Perjanjian Ghent

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perjanjian Ghent yang ditandatangani pada 24 Disember 1814 di Ghent, sebuah bandar Flemish, ialah perjanjian perdamaian yang mengakhiri Perang 1812 antara Amerika Syarikat dan United Kingdom. Treati ini memulihkan perhubungan kedua-dua negara mengikut status quo ante bellum – yakni, ia memulihkan sempadan kedua-dua negara kepada garisan yang wujud sebelum pertempuran berlaku.[nota 1] Perjanjian disahkan oleh Parlimen Britain pada 30 Disember 1814 dan diperkenankan sebagai undang-undang negara oleh Pemangku Raja (putera yang bakal menjadi Raja George IV). Oleh sebab ketiadaan perhubungan pantas pada era itu perjanjian mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai di Amerika Syarikat. Sebuah tentera Amerika di bawah pimpinan Jeneral Andrew Jackson menewaskan British dalam Pertempuran New Orleans pada 8 Januari 1815. Walau bagaimanapun, Perjanjian Ghent tidak berkuatkuasa sehinggalah ia disahkan oleh Senat AS (sebulat suara) pada 18 Februari 1815.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The United States gained some territory (the Mobile area) from the Spanish Empire, but that was not mentioned in the Treaty.

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.