Perkahwinan bawah umur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi dari semasa ke semasa. Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah(7-12) belum layak berkahwin lagi. Ada juga yang menyatakan pelajar sekolah menengah rendah (13-15) juga belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak. Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya.

Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Hanya 595 kes kahwin bawah umur dicatatkan di seluruh Malaysia termasuk negeri maju seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Mohammad Abdullah menyatakan perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan. Bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006 berlaku di Kelantan (115 kes), Sabah (102) dan Sarawak (100) .Kes permohonan berkahwin awal yang telah selesai di Sarawak (92 kes), Kelantan (81) dan Sabah (60). Mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah.

Punca perkahwinan bawah umur :

  1. Hilang minat dengan alam persekolahan. Mereka tercicir dari persekolahan.
  2. Mendapat bakal suami yang mampu menyara kehidupan mereka.
  3. Mendapat persetujuan ibu bapa. Perkahwinan dianggap penyelamat masalah keluarga.
  4. Remaja berasal dari kampung pedalaman
  5. Kurang pendedahan kepada kepentingan pendidikan[1]

Kontroversi di Kelantan[sunting | sunting sumber]

Ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan Datuk Daud Mohamad menyatakan pasangan bawah umur boleh meminta kebenaran bertulis atau pengecualian daripada Pejabat Kadi dengan memberi alasan yang munasabah.Tanpa kebenaran khas, mereka boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali oleh Mahkamah Syariah berdasarkan Seksyen 8 , Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (EKINK) 2002. Pasangan bawah umur dianggap masih tidak matang dan kemungkinan bercerai akan berlaku kerana tidak bijak memainkan peranan sebagai isteri dan ibu. Jika subur tubuh badan (pernah haid) dan matang, bolehlah dibenarkan berkahwin.


Enakmen Keluarga Islam Kelantan had umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun bagi kaum wanita kecuali dengan kebenaran mahkamah syariah. Kalau nak ikut mazhab ia tidak melanggar, tetapi kita ada enakmen syariah. Mahkamah perlu siasat agar tiada paksaan daripada ibu bapa.[2]


Tujuan perkahwinan adalah untuk mendapatkan zuriat dan merupakan amalan sunah Nabi Muhammad (S.A.W). Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa tidak semua sunah boleh diikuti umat Islam kerana ia mesti diselarikan dengan budaya setempat.Walau bagaimanapun ia sah dari segi syarak.Mana mungkin perempuan 11 tahun melahirkan zuriat. Ramai lagi perempuan di Kelantan yang sudah cukup umur kenapa tak kahwin dengan dia?.[3]

Kes perkahwinan bawah umur[sunting | sunting sumber]

  1. 2010 murid 10 tahun berkahwin dengan lelaki 40 tahun di Pasir Mas.
  2. Mac 2010, Siti Nur Zubaidah Hussin (11 tahun) dikahwinkan bapanya dengan Shamsuddin Che Derahman @ Sudin Ajaib . Dia dikatakan pengikur ajaran Tabligh di Kampung Jelawang, Kuala Krai, Kelantan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar menyatakan jabatan akan menyiasat kebenaran perkahwinan itu.[4]Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut curiga. Ketua Polis Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah menyatakan Siti Nur ditinggalkan di masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera , Batu Caves, Selangor. Bapanya Hussin Mat Salleh (54).[5] Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Sungai Buluh untuk siasatan dan rawatan susulan.
  3. Pada Ogos 2008 , Guru agama Pujiono Cahyo Widianto (43)[6] berkahwin dengan remaja 22 tahun di Jakarta, Indonesia.Detektif polis Roy Siahaan menganggap perkahwinan ini satu jenayah fidofilia kerana berkahwin dengan perempuan bawah 18 tahun. Dia merupakan pengurus sekolah asarama penuh agama dan menjalankan perniagaan. Dia juga berhasrat mengahwini gadis sunti 7 dan sembilan tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]