Perkauman anti-Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perkauman anti-Melayu merujuk pada sikap prajudis terhadap etnik Melayu ataupun negara Malaysia.

Kejadian mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Thailand[sunting | sunting sumber]

Selatan Thailand, khususnya wilayah Pattani merupakan tanah air etnik Melayu di Thailand. Pada abad ke-18, selepas orang Thai menguasi wilayah-wilayah bermajoriti Melayu di selatan, orang Thai tetap mengabaikan penduduk asalnya sebagai Melayu dan selain itu lebih suka menggunakan istilah Thai Islam. [1] Bagi tujuan asimilasi, pengenalan Melayu tidak digalakkan oleh negara Thailand.[1] Oleh kerana polisi semacam itu, penguasaan golongan muda Melayu terhadap bahasa Melayu semakin berkurangan. [2] Ini telah menyebabkan prejudis terhadap umat Islam, khususnya terhadap orang Melayu.[2]

Kini, adanya pergerakkan pemisah Patani di selatan Thailand yang mahukan wilayah-wilayah berdominasi Melayu Islam diberikan kemerdekaan. Ini telah menyebabkan pembunuhan dilakukan oleh kumpula pemisah Islam. Penangkapan sebarangan ke atas orang Melayu telah menyebabkan ketidakpercayaan dan kebencian terhadap pihak berkuasa Thailand di kalangan orang tempatan.[3]

Thaksin telah mengumumkan suatu bentuk hukuman terhadap puak pemisah di selatan Thailand. Thaksin dituduh telah mengarahkan suatu tindakan yang menyebabkan peristiwa di Tak Bai yang menyebabkan kematian berbilangan besar orang Melayu. [4][5][6]

Singapura[sunting | sunting sumber]

Singapura adalah pada masa dahulu merupakan sebuah kampung nelayan Melayu yang berkembang maju di bawah pentadbiran temenggung, sebelum pendudukan Inggeris. Menurut Sejarah Melayu, seorang putera Indonesia bergelar Sang Nila Utama telah mendirikan Singapura kuno pada 1299.[7] Meskipun, bandar Singapura moden bermula pada 1819 apabila didirikan oleh Sir Stamford Raffles. Di bawah pentadbiran Inggeris, Singapura mengalami banyak kemasukan pendatang terutamanya dari China dan India. Singapura memasuki Persekutuan Malaysia pada 16 September, 1963, bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Sejak perpisahan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos, 1965, ia menjadi sebuah negara republik pelbagai bangsa dengan masyarakat Cina menjadi kaum majoriti.

Pada 1970-an, bahasa Mandarin telah dipromosikan ke atas loghat Cina lain.[8] Sekolah-sekolah SAP telah ditubuhkan untuk mengajar bahasa Mandarin di kalangan orang Cina. Ini menyebabkan sesetengah orang Melayu merasakan bahawa mereka telah diasingkan.[perlu rujukan] Rujukan ke atas masyarakat Confucious oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew menandakan perubahan polisi pelbagai budaya tidak berpihak di dalam masyarakat dominasi Cina.[8] Sekolah-sekolah Cina kemudian mula menerima bantuan kerajaan, manakala sekolah-sekolah lain pula diabaikan.[8]

Lee Kuan Yew sekali lagi telah mencetuskan perdebatan ke atas kesetiaan orang Melayu terhadap kepada Singapura. Dia menyatakan kesetiaan orang Melayu mungkin bercanggah apabila bersentuh dengan hal kesetiaan.[9] ETerdahulunya, bekas Presiden Indonesia Habibie telah menuduh bahawa tentera Singapura telah melakukan diskriminasi terhadap orang Melayu.[10][11] Pemerintah Singapura telah berhati-hati dalam isu kesetiaan orang Melayu. Perdana Menteri Lee Hsien Loong adalah penyokong dasar ini.[8] Atas sebab yang sama, orang Melayu hampir tidak hadir dalam senarai biasiswa angkatan bersenjata dan kedudukan tinggi dalam angkatan tentera.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Page 42. Jory, Patrick. From "Patani Melayu" to Thai Muslims. ISIM Review. Autumn 2006
  2. ^ a b Page 43. Jory, Patrick. From "Patani Melayu" to Thai Muslims. ISIM Review. Autumn 2006
  3. ^ South arrests need justifying. Bangkok Post. August 3 2007.
  4. ^ "Thai Premier Blamed For Muslim Massacre" (PDF). Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-09-26. Dicapai pada 2007-09-26.
  5. ^ Outrage over murder of Thai Muslim demonstrators
  6. ^ THAILAND: Thaksin in the Firing Line After Massacre (ArabNews.Com)
  7. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2007-07-03. Dicapai pada 2008-11-15.
  8. ^ a b c d e Barr, M. Michael. The Charade of Metritocracy. Far Eastern Economic Review. October 2006.
  9. ^ A question of loyalty: the Malays in Singapore. Retrieved 4 August 2007.
  10. ^ Habibie opens fire on Singapore army. Retrieved 4 August 2007.
  11. ^ Richardson, Michael. Indonesia President's Remark Touches a Nerve : Singapore Quickly Denies An Assertion of 'Racism'. International Herald Tribune. 12 February 1999.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]