Perjanjian Salynas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kawasan biarawan milik Kesatria Teuton antara tahun 1250 hingga 1410.

Perjanjian Salynas (ڤرجنجين سلينس) (Jerman: Frieden von Sallinwerder, Lithuania: Salyno sutartis) merupakan satu perjanjian keamanan yang ditandatangani oleh Duke Agung Lithuania, Vytautas yang Agung dan Mahaguru Kesatria Teuton, Konrad von Jungingen pada 12 Oktober 1398. Ia dilakukan di sebuah pulau kecil di Sungai Neman, yang mungkin terletak di antara Kulautuva dan muara Sungai Nevėžis.[1] Perjanjian ini adalah yang ketiga dibuat selepas Perjanjian Königsberg (1384) dan Perjanjian Lyck (1390) mengenai penyerahan kawasan Samogitia oleh Vytautas kepada Kesatria.[1] Ini adalah kali pertama pihak Kesatria dan Vytautas cuba untuk menguatkuasakan penyerahan Samogitia tetapi ia tidak mampu menyelesaikan pertikaian wilayah ke atas Samogitia dan ia berlarutan sehinggalah Perjanjian Melno pada 1422.[2] Wilayah Samogitia adalah penting kepada Kesatria kerana secara fizikalnya ia memisahkan Kesatria Teuton di Prusia daripada cabangnya di Livonia.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b (Lithuania) Ivinskis, Zenonas (1978). Lietuvos istorija iki Vytauto Didžiojo mirties. Rome: Lietuvių katalikų mokslo akademija. m/s. 325–327. LCC 79346776.
  2. ^ (Lithuania) Ivinskis, Zenonas (1953–1966). "Salyno taika". Lietuvių enciklopedija. XXVI. Boston, Massachusetts: Lietuvių enciklopedijos leidykla. m/s. 351–353. LCC 55020366.
  3. ^ Simas Sužiedėlis, penyunting (1970–1978). "Salynas, Treaty of". Ensiklopedia Lituanica. V. Boston, Massachusetts: Juozas Kapočius. m/s. 43–44. LCC 74-114275.