Pemasak nasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Periuk nasi elektrik)
Periuk nasi elektrik.

Pemasak nasi (Jawi: ڤماسق ناسي) atau periuk nasi (Jawi: ڤريوق ناسي) ialah sejenis peralatan dapur yang digunakan khusus untuk memasak nasi ataupun bubur secara automatik. Ia terdiri daripada punca haba, bekas periuk untuk diletakkan beras, dan termostat yang menyukat suhu periuk dan mengawal haba. Periuk nasi yang lebih canggih mempunyai lebih banyak penderia dan komponen, serta bersifat serba guna dengan penambahan fungsi-fungsi istimewa yang lain.

Prinsip asas[sunting | sunting sumber]

Prinsip asas pengendalian periuk nasi elektrik

Kaedah memasak nasi secara tradisional memerlukan perhatian bagi memastikan nasi dimasak dengan sempurna. Periuk nasi elektrik memudahkan kerja menanak nasi dengan mengawal suhu dan masa memasak secara automatik.

Secara ringkasnya, sebuah periuk nasi elektrik terdiri daripada periuk yang boleh ditanggalkan dan elemen pemanas yang dikawal secara elektrik serta dipakejkan. Biasanya, periuk nasi elektrik hanya mempunyai satu suis sahaja bagi menghidupkan pemanas, tetapi model yang lebih canggih turut menyertakan kawalan elektronik.

Apabila suis penghidup ditekan, elemen pemanas akan memanaskan periuk nasi dengan sepenuh kuasa. Suhu air di dalam periuk nasi tidak akan melebihi takat didihnya (iaitu 100°C atau 212°F);[1] sebarang haba berlebihan pada periuk nasi akan kekal berkitar menyebabkan air terus mendidih. Suhu pemanas akan mula naik melebihi 100°C sebaik sahaja nasi mula mengering, menyebabkan termostat memutuskan litar elemen pemanas dari mod "memasak" ke mod "pemanas" dengan suhu tidak kurang daripada 65°C (150°F). Masa memasak nasi akan bertambah dengan meningkatnya kandungan air dalam muatan pemasak.

Masa[sunting | sunting sumber]

Masa memasak nasi bagi kebanyakan periuk nasi elektrik adalah dalam lingkungan antara setengah jam sehingga sejam. Sesetengah model yang lebih canggih berupaya mengira terbalik masa mula memasak daripada masa siap yang diberikan Masa yang diperlukan untuk memasak nasi bergantung kepada jumlah beras, kuasa elemen pemanas dan tekanan atmosfera, jadi ia tidak malar. Model pemasak tekanan tidak dipengaruhi tekanan atmosfera. Ciri-ciri khas membezakan antara model-model yang lebih canggih dengan model-model asas.

Jenis pemasak nasi[sunting | sunting sumber]

Pemasak nasi automatik terdiri daripada dua jenis utama mengikut jenis punca haba, iaitu periuk nasi elektrik dan periuk nasi gas. Kebanyakan pemasak nasi yang digunakan di rumah adalah daripada jenis elektrik. Bagi kegunaan komersial dan industri, ia boleh jadi sama ada jenis elektrik ataupun gas.

Kebanyakan pemasak moden mempunyai perumah berpenebat dan mekanisme pemanas. Apabila nasi sudah cukup masak, periuk nasi akan bertukar ke mod "pemanas" lalu mengelakkan nasi menjadi terlalu masak serta mengekalkan kehangatan nasi sehinggalah ia sedia untuk dihidangkan.

Periuk nasi elektrik[sunting | sunting sumber]

Periuk nasi elektrik 230VFail:Rice Cooker 230V with keep warm option.svgSuisFius habaLampu penunjuk ini akan menyala apabila punca kuasa disambungkan dan pemanas dimatikan.Lampu penunjuk ini akan menyala apabila pemanas dihidupkan.Sesetengah pemasak menggunakan dua unsur pemanas dengan kadaran voltan 115 volt setiap satu. Jika dikonfigurasikan untuk bekalan elektrik 115 volt, pemanas disambung secara selari; bagi bekalan elektrik 230 volt, pemanas disambung secara siri.Sesetengah pemasak menggunakan dua unsur pemanas dengan kadaran voltan 115 volt setiap satu. Jika dikonfigurasikan untuk bekalan elektrik 115 volt, pemanas disambung secara selari; bagi bekalan elektrik 230 volt, pemanas disambung secara siri.fiusMagnet kekal dipilih mengikut suhu Curienya. Apabila nasi siap dimasak, dasar periuk menjadi lebih panas kerana kehilangan air dan menyebabkan magnet mencapai suhu Curienya. Ia menyebabkan tuas dilepaskan dan spring menolak kembali tuas, menyebabkan pemanas dimatikan dengan mematikan suis.Bicu kuasa masukPenakung air mengumpul air yang terkondensasi.Pegas/spring ini menolak magnet dalam penutup aluminiumnya ke dasar periuk untuk memperoleh suhunya. Apabila periuk ditanggalkan atau kosong, ia sepatutnya terangkat dan mengalihkan magnet daripada tuas untuk mematikan pemanas.Pegas ini menolak magnet dalam penutup aluminiumnya ke dasar periuk untuk memperoleh suhunya. Apabila periuk ditanggalkan pegas kosong, ia sepatutnya terangkat dan mengalihkan magnet daripada tuas untuk mematikan pemanas.Pegas ini menarik tuas daripada magnet apabila magnet kehilangan kemagnetannya dengan mencapai suhu Curienya. Ia cukup jauh untuk tidak membolehkan magnet menarik tuas lagi, apabila suhu jatuh dan kemagnetan magnet kembali dengan menyejukkannya di bawah suhu Curie.Ini merupakan aras maksimum untuk mengisi beras ke dalam periuk.Apabila beras yang belum dimasak diisi ke dalam periuk, air diisi ke aras ini di atas beras.Jika air memasuki kawasan dengan komponen elektrik, ia akan disalirkan keluar di sini.Wap air dilepaskan di sini.Dengan pemegang, periuk nasi yang kosong boleh dialihkan atau dibuka.EngselMenekan suis ini akan menghidupkan pemanas; menariknya akan mematikan pemasak. Ia disambungkan ke tuas.Butang ini melepaskan penutup periuk untuk membukanya.Spring ini menutup periuk bagi memastikan wap air hanya keluar ke lubangnya sahaja. Jika terlebih tekanan, ia akan melepaskannya.Kesemua bahagian berpengalir yang boleh disentuh mestilah dibumikan untuk mencegah bahaya semasa kegagalan elektrik.
Periuk nasi elektrik 230V

Bagi kebanyakan periuk nasi elektrik rumah moden, model terkecil untuk seorang berupaya memasak secawan beras (180 ml), manakala model-model yang lebih besar boleh memasak sehingga 10 cawan. Sebagai satu sumber kekeliruan yang mungkin, spesifikasi moden dan nama mungkin menunjukkan sama ada kapasiti nasi yang sudah dimasak atau belum. Beras secara kasarnya mengembang dua kali ganda semasa dimasak; maka, 10 cawan beras yang belum dimasak boleh menghasilkan sehingga 20 cawan nasi yang sudah dimasak. Harga setiap model boleh jadi berubah-ubah mengikut jenama, kapasiti, ciri-ciri, bahan yang digunakan serta negara pengeluar.

Majoriti periuk nasi elektrik moden dilengkapi ciri kekal hangat, yang mengekalkan nasi pada suhu optimum untuk dihidangkan tanpa terlampau masak. Sesetengah periuk nasi gas juga mempunyai mekanisme kekal hangat elektrik. Sungguhpun demikian, kebergunaan ciri ini berkurangan mengikut waktu; ketuhar gelombang mikro boleh jadi lebih cekap tenaga atau lebih sesuai untuk memanaskan semula nasi yang sudah dimasak melebihi empat jam.

Sesetengah periuk nasi menggunakan pemanasan aruhan, dengan satu atau lebih pemanas aruhan memanaskan periuk secara terus. Ia berupaya meningkatkan kecekapan tenaga.

Kebanyakan periuk nasi elektrik menggunakan periuk yang diperbuat daripada aluminium. Terdapat juga sesetengah model yang menggunakan periuk keluli tahan karat dan bukannya aluminium. Pelbagai bahan lain, seperti kuprum, karbon tulen, seramik, dan salutan serbuk berlian mungkin digunakan untuk meningkatkan kekonduksian haba yang lebih tinggi ataupun perisa pada produk masakan akhir.

Model pemasak tekanan boleh menaikkan takat didih lebih tinggi daripada 100 °C pada 1.0 atm sehinggalah lebih kurang 110 °C pada 1.4 atm, lalu mempercepatkan proses penanakan. Model pemasak tekanan juga boleh digunakan di kawasan beraltitud tinggi di mana takat didih persekitaran berada di bawah 100 Celsius. Pemasak tekanan juga sesuai untuk menanak beras perang (yang mengandungi minyak dan serat dedak yang masak dengan cara yang berbeza daripada kanji beras putih tulen). Sesetengah periuk nasi tekanan mempunyai pelbagai mekanisme kawalan tekanan (dinamakan cara "dwitekanan") yang menghasilkan kitaran tekanan / pelepasan berulang semasa memasak.

Banyak model yang lebih canggih mempunyak kitaran memasak kawalan mikropemproses, yang sering digunakan untuk disesuaikan untuk memasak nasi atau jenis masakan lain.

Periuk nasi gas[sunting | sunting sumber]

Sebuah periuk nasi gas komersial. Untuk menggunakannya, tuas di sebelah kiri ditekan untuk menghidupkan penunu kecil bagi fungsi sedia dan kekal panas. Untuk mula memasak, tuas kanan ditekan bagi mengendalkkan penunu utama, yang mana apinya dinyalakan oleh penunu kecil. Seperti periuk nasi elektrik, tuas pemasak akan menendang secara automatik sebaik nasi sudah masak.

Periuk nasi gas selalunya mempunyai kapasiti yang lebih besar daripada periuk nasi elektrik di rumah (5 hingga 10 liter) dan lazim digunakan untuk tujuan komersial. Ia mesti disambungkan terus kepada sumber bahan api (selalunya gas petroleum cecair serta tidak memerlukan bekalan kuasa elektrik.

Periuk nasi gas mempunyai dua tuas utama, iaitu tuas penghidup dan tuas pemasak. Untuk menggunakannya, pengguna perlu terlebih dahulu menekan tuas penghidup yang mengendalikan pemetik api bagi menyalakan penunu kecil bagi mod sedia atau pemanas. Seterusnya, untuk memasak, pengguna perlu menekan tuas pemasak bagi membuka aliran gas ke penunu utama yang dinyalakan oleh penunu kecil. Api yang besar daripada penunu utama memasak nasi dengan kuasa penuh. Sebaik sahaja nasi sudah mengering, termostat akan menendang kembali tuas pemasak ke kedudukan asal, menutup bekalan gas ke penunu utama tetapi tidak ke penunu kecil untuk mod pemanas. Untuk mematikan periuk nasi, bekalan gas ditutup sepenuhnya pada alat atur gas.

Apabila memasak dalam suasana komersial, di mana kualiti, kuantiti dan kepantasan merupakan faktor-faktor utama, periuk nasi gas menawarkan beberapa kelebihan. Punca api gas memanaskan periuk lebih cepat daripada punca elektrik. Memasak pada suhu tinggi membolehkan beras menyerap air lebih pantas dan dimasak lebih cepat, menghasilkan rasa nasi yang lebih manis dan lebih pejal. Disebabkan jumlah nasi yang dimasak dengan banyaknya pada satu-satu masa, periuk nasi elektrik komersial tidak berupaya memanaskan periuk dengan cukup pantas. Ia selalunya menghasilkan nasi yang dimasak dengan tidak sekata; nasi di dasar periuk selalunya berkerak manakala di sebelah atas periuk pula tidak cukup masak. Akhir sekali, keupayaannya untuk memanaskan periuk pada suhu relatif yang lebih tinggi membolehkan nasi dimasak lebih pantas dan mengewap dengan lebih teratur, menghasilkan kelompok nasi yang lebih berkualiti.

Kebanyakan, jika tidak semua, periuk nasi gas menggunakan sistem pemati automatik berasaskan haba. Prinsip asasnya ialah aliran gas disekat sebaik suhu spesifik tercapai, menyebabkan penunu utama terpadam.

Satu konsep yang relatifnya agak baharu ialah pemasak tekanan komersial gas. Pemasak ini menggunakan pemasak tekanan untuk menghasilkan kelompok nasi yang masak dengan sekata. Memasak nasi dalam periuk tekanan membolehkan nasi dimasak mengikut kondisi yang lebih optimum.

Penanakan nasi yang ideal menggunakan kaedah punca pemanasan pantas bersama-sama dengan penyebaran haba tersebut yang sekata. Sebuah sistem pemasak tekanan jenis gas berupaya menggunakan sumber haba api untuk memanaskan periuk lebih pantas dan periuk tekanan berupaya memanaskan persekitaran memasak dalaman untuk mencapai takat suhu yang lebih tinggi daripada takat didih air dalam keadaan sekata.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Toothman, Jessika. "Rice Cooker Basics". How Stuff Works. Dicapai pada 10 Februari 2019.