Perjanjian Vereeniging

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perjanjian Vereeniging ditandatangani oleh ketua-ketua puak Afrikaner bersama pihak British pada 31 Mei 1902. Pihak British diwakili oleh Lord Kitchener dari Khartoum dan Lord Milner Pesuruhjaya Tinggi British Afrika Selatan, manakala pihak Afrikaner diwakili para perwakilan Republik Afrika Selatan dan Orange Free State. Perjanjian ini bertujuan mengakhirkan kedinginan antara kedua belah pihak dan memberi Afrikaner kuasa membentuk kerajaan autonomi di Transvaal dan Orange Free State dalam koloni Empayar British.

Antara lain, pihak British telah berjanji untuk memberi perlindungan terhad kepada bahasa Afrikaans. Mereka juga berjanji untuk menjaga hak ekonomi puak Afrikaner dan keselamatan hartabenda mereka. Puak Afrikaner pula bersetuju untuk setia kepada Raja England iaitu Raja Edward VII.

Pihak British juga bersetuju untuk membayar £3 juta kepada pihak Afrikaner atas kerugian yang mereka alami. Sewaktu Perang Afrikaner, sejumlah 28,000 askar British terkorban. Manakala bagi pihak Afrikaner, 4000 askarnya terbunuh, dan ia tidak termasuk 20,000 orang awam yang mati dalam kem tahanan. Beribu-ribu kaum kulit kulit hitam juga telah terbunuh di kem tahanan British.

Perjanjian ini telah membawa keamanan dan persatuan secara politik di Afrika Selatan. Namun pihak Afrikaner masih berdendam dan menyisihkan diri mereka daripada bangsa British.