibu bapa atau harta majikan.
Di mana tumbuh, di situ disiang. Jika terjadi suatu perkara atau perselisihan, hendaklah diperiksa dan diselesaikan di situ juga.
Di manakah berteras kayu mahang. Sesuatu yang mustahil tak usah diharapkan sangat.
Di mudik sebulakan, di hilir semuara.
(bulakan = pancaran air yang menjadi air tergenang.)
Persatuan yang kukuh.
Di padang orang berlari-lari; di padang sendiri berjengket-jengket. Orang yang hanya suka makan atau menerima hak orang lain, tetapi hak sendiri disimpan atau disembunyikan.
Di reban sendiri melegas, di reban orang meromok.
(melegas (ligas) = berlari dengan mengangkat kaki kanan (seperti kuda); meromok = duduk meringkuk.)
Berani di rumah sendiri, tetapi takut di tempat orang.
Di rumah sendiri dapur tak berabu, ke rumah teman pergi berpasak seribu. Suka bertandang dan makan di rumah orang.
Orang yang mengaku dirinya pandai atau mempunyai kelebihan, apabila diketahuinya di tempat itu tidak ada orang yang pandai.
Di waktu garuda alah oleh ular. Kiasan kepada waktu yang telah lalu; zaman dulu kala.
Dialas bagai memengat.
(memengat = memasak pengat.)
Berkata dengan cukup alasan.
Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru. Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.
Diam penggali berkarat. Ilmu yang disimpan saja lama-kelamaan akan hilang.
Diam-diam lepu. Musuh yang pendiam jangan dipermudah-mudahkan.
Diam-diam ubi berisi, diam besi (= penggali) berkarat. Pendiam tetapi berfikir atau banyak pengetahuan; bekerja dengan diam-diam.
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya, teraba-teraba sudahnya. Orang yang membazir tak dapat tiada akan menghadapi kesusahan.
Dianjak layu, dibubut (= dianggur) mati.
(dianjak = dipindahkan; dianggur = dikerat (cabang) untuk ditanam; dibubut = dicabut.)
Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
Dianjung seperti payung, diambak seperti kasur.
(dianjung = diangkat ke atas.)
Orang yang sangat dimuliakan.
Diapit tidak bersanggit, ditambat tidak bertali. (sanggit = geser, gosok.) [Perempuan]] yang tidak dipelihara oleh suaminya, tapi tidak pula diceraikannya; hidup di luar nikah.
Diasak (= pindah) layu, dicabut mati. Keputusan yang tidak dapat diubah-ubah lagi.
Dibakar tak hangus, direndam tak basah. Sangat berkuasa; tak mudah dikalahkan.
Dibalik-balik bagai memanggang. Difikirkan masak-masak.
Dibalun sebalun kuku, dibuka selebar alam.
(balun = gulung.)
Alam rohani yang tak berbatas.
Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah. Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
Diberi bahu, hendak kepala. Perihal anak yang dimanjakan.
Diberi berkuku hendak mencengkam. Diberi kekuasaan sedikit lalu hendak berbuat sesuka hati.
Diberi berpadang luas. Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.
Diberi bertali panjang. Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.
Diberi betis hendak paha. Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
Diberi sejengkal hendak sehasta, diberi sehasta hendak sedepa. Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak.
Dibilang genap, dipapar ganjil. (dipapar = dibentang.) Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
Buang yang keruh, ambil yang jernihnya. Yang buruk dibuang, yang baik diambil (dipakai).
Dibuat kerana Allah, menjadi murka Allah. Dilakukan dengan maksud baik, tetapi diterima orang dengan curiga.
Dicari cempedak di bawah kerambil.
(kerambil = kelapa.)
Mencari tidak pada tempatnya.
Dicecah orang bagai garam. [Perempuan]] yang baru saja kahwin lalu bercerai.
Dicocok orang hidungnya. Menurut saja.
Dicukur-cukur rambut, tumbuh juga semula. Tabiat jahat lambat-laun akan berbalik semula.
Didenda dengan emas yang habis, dipancung dengan pedang yang hilang. Didenda atau dihukum hanya dengan syaratnya saja kerana mencari perdamaian.
Didengar ada, dipakai tidak. Nasihat yang sia-sia.
Didukung disangka orang sakit, kiranya orang kekenyangan. Menolong orang tidak pada tempatnya.
Didului bak melanting babi.
(melanting = melempar.)
Mendului membuat sesuatu pekerjaan itu kadang-kadang berhasil baik.
Dielakkan harimau, gajah tentu dengan londarnya; dielakkan untung, tak tentu londarnya. (londar = denai.) Nasib yang tidak dapat ditentukan.
Dientak (hentak) alu luncung. (luncung = lancip tetapi tidak runcing di hujungnya.) Dialahkan oleh orang yang bodoh.
Dientak (hentak) tak masuk, diumpil tak bergerak. Sangat degil.
Digantung tidak bertali. Hal seorang yang menjadi gundik yang tidak sah atau yang telah ditinggalkan suaminya tetapi belum ditalak.
Digantung tinggi, dibuang jauh. Tidak berkuasa sedikit jua; lemah sekali.
Digantungkan tinggi, digalikan dalam. Perjanjian yang diperbuat dengan syarat-syarat yang teguh.
Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Digenggam tiada tiris. Sangat berhemat dan hati-hati dalam mengeluarkan wang.
Dihujani kering, dijemur basah. Berbuat sesuatu pekerjaan yang menyusahkan orang lain.
Diidam seperti babi lemak. (diidam = menaruh dendam.) Dendam yang tak habis.
Diimbau berbunyi, dilihat bersua.
(diimbau = dipanggil.)
Kebenaran yang tak dapat dibantah.
Diindang ditampi teras, dipilih antah satu-satu. Jika hendak mencari isteri, menantu atau pegawai hendaklah diusul periksa betul-betul jangan tersalah pilih.
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah.
Dijemba-jemba bagai bersiang, dihela surut bagai bertanam.
(bersiang = membersih-bersihkan.)
Mengatur-atur sesuatu supaya baik.
Dijual sayak, dibeli tempurung. Yang baru tidak berbeza daripada yang lama.
Dijunjung merekah kepala, dipikul meruntuh bahu. Perintah atau hukuman yang sangat berat dan keras.
Dikacak betis sudah bak betis, dikacak lengan sudah bak lengan. (dikacak = dipegang.) Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
Dikatakan berhuma lebar, sesapan di halaman.
(sesapan = semak belukar.)
Memegahkan harta milik dan kebolehannya, tetapi harta milik dan kebolehannya itu tidak seberapa.
Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Dikati sama berat, diuji sama merah. Pangkat atau kedudukan yang sama.
Dikembar seperti benang. [Perempuan]] yang menduakan suaminya.
Dikerkah dia menampar pipi, dibakar dia melilit puntung. Tidak mahu mendiamkan diri terhadap perlakuan yang tidak baik.
Dikulum menjadi manikam, dimuntahkan (= diludahkan) menjadi sekam. Diam itu lebih baik daripada berkata-kata.
Dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. Membuat sesuatu pekerjaan tanpa pengetahuan adalah sia-sia saja.
Dilahir serupa tidak, dibatin menggunting angin. Hidup dalam pura-pura; pada lahirnya tidak suka tetapi batinnya ingin mendapat lebih banyak lagi.
Dilambai tak nampak, diseru tak dengar. Tiada mahu mendengar nasihat orang.
Dilelar timba ke perigi; tak sekali, sekali pecah juga.
(lelar = berulang-ulang.)
Sesuatu perbuatan yang tak baik itu jika diulang maka lambat-laun jahat juga padahnya.
Dilengah (= dimabuk) beruk berayun. Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Dilihat galas berlaba, dihitung pokok termakan. Lahirnya saja untung, tetapi yang sebenarnya rugi.
Dilihat si pulut, ditanak berderai. Kelihatan seperti orang kaya, tetapi yang sebenarnya miskin.
Dilumas dengan daun katang-katang. Sangat marah.
Dimakan kapang habis berlubang. (kapang = sejenis teritip.) Menderita penyakit kelamin.
Dimakan mati emak, diluahkan mati bapa. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Dimandikan dengan air segeluk. Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.
Diminta tebu diberi tembarau. (tembarau = gelagah, temerau.) Yang diberi berlainan daripada yang diminta.
Dinding teretas, tangga terpasang.
(retas = toreh dengan senjata tajam.)
Kejadian yang sudah cukup buktinya.
Dipandang dekat, dicapai tak boleh. Sesuatu yang kita inginkan tetapi tiada berdaya untuk mengambilnya.
Dipanggang tiada hangus. Selamat dalam menempuh berbagai-bagai percubaan.
Dipegang lengan sudah bak lengan, dipegang betis sudah bak betis. Orang yang menyangka dirinya telah cukup kuat (tentang wang atau akal) sehingga tidak perlu meminta bantuan daripada orang lain lagi; angkuh dan sombong.
Diperbesar isap (hisap), hitam bibir. Membelanjakan wang dengan boros dan akhirnya hidup melarat.
Diperluas parak, tidak disiangi. Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.
Dipujuk dia menangis, ditendang dia tertawa. Kelakuan yang tidak senonoh.
Dipukul lutut sakit, direngkuh siku ngilu. Keadaan yang serba salah.
Diraih siku ngilu, direngkuh lutut sakit. Keadaan yang serba salah.
Diratapi langau hijau. Anak dagang yang mati di rantau orang.
Direbus tak empuk. Sangat sukar dikalahkan.
Direndam tak basah. Sangat sukar dikalahkan.
Dirintang siamang berbuai. Asyikkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Disambut dengan penyapu tak bersimpai. Dihalau keluar dari sesuatu majlis keramaian kerana dibenci orang.
Disangka panas sampai ke petang, kiranya hujan tengah hari. Disangka akan baik atau mulia selama-lamanya, tetapi tiba-tiba ditimpa bahaya, sehingga jatuh melarat.
Disangka tiada akan mengaram, ombak yang kecil diabaikan. Mendapat bahaya kerana memandang ringan akan perkara (bahaya) yang kecil.
Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut. Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.
Disangkakan langit itu rendah: dipandang dekat, dicapai tak dapat. Sesuatu pekerjaan hendaklah dicuba membuatnya lebih dulu sebelum dikatakan mudah atau susah.
Disigai sampai ke langit. Diselidiki dan diperiksa dengan saksama sehingga bertemu.
Disisih bagai antah. Diasingkan daripada yang lain kerana tidak disukai; tidak boleh ikut campur kerana miskin.
Disuruh dituruti, berserah sekehendak hati. Harap-harap percaya tidak.
Disuruh pergi dipanggil datang, bekerja kerana perintah, berhenti kerana tegah. Patuh menurut perintah.
Ditakik bagai berendang, disepakkan bagai berayam. Pemberian gelaran yang tidak ada ertinya.
Ditakik getah di daun. Hidup melarat.
Ditambat tidak bertali. Hidup di luar nikah.
Ditanaknya semua berasnya. Semua kepandaiannya diperlihatkan sekali gus.
Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka. Gembira oleh kerana mendengar pujian.
Ditangkap buaya, nampak riaknya; ditangkap malas tak bertanda. Sifat malas seseorang tak dapat dilihat sebelum disuruh membuat sesuatu kerja.
Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang.
Ditatang di anak lidah. Sangat kasih akan anak isterinya.
Ditating bagai minyak penuh. Diperlakukan dengan sangat hati-hati.
Ditebuk (= dikerbuk) tikus (= tupai). Sudah hilang gadisnya.
Ditelan tak sengkang. Semuanya berjalan dengan lancar.
Ditembak dengan peluru petunang. Perundingan yang berhasil baik.
Ditempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit. Terlalu lemah.
Ditentang langit, langit; ditentang bumi, bumi. Tidak ada tempat bergantung, melarat sekali.
Ditetak belah dipalu belah, tembikar juga akan jadinya. Walau diseksa atau disakiti sekalipun, namun kesudahannya menjadi mayat juga.
Ditiarapkan tiada keluar, ditelentangkan tiada masuk. Menghadapi perkara yang sangat sulit.
Ditindih yang berat, dililit yang panjang. Kemalangan yang tak dapat dielakkan; tak dapat melepaskan diri daripada kekuasaan orang.
Dititik belah, dipalu belah (= datar). Sesuatu kerosakan yang tak dapat diperbaiki lagi.
Ditolak tak tumbang. Pendirian yang teguh; orang yang banyak harta.
Dituba sajakah ikan, dijala dijaring bukankah ikan? Tidak malu melakukan kejahatan.
Ditumbuk dikisar barulah lumat. Hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh hati untuk memperoleh sesuatu barang yang dikehendaki.
Diturutkan gatal tiba ke tulang. Jika diturut kehendak hawa nafsu, akhirnya jadi binasa.
Diuji sama merah, ditahil (= dikati) sama berat. Sudah sepadan benar.
Diuji timbang lebih sesaga. Perbezaan yang sangat kecil.
Dua badan senyawa. Sangat karib.
Dua ekor gajah berjuang, seekor kancil mati tersepit di tengah. Orang kecil yang mencampuri pergaduhan antara orang besar-besar akhirnya ia sendiri yang binasa.
Dua kali dua empat. Sama saja.
Duduk berkelompok, tegak berpusu. (berpusu = berduyun-duyun, berkumpul.) Mencari orang yang sama setaraf dalam sesuatu majlis.
Duduk berkisar, tegak berpaling. Memungkiri apa yang telah dikatakan dulu.
Duduk berkurung siang malam. Orang yang tak keluar-keluar dari rumahnya.
Duduk dalam duri yang banyak, bersandar di batang rengas. Hidup yang serba salah, kerana menghadapi bencana.
Duduk dengan cupak dan gantang. Ketua yang adil.
Duduk dengan sukatan. Orang yang kaya.
Duduk di ambung-ambung taji.
(ambung-ambung taji = tumbuh-tumbuhan berduri.)
Selalu dalam kekhuatiran.
Duduk di dalam tabir langit-langit, berbau tembelang.
(tabir langit-langit = tabir tenda; tembelang = telur busuk.)
[Perempuan]] berkurung di dalam rumah, tetapi kejahatannya telah tersiar ke mana-mana.
Duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. Selalu bekerja tidak berhenti-henti.
Duduk sama rendah, berdiri (= tegak) sama tinggi. Sama setaraf.
Duduk sehamparan, tegak sepematang. Dua orang yang sama darjatnya di dalam adat.
Duduk seorang bersempit-sempit, duduk banyak (= bersama) berlapang-lapang. Buah fikiran yang diperoleh di dalam sesuatu perundingan itu lebih baik daripada buah fikiran kita sendirian saja.
Duduk seperti kucing, melompat seperti harimau. Orang pendiam yang tangkas bekerja dan berfikir.
Dulu intan daripada jawi. Bekerja dengan tidak menurut peraturan.
Dulu besi, sekarang timah. Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
Dulu buah daripada bunga; dulu duduk daripada cangkung. Beranggapan sudah memiliki sesuatu barang yang belum tentu diperoleh.
Dulu intan, sekarang jadi batu buatan. Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
Dulu parang, sekarang besi. Sudah rosak, tidak dapat dipakai lagi.
Dulu permata intan, sekarang batu Belanda. Orang berpangkat yang telah diturunkan pangkatnya.
Dulu rampak rimbun daun, kini 'lah sangat merarasi.
(raras = gugur, luruh.)
Dulu kaya dan cantik, kini papa dan buruk.
Dulu sorak, kemudian tohok.
(tohok = campak buang yang diberi bertali.)
Menggembar-gemburkan sesuatu yang belum terjadi.
Dulu timah, sekarang besi. Orang kecil memperoleh pangkat tinggi.
Dulukan yang dulu merasa garam. Mengutamakan orang tua-tua di dalam sesuatu pekerjaan.
Dunia diadang, saku-saku dijahit. Mahu bersuka ria, tidak mahu merugi.
Duri di hutan siapa pertajam. Kekuasaan Tuhan tidak ada batasnya.
Durian dengan mentimun, menggolek rosak, kena golek binasa. Orang yang lemah itu tidak berdaya untuk melawan orang yang berkuasa, kerana baik, salah ataupun benar dia juga yang menanggung kerugian.
Durian seambung dengan timun. Jika orang yang kuat dan khianat berhimpun dengan orang lemah dan baik, nescaya binasalah yang lemah dan baik itu.

Berikut ialah senarai peribahasa yang bermula dengan huruf "E" hingga "J".

E

Peribahasa Maksud
Ekor anjing berapa pun dilurut (akan dia) tiada juga betul. Orang yang memang jahat itu tidak dapat diajar, sekali-sekala ia hendak berbuat jahat juga.
Elang terbang mengawan, agas hendak mengawan juga. Orang miskin yang hendak meniru-niru perbuatan orang-orang kaya.
Elok arak di hari panas. Orang yang bersukacita sebab maksudnya sampai.
Elok basa 'kan bekal hidup, elok budi bekal mati. (basa = tegur sapa.) Orang yang baik bahasanya jadi kesayangan orang selagi hidup, sesudah mati jadi kenang-kenangan.
Elok buruk dan busuk hanyir. Kesenangan dan kesusahan selalu beriringan.
Elok kata dalam muafakat, buruk kata di luar muafakat. Apa yang hendak dikerjakan baik dibicarakan dulu dengan kaum keluarga dan sebagainya supaya pekerjaan itu selamat.
Elok lenggang di tempat datar. Bersuka hati haruslah pada tempatnya atau pada waktunya yang patut.
Elok palut pengebat kurang. (palut = balut, bungkus; kebat = ikat.) Tampaknya bagus, tetapi sebenarnya masih belum baik.
Emas berpeti, kerbau berkandang. Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
Embacang buruk kulit. Kelihatannya tidak baik tetapi yang sebenarnya baik sekali.
Embun di hujung rumput. Tiada kekal.
Empang sampai ke seberang, dinding sampai ke langit. (empang = bendungan.) Perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi; aturan yang tak dapat diubah.
Empat gasal, lima genap; dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela. (gasal = ganjil.) Tutur kata orang yang bijaksana selalu tersembunyi maksudnya.
Empat sudah bersimpul satu. Kesempurnaan yang diperoleh daripada empat orang: orang yang berilmu, orang yang berakal, orang yang mahir dan orang yang rajin.
Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diulang-ulang. Nasihat yang baik perlu diulang-ulang menyebutnya.
Enau mencari (= memanjat) sigai. Perempuan mencari lelaki.
Enau sebatang dua sigainya. Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.
Enggan seribu daya, mahu sepatah kata. Kalau tak suka biasanya banyak alasannya.
Enggang apa kepada enggang; orang apa kepada orang. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya. (atal = buah kayu makanan Enggang.) Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman.
Enggang lalu ranting patah. Sebab yang secara kebetulan meninggalkan akibatnya.
Engkau belum mencapai pengayuh, aku telah sampai seberang. Tujuan telah lebih dulu diketahui hanya dengan melihat tingkah laku atau bicaranya saja.
Entak sedegam, langkah sepijak. Seia-sekata; semuafakat. (degam = bunyi gemuruh.)
Entimun bongkok. Tidak masuk hitungan dalam pergaulan.
Esa hilang, dua terbilang. Berusaha dengan keazaman yang bersungguh-sungguh dan tidak takut menanggung risikonya.

F

Peribahasa Maksud
Fikir itu Pelita hati. Fikiran suluh kebenaran.

G

Peribahasa Maksud
Gabak di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas. Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal. (gabak = redup.)
Gadai terdorong ke (pada) Cina. Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
Gadai terdorong ke pajak, sehari sebulan juga. Perbuatan yang terlanjur, sekalipun sedikit akibatnya sama juga dengan yang besar.
Gading pada gajah yang sudah keluar itu bolehkah dimasukkan pula? Raja-raja (orang besar-besar) yang telah turun derajatnya (darjatnya), tak mungkin mencapai kembali martabatnya itu; sesuatu yang sudah ditetapkan (undang-undang, keputusan dan sebagainya) tiadalah dapat diubah lagi.
Gagak bersuara murai. Rupanya hodoh tetapi suaranya merdu dan baik budi bahasanya.
Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
Gagak lalu punggur rebah. Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.
Gaharu dibakar kemenyan berbau. Memperlihatkan kelebihannya supaya dipercayai orang.
Gajah berak besar, kancil (= pelanduk) pun hendak berak besar, akhirnya mati kebebangan. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa. (kebebangan = tertahan; tidak dapat terus keluar; juga terbebang.)
Gajah bergajah-gajah, pelanduk mati tersepit. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah berhati, kuman pun berhati juga. Kaya dan miskin sama-sama berfikiran dan bernafsu.
Gajah berjuang sama gajah, pelanduk (= kancil) mati di tengah-tengah. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah dialahkan oleh pelanduk. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah dipandang seperti kuman. Terlalu marah.
Gajah ditelan ular lidi. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah empat kaki lagi tersaruk. Orang besar-besar itu ada waktunya akan kehilangan kebesarannya; nasib tidak dapat ditentukan.
Gajah harimau di hutan hendak diburu, pijat-pijat di bantal tak dapat dihapuskan. (tersaruk = tersandung.) Kejahatan orang besar dan orang yang lebih kuat daripada kita hendak dibasmi, kejahatan anak buah sendiri di rumah tiada dapat di atasi.
Gajah hendak berak besar, kita pun hendak berak besar juga. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
Gajah lalu dibeli, kusa tidak terbeli. (kusa = besi penghalau gajah.) Mengerjakan sesuatu yang besar, tetapi melupakan hal-hal yang kecil-kecil yang perlu untuk menyelesaikan yang besar itu.
Gajah lalu kumpai layu. (kumpai = sejenis rumput layu.) Hendak meniru-niru perbuatan orang besar (kaya), akhirnya diri sendiri binasa.
Gajah masuk kampung, kalau kayu (= pohon) tak tumbang, rumput layu juga. Orang yang berkuasa dapat berbuat sekehendak hatinya dalam lingkungan orang lemah (orang kecil).
Gajah mati dicatuk katak. Orang berkuasa dapat dialahkan oleh orang lemah; perempuan bangsawan yang diperisteri oleh orang kebanyakan.
Gajah mati kerana gadingnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Gajah mati, tulang setimbun. Orang kaya yang mati banyak meninggalkan hartanya.
Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu. (aris = getah kayu yang sudah beku.) Daripada mengharapkan sesuatu yang besar yang tak mungkin didapati, lebih baik terima saja yang sedikit yang sudah ada di dalam tangan.
Gajah pengangkut lada, kuda pelejang bukit. (lejang = melompat serta lari.) Anak muda yang menjadi pesuruh orang, kerana pujian-pujian.
Gajah rompong belalai. Raja yang tiada berkuasa.
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah. Kalau raja-raja berselisih, rakyat mendapat susah.
Gajah seekor gembala dua. Sesuatu pekerjaan dikepalai oleh dua orang; dua orang lelaki mencintai seorang perempuan.
Gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. Berbuat sesuatu yang kurang baik untuk kelebihannya.
Gajah terum di tengah rumah. Orang besar-besar bertamu ke rumah orang miskin, sehingga menyusahkan orang yang menerimanya itu. (terum = duduk, dikatakan hanya tentang gajah.)
Galas habis senggulung tandas, lamun dihitung rugi juga. Perniagaan yang tidak menguntungkan; pekerjaan yang sia-sia.
Galas terdorong kepada Cina. Telah terlanjur, tidak dapat dicabut atau ditarik kembali.
Gali lubang menutup lubang. Meminjam wang untuk membayar hutang.
Gamak-gamak seperti menyambal. Hanya dengan cuba-cuba atau kira-kira saja.
Ganti hidup berkeredaan, ganti mati berkebulatan. Mencari ganti seseorang ketua harus dengan muafakat. (reda = rela, senang hati.)
Gantung tak bertali, salai tak berapi. Isteri yang ditinggalkan suaminya tanpa diceraikan dan tanpa nafkah hidupnya.
Garam di laut, asam di gunung, bertemu dalam belanga juga. Perempuan dan lelaki, kalau sudah jodoh, bertemu juga akhirnya.
Garam dikulum tak hancur. Orang yang pandai menyimpan rahsia.
Garam jatuh di air. Nasihat yang diterima dengan baik.
Garam tumpah apakah (= pada) tempatnya? Orang yang hina yang meninggal tidak dihiraukan orang sangat.
Gar-gar, kata gelegar, rasuk juga yang menahannya. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Garuda diburu layang-layang yang dapat. Barang yang diperoleh tidak seimbang dengan yang diinginkan.
Gaya saja, rasanya wallah. Rupanya saja yang elok, tetapi budi pekertinya buruk.
Gayung bersambut, kata berjawab. Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat. (gayung = pukulan.)
Gayung tua, gayung memutus. Perkataan orang tua biasanya tepat.
Gedang gerundang di kubangan, gedang ikan raya di lautan. Tiap-tiap orang besar (mulia) di tempatnya masing-masing. (gerundang = berudu.)
Gedang kayu, gedang dahannya. Banyak penghasilan, banyak pula belanjanya.
Gedang sebagai dilambuk-lambuk, tinggi sebagai dijunjung. Memegahkan diri sendiri dengan kelebihan yang sebenarnya tidak ada.
Gelagah boreh rambutan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak.
(gelagah boreh = rambutan jantan.)
Orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan, tetapi perbuatannya itu sia-sia belaka.
Gelang di tangan orang yang hendak dirampas tidak dapat, cincin di jari sendiri terlucut hilang. Orang yang dengki dan tamak itu selalu mendapat kerugian.
Gelang tidak laga sebentuk, laga keduanya. Cinta kasih mestilah datang daripada kedua-dua belah pihak.
Geleng seperti si patung kenyang. Berjalan melonjak-lonjak kerana sombongnya.
Gemuk membuang lemak, cerdik membuang kawan. Sesudah kaya atau berpangkat tidak mahu menolong atau bergaul dengan keluarganya.
Geneng di tengah lebuh, tahan galah bersijingkat; geneng di tengah medan (gelanggang), tahan taruh di ayam kuyu.(geneng = gagah.) Menunjukkan gagah kepada orang terpaksalah mengeluarkan wang untuk menolong ataupun untuk perjamuan makan minum.
Genggam bara api biar sampai jadi arang. Membuat sesuatu pekerjaan yang susah, hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaannya.
Genggam-genggam bara, terasa hangat dilepaskan. Melakukan sesuatu pekerjaan dengan setengah-setengah hati, terasa sukar, lalu ditinggalkan.
Genta saja yang berbunyi, kuda sudah dek gerindin. gerindin = kena sejenis penyakit yang biasa menyerang kuda, badannya gementar macam kedinginan.) Orang yang masih bagus berpakaian dan gaya congkaknya, tetapi wangnya tiada lagi atau berpenyakitan. (dek
Genting menanti putus, biang menanti tembuk. Suami isteri yang hampir bercerai; perkara yang hampir putus.
Genting putus, biang tembuk. Perkara yang sudah putus dan tidak dapat diubah lagi, suami isteri yang sudah bercerai.
Geruh luka ajal mati. Untung baik luka saja; untung tak baik, mati.
Geruh menempuh dalam tubuh. Nasib buruk yang mempengaruhi diri. (geruh = sial, malang.)
Geruh tak berbunyi, malang tak berbau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Geruh tak mencium bau. Kemalangan terjadi tanpa diketahui.
Getah meleleh ke pangkal, daun melayang jauh. Anak sendiri lebih dikasihi daripada anak saudara.
Getah terbangkit (= diangkat) kuaran tiba. Perhitungan yang salah. (kuaran = burung kuak-kuak.)
Getikkan puru di bibir. (getik = menggetil.) Tak dapat membencikan anak isteri atau keluarga yang buruk kelakuannya.
Getu sementara lagi bintik. Sesuatu bahaya hendaklah dihindarkan selagi kecil agar jangan sampai menimbulkan malapetaka.
Gigi dengan lidah ada kalanya bergigit juga. Kerap kali juga timbul perselisihan antara suami isteri, sanak saudara dan sahabat handai.
Gigi tanggal, rawan murah. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
Gigi telah gugur, tebu pun menjadi. Keinginan datang sesudah tak ada kesempatan lagi.
Gila di abun-abun. (abun-abun = angan-angan.) Mengangan-angankan sesuatu yang mustahil.
Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor. Bersih dan cantik di luar, tetapi hatinya busuk. (gombak = rambut, jambul.)
Gulai sedap nasi mentah, nasi sedap gulai mentah. Perbuatan yang tidak sempurna.
Gulai terlampau serai maung rasanya. Perbuatan (perkataan) yang berlebih-lebihan akhirnya akan menjadi sia-sia.
Guna-guna alu, sesudah menumbuk dicampakkan. Digunakan sewaktu ada perlunya, setelah itu ditinggalkan.
Gundahkan buah dimakan burung. Bersusah hati terhadap wanita yang sudah menjadi isteri orang.
Gunung juga yang dilejang panas. Biasanya orang yang sudah kaya juga yang mendapat untung atau bertambah kekayaannya; orang yang telah biasa berbuat kejahatan, tentu dituduh bila terjadi kejahatan.
Gunung yang tinggi akan runtuh, jika setiap hari digali. Biar bagaimana sekalipun banyaknya harta, akan habis juga jika selalu diboroskan dan tiada ditambah-tambah.
Guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.

H

Peribahasa Maksud
Habis akal baru tawakal.
(tawakal = berserah diri kepada Tuhan.)
Berserah diri kepada Tuhan sesudah habis semua ikhtiar.
Habis beralur maka beralu-alu.
(beralur = berunding.)
Mula-mula berunding dengan baik, tetapi kalau tidak dapat juga mencapai persetujuan barulah kekuatan tenaga diadu.
Habis cupak dari pelelehan. Adat yang dilanggar sedikit demi sedikit itu akhirnya akan dilanggar semua sekali. (pelelehan (leleh) = tiris, bocor.)
Habis geli oleh geletek, habis rasa (= bisa) oleh biasa. Sesuatu yang kurang menyenangkan itu akan hilang, apabila telah menjadi kebiasaan.
Habis hulubalang bersiak.
(siak = orang yang hidup miskin kerana Allah.)
Apabila sudah tidak ada orang yang akan diperintah, maka diri sendirilah yang harus mengerjakannya.
Habis kapak berganti beliung. Sangat rajin bekerja.
Habis kuman disembelih hendak memberi makan gajah. Menyusahkan orang kecil kerana hendak menyenangkan orang besar-besar.
Habis manis sepah dibuang. Digunakan sewaktu ada perlunya saja, setelah itu ditinggalkan.
Habis miang kerana bergeser. Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan.
Habis minyak sepasu, ekor anjing diurut tiada akan lurus. Tabiat seseorang yang jahat, sangat sukar hendak diubah.
Habis tenggang dan (= dengan) kelakar. Tidak berdaya lagi.
Habis umpan kerong-kerong tak dapat.
(kerong-kerong = ikan laut "Terapon jarbua")
Perbuatan dan usaha yang mendatangkan rugi.
Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga. Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.
Hang tak kurang sanggul, aku tak kurang tengkolok. Hilang satu ada lagi ganti yang lain (tentang lelaki dan perempuan).
Hangat tiada berapi, sejuk tiada berair. Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu.
Hangat-hangat tahi (= cirit) ayam. Tidak bersungguh-sungguh.
Hanya air dingin yang dapat memadamkan api. Kata-kata yang lemah-lembut saja yang dapat mendinginkan hati yang sedang marah.
Hanyut dipintasi, lulus diselami, hilang dicari. Menolong seseorang yang ditimpa kesusahan.
Harap hati hendak peluk gunung, apa akal (= daya) tangan tak sampai. Kehendak hati terlalu besar sehingga tiada upaya untuk mencapainya.
Harap hendak melonjak, kopiah pesuk. Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
Harap hendak meraup, tidak boleh menggenggam.
(meraup = mencedok dengan tangan.)
Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah.
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap. Cakapnya saja yang besar tetapi buktinya tidak ada.
Harap lenggang serdadu, destar teleng, belanja kurang.
(lenggang serdadu = sikap yang gagah.)
Gaya saja yang gagah, tetapi tidak berwang.
Harapkan anak, buta mata sebelah; harapkan teman, buta keduanya. Dalam membuat sesuatu pekerjaan, janganlah diharapkan kepada orang lain; walaupun kepada anak sendiri.
Harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Harapkan guruh (= guntur) di langit, air tempayan ditumpahkan. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Harapkan kuning kuah kambeh, cangkuk terubuk ditinggalkan. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan. (kambeh = peria; cangkuk = pekasam.)
Harapkan si untung menggamit, kain di badan didedahkan. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Harapkan si untut menggamit, kain koyak diupahkan.
(untut = orang yang sembab kedua-dua kakinya kerana sakit.)
Percaya kepada orang yang sangat malas.
Hari baik (= pagi) dibuang-buang, hari buruk (= petang) dikejar-kejar. Masa yang baik dibiarkan lalu, kemudian tergopoh-gopoh mengejar waktu yang sudah sempit.
Hari guruh takkan hujan. Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
Hari ini patutlah redup (= panas keras). Mengharapkan sesuatu keuntungan; sangkaan yang tidak baik.
Hari ini sedang panas panjang, kacang telah lupakan kulitnya. Orang miskin jadi kaya, lupa akan dirinya.
Hari ini terlebih baik daripada besok. Yang dapat diusahakan hari ini janganlah ditangguhkan sampai besok.
Hari tak selamanya panas. Untung dan malang silih berganti.
Hari tidak siang saja. Tidak selamanya senang terus-menerus.
Harimau bertempek tak (kan) makan orang. Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
Harimau ditakuti sebab giginya. Orang besar-besar itu ditakuti kerana kekuasaannya.
Harimau hendak menghilangkan jejaknya. Orang jahat hendak menyembunyikan kejahatannya.
Harimau mati kerana belangnya. Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama. Orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat.
Harimau memperlihatkan kukunya. Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
Harimau mengaum takkan menangkap. Orang yang terlalu marah biasanya tidak sampai memukul.
Harimau menunjukkan belangnya. Orang yang memperlihatkan kekuasaannya.
Harimau menyorokkan kuku. Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
Harimau puntung kena penjara, pelanduk kecil menolakkan mara. Ada masanya kesusahan orang besar lagi berkuasa itu ditolong oleh orang yang lemah dan kecil.
Harimau tidak merendahkan dirinya untuk menangkap cicak sebagai mangsanya. Orang besar yang tidak mahu bertindak dengan tindakan-tindakan yang merendahkan tarafnya.
Harta orang hendak digalas. Orang yang mahu mengambil harta orang lain.
Harta orang hendak dikebas. Orang yang mahu mengambil harta orang lain.
Harta pulang ke tuan (= empunya). Sudah pada tempatnya.
Harum menghilangkan bau. Keburukan telah dilindungi oleh kebaikan.
Harum semerbak mengandung mala.
(mala = air bangkai yang telah busuk.)
Jasa yang dipuji-puji, tetapi jasa itu diperoleh dengan jalan yang curang.
Haruslah air disauk, dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa, jauh berjalan banyak dilihat. Orang yang merantau haruslah menurut adat kebiasaan tempat yang didiaminya.
Hati bagai baling-baling. Pendirian yang tidak tetap.
Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang. Orang yang tidak ada perasaan.
Hati bak serangkak dibungkus. Sangat berharap-harap akan mendapat sesuatu yang diingini.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman (= tuma) sama dicecah. Pembahagian yang sama rata; banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit.
Hati gatal mata digaruk. Ingin mengerjakan sesuatu tetapi tidak berdaya kerana kurang ilmu dan tidak cekap.
Hati hendak semua jadi. Jika ada kemahuan, semua dapat dikerjakan.
Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya. Orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.
Hati yang ringan meringankan beban yang berat. Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
Hati yang suka peringan beban. Semua pekerjaan yang dilakukan dengan kerelaan nescaya menjadi mudah.
Hawa pantang kerendahan, nafsu pantang kekurangan. Hawa nafsu tiada mahu kalah daripada orang lain.
Hemat pangkal kaya, sia-sia hutang tambah. Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.
Hempas tulang berisi perut. Rajin bekerja (berusaha) mudah mendapat rezeki.
Hempas tulang tak berbalas jasa. Berpenat telah tetapi tidak ada hasilnya.
Hendak air pancuran terbit. Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai. Hendak mengetahui sesuatu perkara bertanyalah kepada orang yang ahli dalam perkara itu.
Hendak bersunting bunga mala. Hendak beristeri perempuan tua.
Hendak bersunting bunga yang belum diseri kumbang. Hendak beristeri anak gadis.
Hendak bertanduk kepala dipahat. Kerana hendak menunjukkan kemegahan, rela berhutang atau berbuat sesuatu yang dapat mendatangkan bencana kepada diri sendiri.
Hendak dimasukkan ke dalam sumpit tak maut; ke dalam keranjang longgar. Sesuatu yang tidak sempurna menyebabkan keadaan menjadi sukar.
Hendak ditelan termengkelan, hendak diludah tiada keluar.
(termengkelan = tersangkut dalam kerongkongan.)
Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Hendak harum terlalu hangit. Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
Hendak hinggap tiada berkaki. Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
Hendak kaya berdikit-dikit, hendak tuah (= mulia) bertabur urai, hendak berani berlawan ramai. Hemat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah, banyak lawan mendatangkan berani.
Hendak kerja golok Keling, hendak makan parang punting. Malas bekerja tetapi banyak makan.
Hendak mara bedil bertinak, hendak undur gelar telah besar.
(bertinak = tak putus-putus datang, bertubi-tubi; mara = maju.)
Keadaan yang serba salah pada orang yang telah diberi pangkat; hendak memelihara tarafnya tiada cukup wangnya, hendak undur malu kerana pangkatnya sudah tinggi.
Hendak masak langsung hangus. Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
Hendak melangkah kaki pendek, hendak mencapai tangan tak sampai. Ingin membuat sesuatu pekerjaan tetapi tidak berdaya kerana kekurangan wang dan alat.
Hendak meluruskan ekor anjing. Sukar untuk mengubah kelakuan yang sudah menjadi tabiat.
Hendak memadam api tengah menyala, disiramkan minyak pula ke atasnya. Orang yang sedang marah malah diapi-apikan pula.
Hendak memikat balam, balam jugalah penunggunya. Hendak mencari orang pandai, maka orang yang pandai pulalah yang tahu mencarinya.
Hendak menangguk ikan, tertangguk akan batang. Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
Hendak mendapat pisang terkupas. Inginkan kesenangan tetapi malas berusaha.
Hendak menebang merebahkan, hendak mencencang memutuskan. Hendak berbuat sesuka hati saja, tanpa memikirkan sesuatu yang lain.
Hendak mengayuhkan perahu tertambat. Hendak kahwin dengan perempuan yang masih dalam edahnya.
Hendak mengepal pasir kering. Membuat pekerjaan yang sukar.
Hendak menggaruk tidak berkuku. Hendak berusaha tetapi alat syaratnya tiada ada.
Hendak panjang terlalu, patah. Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
Hendak pergi berotan jangan takut onaknya. Hendak membuat sesuatu pekerjaan yang besar, janganlah takut menghadapi percubaan.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Di mana ada kemahuan, tentu ada jalan.
Hendak singa di tengah padang lagi, daripada ular di dalam rumput. Lebih baik berdepan dengan musuh besar di tempat terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
Hendak sombong berbini banyak, hendak megah berlawan lebih. Kerana hendak memperlihatkan ketinggian diri, maka hidup dalam kesukaran.
Hendak terbang tiada bersayap. Ingin berbuat sesuatu tetapi tidak berdaya.
Hendak tinggi terlalu, jatuh. Kerana terlalu hendak meninggikan diri akhirnya mendapat malu.
Hendak ucok (= damai) dilawan damai, hendak perang giling peluru. Bersedia menghadapi segala kemungkinan. (ucok = berunding mencari jalan damai.)
Hendak ulam, pucuk menjulai. Yang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki.
Hendak untung menjadi buntung. Hendakkan laba, rugi yang diperoleh.
Hendak(nya) saja yang besar, masuknya tak (se)berapa. Banyak cakap, tetapi buktinya sedikit sekali.
Hendakkan halus, genting; genting putus sudahnya. Perbuatan yang melebihi batasnya tentu tidak selamat dan akhirnya akan mendatangkan kerugian.
Hendaklah seperti tembikar, pecah satu pecah semuanya. Hendaklah hidup dalam muafakat; senang sama-sama senang, susah sama-sama susah.
Hidung dicium, pipi digigit. Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.
Hidung sudah rampung diatur orang. Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang.
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Suka ikut campur dalam urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
Hidup di hujung gurun orang. Hidup melarat.
Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. Selama masih hidup, mestilah menurut aturan-aturan yang berlaku, sudah mati terserahlah kepada hukum Tuhan.
Hidup dua muara. Hidup dengan dua macam pencarian.
Hidup kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa (= berfaedah). Berbuat baiklah semasa masih hidup untuk diri sendiri dan untuk masyarakat.
Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing. Suami isteri yang berkasih-kasih; sahabat yang setia dan bertolong-tolongan.
Hidup segan mati tak mahu (= embuh). Hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit).
Hidup tidak kerana doa, mati tidak kerana sumpah. Berusahalah dengan tenaga dan fikiran sendiri, dan jangan mengharapkan sangat pertolongan orang lain.
Hilang adat tegal muafakat. Adat kebiasaan boleh diubah asalkan ada persetujuan orang banyak.
Hilang bahasa lenyap bangsa. Apabila sesuatu bahasa itu sudah tidak terpakai lagi maka lambat-laun hilanglah bangsa itu; hilang budi bahasa hilang derajat (darjat) diri.
Hilang bini boleh dicari, hilang budi badan celaka. Akal yang jahat dapat mendatangkan kecelakaan kepada diri.
Hilang di mata di hati jangan. Walaupun tempat tinggal berjauhan tetapi selalulah ingat di dalam hati.
Hilang dicari, terapung digenangi, terbenam diselami. Memeriksa dengan teliti; menolong seorang dalam kesusahan.
Hilang ikan dalam kerabu. (kerabu = sejenis makanan.) Kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya.
Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas. (rimbas = perkakas untuk penarah kayu.) Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
Hilang kabus, teduh hujan. Telah mendapat kesenangan sesudah menderita kesusahan.
Hilang kemarau setahun oleh hujan sehari. Kebaikan hilang kerana kejahatan sedikit.
Hilang kepala kura-kura ditelan oleh dadanya. Orang hina tetapi berilmu dan bijaksana tetap akan dihormati orang.
Hilang kilat dalam kilau. Kepandaian atau kebesaran sudah tak kelihatan lagi apabila bercampur dengan orang pandai-pandai atau orang besar-besar.
Hilang pelanduk berganti kijang emas. Perempuan yang bercerai daripada suaminya yang hina kemudian kahwin dengan seorang lelaki yang mulia.
Hilang penjahit berkerbau-kerbau. Lebih banyak ongkos perkara daripada harga barang-barang yang diperkarakan.
Hilang rona kerana penyakit, hilang bangsa tidak berwang. Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
Hilang sepuh nampak senam. (sepuh = sadur; senam = warna yang asal.) Tampak kejahatannya, sesudah terbuka rahsianya.
Hilang tak tentu rimbanya. Hilang tidak berbekas.
Hilang tapak tukul, timbul tapak canai. (tukul = pemukul kecil; canai = asah.) Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya.
Hilang tentu rimbanya, mati tentu kuburnya. Sesuatu hal atau perkara yang sudah tentu kesudahannya.
Hilang tukul hilanglah pahat. Tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan kalau tidak berteman.
Hilir malam mudik tak singgah, daun nipah dikatakan daun labu. Malas berusaha tentulah susah; segan bertanya sesat jalan.
Hinggap bak langau, titik bak hujan. Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
Hinggap mencengkam (dahan), terbang menumpu (dahan). Jika merantau hendaklah mencari keluarga atau kawan kenalan tempat menumpangkan diri.
Hinggap saja bagai langau. Hal yang terjadi dengan tiba-tiba (kemalangan dan sebagainya).
Hinggap seperti benalu. (benalu = pasilan.) Menumpang, kemudian merosakkan tempat tumpangannya itu.
Hitam bagai buntut (= pantat) belanga. Perihal keburukan sifat seseorang.
Hitam dikatakan putih, putih dikatakan hitam. Yang buruk dikatakan baik, yang baik dikatakan buruk; berdusta.
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya. Orang yang berbuat jahat dengan kehendaknya sendiri.
Hitam mata itu takkan boleh bercerai dengan putihnya. Orang yang sedang berkasih-kasihan tak dapat dipisahkan satu sama lain.
Hitam tahan tempa, putih tahan sesah. Dapat diuji, tentang keasliannya; tetap tidak berubah.
Hitam-hitam bendi, putih-putih sadah. (bendi = kereta kuda; sadah = kapur.) Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai.(udang kepai = udang kecil untuk dibuat belacan.) Yang hina tetap hina walaupun elok rupanya, yang mulia itu tetap mulia walaupun hodoh rupanya.
Hitam-hitam gula Jawa. Biarpun hitam tetapi manis.
Hitam-hitam kereta api, putih-putih kapur sirih. Yang buruk lebih mahal harganya daripada yang cantik.
Hitam-hitam tahi minyak dimakan juga, putih-putih hampas kelapa dibuang. Barang yang buruk tetapi berguna, disimpan; barang yang cantik tetapi tidak berguna, dibuang.
Hujan berbalik ke langit. Orang berkuasa minta pertolongan kepada orang yang lemah.
Hujan berpohon, panas berasal. Segala sesuatu tentu ada sebab-musababnya.
Hujan emas di negeri orang, hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
Hujan emas perak di negeri orang; hujan keris lembing di negeri kita; baik juga di negeri kita. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
Hujan jatuh ke pasir. Berbuat baik tidak pada tempatnya.
hujan keris lembing di negeri kita, hujan emas perak di negeri orang; baik juga di negeri kita. Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.
Hujan menimpa bumi. Tiada dapat melepaskan diri daripada perintah orang-orang yang berkuasa.
Hujan panas permainan hari, senang susah permainan hidup. Dalam hidup manusia ada kalanya senang dan ada kalanya susah.
hujan tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat. Keuntungan dan bahagia tidak datang sekali gus. (simpai = gelang-gelang daripada rotan.)
Hujan, tempat berteduh; panas, tempat berlindung. Orang yang selalu memberi pertolongan kepada orang-orang yang mendapat kesusahan.
Hujung lurus, pangkal berkait. Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat.
Hukum berdiri dengan sakti, adat berdiri dengan tanda. Undang-undang agama kuat dengan keterangan-keterangan lisan, undang-undang adat kuat dengan tanda-tanda bukti.
Hukum yang rata, adat yang datar. Sesuatu yang sama baiknya.
Hulu malang pangkal celaka. Permulaan segala bencana.
Hulu mujur pandai bertengkar, hulu baik pandai memakai. (hulu mujur = pangkat untung.) Orang yang pandai hidup dan pandai membawa diri dalam pergaulan, selalu selamat dan disukai orang.
Hutan jauh diulangi, hutan dekat dikendana. (kendana = dijaga, diamat-amati.) Harta-benda (kaum keluarga) baik jauh ataupun dekat, hendaklah selalu dijaga.
Hutang (= pinjam) kayu ara. Hutang yang tak mungkin terbayar.
Hutang biduk belum langsai, Hutang pengayuh datang pula. Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
Hutang emas dapat (= boleh) dibayar, Hutang budi dibawa mati. Budi baik orang haruslah diingat selama-lamanya, kerana budi bahasa tak dapat dibayar dengan wang.
Hutang samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula.(kajang =benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang, dll) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
Hutang sebelit (selilit) pinggang. Sangat banyak hutangnya.
Hutang tembilang belum langsai, Hutang tajak bila pula. Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi.
Hutang tiap helai bulu. Sangat banyak hutangnya.

I

Peribahasa Maksud
Iba akan kacang sebuah, tak jadi memengat. Kerana sayang akan perkara yang sedikit, tak tercapai apa yang dimaksudkan.
Ibarat ayam: tiada mengais tiada makan. Sangat miskin.
Ibarat beban sudah ke tepi. Suatu pekerjaan yang sudah hampir selesai, atau rundingan yang hampir mencapai kata sepakat. (ke tepi = maksudnya: sudah di pintu, akan dibawa turun.)
Ibarat beban, belum lepas daripada bahu Belum lepas daripada tanggungan (anak lelaki atau anak perempuan).
Ibarat bunga: sedap dipakai layu dibuang. Perempuan yang dikasihi sementara muda, tetapi setelah tua lalu diceraikan. (sedap = maksudnya: segar.)
Ibarat burung: mata lepas badan terkurung. Tidak ada kemerdekaan.
Ibarat burung: mulut manis jangan dipakai. Perkataan manis selalu berisi semu di dalamnya. (semu = tipu, khianat.)
Ibarat dawat (dakwat) dengan kertas: bila boleh renggang terlepas. Suami isteri yang berkasih-kasihan.
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.
Ibarat kutu, boleh diselisik. (selisik = diraba-raba dengan jari di dalam rambut.) Kesalahan atau keburukan tidak dapat disembunyikan.
Ibarat negeri berubah rasam; ibarat tahun berubah musim. Orang yang tidak tetap kedudukannya. (rasam = adat, kebiasaan.)
Ibarat pasir: sekali air dalam sekali berubah. Rakyat jelata terpaksa menurut perubahan pada tiap-tiap kali pemerintahan bertukar.
Ibarat perahu takkan karam sebelah. Kaum keluarga ikut bersimpati atas kecelakaan yang menimpa kerabatnya.
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali. Orang melarat mendapat pertolongan.
Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.(sebelembang = seberkas.) Pencarian yang tiada memadai.
Ikan biar dapat, serampang jangan pukah. Maksud biar tercapai, kerugian jangan ada. (serampang = tempuling; pukah = bengkok, patah.)
Ikan dalam keroncong.(keroncong = bilik-bilik bubu sebelah dalam.) Tiada tertolong lagi (Tentang: Orang yang telah tertangkap).
Ikan di hulu tuba di hilir. Perbuatan yang sia-sia.
Ikan di kuali, habis melompat. Nasib yang malang.
Ikan digulai sudah melompat. Nasib yang malang.
Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan. Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (sengkalan = pengisar rempah-rempah.)
Ikan pulang ke lubuk. Telah kembali ke tempat asalnya.
Ikan seekor rosakkan ikan setajau.(tajau = tempayan besar dibuat daripada tanah berlapis sejenis porcelain.) Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
Ikan sekambu rosak oleh ikan seekor. Kerana yang sedikit rosak yang banyak.
Ikan tergantung, kucing tunggu. Mengharapkan untuk memperoleh barang yang diingini.
Ikan terkilat (= terkilap) jala tiba. Sangat cepat menangkap maksud perkataan orang: tindakan yang cepat.
Ikan yang di dalam lautan yang besar-besar sekalipun, termasuk juga ke dalam pukat. Sepandai-pandai orang, ada kalanya salah juga.
Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh. Perbuatan (= tindakan) yang tidak bijaksana.
Ikat boleh diubah, takuk bagaimana mengubahnya? (takuk = luka pada pohon, misalnya pada pohon kelapa tempat berpijak naik ke atas.) Perangai yang sudah jadi tabiat sukar sekali mengubahnya.
Ikhtiar menjalani, untung menyudahi. Untuk mencapai sesuatu maksud mestilah berusaha, berhasil atau tidaknya, terserah kepada nasib.
Ikut hakim memiat daging: sakit di awak sakitlah orang.(memiat (piat) = memiuh ke kiri ke kanan.) Sesuatu perintah hendaklah dilakukan dengan adil.
Ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta. Orang yang mengikutkan hawa nafsunya, tentu akan celaka akhirnya.
Ilmu padi, makin berisi makin runduk. Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat makin merendah diri.
Inai tertepung, kuku tanggal. Usaha yang tak dapat diambil hasilnya kerana terjadi kemalangan. (tertepung = sudah digiling.)
Indah khabar daripada rupa. Perkhabaran selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok, duri yang akan mengait. Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
Ingat sebelum kena, jimat (= hemat) sebelum habis. Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.
Ingat-ingat yang di atas, yang di bawah akan menimpa. Orang yang sedang berkuasa hendaklah berhati-hati menjalankan kewajipannya, jangan sampai menyusahkan orang-orang kecil, yang sewaktu-waktu mungkin akan menentang kerana kelakuannya yang tidak baik itu.
Ingin di buah manggis hutan, masak ranum tergantung tinggi. Inginkan sesuatu yang sudah diperoleh.
Ingin hati memandang (= melihat) pulau, sampan ada pengayuh tidak. Ingin hendak berbuat sesuatu pekerjaan, tetapi alatnya tidak cukup.
Ini hari orang, besok hari kita. Malang dan malapetaka itu tak dapat ditentukan (nasihat supaya beringat-ingat)
Intan berlian jangan dipijakkan. Untung bahagia jangan dielakkan.
Intan dikalungkan di leher anjing. Memberikan sesuatu (barang, nasihat) kepada orang yang tidak mahu atau bukan pada tempatnya.
Intan disangkakan batu kelikir. Tidak mengetahui harga (keadaan) yang sebenarnya.
Intan itu jika terbenam di pelimbahan sekalipun, tiada akan hilang cahayanya. Kebenaran akan ternyata juga, walaupun disembunyikan; orang yang baik akan ketahuan juga walaupun hidupnya melarat.
Intan salah serudinya. (serudi = canai.) Biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya.
Isi dada bekal berjalan. Kalau ada ilmu ke mana pergi mudah rezeki.
Isi lemak dapat ke orang, tulang bulu pulang ke kita. Kita yang berusaha, orang lain yang senang.
Itik berenang dalam air (= di laut) mati kehausan. Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
Itik bertaji. Sangat penakut, tetapi sombong.
Itik diajar berenang. Membuat pekerjaan yang sia-sia.
Itik dimandikan takkan basah. Orang yang degil tidak akan mendengar nasihat atau ajaran.
Itik mendapat air. Memperoleh sesuatu yang sangat digemarinya.
Itik tak sudu, ayam tak patuk. Tersisih daripada pergaulan kerana kemiskinan.

J

Peribahasa Maksud
Jadi air mandi. Sudah jadi kebiasaan.
Jadi alas cakap. Hadiah kepada orang yang berjasa.
Jadi bapa kuda. Orang lelaki yang suka kahwin di sana sini dan bersenang-senang di rumah isterinya, tanpa membuat sesuatu pekerjaan.
Jadi bumi langit. Orang yang sangat diharapkan pertolongannya dan segala nasihatnya dituruti.
Jadi dinding lasak peti manian. Orang yang menjadi harapan raja atau orang besar-besar. (lasak = masuk, muat, isi; peti manian = tempat simpanan pakaian dan barang-barang yang berharga.)
Jadi kuda beban. Orang suruhan.
Jadi penghubung hujung lidah (= mulut). Orang yang menyampaikan pesan seseorang dalam suatu perundingan atau peralatan.
Jadi penghubung kaki tangan. Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
Jadi penghubung mata telinga. Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.
Jadi teluk ulakan air. Perundingan atau perdebatan yang berputar-putar di situ-situ saja.
Jahit sudah, kelindan putus. (kelindan = benang pada jarum.) Habis (= selesai) sama sekali.
Jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak. Hendaklah selalu bersopan santun (bila merantau ke negeri orang).
Jalan diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas. (diasak = dipindahkan; orang lalu = peladang; pepat = rata, dipangkas.) Adat istiadat dalam suatu negeri telah diubah oleh orang asing yang tinggal di dalam negeri itu.
Jalan mati lagi dicuba, inikan pula jalan binasa. Orang yang berani dan tidak memilih perbuatannya. (titian = jambatan kecil.)
Jalan raya titian batu. Adat (= aturan) yang belum berubah-ubah.
Jambatan emas. Jalan mencapai bahagia.
Janda belum berlaki. Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.
Janda berhias. Janda yang belum beranak.
Jangan bagai babi merasa gulai. Orang yang hina tidak patut berjodoh dengan orang bangsawan.
Jangan bagai orang berjudi: menang mua, alah hendak berbela. Membuat pekerjaan yang sudah ada celanya, nescaya merugikan semata-mata. (mua = melampau.)
Jangan bagai orang patah selera, banyak makan.(patah selera = tak bernafsu makan.) Pura-pura tidak mahu, tetapi dalam hati suka sekali.
Jangan bawa resmi jagung: makin berisi makin jegang (= tegak). Makin kaya (berilmu) makin sombong.
Jangan bercermin di air keruh. Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.
Jangan berebutkan tembikar pecah. Janganlah berkelahi kerana memperebutkan sesuatu yang tidak ada gunanya.
Jangan berkemudi di haluan. Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.
Jangan bersandar di batang rengas. Tidak usah mencari perlindungan pada orang besar yang jahat.
Jangan bersandar di punggur. Tidak ada faedahnya mencari perlindungan pada orang yang sudah tidak ada lagi kekuasaannya.
Jangan bijak terpijak, biarlah bodoh bersuluh. Orang yang menyangka dirinya bijak selalu mendapat kehinaan; tetapi orang bodoh yang suka bertanya selalu beroleh kejayaan.
Jangan buat kerbau tanduk panjang. Jangan ikut campur dalam urusan orang lain.
Jangan diajar anak harimau makan daging. Jangan digembirakan anak orang yang berkuasa berbuat zalim.
Jangan diajar orang tua makan dadih. Tidak usah diajar orang yang sudah tahu. (dadih = air susu kerbau yang dikentalkan.)
Jangan diajar orang tua makan kerak. Tidak usah diajar orang yang sudah tahu.
Jangan dicatuk dengan yang tajam, dicencang dengan yang majal. Menasihati seseorang hendaklah dengan sabar dan berulang-ulang.
Jangan difikirkan air pasang saja. Janganlah mengharapkan nasib yang baik sentiasa.
Jangan difikirkan bengkok tebu itu bengkok pula manisnya. Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
Jangan difikirkan kalau tebu itu bengkok, manisnya itu pun bengkok juga. Nasihat yang baik tidak memandang orang yang mengatakannya.
Jangan diperlelarkan timba ke perigi, kalau tak putus genting. Perbuatan yang jahat jangan dibiasakan.
Jangan disangkakan ikan lais-lais tiada menyengat. Jangan dipermudah-mudahkan orang yang lemah, terkadang-kadang ia dapat menyusahkan orang kuat. (ikan lais-lais = sejenis ikan kecil.)
Jangan ditentang matahari condong, takut terturut jalan tak berintis. Hendaklah selalu ingat dan hati-hati, jangan terpedaya dengan sesuatu yang elok; jangan dicari kemarahan orang yang berkuasa.
Jangan kamu sangka: kapal api besi itu pun masuk guri juga. (guri = sejenis buyung.) Jangan disangka sesuatu yang kuat dan teguh akan kekal terus tidak binasa.
Jangan meludah ke langit. Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.
Jangan memanah ke langit. Jangan menderhaka kepada negeri atau pemerintah kerana yang serupa itu akan membinasakan diri sendiri.
Jangan memangku ayam jantan, baik memangku ayam betina. Rezeki yang halal itu lebih baik daripada rezeki yang haram.
Jangan memberi bunga kepada monyet. Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.
Jangan membuat baik, memberi itik bertaji; membuat jahat, sampai ayam dikerat susuhnya. Memberi sesuatu yang baik hendaklah pada tempatnya.

Jangan memijak benang arang orang.Jangan mencabul kehormatan rumah tangga orang.

Jangan menggegai sempada di bawah batang. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan menggerak ular tidur. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang. Jangan menyerahkan kuasa kepada orang, nescaya kita dibinasakannya.
Jangan menjadi seperti kacang lupakan kulit atau ulat lupakan daun.(menggegai = mengusik; sempada = ketam.) Jangan kita lupa akan asal keturunan kita atau akan orang yang telah berbudi kepada kita.
Jangan menumbuk di periuk, bertanak di lesung. Jangan berbuat sesuatu pekerjaan yang menyalahi kebiasaan.
Jangan menyuruh kapak menyelam beliung. Jangan memberi kepercayaan kepada orang yang tidak setia.
Jangan merempuh sarang lebah. Bahaya jangan dicari-cari.
Jangan puntung berasap jua. Perselisihan (perkara) yang sudah selesai itu jangan diungkit-ungkit lagi.
Jangan sampai sesat barat: sepuluh kali diukur, sekali dikerat. Sesuatu pekerjaan (perkara) hendaklah diperiksa dulu buruk baiknya sebelum dikerjakan.
Jangan sangat pemilih, takut terkena buku buluh (kelak). Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.
Jangan seperti si buta mematah tongkat. Jangan bermusuh dengan orang yang menolong kita.
Jangan sudah terperosok, baru hendak membaiki lantai. Sesudah mendapat kecelakaan baru hendak beringat-ingat.
Jangan tercirit di periuk. Jangan berbuat angkara pada tempat kita menumpang; jangan berbuat jahat kepada orang yang telah menolong kita.
Jangat liat kurang panggang. Tidak dapat diajar; degil. (jangat = kulit binatang atau manusia di sini dimaksudkan kepada kulit kerbau atau lembu.)
Janji sampai, sukatan penuh. Sudah sampai ajal.
Janjian antah tidak ceruh. Nasib yang malang.
Jaras dikatakan raga jarang. (jaras = raga yang jarang anyamannya.) Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
Jaras katanya raga jarang. Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih.
Jari kudung dimasukkan cincin. Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.
Jaring berbangkit kuaran tiba. Perhitungan yang salah.
Jarum halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.
Jatuh berjolok. Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh berkait. Memperoleh sesuatu kerana diminta.
Jatuh di atas tilam. Beruntung kerana mendapat pangkat, isteri yang kaya dan sebagainya.
Jatuh dihimpit tangga. Mendapat kesusahan silih berganti.
Jatuh tidak berkait (= berjolok). Membuat sesuatu tanpa diminta.
Jauh bau bunga, dekat bau tahi (= kencing). Sanak saudara, bila jauh selalu terkenang tetapi bila dekat selalu bertengkar.
Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa. Banyak pengalaman.
Jauh boleh ditunjukkan, dekat boleh dikakukkan. Kebenaran sesuatu perkataan yang diucapkan boleh diuji, kerana ada tanda dan buktinya. (dikakuk = dipegang.)
Jauh dari mata jauhlah dari hati. Hilang kasih sesudah berjauhan tempat.
Jauh di mata, dekat di hati. Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tidak lupa pada yang ditinggalkan.
Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor. Bercakap besar di belakang-belakang saja.
Jauh panggang dari api. Jawapan atau sindiran yang tidak tepat.
Jauhari juga yang mengenal manikam. Orang yang bijaksana juga yang mengetahui keelokan ilmu.
Jejak dapat dihilangkan, belang bagaimana hendak dihilangkan? Kesan perbuatan jahat dapat dihilangkan, tetapi tabiat tak dapat dihilangkan dengan mudah.
Jejak selut kaki terbenam.(selut = lumpur.) Berbuat sesuatu barang yang tidak diketahui, akhirnya akan mengecewakan.
Jejaknya keruh. Asal usulnya sejak mula sudah kurang baik.
Jelatang di hulu air. Perkara yang selalu menyusahkan.
Jemur terkekar ayam tiba.
(terkekar = terkembang.)
Baru saja dagangan dibuka, telah banyak orang datang membeli.
Jenguk pandang tindai-tindai; usul-usul, asal-asal, jangan ditinggalkan. Sebelum melakukan sesuatu pekerjaan lebih baik diperiksa dan diselidiki dulu, supaya selamat dan sempurna pekerjaan itu. (tindai-tindai = lihat dengan perhatian yang saksama kalau-kalau ada yang salah.)
Jerat halus kelindan sutera. Tipu muslihat yang sangat halus.
Jerat semata bunda kandung. Anak seorang yang sangat disayangi dan dimanjakan.
Jerat serupa jerami. Tipu daya yang tersembunyi di dalam kesukaan.
Jerat tiada lupa akan balam, tetapi balam lupa akan jerat. (balam = burung tekukur.) Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam.
Jerih menentang boleh, rugi menentang laba. Suka menolong kerana ingin mendapat pertolongan pula; berani bersusah payah tentu akan mendapat keuntungan.
Jika ada padi berhampalah; jika ada hati berasalah. Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Jika ada padi, tentu ada hampanya; jika ada hati tentu terasa. Siapa merasa tersindir, dialah yang berbuat sebagai yang disindirkan itu.
Jika baik ada cacatnya. Tidak ada yang sempurna benar.
Jika berjumbai tempat bergantung. Tanda yang dapat dijadikan punca penyelidikan.
Jika berpuluh-puluh kali batang beralih(= bertindih), Cacing di bawah juga. Walaupun orang besar-besar silih berganti datang dan perginya, namun rakyat tetap seperti itu juga.
Jika bunga tak hendak dipersunting, boleh dibuat peraksi kain. (raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.) Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah
Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah. Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.
Jika diturut hati yang geram, hilang takut timbul berani. Sebacul-bacul orang apabila telah marah akan menjadi berani.
Jika hati tak suka, madu diminum serasa cuka. Menunjukkan kebencian.
Jika hendak bertanam sayur buangkanlah rumput. Jika hendak hidup rukun, berilah layanan yang baik kepada anak isteri sendiri.
Jika kepalanya ular, takkan ekornya belut. Yang jahat itu tetap jahat.
Jika kerbau dipegang orang talinya, jika manusia dipegang mulutnya. Janji mesti ditepati.
Jika memelihara ayam, musang jangan dijinakkan; setidak-tidaknya bertempiaran kelak. Jika ada anak isteri terutama sekali anak gadis, janganlah dibiarkan orang lelaki yang jahat datang bertamu ke rumah.
Jika menebang menuju pangkal, jika melanting menuju tangkai. Berbuat sesuatu pekerjaan hendaklah dengan maksud dan tujuannya.
Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya. Sesuatu pekerjaan yang sudah dimulai janganlah dibiarkan terbengkalai.
Jika salah sebatang dicabut, salah serumpun dibongkar, salah separuh dirambah. . (rambah = membabat, menebangi.) Hukuman haruslah dijatuhkan menurut besar kecil kesalahan yang dilakukan
Jika sengaja hendak bercekak pinggang, tinggallah rebana beralih ke gelanggang; tak tahu pipit tak tahu enggang, yang rapat kelak menjadi renggang. Kalau sengaja mencari perselisihan maka hancurlah kerukunan hidup yang aman dan damai.
Jika tak kena-kena membangkit balak terendam di lumpur, makin dalam ia terbenam. Jika tak pandai menyuruh orang malas bekerja, maka makin rosaklah pekerjaan itu.
Jika tak lalu dandang di air, di gurun dirangkakkan (= ditanjakkan). (dandang = sejenis perahu; tanjakan = pendakian.) Untuk menyampaikan maksudnya, maka segala daya upaya akan dilakukan.
Jika terjamah benda bertuan, alamat nyawa akan melayang. Orang yang mengganggu rumah tangga orang lain tak dapat tiada akan menerima akibatnya.
Jika tiada tersapu arang di muka, baiklah mati daripada hidup. Lebih baik mati daripada hidup menanggung malu.
Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu. Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir. Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.
Jikalau beranak ikut kata bidan. Turutlah nasihat orang yang lebih ahli daripada kita.
Jikalau di hulu airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga. Jikalau dari mula sudah kusut maka sukarlah untuk menyelesaikan; kalau sudah biasa jahat maka jahat juga kesudahannya.
Jikalau intan itu biar keluar dari mulut anjing sekalipun, bernama intan juga. Perkataan yang baik biarpun keluar dari mulut siapa juga, tetap baik.
Jikalau kasihkan padi, buanglah rumput. Jika kasih akan anak isteri, berhentilah daripada mengasihi orang lain.
Jikalau kerana sebuah dusun maka binasa negeri, haruslah dusun itu dibuangkan. Jikalau kerana seorang maka kerukunan hidup terganggu maka singkirkanlah orang itu.
Jikalau kita duduk di atas ciau emas sekalipun, namun hati tiada senang juga. Jika hati tiada suka, walau bagaimanapun senangnya, masih berdukacita juga. (ciau atau ciu = tilam tempat duduk.)
Jikalau menampi jangan tumpah padinya. Memilih sesuatu benda hendaklah berhati-hati jangan sampai terbuang benda yang berguna.
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui.
Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang. Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang.
Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada, ada mengada), masakan tempua bersarang rendah. Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.
Jikalau ular menyusur akar, tiada hilang bisanya. Orang besar yang merendahkan diri tidak akan jatuh martabatnya.
Jirus bagai bulan akan habis. Modal yang makin lama makin susut. (jirus = tirus.)
Jiwa bergantung di hujung rambut. Senantiasa dalam kecemasan kerana nasibnya yang tidak tentu.
Juadah sudah dijilat cicak. Perempuan yang sudah melakukan kejahatan dalam diam-diam.
Jual sutera beli mastuli. Dapat ganti yang lebih berharga lagi. (mastuli = kain tebal yang amat mahal harganya.)
Jung pecah, yu yang kenyang. Jika ada kerusuhan tentu ada orang yang mendapat keuntungan daripada kerusuhan itu; kerugian bagi seseorang, keuntungan bagi yang lain.

K

Peribahasa Maksud
Kaduk kena baja. Orang yang tidak berguna, tetapi amat lama hidupnya.
Kaduk naik junjung. Orang hina merasa dirinya mulia.
Kain basah kering di pinggang. Sangat miskin.
Kain dalam acar dikutip dicuci, hendak masuk ke longkang juga.
(acar = tempat membuang kotoran; longkang = limbahan; selokan.)
Orang yang bertabiat jahat walaupun diperbaiki, sekali-sekala akan berbuat jahat juga.
Kain dalam lipatan. Perempuan yang melakukan kejahatan di dalam diam-diam.
Kain dibakar tiada berbau. Kemiskinan yang amat sangat.
Kain ditangkap maka duduk. Kemiskinan yang amat sangat.
Kain jadi basahan. Jatuh melarat.
Kain kasah di atas duri.
(kasah (kasa) = kain putih yang halus.)
Dalam sikratulmaut.
Kain lama dicampak buang, kain baru pula dicari. Menceraikan isteri kerana sudah jemu, kemudian beristeri lain pula; buang kawan lama cari kawan baru.
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. Serba tak cukup (miskin).
Kain pendinding miang, wang pendinding malu. Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.
Kain rabak tegal dek lenggang awak, baju rabik tegal dek lenggok awak, kopiah pesuk tegal dek lonjak awak.
(rabak = koyak panjang atau lebar; rabik = sobek di tepi, cabik-cabik; pesuk = lekuk.)
Orang yang suka bermegah-megah akhirnya mencelakakan dan merugikan diri sendiri.
Kain sehelai berganti-ganti. Suami isteri yang miskin.
Kain sehelai peminggang habis.
(peminggang = lambung perahu.)
Mengalami kerugian atau kecurian.
Kain sehelai sepinggang habis. Mengalami kerugian atau kecurian.
Kain tak bertepi. Kemiskinan yang amat sangat.
Kain tersangkut kain tinggal. Tergesa-gesa melarikan diri.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
Kaki naik, kepala turun. Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
Kaki pekuk lenggang ke perut.
(pekuk = bengkok.)
Orang yang buruk dan bodoh.
Kaki sudah terlangkahkan, tangan sudah terjembakan. Telah terlanjur.
Kaki terdorong badan merasa; lidah terdorong emas padahnya. Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.
Kaki tertarung inai padahannya, mulut terdorong emas padahannya. Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.
Kaki untut dipakaikan gelang. Maksudnya hendak memperelok, tetapi semakin buruk jadinya.
Kalah jadi abu, menang jadi arang. Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.
Kalau ada asap, tentu ada api. Tiap-tiap sesuatu ada asal mulanya.
Kalau ada beremas, hidup; tiada beremas, mati. Akan senanglah hidup seseorang kalau ada pencariannya yang tetap.
Kalau alang-kepalang biarlah jangan. Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah sampai selesai.
Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga. Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi.
benih yang baik jikalau jatuh ke laut menjadi pulau. Yang baik itu biar di mana pun tempatnya akan tetap baik juga.
Kalau baik buat tauladan (teladan), kalau tak baik buat sempadan. Ambillah yang baik dan buangkan yang jahat.
Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah. Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.
Kalau bangkai galikan kuburnya, kalau hidup sediakan buaiannya. Pertimbangan tentang buruk baiknya sesuatu itu hendaklah diperbuat sesudah kejadiannya berlaku.
Kalau bersahabat cari sama babat.
(babat = pasang, suku, golongan.)
Pilihlah kawan daripada golongan sendiri.
Kalau bertangkai boleh dijinjingkan. Bukti yang dapat dipakai sebagai punca sesuatu penyelidikan.
Kalau bertunas diganggut kambing.
(ganggut = ragut, renggut.)
Nasib yang malang.
Kalau boros lekas kerugian. Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.
Kalau bukan rezeki, di mulut lari ke luar. Rezeki (harta) yang belum dapat ditentukan.
Kalau bunga bukan (= tidak) sekuntum. Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
Kalau di bawah melompat, kalau di atas menyusup. Pandai menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
Kalau dibalun sebalun kuku, kalau digumpal segumpal tanah. Alam rohani yang tak terbatas.
Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi. Biasanya sesuatu pertolongan kepada seseorang itu jarang akan dibalas dengan kejahatan.
Kalau digali tanah berbingkah, tanah berderai yang akan bertemu. Sesuatu perselisihan dalam kalangan keluarga, usahlah dicari siapa yang benar dan siapa yang salah, tetapi carilah jalan untuk menyelesaikannya dengan baik.
Kalau dipanggil dia menyahut, bila dilihat dia bersuara. Jawab yang benar dan tepat.
Kalau dipujuk makin menyebal, kalau dimarah baru tertawa. Kelakuan yang tidak ada tempatnya; sifat yang sangat bertentangan.
Kalau gajah hendaklah dipandang gadingnya, kalau harimau hendaklah dipandang belangnya. Hendaklah diusul periksa dengan saksama tentang sesuatu perkara itu sebelum dibuat kesimpulan.
Kalau getah meleleh, kalau daun melayang. Dalam keadaan sulit sanak saudara akan tetap berdekatan dengan kita, tetapi orang lain akan meninggalkan kita.
Kalau guru makan berdiri, maka muridnya makan berlari. Murid yang mencontohi kelakuan gurunya terutama dalam hal yang tidak baik.
Kalau ibu kaya anak jadi puteri, kalau anak kaya ibu jadi budak. Perbezaan antara kesayangan ibu dengan kesayangan anak.
Kalau kahwin ke Batubara, kalau mati ke Melaka. Perihal orang yang mencari yang enak dan senang saja.
Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga. Jika pengetahuan hanya sedikit saja, janganlah hendak melawan orang-orang yang lebih banyak pengetahuannya.
Kalau kena tampar biarlah dengan tangan yang pakai cincin, kalau kena tendang biarlah dengan kaki yang pakai kasut. Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.
Kalau kerbau sekawan dapat dikawali, manusia seorang tiada dapat dimaklumi. Sangatlah sukar untuk menghadapi manusia kerana tiap-tiap orang berlainan pendapatnya.
Kalau kubuka tempayan budu, barulah tahu.
(budu = pekasam ikan kecil-kecil.)
Kalau dibuka rahsianya, tentu mendapat malu.
Kalau kucing keluar tanduk barulah ayam boleh bersusu. Perkara yang mustahil.
Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi. Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.
Kalau kumbang bukan seekor, kalau bunga bukan sekaki. Lelaki ataupun perempuan bukan seorang di atas dunia ini.
Kalau laba bercikun-cikun, buruk diberitahu orang. Bila beroleh kesenangan, diam saja; tetapi bila menderita susah berkeluh kesah atau minta tolong pada orang lain. bercikun-cikun = bersembunyi-sembunyi.
Kalau langit hendak menimpa bumi, bolehkah ditahan dengan telunjuk. Orang kecil tidak dapat mengelakkan diri daripada perintah orang besar-besar.
Kalau menyeberang sungai biarlah ditelan oleh ibunya, tetapi janganlah dipagut oleh ikan kecil. Kalau berbuat salah biarlah dihukum oleh orang yang berkuasa atau ditegur oleh orang yang berilmu, jangan dianiaya oleh orang-orang kecil dan tak tahu apa-apa.
Kalau pandai makan, pandai simpan. Pandai menyimpan rahsia.
Kalau pandai mencencang akar, mati lalu ke pucuknya. Orang yang pandai dapat mengalahkan musuhnya hanya dengan sekali pukul saja.
Kalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri. Sekalipun kurang alat perkakasnya, tetapi kalau orang pandai maka dapat juga ia mengerjakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya.
Kalau pandai meniti buih, selamat badan sampai ke seberang. Orang yang pandai membawa diri, tentulah selamat hidupnya.
Kalau panjang beri beruas, kalau pendek beri berbuku. Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dikerjakan menurut aturannya yang semestinya.
Kalau sama tinggi kayu di rimba, di mana angin akan lalu. Kalau sekalian manusia sama tinggi pangkatnya, nescaya sukarlah hidup ini jadinya.
Kalau seperti kundur labu, boleh dibelah.
(kundur = labu besar.)
Untuk menyatakan kebenaran sesuatu perkara.
Kalau sesangkar sekalipun, yang bayan itu bayan juga; serindit, serindit juga. Manusia itu tetap berbeza, sekalipun berasal daripada satu keluarga.
Kalau Si Tua (harimau) menunjukkan belangnya, 'lah tentu kambing bertanggungan.
(bertanggungan = menderita.)
Orang yang lemah berhadapan dengan orang yang kuat, tentu akan kalah akhirnya.
Kalau sumpit tak berisi, mana boleh ditegakkan. Kalau perut tidak diisi tentu tidak dapat melakukan pekerjaan.
Kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang. Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-sebabnya.
Kalau tak ada api, masakan ada asap. Jika tidak bersalah masakan dituduh orang.
Kalau tak ada berlela, baiklah mereka.
(mereka = mencari akal.)
Jika tak ada daya upaya maka terimalah nasib.
Kalau tak ada kulit bercerailah (= rerak) tulang.
(rerak = rosak berpisah-pisah, berantakan.)
Orang yang sangat kurus.
Kalau tak berduit (= berwang), ke mana pergi tercuit-cuit (= terbuang). Orang yang tidak berwang selalu melarat hidupnya.
Kalau tak bermeriam, baiklah diam. Orang yang miskin dan lemah tidak usahlah banyak berangan-angan.
Kalau tak pandai menggelamai, bercirit kambinglah kelak, dikunyah patah gigi, ditelan sembelit. .
(gelamai = dodol, kuih; cirit = biji-biji kecil dan keras yang terjadi kerana kurang jaga waktu mengacau dodol itu; cirit kambing = tahi kambing.)
Sesuatu pekerjaan kalau dikerjakan oleh orang yang tidak tahu, nescaya akan rosaklah pekerjaan itu
Kalau tak sir berdegak, sir melayang.
(tak sir = tak indah, tak mahu (Kelantan); berdegak = bunyi seperti menelan air atau bunyi jantung.)
Jika barang yang diinginkan tidak diperolehi maka hilanglah daya upaya.
Kalau tak takut akan mati, tak sedunia perang; kalau tak takut akan alah, tak sedunia sabung. Berperang dan menyabung merupakan pekerjaan yang amat berbahaya tetapi digemari orang.
Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai (= laut). Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
Kalau tiada emas sepiak, kerja di mana boleh jadi.
(sepiak = seketip, sedikit.)
Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya.
Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi. Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.
Kalau tidak ada senapang, baik berjalan lapang. Jika tiada bersenjata atau bertenaga baiklah mengalah.
Kali sebentuk, umpannya seekor, sekali putus sehari berhanyut. Berbuat sesuatu tidak dengan memikirkan bekalan, modal dan sebagainya sehingga akhirnya mendapat kesusahan dan kecewa.
Kalis bagai air di daun keladi.
(kalis = tidak berbekas.)
Memberi nasihat dan ajaran yang sia-sia.
Kambing di parak panjang janggutnya, hati enggan banyak jawabnya. Orang yang enggan bila disuruh, banyaklah helah dan dalih untuk melepaskan dirinya.
Kambing menyusui anak harimau, besar dia dipatahkan tengkuknya. Akibat yang akan diterima kalau menolong orang jahat dalam kesusahan.
Kapak menelan beliung. Yang baik ditukar dengan yang buruk.
Kapak tak boleh membelah kayu, kalau bukan kayu pula yang menjadi hulunya. Penganiayaan itu berlaku kerana ada orang yang menjadi biang keladinya.
Kapal besar ditunda jongkong. Orang yang berkuasa menurut perintah orang bawahan.
Kapal satu nakhoda dua. Suatu pekerjaan yang dikepalai dua orang, alamatlah akan rosak pekerjaan itu.
Kapuk segaul dengan kapas, bezanya takkan lepas. Orang mulia dengan orang hina walaupun serupa keadaannya namun bezanya ketara juga.
Kapur di hujung telunjuk. Tidak dapat menolong sanak saudara.
Karam berdua basah seorang. Dua orang berbuat salah, seorang saja yang kena hukum.
Karam di darat ada juga tinggal tungku lekar, karam di laut habis sekali.
(lekar = penyangga (lapik) [kuali]] diperbuat daripada rotan atau lidi.)
Kalau susah dalam negeri sendiri, dapat juga diminta bantuan pada sanak saudara, tetapi kalau susah di rantau orang hilanglah akal bicara.
Karam di laut boleh ditimba, karam di hati bilakan sudah. Kesedihan kerana kematian kekasih.
Karam Kampar oleh Kuantan. Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
Karam sambal oleh belacan. Mendapat kerugian kerana perbuatan orang kepercayaannya atau orang yang dikasihinya.
Karam tidak berair. Mendapat bencana dengan tidak bersebab.
Kasih bapa sepanjang jalan, kasih anak sepanjang penggalan.
(penggalan = potongan.)
Cinta kasih anak kepada bapa tidak seimbang dengan cinta kasih bapa kepada anak.
Kasih itu roh (= semangat) yang buta. Kasih tidak memilih yang baik atau yang cantik saja.
Kasih saudara sama ada, kasih bapa menokok harta, kasih ibu sama rata, kasih sahabat sama binasa. Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.
Kasih sepantun tulisan pinggan. Kasih yang tak hilang-hilang.
Kasih tidak bersekutu dengan bijak. Apabila hati telah kasih, maka hilanglah cacat-celanya.
Kasihan gajah berusung. Kasihan yang tidak pada tempatnya.
Kasihkan anak tangan-tangankan; kasihkan bini tinggal-tinggalkan.
(uliti = menyanyikan sampai tidur.)
Anak yang dimanjakan akan rosak dan isteri yang diuliti selalu akan mendatangkan kedukacitaan.
Kasihkan padi buangkan rumput-rumput. Jika kasihan anak isteri, hendaklah berhenti daripada mengasihi perempuan lain.
Kasihkan pinang sebatang daripada buluh|aur]] serumpun. Lebih sayang kepada orang lain daripada kaum keluarga sendiri.
Kasihkan raja di atas usungan. Kasihan yang tidak pada tempatnya.
Kasturi mati kerana baunya.
(kasturi = tikus kecil yang harum baunya.)
Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya.
Kata berjawab, gayung bersambut. Serangan ditangkis, kata dijawab; baik dibalas dengan baik, jahat dibalas dengan jahat.
Kata biarlah kota. Janji hendaklah ditepati.
Kata dulu bertepati, kata kemudian berceraian (= bercari). Janji hendaklah ditetapi.
Kata periuk belanga hitam. Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
Kata seorang dibulati, kata bersama diperiakan. Urusan yang mengenai diri orang perseorangan bolehlah diurus dengannya sendiri, tetapi urusan yang mengenai umum hendaklah dilakukan dengan muafakat.
Kata yang benar ditidakkan, rahmat Tuhan dilarikan.
(rahmat = belas kasihan.)
Tidak mahu mengakui kebenaran.
Katak di bawah tempurung. Sangat picik pengetahuannya.
Katak ditimpa kemarau. Berkeluh kesah dengan tidak keruan.
Katak hendak jadi lembu. Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.
Katak menggigit telunjuk, melihatkan ular sudah menjadi belut. Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga.
Katib (khatib) lalu katib (khatib) mati, bilal lalu bilal mati. Tempat yang berbahaya.
Kawin (kahwin) naik basuh kaki saja. Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa.
Orang yang bercakap bohong tentu tidak dapat dipercayai.
Kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar. Pemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.
Kayu bongkok kura-kurapun boleh memanjat. Orang yang sudah bersalah itu ada-ada saja orang yang menambah-nambahkan kesalahannya.
Kayu buruk tiada bercendawan, lumut tumbuh. Orang yang sudah tua sangat mudah dihinggapi penyakit.
Kayu dikatakan batu, langit hendak dicapai dengan tangan. Orang yang tidak sempurna akal fikirannya.
Kayu mati berpunggur, manusia mati biar bernama. Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.
Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut. Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
Kayu yang berakar tunjang tak endahkan ribut.
(tunjang = akar yang di atas tanah.)
Orang yang banyak kawan tidak takut akan susah.
Kayu yang besar jugalah yang bersakat.
(sakat = bendalu, pasilan.)
Orang yang kaya juga yang bertambah kekayaannya.
Kayu yang tumbang itu, kura-kura pun hendak memanjatnya. Apabila orang besar-besar hilang kebesarannya maka orang kecil pun berani mencercanya.
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.
(gerek = berlubang-lubang.)
Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya.
Ke bukit sama didaki, ke laut sama direnangi; adat tiada bertukar, rahsia tidak berubah. Perhubungan yang sangat karib, tidak dapat diceraikan.
Ke dalam sumpit tak muat, ke dalam ambung longgar.
(ambung = keranjang.)
Orang yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan.
Ke gunung emas pasir baiduri, ke padang zamrud habis diedari; terbang bangau sepanjang hari, ke tasik juga akhirnya dicari. Bagaimana sekalipun jauh dagang merantau, ke negeri yang besar-besar, melihat tempat yang indah-indah, kesudahannya pulang juga ia ke tanahairnya sendiri.
Ke gunung tak dapat angin. Gagal untuk mendapat keuntungan.
Ke hilir kena kutuk sultan, ke mudik kena kutuk raja. Orang yang serba salah kerana melanggar perjanjian.
Ke hulu kena bubu, ke hilir kena tengkalak.
(tengkalak = lukah yang panjang.)
Tak dapat terhindar daripada bahaya.
Ke langit tak sampai, ke bumi tak nyata (= tak terjejak). Pekerjaan yang tanggung-tanggung atau terbengkalai.
Ke laut meracik ikan, tersenyum siput; ke hutan memancing punai, tertawa badak.
(racik = jerat.)
Perbuatan yang dilakukan dengan tidak menurut aturan akan jadi tertawaan orang ramai.
Ke mana angin yang deras, ke situ condongnya. Pendirian yang tidak tetap.
Ke mana condong, ke mana rebah. Sudah dilakukan menurut adat yang biasa.
Ke mana dialih, lesung berdedak juga. Pekerjaan yang selalu mendatangkan kerugian atau kesusahan, biar di mana pun dikerjakan nescaya akan merugikan dan menyusahkan juga.
Ke mana kelok lilin, ke sana kelok loyang. Selalu menurutkan kehendak orang yang berkuasa, tidak dapat mengambil keputusan sendiri.
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi. Sesuatu itu akan kembali ke asalnya meskipun sedikit.
Ke mudik tentu hulunya, ke hilir tentu muaranya. Sesuatu pekerjaan (perjalanan) haruslah ada ketentuannya.
Ke sawah tidak berluluk, ke ladang tidak berarang. Memperoleh keuntungan tidak dengan bersusah payah.
Ke sungai sambil mandi. Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
Ke tengah boleh, ke tepi pun boleh. Orang yang dapat menyesuaikan dirinya dalam pergaulan.
Kebakaran janggut. Kebingungan tidak keruan.
Kebanyakan halilintar kurang hujan. Cakap saja yang besar, tetapi hasilnya tidak ada.
Kebenaran di hujung lidah. Tidak ada keadilan.
Kecambah kayu ara takkan jadi pulut-pulut.
(kecambah = tumbuhan kecil.)
Orang yang memang berani takkan jadi pengecut.
Kecek anak Melaka. Cakap tinggi tetapi tidak berisi.
Kecek bagai bunyi merendang kacang. Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.
Kecek bagai ketiak ular. Cakap yang tak berkeputusan.
Kecil anak besar onak. Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
Kecil api menjadi kawan, besar ia menjadi lawan. Kejahatan yang sedikit jangan dibiarkan menjadi besar.
Kecil bahan besar penimpanya. Belanja lebih banyak daripada penghasilan.
Kecil dikandung ibu, besar dikandung adat, mati dikandung tanah. Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang. Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.
Kecil hutang diansur, habis hutang dibayar. Tiap-tiap suatu pekerjaan yang besar dan berat jika diansur-ansur mengerjakannya nescaya akan berkurang, apa lagi kalau dapat disudahkan sekali gus.
Kecil jangan (= tak boleh) di sangka anak, besar jangan (= tak boleh) disangka bapa. Pengetahuan dan kelebihan itu bukan tertentu kepada orang tua-tua saja, selalu juga terdapat pada orang muda-muda.
Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
Kecil teranja-anja, besar terbawa-bawa, sudah tua terubah tidak. Kebiasaan sejak kecil, menjadi tabiat yang sukar diubah.
Kecil umpan besar ikan. Dengan usaha yang sedikit dapat menghasilkan pekerjaan yang besar.
Kecil-kecil anak harimau. Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil anak sudah besar menjadi onak. Anak pada masa kecilnya menyukakan hati tetapi apabila sudah besar keraplah pula ia mendatangkan kesusahan kepada ibu bapanya.
Kecil-kecil beliung, tumbang juga kempas yang besar. Walaupun orang itu kecil tetapi dapat juga ia mengalahkan orang besar.
Kecil-kecil cabai rawit. Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil cili Melaka (= api). Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil lada api, besar-besar limau abung.
(limau abung = sejenis limau besar.)
Meskipun kecil tetapi berani.
Kecil-kecil pun api. Barang sesuatu yang dapat mendatangkan bahaya janganlah dibiarkan walaupun sedikit.
Kecubung berulam ganja. Sama jahat. (kecubung = sejenis tumbuhan, bijinya memabukkan.)
Kehendak kucinglah bertemu dengan panggang. Orang yang bertemu dengan barang yang digemarinya.
Kejap (= kerling) bagai pelitakan padam.
(kejap = kerling, kedip, kelip.)
Pujian kepada perempuan yang cantik.
Keladi muda, muda buahnya; menurut hati muda, berkelahi sudahnya. Orang muda sangat mudah panas darahnya.
Kelakatu hendak terbang ke langit. Menghendaki sesuatu yang mustahil.
Kelalaian menjemput pencuri. Kerana kelalaian maka kerugian.
Kelam bagai malam dua puluh tujuh. Sesuatu hal atau perkara yang gelap sama sekali.
Kelam disigi, lekung ditinjau.
(sigi = suluh, obor; lekung = lekuk.)
Sesuatu perkara atau perkataan yang kurang terang hendaklah diselidiki dan diperiksa dengan saksama sebelum dibuat sesuatu keputusan.
Kelapa ditebuk tupai. Gadis yang sudah kehilangan daranya.
Kelapa muda tak berminyak. Orang muda yang belum ada pengalaman.
Kelapa tebal sabut, terhempas ke batu tak pecah, dibuang ke laut tak tenggelam. Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya.
Kelarai sesat taja.
(taja = permulaan.)
Sesuatu pekerjaan yang sudah salah dari permulaannya.
Kelebihan ikan radai, kelebihan manusia akal.
(radai = sirip.)
Tiap-tiap sesuatu ada dengan kelebihannya masing-masing.
Keledai (keldai) hendak dijadikan kuda. Orang bodoh hendak dipandang (dijadikan) orang pandai.
Kelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.
(kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.)
Terlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri.
Keli dua selubang. Seorang perempuan yang mempunyai kekasih dua orang.
Kelik-kelik dalam baju.
(kelik-kelik = semut yang berbisa.)
Musuh dalam selimut.
Kelimpanan mata dek pengelan. (kelimpanan = kelilipan; mata kemasukan debu atau sebagainya; pengelan = galah buat menjolok buah-buahan.) Dikecewakan oleh orang yang diharapkan.
Kelip-kelip terbang malam. Hendak menyembunyikan rahsia yang tidak dapat ditutup.
Keluar tak mengganjilkan, masuk tak menggenapkan. Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.
Keluh (kesah) tidur di kasur, berkeruh di lapik penjemuran. Kemewahan ataupun kekayaan tidak selamanya membawa kebahagiaan; sebaliknya, hidup miskin ada kalanya memberi kesenangan. (berkeruh = mendengkur.)
Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing. Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.
Kemahiran itu sebaik-baik guru. Sesuatu pekerjaan akan menjadi sempurna apabila dikerjakan oleh orang yang ahli.
Kemarau setahun rosak oleh hujan sepagi. Kebaikan yang banyak hilang kerana kesalahan yang sedikit.
Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau. Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja.
Kemiri jatuh ke pangkalnya. Beroleh tempat yang sepatutnya; kembali ke tempat asalnya.
Kemudi di haluan, bergilir ke rusuk. Orang yang menurut nasihat atau perintah anaknya (isterinya, orang sebawahannya dan sebagainya).
Kemudi patah perahu tembuk. Kemalangan yang silih berganti.
Kena kecipak orang berbelut. (kecipak = gerak tangan ketika merenggutkan belut yang tertangkap dilubangnya.) Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
Kena luluk kandang kering. Mendapat kesusahan tidak pada tempatnya.
Kena parang bermata dua. Sangat menyakitkan perasaan hati.
Kena pukul di punggung (= di pantat), gigi habis tanggal. Sindiran (jawapan) yang tepat.
Kena-kena seperti santan bergula, tak kena-kena bagai antan pukul kepala. Suatu perbuatan (perkataan) itu kalau bersalahan tafsirannya, jadi melarat; jika benar, jadi kebajikan.
Kenal dadanya, tak kenal mukanya (= rupanya). Orang alim atau orang pandai dikenal orang hanya dengan membaca buku-buku karangannya saja.
Kendur mengusut, tegang memutus. Pentadbiran yang kurang baik, kalau lemah menyebabkan kekacauan dan kalau keras menimbulkan kerusuhan.
Kepala ke bawah, kaki ke atas. Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk.
Kepala rebah mata melayang, bantal bangkit main wayang. Perempuan yang membuat kejahatan ketika suaminya lengah.
Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain. Lain orang, lain fikirannya.
Kepala tersangkut dengan kulit babi. Mendapat malu besar.
Kepala yu, ekor babi. Suka berpura-pura atau bermuka dua.
Kera (= monyet) kena belacan . Sangat gelisah.
Kera dapat bunga. Mendapat sesuatu yang tak dapat dipergunakan.
Kera memanjat pohon, kura-kura pun hendak memanjat pula. Hendak meniru-niru membuat pekerjaan yang mustahil dapat dilakukan olehnya.
Kera menegurkan tahinya. Barang siapa yang berbuat salah, ialah yang mula-mula memperkatakan kesalahan itu.
Kera menjadi monyet. Tiada bezanya.
Kerambil tumbuh di matanya. Kepala negeri yang cerdik lagi hartawan,
Kerana cenderawasih, merak mas (emas) dilepaskan. Sesudah mendapat kekasih baru, kekasih lama dilepaskan.
Kerana emas memas, kerana padi menjadi.
(memas = cermat, bagus.)
Orang kaya dapat mencapai apa saja maksud hatinya.
Kerana lotong terlalu makan, tupai dijulai timpa perasaan. Orang besar-besar yang bersuka-ria, orang kecil-kecil yang gembira berlebih-lebihan. (lotong (lutung) = kera hitam.)
Kerana mata buta, kerana hati mati. Orang yang menurutkan hawa nafsunya, akhirnya akan binasa.
Kerana mendengar bunyi. Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.
Kerana mulut badan binasa. Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
Kerana mulut kepala terpenggal. Mendapat kecelakaan kerana perkataannya.
Kerana pijat-pijat mati tuma. Mendapat celaka kerana berkawan dengan orang jahat, atau kerana kesalahan orang lain.
Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal. Orang yang banyak kaum keluarga dan sahabat handainya selamatlah hidupnya.
Kerap sang berudu hendak berenang di laut lebar, awak masih juga di kubangan.
(berudu = anak katak yang masih sebagai ikan)
Menghendaki sesuatu yang mustahil diperoleh atau terjadi.
Keras bagai batu, tinggi bagai langit. Tiada mahu menurut perintah; keras kepala.
Keras ditakik, lunak disudu. Perintah haruslah dilakukan dengan segala kebijaksanaan.
Kerat rotan, patah arang. Telah putus sama sekali; perselisihan yang tak dapat didamaikan lagi.
Kerbau (= lembu) diberi berpelana, kuda diberi berpasangan. Melakukan sesuatu dengan tidak menurut keadaan yang sebenarnya.
Kerbau (= lembu) tanduk panjang, tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga. Orang yang sudah terkenal kejahatannya.
Kerbau bertanduk, rotan beronak. Orang besar-besar kuat kerana kekuasaannya dan rakyat kuat kerana persatuannya.
Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Janji yang sudah diucapkan mestilah ditepati, kerana harga manusia terletak pada janjinya itu.
Kerbau jangan dimaling orang, ayam jangan dimusangi.
(dimusangi = dimakan musang.)
Anak dan isteri hendaklah dijaga dengan baik-baik.
Kerbau kandang, emas berpura. Harta-benda harus disimpan baik-baik di tempatnya masing-masing supaya selamat.
Kerbau menanduk, kerbau pergi. Siapa yang bersalah mesti dihukum setimpal dengan kesalahannya.
Kerbau pembulang tali.
(membulang = mengikat tali ke kepala.)
Orang yang berbolak-balik fikirannya atau yang tiada tetap hatinya.
Kerbau punya susu, sapi punya nama. Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
Kerbau sakit, sapi beroleh nama. Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian.
Kerbau sekandang dapat digembalakan, manusia seorang tiada terjaga. Kerbau sekawan boleh dikandang, manusia seorang tiada terkawal.
Kering pengayuh di tangan, kering wang di pinggang. Orang miskin yang harus bekerja setiap masa.
Kering tempayan, cebok pun jauhlah. Setelah harta ibu bapanya habis, anak-anak pun menjauhkan diri.
Keris panjang berkeluk, ke mana bawa ke mana olok. Orang yang dapat digunakan untuk sebarang maksud; anak muda yang 'dimakan' pakaian.
Keris pedang (= lembing) tiada tajam, lebih tajam mulut manusia. Kata-kata lebih tajam daripada senjata.
Keris tersisip di dinding, pedang tajam dalam sarungnya. Perbuatan yang pandir.
Kerja baik berimbauan, datang buruk (= malang) berhamburan. Kerja baik dirundingkan, waktu kemalangan dibantu beramai-ramai.
(berhamburan = maksudnya datang dalam peribahasa ini.)
Kerja raja dijunjung, kerja kita (= sendiri) dikelek. Menyambilkan pekerjaan sendiri ketika mengerjakan pekerjaan orang lain. dikelek = dibawa di bawah ketiak.
Kerja sebarang hebat, kasih sebarang tempat. Bekerja dengan tidak menurut peraturan.
Kerja sebarang hubah, kasih sebarang tempat. Kerja apa pun suka, kepada siapa pun kasih. (hubah = suka.)
Kerosok ular di rumpun bambu.
(kerosok = bunyi di daun-daun kering kerana dilalui binatang atau lain-lain.)
Ancaman daripada orang yang pengecut.
Kesat daun pimping.
(pimping = sejenis gelagah yang batangnya tiada berongga.)
Lemah tetapi dapat mendatangkan bahaya.
Kesat-kesat daun pimping, kalau kesat daun labu boleh dicelur.
(celur = celup ke dalam air mendidih.)
Orang miskin serta tidak berilmu tiada berguna di antara orang banyak, tetapi kalau ada perangai yang baik, ada juga faedahnya.
Ketam (= kepiting) menyuruhkan anaknya berjalan betul. Orang yang memberi nasihat, tetapi dia sendiri tidak melakukan sebagai yang dinasihatkannya itu.
Ketika ada jangan dimakan, telah habis (= tiada) maka dimakan. Berhemat cermat dalam penghidupan.
Ketika gagak putih, bangau hitam. Kiasan pada zaman yang sudah silam.
Khabar jauh dengar-dengarkan, khabar dekat fikir-fikirkan. Tiap-tiap khabar yang diterima hendaklah diselidik dengan saksama supaya jangan tertipu.
Kicang-kecoh ciak.
(kicang-kecoh = tipu daya; ciak = dakwa.)
Sesuatu perkara yang akan diperiksa hendaklah ada buktinya.
Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya. Orang dagang, biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya.
Kikir pari belulang kering, direndam tujuh hari tak basah.
(kikir = besi baja beringgit atau belulang pari untuk melicinkan kayu.)
Terlalu degil atau terlalu kikir; orang yang kuat atau berkuasa.
Kilangan patah awak itulah menghimpitnya.
(kilangan = apitan tebu.)
Mendapat celaka kerana kesalahan sendiri.
Kilat beliung sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan, kilat cermin sudah ke muka. Orang yang bijaksana dengan mudah menangkap hujung kata atau kias seseorang.
Kilat di dalam kilau, kabus di dalam hujan. Dalam tutur kata atau tingkah laku tercantum maksud yang lain.
Kini gatal besok digaruk. Pertolongan yang terlambat datang.
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. Orang yang bijaksana selalu lebih dulu mencapai maksudnya.
Kita membawa jarum, dia menyambut dengan gunting. Kita menunjuk jalan supaya bersatu padu, dia berikhtiar supaya berpecah belah.
Kita semua (= sekalian) mati, tetapi kubur masing-masing. Masing-masing orang dengan pembawaan dan cara hidupnya yang tersendiri, meskipun berkaum keluarga.
Kodok dapat bunga sekuntum. Beroleh sesuatu yang sia-sia kerana tidak dapat mempergunakannya.
Kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi. (bergelumang = kotor berlumur.) Seseorang yang cakapnya tinggi tetapi keluarganya dalam kemelaratan.
Korek lubang ulat. Sengaja mencari perselisihan.
Kotor dicuci, berabu dijentik. Apa yang tiada baik dan yang buruk hendaklah dibuang atau dilupakan saja.
Koyak baju mahu ukur badan. Merosakkan sesuatu yang hendak disempurnakan.
Koyak tak berbunyi. Melakukan sesuatu yang kurang baik, tidak diketahui orang.
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Bersama-sama dalam senang dan susah.
Kuah tertunggang ke nasi, nasi akan dimakan juga. Perkahwinan antara kaum keluarga sendiri.
Kuah tumpah (= tertuang) ke nasi. Anak yang dikahwinkan dengan kemanakan; sesuatu yang sudah sewajarnya.
Kuali mengatakan belanga hitam. Orang yang memburukkan orang lain, sedangkan ia sendiri pun buruk juga.
Kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Kelebihan seseorang itu kerana suka muafakat satu sama lain.
Kuat berdiri pohon kerana akarnya, kuat akar kerana tanah. Kekuatan sebuah kerajaan kerana orang besar-besarnya, kekuatan orang besar-besar kerana rakyatnya yang bersatu padu.
Kuat burung kerana sayap; kuat ikan kerana radai. Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.
Kuat gajah terdorong, kuat harimau terlompat-lompat. Orang besar-besar yang membuat kesalahan kerana kekuasaannya.
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.
Kuat lilit kerana simpulnya. Kekuatan persatuan terletak pada anggota-anggotanya yang bersatu padu.
Kuat sepit kerana kempa. (kempa = apitan.) Orang kuat dalam sesuatu perkara, kerana ada yang menolong atau menyokongnya di belakang.
Kuat tertawa koyak bibir. Bersuka-sukaan yang akhirnya mendatangkan kesusahan.
Kubur kata mari, rumah kata nanti. Orang yang sudah lanjut usianya.
Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi. Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.
Kucing melompat, orang terkejut daripada tidurnya, ayam berkokok hari pun siang. Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.
Kuda itu kuda juga, keldai itu keldai juga. Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.
Kuda pelejang bukit. Orang yang menjadi kakitangan orang lain.
Kuda tua: diperkerjakan tak boleh, nak dibunuh sayang. Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah.
Kuda yang baik tak bercerai daripada pelananya. Orang yang rajin senantiasa disuruh orang.
Kuda yang pantas tiada berkehendakkan cemeti. Orang yang rajin dan pandai berbuat pekerjaan tak perlu diawasi.
Kudis menjadi tokak. Perkara kecil menjadi besar.
Kukur apa kepada kukur, nyiur juga yang binasa. Memang mudah menyuruh berbuat begini begitu, tetapi yang sukar ialah yang mengerjakannya.
Kulai-balai bagai cangkul sisa pengait (= dikait). (kulai-balai = tergantung lemah, terayun-ayun.) Orang yang lemah-lembut gerak gerinya.
Kulit hitam orang tengok, tulang putih siapa jenguk. Orang yang pada lahirnya kelihatan jahat, tetapi niat di hatinya baik tidak seorang pun yang tahu.
Kuman di seberang lautan tampak, gajah di pelupuk mata tiada tampak. Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
Kuman menjadi barah (= pekung). Perkara kecil menjadi besar.
Kumbang terbang tak bersaing. Terlalu cepat.
Kundur tidak melata pergi, labu tidak melata mari. Persetujuan atau persahabatan harus datang daripada kedua-dua belah pihak.
Kuning oleh kunyit, hitam oleh arang. Mudah dihasut atau dipujuk.
Kura-kura (hendak) memanjat kayu. Berbuat sesuatu yang mustahil.
Kura-kura di atas dahan. Orang bodoh yang tidak dapat melepaskan dirinya daripada kesusahan.
Kura-kura di dalam perahu, pura-pura tidak tahu. Bertanya sesuatu yang sudah diketahui.
Kura-kura di kaki ditinggalkan, burung terbang dikejar. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Kura-kura di kaki ditinggalkan, penyu di pantai dikejar. Kerana mengharapkan keuntungan yang besar tetapi belum tentu diperoleh, keuntungan yang kecil tetapi sudah pasti, dilepaskan.
Kura-kura kakinya tiada basah. Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah.
Kura-kura pandai kerabat kayu.
(kerabat = panjat.)
Berbuat sesuatu yang mustahil.
Kurang budi teraba-raba, tidak ilmu suluh padam. Orang yang kurang siasat di dalam sesuatu perkara, akhirnya akan mendapat kesusahan.
Kurang kerat, rengkuh yang lebih. Usaha tiada seberapa hanya cakap saja yang lebih.
Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan. Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati.
Kurang sesayat (= seiris) sebelanga. Hampir cukup bilangan; sedikit saja yang kurang.
Kurang sisik, tinggal lidi di buku; selidik, tinggal kaji di guru. (sisik = menyisik, membuang sisik; di guru = pada guru.) Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah.
Kurang taksir hilang laba. Kalau kurang hati-hati mungkin mendapat kerugian atau bahaya.
Kurang tambah menambah, senteng bilai-membilai. Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. (senteng = kurang cukup; bilai = sambung.)
Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu (= sudu yang lebih). Perkara kecil menjadi besar kerana banyak dipercakapkan orang; pengetahuan sedikit tetapi terlalu besar cakapnya.
Kurus kering seperti bayang; siapa pun tiada menaruh sayang. Kurus sekali kerana sakit.
Kusut di hujung dengan pangkal, kerana salah memulai. Seluruh pekerjaan menjadi rosak, kerana sejak mula lagi sudah salah.
Kusut di hujung, lari (= bawa) ke pangkal. Pembicaraan yang sudah melentur kian ke mari, hendaklah segera kembali ke pokok masalah.
Kusut diselesaikan, keruh diperjernih. Segala perselisihan hendaklah didamaikan.
Kutu mati di atas kepala, tuma mati di tepi kain. Biar mati di tempat yang mulia kerana membuat pekerjaan yang baik, daripada mati di tempat yang hina kerana melakukan pekerjaan jahat.

L

Peribahasa Maksud
Laba sama dibagi, rugi sama diterjuni. Persahabatan yang sangat karib.
Laba tertinggal, harta lingkap. Laba tidak diperoleh, modalnya lenyap pula.
Labu dikerbuk tikus. Gadis yang sudah kehilangan daranya.
Ladang yang berpunya. Perempuan yang sudah kahwin.
Lading tajam sebelah.
(lading = sejenis alat perang.)
Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi.
Lading tak tahu akan majalnya. (majal = tumpul, tidak tajam.) Tidak insaf akan keadaan dirinya.
Lagak Padang, omong Betawi. Cakap besar, tetapi tiada berisi.
Lagi jatuh ditimpa tangga. Berturut-turut mendapat kesusahan.
Lagi lauk lagi nasi. Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
Lagi lebai lagi berjanggut. Berilmu dan berbudi.
Lagi murah, lagi ditawar. Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Lagi teduh lagi berkajang. Melakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
Lagi terang lagi bersuluh. Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang.
Lagi tongkat lagi senjata. Makin kaya, makin banyak sahabatnya.
Lah baris nan berpahat, 'lah jalan nan berturut. Pekerjaan yang dilakukan menurut aturannya.
Lah karam maka bertimba. Setelah mendapat celaka baru ingat.
Lah ke tengah makan api. Perselisihan yang telah mendalam, maka susah didamaikan.
Lah panas hari, kacang lupa akan kulitnya. Orang yang tiada ingat akan asalnya setelah menjadi kaya.
Lah sesak alam tempat diam, tak berbumi tempat tegak. Mendapat malu besar, sehingga tak ada tempat untuk menyembunyikan muka.
Lah tampak jalan tempat lalu, lupa batu akan menarung. (menarung = menyentuh, menyerandung.) Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya.
Lain bengkak lain bernanah. Orang lain yang bersalah, orang lain pula yang menanggung akibatnya.
Lain biduk lain digalang. Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan. (galang = penyangga, landasan.)
Lain di mulut, lain di hati. Yang dikatakan berlainan dengan yang di dalam hati.
Lain diniat lain ditakdir, lain diacah lain yang jadi. Yang diperoleh lain daripada yang dikehendaki.
Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati. Masing-masing orang dengan kesukaannya.
Lain galang, lain perahu yang disorong. Berlainan perbuatan daripada tujuannya.
Lain gatal lain digaruk. Lain soal lain jawabnya.
Lain lubuk, lain ikannya. Adat negeri selalu berlain-lainan.
Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh. Lain yang disindir lain yang merasa hati; lain yang berbuat salah lain pula yang merasa susah. (menyiuk (siuk) = menarik nafas kerana sakit.)
Lain mangkuk lain cawan. Tidak sama pembawaan dan kesukaan.
Lain orang memperanakkan, lain orang dipanggil bapa. Balasan yang tidak pada tempatnya; lain orang yang berbuat baik lain orang pula yang mendapat penghargaan.
Lain orang yang makan inangka, lain orang yang kena getah. Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
Lain orang, lain pendapat. Masing-masing orang dengan kesukaannya.
Lain padang lain belalang. Adat negeri selalu berlain-lainan.
Lain sakit lain diubat, lain luka lain dibebat. Jawab yang bersalahan dengan pertanyaan.
Lain teringat lain disebut; bertukar angguk dengan ilallah.
(ilallah = hujung kalimat lailahailallah.)
Perbuatan yang bertentangan dengan perkataan.
Lain yang bengkak, lain yang bernanah; lain yang untut, lain yang mengisut. Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh.
Laki pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan. Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain.
Laksana antah lemukut (= melukut), lapar sangat baru berguna. Sesuatu yang tiada berharga dan kurang baik, tetapi kalau sudah kekurangan akan berguna juga.
Laksana apung di tengah laut; dipukul ombak jatuh ke tepi. Hidup melarat di negeri asing.
Laksana apung dipermainkan gelombang. Hidup melarat di negeri asing.
Laksana barang derham, sedia ada suratan Istanbul. Pekerjaan mulia yang telah dilakukan dengan pujian istimewa.
Laksana barang yang disadur.
(sadur = lapis tipis pada logam yang lain, sepuh.)
Tak tahan uji.
Laksana batang manau, seribu kali embat haram tak putus. Sangat kuat dan teguh. (embat = pukul; manau = rotan besar.)
Laksana batik lasam. Sesuatu yang makin lama dipakai, makin baik. (lasam = keluaran Lasam, suatu tempat di Jawa.)
Laksana binatang umang-umang di mana sarang udang di situ tempat menumpang. Orang yang hidupnya bergantung kepada orang lain.
Laksana buah bemban, masak jatuh ke lumpur. Menghilangkan diri.
Laksana buah masak lum, dihinggut perdu luruh sendiri.
(lum = ranum.)
Orang tua yang sudah uzur sewaktu-waktu mungkin mendapat sakit berat.
Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak. Orang yang elok dan tampan tetapi tidak berbudi bahasa.
Laksana buntal kembung, perut buncit di dalamnya kosong. Orang yang tiada berpengetahuan, hanya cakapnya saja yang besar.
Laksana burung diam dalam sangkar. Orang yang terikat hidupnya.
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku. Perempuan gemuk yang tidak disukai orang.
Laksana golok kayu, ditetakkan tak makan, dijual tak laku. Pengetahuan yang tidak sempurna, sehingga tidak mendatangkan faedah sedikit jua pun.
Laksana janda baru bangun tidur. Perempuan yang benar-benar cantik. (jauk (sauk) = jaring kecil yang diberi bertangkai untuk menangkap ikan.)
Laksana jauk penjauk yang kerap. Terlalu kikir.
Laksana jentayu menantikan hujan.
(jentayu = burung garuda yang besar.)
Sangat rindu.
Laksana kain (= benang) putih. Sentiasa menurut perkataan orang; kanak-kanak yang masih kecil.
Laksana kain tiga hasta. Serba tanggung.
Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.
(ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.)
Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan.
Laksana katak di harung ular. Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan.
Laksana kedidi: di mana pantai tercunggit-cunggit (= terjengit-jengit). Orang yang tidak tahu membawa diri.
Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain. Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.
Laksana kerbau: di mana rumput hijau di sana menerkam. Tidak mengendahkan bahaya, kerana melihat barang yang digemarinya.
Laksana kumbang menyeri bunga, kumbang pun terbang bunga pun layu. Lelaki yang mempermain-mainkan perempuan, ia pergi perempuan itu pun merana.
Laksana layang-layang melawan angin. Perbuatan yang sia-sia.
Laksana layang-layang putus teraju. Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
Laksana layang-layang salah teraju. Anak-anak muda yang menurut jalan yang salah.
Laksana lembu dogol (= dungkul), tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.
(dogol = tidak bertanduk.)
Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya.
Laksana lembu kasi: galak saja tiada melawan. Orang yang besar tubuh tetapi penakut.
Laksana lemping terbuang. Bagi orang yang berada benda-benda yang sedikit itu tidaklah berguna tetapi bagi orang yang miskin sangatlah besar ertinya. (lemping = sejenis kuih.)
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu. Berpenat lelah dengan sia-sia saja.
Laksana pencalang tersarat, tiada ke timur tiada ke barat.
(pencalang = perahu besar untuk memuat barang-barang dagangan.)
Orang yang sudah berpakaian cantik, tetapi duduk di dalam rumah saja.
Laksana pohon kayu tiada berbuah. Ilmu yang tiada diamalkan.
Laksana sampan pukat. Orang yang tidak pernah keluar jauh dari tempat kediamannya.
Laksana sebuku gaharu, sukat dibakar makin berbau. Baru memperlihatkan keunggulannya bila perlu.
Laksana taji dibentuk. Kening yang elok.
Laksana terung bertunang ikan kering. Sangat sesuai.
Lalang yang terbakar, sicerek menumpang mati.
(sicerek = sejenis tumbuhan yang biasa tumbuh dalam lalang.)
Terlibat dalam urusan orang lain; mendapat kecelakaan kerana kesalahan orang lain.
Lalat langau mengerumuni bangkai. Orang lelaki yang berhimpun di rumah perempuan jahat.
Lalat memanglah mencari puru. Lelaki yang jahat memang mencari perempuan jahat.
Lalu hangus, surut layu. Keadaan yang serba salah, diperbuat salah tak diperbuat pun salah.
Lalu penjahit, lalu kelindan. Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga.
Lambat laga asalkan menang. Biar lambat asalkan maksud tercapai.
Lampai bagai pimping di lereng, lemah bagai lenggundi muda. Puji-pujian terhadap perempuan yang bagus potongan tubuhnya.
Lampu kekurangan minyak. Dalam keadaan payah.
Lamun ada ubi, ubi; tiada ubi, gadung jadilah. Jika terpaksa, barang yang kurang baik pun dapat digunakan juga.
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau. Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar.
Lancar kaji kerana diulang, pasar jalan kerana diturut.
(pasar = licin, mati rumput.)
Kepandaian atau kemahiran didapat kerana selalu berlatih.
Lang pungguk lang berikan, tidur siang berjaga malam. Pencuri yang tidur waktu siang, dan berjaga waktu malam.
Langau di ekor kerbau, debu di atas tunggul. Kedudukan atau pekerjaan yang tidak tetap.
Langit akan disigai, tebat akan disiar. Ingin berbuat sesuatu yang mustahil.
Langit berkelikir, bumi bertemberang; salah-salah fikir menjadi hamba orang.
(berkelikir = bergelang-gelang rotan; temberang = tali temali di perahu.)
Fikiran yang menurut hawa nafsu akhirnya membawa kepada kehinaan.
Langit dapat dilukis, sudut kambut diserayakan.
(kambut = sejenis bakul; diserayakan = dimintakan pertolongan orang lain.)
Kesalahan orang lain, biar pun kecil, tampak; tetapi kesalahan sendiri tidak disedari.
Langit menimpa kepala, bumi memegang kaki. Hidup yang serba salah kerana melanggar perintah negeri.
Langit menyungkup kepala. Sesuatu yang tidak dapat diatasi lagi.
Langit runtuh, bumi cair. Segala harapan sudah musnah.
Langit runtuh, bumi telah terban.
(terban = runtuh.)
Segala harapan sudah musnah.
Langit yang tinggi hendak ditampar, bumi yang dipijak tak dapat dicapai. Berhajat kepada pangkat yang tinggi sedangkan pangkat rendah pun tidak ada.
Langkah yang telah terlangkahkan. Sesuatu yang sudah dimulai melakukannya.
Langkas buah papaya.
(langkas = luruh kerana terlampau masak.)
Suatu perkara yang mustahil.
Lantai dan dinding bertelinga belaka. Mempercakapkan sesuatu rahsia hendaklah beringat-ingat.
Lapuk oleh kain sehelai. Beristeri atau bersuami hanya seorang saja, tidak bercerai-cerai dan tidak diduakan.
Lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibarui. Adat atau peraturan yang tak baik diganti atau diperbaiki.
Laut budi tepian akal (= ilmu). Orang cerdik pandai atau cendekiawan.
Laut datang memunggah mutiara. Orang pandai datang mengajarkan ilmu yang berguna kepada kita.
Laut ditembak, darat kena. Beroleh sesuatu yang tidak dihajatkan.
Laut ditimba akan kering. Harta yang banyak sekalipun akan habis, jika selalu dibelanjakan.
Laut madu berpantaikan sakar (= gula). Perkataan yang manis yang keluar dari mulut orang yang baik rupa.
Laut mana yang tak berombak, bumi mana yang tak ditimpa hujan. Segala usaha tetap ada kesukaran atau bahayanya.
Laut tidak membuang sungai, rimba tidak membuang latah. Orang besar yang baik dan murah hati tiada menolak permintaan atau pertolongan yang diminta daripadanya. (latah = sampah (daun-daun dan sebagainya) di bawah pohon.)
Lautan dapat diduga, hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya. Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.
Lautan yang dalam sudah diselam rata, buyung di dapur tak tahu apa isinya. Negeri yang jauh sudah dilawati dan diambil tahu, tetapi hal rumah tangga sendiri tiada diperiksa bagaimana keadaannya.
Lautan yang dalam sudah diselami, ini pula air dalam terenang. Orang yang pernah membuat sesuatu pekerjaan besar tiada khuatir menghadapi pekerjaan yang kecil.
Lawak-lawak main, bunga tahi. Bergurau senda yang akhirnya membawa kepada pergaduhan.
Layang-layang putus talinya. Tinggal berserah kepada nasib saja, daya upaya sudah tiada lagi.
Layar menimpa tiang. Kawan menjadi lawan.
Layu bunga digenggam, layu rumput di halaman. Akan menyatakan kematian seorang pembesar negeri.
Lebai berjanggut kambing pun berjanggut juga. Pakaian dan rupanya boleh jadi sama tetapi kedudukannya lain-lain.
Lebih baik berputih tulang daripada berputih mata. Lebih baik mati daripada menanggung malu.
Lebih baik seekor singa di padang yang luas, daripada seekor ular di dalam rumput. Lebih baik musuh besar di dalam terang daripada musuh kecil di dalam sulit.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. Lebih baik bersahabat dengan orang baik seorang daripada dengan orang jahat sekawan.
Lebih pucuk, lebih pelepah? Mana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).
Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Kesulitan (kesusahan) dalam melakukan sesuatu pekerjaan jika tidak berilmu.
Lecah di kaki. Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.
Leka di kerak jarang, kuku habis perut tak kenyang, burung terbang dipipiskan lada. (leka = asyik, lalai.) Membuat pekerjaan yang merugikan.
Leka senantiasa di lipatan sanggul; fikiran singkat akal pun tumpul. Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.
Lekuk batu dititik air selalu. Biar bodoh sekalipun kalau belajar dengan bersungguh-sungguh, nescaya akan menjadi pandai juga.
Lelar makan di upih, lagi putih lagi dikeruk. Perbuatan yang dilakukan kerana nafsu akhirnya akan mendatangkan bencana dan penyesalan.
Lemah (= lunak) tersudu, keras tak tertakik. Orang yang teguh pendiriannya. (takik = toreh pada kayu.)
Lemah liat kayu akar, dilentur boleh dipatah tak dapat. Pada lahirnya kelihatan lemah tetapi sebenarnya tidak dapat dipengaruhi atau dipermain-mainkan.
Lemah melapis condong menopang. Tolong-menolong satu sama lain.
Lemah-lembut lintah, melekat payah lucut. Orang yang lemah-lembut lakunya tetapi susah hendak melepaskan sesuatu yang telah diperolehnya.
Lemah-lembut santan berlada. Perkataan yang lemak manis tetapi berisi sindiran yang pedas.
Lemak manis jangan ditelan, pahit jangan dimuntahkan. Sesuatu nasihat itu hendaklah difikirkan masak-masak buruk baiknya, sedangkan kecaman janganlah pula ditolak mentah-mentah.
Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang. Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.
Lemak penyelar daging. . (penyelar = penggoreng.) Memboroskan harta benda tuannya
Lembah diraih, pantai dititi. Sikap yang bijaksana, dalam mengeluarkan sesuatu perintah. (raih = tarik.)
Lembu dogol jangan dibalun. Orang yang tiada melawan jangan diusik, nanti dia melawan bersungguh-sungguh.
Lempar bunga dibalas lempar tahi. Kebaikan dibalas dengan kejahatan.
Lempar(kan) batu sembunyi(kan) tangan. Berbuat jahat kepada orang, lalu pura-pura tidak tahu.
Lemukut di tepi gantang. Sesuatu yang tidak dihargakan sangat.
Lengan bagai lilin dituang. Lengan yang cantik.
Lenggang bagai sirih jatuh, tak tahu di tampuk layu. Orang yang tidak sedarkan kekurangan dirinya.
Lenggang lenggok bagai cupak hanyut. Gaya langkah yang lemah-lembut.
Lenggang patah sembilan. Gaya langkah yang lemah-lembut.
Lengkuas di tepi kandang, tekak (= tegak) puas badan menyandang. Tiap-tiap yang salah haruslah menerima hukuman yang setimpal.
Lepas bantal berganti tikar. Kahwin dengan saudara atau keluarga isteri yang sudah meninggal.
Lepas kaki leher terjerat. Orang jahat yang sudah tidak dapat menyembunyikan kejahatannya lagi.
Lepas putih hitam tak dapat. Yang diharapkan tak dapat, sedang apa yang telah ada, hilang.
Lepas topan (taufan) paksa baik.
(paksa = kesempatan, waktu.)
Habis kesusahan timbullah kesenangan.
Lesung mencari antan (= alu). Perempuan mencari lelaki.
Lewat di manis, masam; lewat di harum, busuk. Hilang yang baik, timbul yang jahat.
Licin bagai basuh perahu. Menderita kerugian.
Licin bagai belut. Tidak mudah ditipu atau ditangkap.
Licin kerana minyak berminta, elok kerana kain berselang. Gagah atau angkuh kerana harta orang lain. (selang = pinjam.)
Lidah bercabang. Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Lidah biawak. Selalu berubah-ubah, tidak dapat dipercayai.
Lidah terganjal. Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
Lidah terkalang. Tidak dapat membantah sesuatu permintaan orang kerana telah berhutang budi dan sebagainya.
Lidah tidak bertulang, salah petik jiwa hilang.
(petik = gerak lidah.)
Orang yang mendapat kemalangan kerana tiada tahu menjaga tutur katanya.
Lidah tidak bertulang. Mudah berjanji tetapi mudah pula mengubah janjinya itu.
Lidahnya masin. Perkataannya diturut, permintaannya diterima.
Lihat anak pandang menantu. Menganggap orang lain sama saja dengan dirinya sendiri.
Limau masak sebelah, perahu karam sekerat. Hukuman yang berat sebelah kerana memandang orang, kedudukan dan sebagainya.
Linggi diserang, Riau yang alah. Menyerah tanpa berjuang.
Longgar sendat, lapang bertukul. Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya.
Lonjak sebagai labu dibenam. Sombong, angkuh.
Lubuk (men)jadi pantai, pantai (men)jadi lubuk. Nasib manusia tiada tetap, ada masanya orang kaya menjadi miskin dan orang miskin menjadi kaya.
Lubuk akal lautan (= tepian) ilmu (= budi). Sangat luas dan banyak pengetahuan.
Lubuk dalam si kitang-kitang yang empunya.
(kilang-kilang = sejenis ikan laut.)
Masing-masing orang itu dengan daerahnya sendiri-sendiri.
Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah), luka di hati siapa tahu? Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.
Luka sudah hilang, parutnya tinggal juga. Orang yang berselisih itu meskipun sudah berdamai tetapi kenangan-kenangannya masih teringat juga.
Luka tangan kerana berebutkan tembikar pecah. Mendapat bahaya kerana berebutkan perempuan jahat.
Lulus (= lalu) jarum, lulus (= lalu) kelindan. Apabila usaha yang pertama telah berhasil, maka usaha yang berikutnya pun akan tercapai juga. (lulus = masuk)
Lulus tabuh perhatian. Hati lapang dan lega; sangat suka. (tabuh perhatian = tabuh untuk maklumat.)
Lulus tidak berselam, hilang tidak bercari. Orang yang menderita sengsara, tetapi tidak ada yang mahu menolong. (lulus = maksudnya terbenam dalam air.)
Lunak disudu, keras ditakik. Yang menurut dilakukan dengan lemah lembut, sedang yang melawan harus dikerasi.
Lunak gigi daripada lidah. Merendahkan diri; bersikap lemah-lembut.
Lupa ketinggalan, terlelap kemalingan.
(lelap = tidur; kemalingan = kecurian.)
Kurang hati-hati mengakibatkan kerugian.
Lupa mengingatkan, terlelap menjagakan. Ingat mengingatkan antara orang yang bersahabat.
Lupak (men)jadi perigi (= telaga). Orang miskin menjadi orang kaya.
Lurah dituruni, bukit didaki. Gigih; tak mengenal lelah; azam yang kuat.
Lurah juga diturut air, bukit juga dilejang panas. Orang yang berpengaruh juga yang mendapat penghormatan dan orang yang biasa jahat pula yang selalu dituduh.
Lurah tidak terturuni, bukit tidak terdaki. Teramat tua dan daif.
Luruh upih pergam datang; suruh putih hitam datang. Lain yang dihajatkan lain yang diperoleh.
Lurus bagai piarit.
(piarit = serampang, seruit.)
Kelihatannya baik, tetapi di dalam hatinya jahat
Lurus lubang lurus penjolok.
(penjolok = galah untuk menjolok.)
Pemerintahan dalam sesuatu negara itu haruslah adil, walaupun keras hukumannya.
Lurus sebagai sumpitan. Lurus hati benar.
Lurus sumpitan hendak mengena. Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya. Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat.
Lurus-lurus sumpitan. Tipu muslihat untuk mencari keuntungan diri sendiri.
Lutung (lotong) kekah kumput jarinya; kembung sengal kentut jadinya.
(kumput = rompang, kudung; kekah = kerkah, menggigit, memakan.)
Kesudahan bagi orang yang mencari kehidupan itu ialah kesenangan

M

Peribahasa Maksud
Mabuk di enggang lalu. Sangat tertarik hatinya kepada orang yang belum dikenal.
Mabuk kerana beruk berayun. Gilakan wanita cantik yang tak mungkin didapat; asyik melihat sesuatu yang tidak berguna.
Macam anak dara tak datang tunangnya. Selalu membengkalaikan pekerjaan; membuat kerja tidak pernah siap; terlalu lambat.
Macam betung seruas. Terlalu jujur; lurus hati.
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. Orang bodoh yang banyak bualnya.
Macam kepiting jalan. Orang yang berjalan miring.
Macam kera kelaparan. Orang tua yang bibirnya selalu berkomat-kamit.
Macam kikir besi. Orang kaya yang bakhil.
Macam memegang tali layang-layang. Orang yang berkuasa dalam penghidupan orang perseorangan ataupun orang banyak.
Macam orang biduk. Orang yang makan dan minum bersama-sama tetapi bayar sendiri-sendiri.
Macam terambil di nan kurang. Berdukacita tanpa sesuatu sebab. (di nan = pada yang.)
Macam timun dengan durian: menggelek luka, kena gelek pun luka. Perlawanan yang tidak seimbang (orang kecil melawan orang yang berkuasa).
Macam ular kekenyangan. Orang yang buncit perutnya sehingga berjalannya pun sudah tidak betul lagi.
Madu satu tong jika rembes; rembesnya madu juga. Jika asalnya naik, maka turunannya pun baik juga. (rembes = meresap keluar.)
Mahal dibeli sukar dicari. Sesuatu yang amat susah diperoleh.
Mahal imam murahlah kitab; mahal demam murah sakit. Sungguhpun orang tidak suka akan penyakit tetapi jaranglah ada orang yang dapat mengelakkannya.
Mahal tak dapat dibeli, murah tak dapat diminta. Sesuatu yang amat susah diperoleh.
Main air basah, main api letur, main pisaui luka. Tiap-tiap perbuatan atau pekerjaan akan meninggalkan akibatnya.
Main akal (= budi). Mengenakan tipu daya.
Main badar, main gerundang. Hendak meniru-niru perbuatan orang besar-besar akhirnya diri sendiri juga yang binasa.
Majlis di tepi air, merdesa di perut kenyang. (majlis = bersih; merdesa = orang pemilih makanan.) Orang yang berada dengan mudah dapat memilih apa yang diingininya.
Makan bersabitkan. Mendapat makan dan minum tanpa bekerja.
Makan bubur panas-panas. Bertindak dengan tergesa-gesa, akhirnya mengecewakan.
Makan di luar berak di dalam. Mengkhianati tempat mendapat perlindungan.
Makan hati, berulam jantung. Bersusah hati kerana perbuatan orang lain yang menyedihkan hati.
Makan keringat orang. Mengecap kesenangan dengan jalan memeras orang lain.
Makan masak mentah. Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.
Makan nasi kawah. Hidup memburuh; dalam peliharaan orang tua.
Makan nasi suap-suapan, tetapi menyambut puan kosong. Kahwin menurut adat perkahwinan biasa tetapi kemudian ternyata perempuan itu sudah bukan anak perawan lagi.
Makan upas berulam racun. Senantiasa hidup dalam kesusahan. (upas = racun.)
Makanan enggang hendak dimakan oleh pipit. Hendak menyama-nyamai kebiasaan orang yang mulia atau kaya.
Makin banyak orang, makin banyak niat. Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.
Makin murah, makin menawar. Makin diberi, makin banyak lagi yang diminta.
Maksud bagai maksud manau. Maksud yang melebihi kesanggupan.
Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai. Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.
Malam berselimut embun, siang bertudung awan. Sangat melarat dan miskin, tiada mempunyai rumah tangga.
Malang celaka Raja Genggang, tuak terbeli tunjang hilang. Nasib yang malang, waktu maksud yang kedua diperoleh, barang yang sudah di tangan pula hilang. (tuak = nira yang diberi beragi; tunjang = kaki.)
Malang Pak Kaduk, ayamnya menang kampung tergadai. Orang yang benar-benar malang nasibnya, segala sesuatu yang dimilikinya habis belaka.
Malang tak berbau. Kecelakaan yang terjadi dengan tiba-tiba.
Malang tak boleh ditolak, mujur tak boleh diraih. Nasib buruk tak dapat dihindarkan, nasib baik tak dapat dicari-cari.
Malang tiada datang tunggal. Malang yang bertimpa-timpa.
Malas bergarit, perut perit. Malas berusaha tentulah kelaparan. (garit = gerak, perit = pedih.)
Malu berani, mati takut. Pengecut.
Malu bertanya sesat di jalan, malu berdayung (= berkayuh) perahu hanyut. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
Malu makan, perut lapar. Kalau segan berusaha tak akan mendapat kemajuan.
Malu, kalau (= jikalau) anak harimau menjadi anak kambing. Tidak patut anak orang baik-baik menjadi bodoh; atau anak orang berani menjadi penakut.
Mamah dulu kemudian telan. Sesuatu pekerjaan itu hendaklah dilakukan menurut peraturannya.
Mana ada buluh tidak berbuku? Tak ada sesuatu yang sempurna benar.
Mana busuk yang tidak berbau? Tak ada kejahatan yang dapat disembunyikan selama-lamanya.
Mana kerbau yang bencikan kubangnya? Orang yang biasa berbuat jahat tak dapat melupakan tempat ia bersuka ria.
Mana sungai yang tiada berhulu? Mana kaum atau puak yang tidak ada asal keturunannya?
Mana tali berpunca tak berhujung? Siapakah yang tidak akan menghadapi mati?
Mandi dalam cupak. Sesuatu keadaan yang menyebabkan serba salah.
Mandi di telaga di tepi jalan, bersunting bunga tahi ayam. Orang lelaki yang suka kepada perempuan jahat.
Mandi tak basah. Orang yang keras hati; terlalu rindu.
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek. Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.
Manikam sudah menjadi sekam. Tidak berguna lagi; tidak berharga lagi.
Manis bagai gula Jawa. Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.
Manis laksana gula Sarawak. Persesuaian dalam segenap hal-ehwal.
Manis seperti (= laksana) gula derawa. Dua orang suami isteri yang sama-sama elok rupa parasnya. (gula derawa = air gula.)
Manis udang, maka ketam direbus tak merah? Menipu dengan mengubah-ubahkan perangai, kelakuan atau rupanya.
Manusia punya asa, Tuhan punya kuasa. Manusia hanya boleh berharap, tetapi Tuhan berkuasa berbuat sesuatu yang dikehendakinya.
Manusia tahan kias, binatang tahan palu. Mengajar manusia dengan sindiran, mengajar binatang dengan pukulan.
Manusia tertarik oleh tanah airnya, anjing tertarik oleh piringnya. Orang yang berakal jauh pandangannya, orang yang bodoh hanya kepentingan dirinya sajalah yang diperlukan.
Mara hinggap mara terbang, mara bergesel sambil lalu, enggang lalu ranting patah. Tidak bersalah tetapi ikut terlibat dalam sesuatu kesalahan.
Mara jangan dipikat (= dipukat), rezeki jangan ditolak. Bahaya jangan dicari-cari, rezeki meskipun sedikit haruslah diterima dengan syukur.
Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah. Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
Marahkan telaga yang kering, timba dipecahkan. Jikalau seseorang itu tidak dapat menolong, mintalah pertolongan daripada orang lain pula.
Marahkan tikus rengkiang dibakar. Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan.
Masa lagi rebunglah hendak dilentur, jangan dinantikan sampai menjadi [[buluh|aur]]. Masa kecillah diajar dan dididik, jangan ditunggu sampai sudah besar.
Masak di luar mentah di dalam. Kelihatannya baik tetapi di dalam atau keadaan yang sebenarnya jahat.
Masak durian, masak manggis. Perbandingan antara lelaki yang tidak dapat menyembunyikan rahsia hatinya dengan perempuan yang dapat menyembunyikan rahsianya sehingga tiada diketahui orang.
Masak malam mentah pagi (= siang). Perkara yang sudah selesai, tetapi tak lama kemudian berubah pula.
Masam bagai nikah tak suka. Berdukacita. (masam = merengus, bersut.)
Masih berbau pupuk jerangau. Belum ada pengalaman.
Masin lagilah garam sendiri. Sanak-saudara atau kaum kerabat lebih dipentingkan daripada orang lain.
Masuk ambung tak masuk bilang. Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).
Masuk bagai (= sebesar) lubang penjahit, keluar bagai (= sebesar) lubang tabuh. Besar belanja daripada penghasilan.
Masuk di dalam kawan gajah berdering. Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan. (berdering = bunyi genta.)
Masuk geronggang bawa pelita. Kalau akan membuat sesuatu pekerjaan yang tidak diketahui, hendaklah ditanya atau diminta pimpinan daripada orang yang ahli. geronggang = rongga di dalam batu atau kayu, gua gelap.)
Masuk ke dalam kandang [[kambing]] mengembik, masuk ke dalam kandang kerbau menguak. Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan.
Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang. Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.
Masuk ke negeri orang bertanamlah ubi, jangan bertanam tembilang. Jika pergi merantau ke negeri asing hendaklah mencari sesuatu yang berguna (harta, ilmu pengetahuan dan sebagainya), jangan membuang-buang waktu dengan percuma.
Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri. Nasihat atau pelajaran yang tidak dimasukkan ke dalam ingatan.
Masuk langau ke mulutnya. Terhairan-hairan, sehingga mulutnya ternganga-nganga.
Masuk lima keluar sepuluh. Besar belanja daripada penghasilan.
Masuk meliang penjahit, keluar meliang tabuh. Besar belanja daripada penghasilan.
Masuk sarang harimau. Termasuk ke dalam bahaya besar.
Masuk tak genap, keluar tak ganjil. Orang yang tidak berharga dalam masyarakat.
Menconteng arang di muka. Perbuatan memberi malu / aib.

Sirih pulang ke gagang

Pautan luar


Senarai peribahasa mengikut huruf
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z .