Perjanjian pembelian senjata Al Yamamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahagian penting dalam perjanjian Al Yamamah adalah penjualan pesawat pejuang Panavia Tornado kepada Tentera Udara Diraja Arab Saudi.

Al Yamamah ([ اليمامة Merpati] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) adalah satu nama yang diberikan pada satu siri penjualan senjata oleh United Kingdom kepada Arab Saudi, yang mana dibayar melalui penghantaran minyak mentah sehingga 600,000 tong (95,000 m3) sehari kepada kerajaan UK.[1] Kontraktor utama adalah BAE Systems dan syarikat yang mengambilalihnya iaitu British Aerospace. Jualan pertama berlaku pada bulan September 1985 dan yang terkini adalah kontrak bagi membekalkan 72 buah pesawat Eurofighter Typhoon yang telah ditandatangani pada bulan Ogos 2006.

Mike Turner, Ketua Pegawai Eksekutif dari BAE Systems, berkata pada bulan Ogos 2005 bahwa BAE dan syarikat sebelumnya memperoleh £43 bilion sepanjang dua puluh tahun tempoh kontrak. Beliau juga mengatakan mereka mungkin dapat memperoleh £40 bilion lagi.[2] It is Britain's largest ever export agreement, and employs some 5,000 people in Saudi Arabia.[3]

Pada tahun 2010, BAE Systems mengaku bersalah di mahkamah Amerika Syarikat atas dakwaan memalsukan perakaunan dan membuat kenyataan mengelirukan berkaitan penjualan ini.[4]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebelum perjanjian ini, UK sebelumnya telah menjadi pembekal senjata utama kepada Arab Saudi. Pada tahun 1964, British Aircraft Corporation telah melakukan penerbangan demonstrasi pesawat Lightning di Riyadh dan pada tahun 1965 Arab Saudi telah menandatangani sebuah surat hasrat bagi membekalkan pesawat Lightning dan Strikemaster selain peluru berpadu permukaan ke udara Thunderbird. Kontrak utama telah ditandatangani pada tahun 1966 untuk 40 buah pesawat Lightning dan 25 buah pesawat Strikemaster (akhirnya meningkat kepada 40 buah). Pada tahun 1973, kerajaan Saudi menandatangani satu persetujuan dengan kerajaan Britain yang mana menyatakan bahawa BAC adalah kontraktor bagi kesemua komponen sistem pertahanan (AEI yang mana sebelumnya dianugerahkan kontrak bagi menyediakan peralatan radar dan Airwork Services menyediakan penyelenggaraan dan latihan). Keseluruhan perbelanjaan oleh Tentera Udara Diraja Arab Saudi melebihi £1 bilion (Riyal 57 Bilion).[5]

Pada tahun 1970-an, kontraktor pertahanan Amerika Syarikat memenangi beberapa kontrak penting, termasuk membekalkan 114 buah pesawat Northrop F-5. Pada tahun 1981, Tentera Udara Diraja Arab Saudi telah memesan 46 buah pesawat F-15C dan 16 buah F-15D, diikuti pada tahun 1982 dengan pembelian 5 buah pesawat E-3A. Berikutan perjanjian ini dan sesetengahnya sentimen pro-Israel di dalam Kongres A.S, yang mana telah menghalang perjanjian atau mendesak penggunaan sekatan ke atas pesawat eksport, Arab Saudi telah berpaling ke UK untuk pembelian senjata selepasnya.[6]

Al Yamamah I[sunting | sunting sumber]

Pesawat pertama (dua buah Hawk) telah diserahkan pada 11 Ogos 1987 di kemudahan milik BAe di Dunsfold.[7]

Al Yamamah II[sunting | sunting sumber]

Penghantaran pada awal tahun 1990-an sehingga 1998

  • 48x pesawat Panavia Tornado IDS

Eurofighter Typhoon (al-Salam)[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Disember 2005, kerajaan UK dan Arab Saudi tela menandatangani sebuah "Dokumen Persefahaman" yang mana melibatkan penjualan pesawat Typhoon bagi mengantikan pesawat Tornado dan pesawat-pesawat lain milik Tentera Udara Diraja Arab Saudi. Meskipun tiada perincian telah didedahkan, laporan berita mencadangkan penjanjian ini melibatkan perolehan 72 buah pesawat. Pada 18 Ogos 2006, satu kontrak telah ditandatangani untuk 72 buah pesawat. Kos pesawat ini dianggarkan kira-kira £4.43 bilion, dan sistem persenjataan lengkap dijangka kira-kira £10 bilion.[8]

Naik taraf Tornado[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Februari 2006, Air Forces Monthly melaporkan pesanan akhir pesawat Eurofighter mungkin mencecah 100 buah dan penjanjian ini mungkin termasuk naik upaya untuk pesawat Tornado IDS, kepada standard setara dengan pesawat Tornado GR4 milik Tentera Udara Diraja. Majalah ini juga menimbulkan prospek keperluan bagi pesawat latihan lanjut bagi mengantikan generasi awal pesawat Hawk 65/65A dan menyediakan latihan secukupnya untuk peralihan juruterbang sebelum menggunakan pesawat Typhoon yang lebih maju.[9] Laporan Interim BAE System 2005 menyatakan bahawa tiga buah pesawat Tornado milik Saudi tiba di kemudahan Warton bagi ujian penilaian rekabentuk dengan tujuan mutlak "meningkatkan kebolehgunaan, menghapuskan keusangan dan meningkatkan dan mengekalkan keupayaan pesawat". Pada 10 September 2006, BAE telah memenangi sato kontrak bernilai £2.5 bilion (€3.7 bilion, $4.6 bilion) untuk menaik taraf 80 buah pesawat Tornado IDS milik Saudi.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Arms sales fuel BAe's profits". BBC News. 1999-02-25. Dicapai pada 2006-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ O’Connell, Dominic (2006-08-20). "BAE cashes in on £40bn Arab jet deal". The Sunday Times. London: News International. Dicapai pada 2006-08-22.
  3. ^ "Welcome to Project AY". BAE Systems. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-29. Dicapai pada 2006-12-18.
  4. ^ Leigh, David (2010-02-06). "BAE admits guilt over corrupt arms deals". London: Guardian. Dicapai pada 2010-02-20.
  5. ^ Gardner, Charles (1981). British Aircraft Corporation. A history by Charles Gardner. B.T. Batsford Ltd. m/s. 224–249. ISBN 0-7134-3815-0. |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ Bloom, Bridget (1986-02-19). "A deal in a different dimension; The UK-Saudi arms sale". Financial Times. The Financial Times. m/s. 16. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  7. ^ Donne, Michael (1987-08-12). "BAe Hands Over First Part Of Saudi Aircraft Order". Financial Times. The Financial Times Limited. m/s. 6. |access-date= requires |url= (bantuan)
  8. ^ "BAE confirms £5bn Eurofighter sale to Saudi Arabia". London: The Times. 2006-08-19. Dicapai pada 2006-08-19. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ "Saudi Arabia Signs Typhoon Deal". Air Forces Monthly. February 2006. m/s. 4–5. |access-date= requires |url= (bantuan)
  10. ^ Steiner, Rupert (2006-09-10). "BAE clinches new £2.5bn Tornado deal with Saudis". The Business. Dicapai pada 2006-09-12.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Video[sunting | sunting sumber]