Perintah (pengkomputan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam bidang pengkomputan, perintah ialah turutan maklumat yang dimasukkan sebagai arahan kepada atur cara komputer yang bertindak mentafsir untuk komputer tersebut[1] melakukan sesuatu tugas yang tertentu. Lebih biasa, ia merupakan arahan kepada antara muka garis perintah, misalnya cangkerang.

Istilah "perintah" terutamanya digunakan dalam bahasa komputer imperatif. Bahasa ini dipanggil sedemikian kerana kenyataannya biasanya ditulis dengan cara yang agak serupa dengan modus imperatif yang digunakan dalam banyak bahasa sejadi. Jika seseorang memperlihatkan kenyataan bahasa imperatif sebagai serupa dengan ayat dalam bahasa sejadi, maka perintah seolah-olah merupakan kata kerjanya.

Banyak atur cara membenarkan bendera (argumen terformat yang khusus) mengubah suai tindakan lalai perintah, manakala argumen tambahan memerihalkan apa yang menerima tindakan perintah tersebut. Membandingkannya dengan bahasa asli, bendera ialah adverba, manakala argumen-argumen yang lain ialah objek.

Dua contoh yang diberikan kepada pentafsir garis perintah (cangkerang Unix) adalah seperti yang berikut:

  • cd /home/pete
Perintah ini mengubah tempat pengguna dalam pepohon direktori daripada kedudukan terkini kepada direktori /home/pete. "cd" ialah perintah, manakala "/home/pete" ialah argumen.
Perintah ini mencetak teks hello pada strim output piawai yang, dalam kes ini, akan mencetak teks pada skrin. "echo" ialah perintah, manakala ""Helo Dunia"" ialah argumen. Tanda petikan telah digunakan untuk melarang "Helo" dan "Dunia" diolah sebagai argumen yang berasingan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "perintah". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 63. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)