Perkhidmatan Iran

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Urbanisasi di Iran telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di sektor perkhidmatan. Antara industri utama perkhidmatan di Iran ialah pendidikan, perdagangan, perkhidmatan profesional dan juga pelancongan. Perang Iran Iraq pada era 1980an menyebabkan industri pelancongan jatuh mendadak tetapi kini mula bertumbuh semula. Lebih kurang 1.7 juta pelancong asing melawat Iran pada tahun 2004. Kebanyakan mereka berasal daripada negara-negara Asia dan selebihnya dari Eropah dan Amerika. Destinasi pelancongan yang popular di Iran ialah Isfahan, Mashhad dan Shiraz. Industri ini masih lagi terbatas kerana kekurangan infrastruktur, komunikasi dan juga kekurangan pegawai pelancongan.[1]

Perlembangan Iran memberikan perkhidmatan kesihatan asas untuk penduduknya. Pada awal 2000, 65 peratus penduduk Iran menggunakan sistem insurans kesihatan nasional. Kerajaan Iran pula memberi subsidi yang banyak kepada industri farmasi untuk mengurangkan harga ubat dan meningkatkan daya beli ubat dan vaksin oleh penduduk Iran. Manakala, Keluaran Dalam Negar Kasar, KDNK untuk sektor kesihatan berjumlah AS$ 240 bilion pada tahun 2004 dan 2007.[2]

Meskipun kerajaan Iran memulakan proses Pelonggaran Ekonomi pada tahun 1990an, belanjawan kerajaan termasuklah belanjawan untuk badan-badan berkanun atau Bonyad diperkirakan masih lagi tinggi. Dianggarkan dua per lima daripada KDNK Iran adalah berasal daripada sektor perkhidmatan dan sebahagian daripada sektor perkhidmtan adalah industri daripada badan-badan berkanun seperti industri ketenteraan.

Perkhidmatan Sosial[sunting | sunting sumber]

Perlindungan sosial atau Bonyad adalah sebuah perkhidmatan kemasyarakatan kerajaan Iran untuk buruh-buruh Iran yang bertujuan untuk memberi perlindungan kewangan daripada pangangguran dan kemalangan dan ia juga merupakan sebuah simpanan pencen. Untuk peniaga-peniagan kecilan, mereka bisa menggunakan perkhidmatan dengan membayar 12 ke 18% daripada hasil perniagaan mereka, bergantung kepada jenis-jenis perlindungan. Untuk pekerja-pekerja yang berumur antara 18 ke 65 tahun, bayaran perkhidmatan ini dikongsi dengan majikan, di mana 7% daripada pendapatan pekerja akan ditolak, 20 ke 23% daripada bil gaji akan ditolak dan 3% daripada bil gaji akan disubsidi oleh kerajaan. Pada tahun 1996, 73 peratus daripada populasi Iran dilindungi dengan perkhidmatan ini.

Pekerja awam, tentera dan penguat kuasa pula mempunyai sistem pencen yang tersendiri. Pada tahun 2003, pencen minimum untuk kumpulan pekerja ini ialah 50% daripada pendapatan mereka. Namun begitu, pencen mereka mesti tidak kurang daripada gaji minimum yang ditetapkan kerajaan Iran. Kerajaan Iran memperuntukkan 22.5 peratus daripada belanjawan negara pada tahun 2003 untuk kebajikan sosial. Lebih 50 peratus daripada peruntukan itu disalurkan untuk pencen.

Sistem Perbankan[sunting | sunting sumber]

Bank Pusat Iran, Bank Markazi mengeluarkan mata wang Iran dan menyelia bank-bank di Iran. Terdapat juga beberapa bank komersil yang beribu pejabat di Teheran dan mempunyai cabang di seluruh negara. Selain itu, terdapat sebuah bank perumahan dan dua bank pembangunan yang dikhususkan untuk gadai janji rumah. Pada tahun 1979, selepas Revolusi Iran, kerajaan Iran memiliknegarakan semua bank-bank swasta dan memperkenalkan sistem perbankan Islam. Kadar faedah pinjaman yang dipraktikan di bank-bank tradisiona,l digantikan dengan yuran pengendalian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]