Bergedel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Perkedel)
Bergedel
Bergedel kentang
JenisHidangan kentang Sunting ini di Wikidata
Tempat asalIndonesia
Kawasan/rantauAsia Tenggara
Suhu penghidanganPanas atau sejuk
Bahan utamaKentang yang dilenyek, daging cincang dan perisa
Maklumat lainHidangan sampingan / utama
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Bergedel, begedil (Jawi: برݢديل), perkedel atau pergedel (Jawa: ꦧꦼꦒꦼꦢꦶꦭ꧀) adalah makanan yang diperbuat daripada kentang dilumatkan dan dicampur dengan daging cincang,[1] hirisan daun rempah serta isi lain sebelum digoreng.

Ia merupakan hidangan dimakan sebagai pembuka selera mahupun sebagai sampingan makanan lain seperti nasi lemak, nasi tumpang, nasi kuning atau soto ayam.[2]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Perkataan bergedel atau perkedel (Indonesia), merupakan perkataan pinjaman berasal daripada frikadel,[1][3] iaitu sejenis bebola daging khusus dalam masakan Belanda. Ia diperkenalkan oleh penjajah Belanda ke kepulauan Hindia Timur (kini Indonesia) menggunakan daging kisar lembu, babi atau ikan; masyarakat Jawa mempelajari resipi ini dan mengantikan dengan sayuran.[4] Penghijrahan ramai orang Jawa ke pulau dan tempat serantau berhampiran seperti Singapura dan Semenanjung Melayu lalu menyebarkan sajian ini dalam masakan masyarakat setempat.[perlu rujukan]

Pembuatan[sunting | sunting sumber]

Kentang merupakan bahan paling utama untuk membuat hidangan ini, namun ia ada juga dibuat daripada ubi lain seperti ubi keledek atau ubi kayu. Ubi ini direbus atau digoreng sehingga ia cukup empuk agar dapat dilumatkan. Rempah perencah ditambahkan ke dalam adunan khususnya daun bawang atau saderi.

Bahan utama iaitu daging cincang dicampurkan sebagai isi, namun ia boleh dipelbagaikan termasuk tauhu (sebagai "bergedel tauhu") dan jagung - daging pekasam ada juga ada menjadi pilihan dalam resipi dari kawasan tertentu di Malaysia. Bebola kentang berisi ini dicelupkan dengan telur ayam lalu digoreng celur.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Pepy Nasution (2 Februari 2012). "Potato Perkedel Patties Recipe". Indonesia Eats. Dicapai pada 15 July 2015.
  2. ^ "Perkedel Kentang". Tasty Indonesian Food. Dicapai pada 15 July 2015.
  3. ^ M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "frikadel (ronde schijf of bal gehakt)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank.CS1 maint: multiple names: editors list (link)
  4. ^ Muhamad Alghifari (27 Feb 2023). "Kuliner Eropa yang Diadopsi di Nusantara". Historia. Dicapai pada 27 Feb 2023.