Peringatan untuk Yang Terkorban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tugu kebangsaan di Dataran Dam di Amsterdam

Pengingatan untuk Yang Terkorban (bahasa Belanda: Dodenherdenking) diadakan setiap tahun pada 4 Mei di Belanda. Ia memperingati semua orang awam dan anggota tentera Kerajaan Belanda yang telah meninggal dunia ketika perang atau misi menjaga keamanan sejak berlakunya Perang Dunia II.

Sehingga 1961, peringatan tersebut hanya untuk mangsa-mangsa Belanda pada Perang Dunia Kedua. Sejak 1961, mangsa-mangsa konflik ketenteraan lain (seperti tindakan pihak polis Belanda) di Hindia Belanda) dan misi perjanjian damai (seperti di Lubnan atau Bosnia) juga diperingati pada 4 Mei.

Pada asalnya, majlis-majlis utama diadakan di Amsterdam di tugu kebangsaan di Dataran Dam. Majlis ini biasanya dihadiri anggota kabinet dan kerabat diraja, ketua tentera, wakil gerakan penentangan dan kumpulan sosial lain. Pada jam 8.00 malam, waktu bertafakur dua minit dipatuhi di seluruh Belanda. Sejak Mei 4 1994, bendera-bendera, yang digantung pada setengah-tiang bendera di siang hari, dinaikkan ketika nada suara Wilhelmus, lagu kebangsaan Belanda, dimainkan.

Walaupun majlis-majlis utama mendapat kebanyakan perhatian dari media, ada juga majlis-majlis di bandar-bandar dan tempat-tempat lain, seperti Waalsdorpervlakte dekat Den Haag di mana banyak pejuang penentangan Belanda dihukum mati sewaktu perang. Dalam banyak pekan, sebelum atau setelah dua minit kesunyiannya, orang berkumpul di sekeliling sebuah tugu, mendengar ucapan, dan menaburkan bunga untuk mengingati yang telah terkorban.

Hari keesokannya, pada 5 Mei, orang Belanda menyambut pembebasan dari pendudukan Jerman di antara 1940 dan 1945.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]