Perigi pokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok cypress melindungi tanah di sekelilingnya, mewujudkan perigi pokok.


Perigi pokok adalah sebuah kawasan kosong di bawah pokok yang mengumpulkan salji kurang tepu. Juga dikenali sebagai "jerangkap fir[terjemah 1]", kawasan lindungan ini merupakan kawasan bahaya kepada pendaki, pemakai kasut salji, peluncur ski, dan peluncur papan salji jika terjatuh ke dalamnya.

Pembentukan[sunting | sunting sumber]

Dahan pokok akan melindungi batangnya dari salji, membenarkan kawasan kosong atau kawasan salji longgar terbentuk. Dahan bergantung rendah seperti pada fir kecil terus menyumbang kepada membentuk perigi pokok, kerana dahan cekap melindungi kawasan sekitar batang. Telaga itu telah dikaji sedalam 20 kaki.[1] Pembentukan ini juga boleh berlaku berhampiran batu dan di sepanjang sungai.

Telaga pokok mungkin ditemui dalam kawasan terpencil, di denai tidak rata, keluar trek ski, dan pada sempadan tidak rata / trek ski. Risiko menghadapi satu adalah besar semasa dan sebaik sahaja selepas ribut salji berat.

Bahaya[sunting | sunting sumber]

Mangsa boleh terperangkap di telaga pokok dan tidak berupaya untuk membebaskan diri mereka. Dalam dua eksperimen yang dijalankan di Amerika Utara 90% daripada sukarelawan ditempatkan sementara di telaga pokok tidak dapat untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.[1]

Kerap kali mangsa berakhir di dalam telaga kepala dahulu, merumitkan usaha menyelamat. Selalunya mereka tercedera dalam proses itu, mengalami terkehel atau konkusi. Apabila maut, jenis kejadian ini dipanggil sebagai Kematian Berkaitan Penimbusan Bukan Runjuhan Salji[terjemah 2] (NARSID).[1]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spruce: Sejenis pokok fir
  2. ^ Non-Avalanche Related Snow Immersion Death

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Tree well and deep snow safety". NW Avalanche Institute. Dicapai pada 2007-12-18.