Periuk api Claymore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Periuk Api M18A1 Claymore

Bom M18A1 Claymore adalah sejenis bom (dikelaskan sebagai periuk api atau mine) yang digunakan dengan meluas di seluruh dunia. Bom Claymore ini diletakkan di atas tanah menghadap tempat di mana musuh dijangkakan berada dan apabila diletupkan akan melontarkan 700 biji bebola keluli sehingga jarak 100 meter di dalam satu lengkung seluas 60° di hadapan bom berkenaan. Bom ini digunakan dalam serang hendap dan sebagai pertahanan anti penyusupan. Ia juga boleh digunakan menentang kenderaan ringan tanpa perlindungan armor.

Bom ini menggunakan kesan Misznay-Schardin, yang mana mendapati bahawa apabila bahan letupan meletup dan bertemu kepingan besi waja, kuasa letupan itu akan diarahkan bertentangan arah kepingan besi itu. Selepas Perang Korea, tentera Amerika Syarikat memperbaiki rekaan Schardin menjadi bom Claymore yang melontarkan beratus-ratus bebola besi dengan sekali letupan. Bahagian belakang bom ini menggunakan besi untuk mengarahkan letupan ke arah hadapan.

Bom jenis M18A1 digunakan semasa Perang Vietnam. Bom M18A1 menggunakan bahan plastik berwarna hijau dengan perkataan "Front Toward Enemy" di atasnya. Bom ini panjangnya 21.5 cm, tinggi 8 cm dan mempunyai ketebalan 3.5 cm dan mempunyai dua kaki yang boleh dilaraskan.