Perjanjian Sèvres
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Sèvres ialah perjanjian damai setelah Perang Dunia Pertama antara Empayar Turki Uthmaniyyah dengan Pihak Berikat pada tanggal 10 Ogos 1920. Perjanjian ini ditandatangani di Sèvres, Perancis.
Di antara perubahan penting akibat perjanjian itu ialah:
- Pendirian Kerajaan Hijaz. Negeri ini kemudian diilhak dan menjadi sebahagian daripada negara Arab Saudi pada tahun 1932
- Pendirian Republik Demokratik Armenia. Negeri ini kemudian diserang oleh Tentera Merah dan menjadi bahagian Republik Persekutuan Soviet Sosialis Transkaukasia bermula dari tahun 1923
- Pengendalian Pihak Berikat atas Empayar Uthmaniyyah di bidang kewangan dan ketenteraan.
- Pendirian Syria dari penjajahan Perancis, bersama dengan beberapa bahagian Anatolia
- Greece menciplak daerah Izmir. Kota ini menjadi sebahagian dari Turki pada tahun 1923
- Itali ditegaskan atas kepemilikan Dodecanese dan sebahagian besar Anatolia selatan dan barat/tengah, begitupun bandar pelabuhan Antalya dan bekas ibu kota Seljuk, Konya.
- Kurdistan dijadualkan mengadakan pungutan suara untuk menentukan nasibnya, sepertimana menurut Bab III fasal 62-4 masuk Provinsi Mosul. Perjanjian Lausanne tahun 1923 juga turut menentukan kawasan sempadannya sekarang.
Sewaktu perjanjian ini masih dirundingkan, Gerakan Nasional Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Atatürk telah meruntuhkan sistem pemerintahan khilafah yang berpusat di Istanbul dan mendirikan Majlis Agung Nasional di Ankara, lalu menang dalam Perang Kemerdekaan Turki dan memaksa Pihak Berikat kembali ke meja rundingan.