Perisai kenderaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sturmgeschütz III dangan perisai tambahan

Kenderaan tentera biasanya berperisai bagi menahan hentaman serpihan, peluru, peluru berpandu, atau bedilan, melindungi orang di dalam dari tembakan musuh. Kenderaan sedemikian termasuk kereta kebal, kapal terbang, dan kapal.

Kenderaan awam juga mungkin dipasang perisai. Kenderaan sedemikian termasuk kereta yang digunakan oleh pemberita, pegawai dan yang lain dalam zon pertikaian atau di mana jenayah ganas biasa berlaku, dan kenderaan pemimpin negara. Kereta berperisai juga biasanya digunakan oleh firma keselamatan bagi mengangkut wang atau barangan bernilai bagi mengurangkan risiko rompakan lebuh raya, atau rampasan kargo.

Perisai juga boleh digunakan bagi kenderaan dari ancaman selain serangan dengan sengaja. Sesetengah kapal angkasa dilengkapi dengan perisai khas bagi melindunginya dari hentaman dari meteor halus atau serpihan sampah angkasa. Helikopter mungkin membawa perisai dalam bentuk dinding perangkap serpihan yang dibina pada rangka turbin gas bagi mengelak kecederaan atu kerosakan pada kerangka sekiranya roda pemampat/turbin terlerai.[1]

Rekabentuk dan tujuan kenderaan menentukan jumlah kepingan perisai yang dibawa, kerana kepingan perisai seringkali amat berat dan jumlah perisai melampau akan menghadkan pergerakan.

Perisai kenderaan kadang kala dipertingkat dalam persengketaan bersenjata. Semasa Perang Dunia II, krew kereta kebal A.S. mempateri sebahagian gelung trek kereta kebal pada badan kereta kebal Stuart, Grant, dan Sherman mereka.[2] Dalam Perang Vietnam, "lori bersenjata" A.S. dilindungi dengan beg pasir dan kepingan perisai keluli buatan tempatan.[3] Lebih terkini, HUMVEE berperisai tentera Amerika Syarikat di Iraq dan pelbagai kenderaan pengangkut tentera dipasang perisai tambahan dari bahan buangan: yang kemudiannya dikenali sebagai perisai hillbilly atau perisai "haji" oleh tentera Amerika.[2]

Kenderaan Tempur Berperisai[sunting | sunting sumber]

Kenderaan berperisai paling kukuh hari ini adalah kereta kebal barisan hadapan, yang merupakan pasukan hadapan tentera darat, dan direka bagi kebal peluru berpandu anti-kereta kebal, penembus tenaga kinetik, ancaman senjata NBC dan dalam sesetengah kereta kebal juga terhadap peluru meriam trejektori curam (steep-trajectory shells). Kereta kebal Merkava Israel direka dalam cara setiap komponen kereta kebal berfungsi sebagai perisai sokongan tambahan bagi melindungi krew. Perisai luar berbentuk modular dan membolehkan perisai rosak digantikan dengan pantas.

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Bagi keberkesanan, perisai terberat pada kenderaan tempor berperisai (armoured fighting vehicle -AFV) diletakkan di bahagian hadapan. Taktik kereta kebal memerlukan kenderaan sentiasa menghadap arah ancaman tembakan pihak musuh seberapa boleh, walaupun dalam operasi pertahanan atau pengunduran.

Perisai cerun (Sloped armour) dan melengkung boleh meningkatkan perlindungannya. Diberikan ketebalan tetap kepingan perisai, projektil menghentam pada sudut perlu menembusi perisai lebih tebal berbanding yang menghentam secara sudut tepat. Permukaan bersudut meningkatkan kemungkinan melantunkan projektil. Ini boleh dilihat pada reka bentuk badan-vl, yang mengarah kuasa peranti letupan dipertingkat atau periuk api jauh dari ruang krew, meningkatkan kemandiran krew.[4]

Skrin perisai tambahan (Appliqué armour) kadang kala dipasang atau dipetri pada kenderaan berperisai bagi meningkatkan perlindungannya.

Bermula sejak Perang Dingin, kebanyakan AFV memiliki lapik serpihan (spall liner) dalam perisai, direka bagi melindungi krew dan peralatan di dalam dari serpihan terhasil dari hentaman peluru musuh, terutama peledak kepala penyek letupan tinggi (high explosive squash head). Lapik serpihan dihasilkan dari Kevlar, Dyneema atau bahan seumpama dengannya.

Perisai jarak (Spaced armour)[sunting | sunting sumber]

Perisai dengan dua atau lebih kepingan perisai dengan ruang diantaranya, dikenali sebagai perisai jarak (spaced armour), apabila cerun mengurangkan kuasa robekan peluru dan tembakan padu kerana selepas menembusi setiap kepingan peluru tersebut cenderung untuk berputar, melantun, berubah bentuk, atau hancur sedangkan tanpa kecondongan akan mengurangkan perlindungan yang diberikan oleh perisai. ia juga meletupkan projektil berisi bahan letupan sebelum ia sampai pada kepingan perisai dalaman. ia telah digunakan sejak Perang Dunia Pertama, di mana ia digunakan pada kereta kebal Schneider CA1 dan kereta kebal St Chamond. Banyak kereta kebal jerman pada pertengahan dan pengakhir Perang Dunai Kedua memiliki perisai jarak dalam bentuk skirt perisai, untuk menjadikan perisai sisi lebih nipis mereka lebih berkesan menghalang tembakan kereta kebal..

Prinsip perisai jarak melindungi dari projektil anti-kereta kebal berkuasa tinggi - (high explosive anti-tank - HEAT) yang mencipta jet tertumpu logam berplastik, amat berkesan pada titik tumpuan, tetapi kurang berkesan bagi melebihi titik tersebut. Kepingan perisai nipis, malah jaringan logam, lebih ringan berbanding perisai perlindungan sepenuhnya, boleh dilekatkan sebagai skirt sisi atau skirt turet pada kereta kebal dan kenderaan berperisai lain. Perisai ringan ini meledakkan kepala peledak terlebih awal dengan itu jet logam cair ditumpukan jauh di hadapan perisai utama, dengan itu menjadi kurang berkesan. Perisai persediaan yang dikilangkan dan dipertingkatkan telah diperkenalkan semasa Perang Dunia Dua bagi pertahanan terhadap senjata Bazooka, Panzerfaust, dan HEAT yang lain.

Sebagai tindak balas kepada kepala peledak HEAT yang semakin berkesan, perisai ruang siap bina diperkenalkan pada 1960-an bagi Leopard 1 Jerman. Terdapat rongga di dalam perisai jenis ini, meningkatkan jarak perjalanan dari luar ke ruang dalam bagi berat tertentu, untuk mengurangkan kuasa perobekan peletup bentuk (shaped charge). Dadang kala permukaan dalaman rongga ini curam, memberikan sudut kepada laluan jangkaan pada jet peletup bentuk agar melemahkan lagi kuasanya. Sebagai contoh, berat perisai tertentu boleh disebarkan dalam dua lapisan setebal 15 cm (6 inci) dan bukannya satu lapisan 30 cm (12 inci), memberikan perlindungan lebih baik terhadap letupan bentuk (shaped charges).

Hari ini, kenderaan berperisai ringan memasang kepingan palang logam, dikenali sebagai perisai slat atau perisai sangkar, dan sesetengah kereta kebal utama membawa skirt getah bagi melindungi sistem gantungan dan perisai bawah hadapan yang agak rapuh.

Perisai Whipple menggunakan prinsip perisai jarak bagi melindungi kapal angkasa dari hentaman mikrometeor amat laju. Hentaman dengan dinding pertama mencairkan atau memecahkan partikle, menyebabkan serpihannya tersebar pada kawasan lebih luas apabila menghentam dinding berikutnya.

Perisai Cerun[sunting | sunting sumber]

Perisai cerun adalah perisai yang dipasangkan pada sudut yang tidak melintang dan tidak menegak, biasanya pada kereta kebal dan kenderaan tempor berperisai lain. Mengambil kira permukaan perisai, ketebalan normal kepingannya, peningkatan sudut perisai meningkatkan tahap perlindungan perisai dengan meningkatkan ketebalan yang diukur pada sudut melintang, dengan mengambil kira kepadatan perisai, perlindungan boleh dipertingkatkan atau dikurangkan melalui kesan condong, bergantung kepada bahan perisai yang digunakan dan kualiti projektil yang menghentamnya. Peningkatan perlindungan terhasil dengan meningkatkan kecondongannya sementara mengekalkan ketebalan kepingan perisainya, disebabkan peningkatan sejajar kawasan kepadatan dan dengan itu jisim, dan dengan itu tidak menawarkan pengurangan berat. Dengan itu kemungkinan kesan lain seperti melantun dan meremok projektil, merupakan sebab menggunakan perisai condong dalam rekabentuk kenderaan berperisai. Tujuan lain adalah fakta bahawa perisai condong adalah cara lebih berkesan bagi merangkumi isipadu tertentu dengan perisai; dengan itu mengurangkan isipadu dalaman kenderaan, menyingkir ruang yang tidak digunakan, dengan itu mengecilkan saiz kenderaan dan dengan itu jisim. Sudut tertajam biasanya dilihat pada kepingan ruang hadapan, disebabkan ia merupakan bahagian paling berkemungkinan ditembak dan terdapat lebih banyak ruang pada arah longtitude kenderaan untuk condong.

Perisai Sebatian[sunting | sunting sumber]

Perisai sebatian adalah perisai yang terdiri dari dua atau lebih lapisan bahan dengan perbezaan ciri-ciri kimia yang besar; keluli dan seramik adalah jenis paling biasa dalam perisai sebatian. Perisai sebatian pada awalnya dimajukan pada 1940-an, sungguhpun ia tidak mula berkhidmat sehingga lama kemudian dan contoh awal sering kali diabaikan berbanding perisai lebih baru seperti perisai Chobham. Keberkesanan perisai sebatian bergantung kepada komposisinya dan mungkin berkesan terhadap perobek tenaga kinetik dan juga munasi letupan bentuk; logam berat kadang-kala dimasukkan dengan khusus bagi perlindungan dari perobek tenaga kinetik.

Perisai reaktif (Reactive armour)[sunting | sunting sumber]

Perisai reaktif letupan (Explosive reactive armour), pada awalnya dimajukan oleh penyelidik Jerman, Manfred Held yang bekerja di Israil, dengan menggunakan lapisan bahan letupan berkuasa tinggi dilapis antara kepingan keluli. Apabila kepala peledak letupan bentuk menghentam, bahan letupan meledak dan menolak kepingan besi kepada kepala peledak, mengganggu aliran tujahan perobek logam cair (biasanya tembaga pada suhu sekitar 500 darjah Selsius; ia boleh dijadikan mengalir seperti air dengan tekanan bersesuaian). Ia kurang berkesan terhadap perobek kinetik. Perisai reaktif menimbukan ancaman kepada tentera sahabat berhampiran kenderaan.

Perisai reaktif tidak meletup (Non-explosive reactive armour) adalah perisai ruang maju yang menggunakan bahan yang menukar geometri mereka bagi meningkatkan perlindungan semasa tekanan hentaman.

Sistem perlindungan aktif menggunakan penderia bagi mengesan projektil yang datang dan melancar projektil tangkis dengan letupan pada laluannya.

Perisai sangkar[sunting | sunting sumber]

Jentolak berperisai Caterpillar D9 Pasukan Pertahanan Israel (Israel Defense Forces - IDF) dengan perisai slat. Perisai D9 menangkis roket RPG malah 9K11 Malyutka (AT-3 Sagger) ATGM.
Perisai sangkar pada Pembawa Tentera Berperisai M113.

Perisai sangkar juga dikenali sebagai perisai jerjak, perisai slat, dan perisai standoff merupakan jenis perisai kenderaan yang direka bagi melindungi terhadap serangan grened lancaran roket (rocket-propelled grenade - RPG). Ia berfungsi dengan meletakkan halangan kaku mengelilingi kenderaan yang menyebabkan kepala peledak letupan bentuk, yang menggunakan letupan berbentuk dan bukannya tenaga kinetik, untuk meletup pada jarak agak selamat.[5] Ia mampu ditewaskan dengan reka bentuk peletup berganda (tandem-charge) seperti RPG-27 dan RPG-29.[6]

Perisai bercaj eletrik[sunting | sunting sumber]

Perisai bercaj eletrik adalah pembangunan terkini di United Kingdom oleh Defence Science and Technology Laboratory. Satu kenderaan dilengkapi dengan dua dinding nipis, diasing oleh bahan penebat. Kulit luar mempunyai caj eletrik yang kuat, sementara dinding dalam dibumikan. Sekiranya jet HEAT yang datang menembusi kulit luar dan membentuk jambatan antara dinding, lepasan eletrik melalui jet tersebut mengherotkannya. Ujian sehingga kini amat memberangsangkan, dan ianya diharap sistem yang dipertingkat mampu melindungi dari perobek KE. Pemaju dari siri kenderaan berperisai Future Rapid Effect System - FRES sedang menimbang teknologi ini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Containment Device | Transport Armor : Pinnacle Armor - Body Armor and Armoring Products
  2. ^ a b Moran, Michael. "Frantically, the Army tries to armour Humvees: Soft-skinned workhorses turning into death traps," MSNBC, April 15, 2004.
  3. ^ Gardiner, Paul S. "Gun Trucks: Genuine Examples of American Ingenuity," Diarkibkan 2007-11-02 di Wayback Machine Army Logistician, PB 700-03-4, Vol. 35, No. 4, July-August 2003, Army Combined Arms Support Command, Fort Lee, Virginia. ISSN 0004-2528
  4. ^ "Winds of Change.NET: In Praise of Senator Biden: Survivable Rides for the Troops". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-18. Dicapai pada 2009-01-22.
  5. ^ "Slat Armour for Stryker". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-30. Dicapai pada 2009-01-22.
  6. ^ BAE’s LROD Cage Armor

Pautan luar[sunting | sunting sumber]