Perkhidmatan bas RapidKL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hab LRT/bas bersepadu di Stesen Maluri.

RapidKL merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat 179 laluan bas penumpang yang dikendali RapidKL, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan operasinya ke RapidKL tahun berikutnya.

Isi kandungan

Pembaharuan Perkhidmatan Bas [sunting]

Pada Januari 2006, RapidKL memulakan pembaharuan menyeluruh bagi laluan-laluan bas bekas Intrakota dan Cityliner yang diwarisi RapidKL. Sewaktu RapidKL mengambil alih pengendalian bas daripada kedua-dua syarikat tersebut pada Oktober 2003, terdapat 98 laluan stage bus dan 39 laluan feeder bus.

Pembaharuan tersebut melibatkan melakar semula kesemua laluannya dan mengaturkannya semula berdasarkan konsep "hub and spoke". Empat jenis perkhidmatan dihasilkan, iaitu laluan Ekspres, Bandar, Utama dan Tempatan.

Perkhidmatan laluan Ekspres beroperasi dari suatu tempat ke suatu tempat tanpa atau dengan sedikit hentian di tengah laluan. Perkhidmatan bandar beroperasi dalam pusat niaga Kuala Lumpur yang menghubungkan lima hab utama bandar. Bas laluan utama melalui perjalanan dari hab-hab ini ke hab-hab subbandar atau setempat di luar pusat bandaraya dan cuma berhenti di hentian bas tertentu di sepanjang perjalanan. Perkhidmatan tempatan pula beroperasi dari hab subbandar/setempat ke kawasan perumahan.

Bas tempatan mengambil penumpang dari pelbagai kawasan perumahan dan membawa mereka ke hab subbandar/setempat. Perkhidmatan utama seterusnya membawa mereka ke hab bandar di mana perkhidmatan bandar akan menamatkan perjalanan mereka di destinasi mereka. Ini akan diulang dalam perjalanan balik ke arah yang lain.

Menurut RapidKL, terdapat 3 laluan ekspres, 15 laluan pengantara bandar, 19 laluan utama dan 140 laluan tempatan secara keseluruhannya. Pada September 2006, RapidKL mengendali 849 buah bas yang berkhidmat di laluan-laluan tersebut.

RapidKL juga membahagikan Lembah Kelang kepada enam kawasan dan sistem penomboran bas banyak menuruti nombor zon masing-masing.

Pembaharuan ini menerima reaksi bercampur-campur dari para pengguna.

Menggunakan Bas RapidKL [sunting]

Terdapat empat jenis perkhidmatan bas yang disediakan (diikuti istilah bahasa Inggeris dan tanda warnanya), iaitu:

  • Perkhidmatan bandar (City Shuttle, merah)
  • Perkhidmatan utama (Trunk Routes, biru)
  • Perkhidmatan tempatan (Local Shuttle, hijau)
  • Perkhidmatan ekspres (Express Route, jingga)

Rangkaian bas dibahagi kepada enam kawasan (diikuti dengan tarikh pelancaran):

Mulai 21 April 2007, seiring dengan satu langkah peningkatan mutu perkhidmatan bas, kini nombor-nombor laluan disertakan satu huruf antara berikut yang menandakan jenis laluan:

  • B:Bandar (cth: B103)
  • U:Utama (cth: U209)
  • T:Tempatan (disusuli angka kawasan, cth: T301 berkhidmat di Kawasan Tiga)
  • E:Ekspres (cth: E1)

Sesetengah penumpang RapidKL perlu menaiki lebih daripada satu bas untuk melengkapkan perjalanan. Beberapa perhentian bas disediakan berdekatan dengan stesen LRT sebagai ciri-ciri utama kemudahan integrasi RapidKL.

Tambang [sunting]

Mulai 1 September 2009, pas harian yang digunakan sejak Janurai 2006 dimansuhkan, oleh itu hanya tiket sehala akan dijual di semua bas. Tambang konsesi dikenakan kepada pelajar sekolah kerajaan yang berpakaian seragam, golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan warga emas yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL.

Tambang bas perjalanan sehala rapidKL mulai 1 September 2009 [1]
Jenis Pas Dewasa Konsesi
Bas Bandar RM 1.00 RM 0.50
Bas Tempatan RM 1.00 RM 0.50
Bas Ekspres RM 3.80 RM 1.90
Tambang bas perjalanan sehala Utama rapidKL mulai 1 September 2009[1]
Dewasa Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 ke atas
Zon 1 RM 1.00 RM 1.90 RM 2.50 RM 3.00
Zon 2 RM 1.90 RM 1.00 RM 1.90 RM 2.50
Zon 3 RM 2.50 RM 1.90 RM 1.00 RM 1.90
Zon 4 ke atas RM 3.00 RM 2.50 RM 1.90 RM 1.00
Konsesi Zon 1 Zon 2 Zon 3 Zon 4 ke atas
Zon 1 RM 0.50 RM 0.90 RM 1.20 RM 1.50
Zon 2 RM 0.90 RM 0.50 RM 0.90 RM 1.20
Zon 3 RM 1.20 RM 0.90 RM 0.50 RM 0.90
Zon 4 ke atas RM 1.50 RM 1.20 RM 0.90 RM 0.50

Kad perjalanan bulanan atau rapidpass juga boleh dibeli di semua stesen tren dan terminal bas pada 24 hingga 7 hari bulan setiap bulan.

Tambang Bulanan Tanpa Had rapidKL[1]
Jenis Pas Tambang Catatan
rapidpass Integrasi RM 150.00 Sah di semua laluan bas BANDAR, UTAMA, TEMPATAN & EKSPRES dan juga rapidKL Laluan Kelana Jaya,Laluan Ampang, dan KL Monorail.
rapidpass Integrasi LRT RM 100.00 Sah di laluan-laluan Laluan Kelana Jaya, Laluan Ampang, dan KL Monorail sahaja.
rapidpass Semua RM 100.00 Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN sahaja.
rapidpass Bas Konsesi RM 50.00 Sah di laluan-laluan bas BANDAR, UTAMA & TEMPATAN serta pemegang konsesi sahaja.
rapidpass Bas Tempatan RM 40.00 Sah di laluan-laluan bas TEMPATAN sahaja.

Isteri/suami dan sejumlah empat orang anak bawah umur 15 tahun boleh mengiringi pemegang pas secara percuma pada hujung minggu dan cuti umum.

Penjadualan [sunting]

Meskipun tiada jadual kehadiran bas yang tetap, namun terdapat maklumat kekerapan (headway) dan waktu operasi. Kekerapan bas adalah seperti berikut:

  • Perkhidmatan bandar: 10–20 minit
  • Perkhidmatan utama: 15–30 minit
  • Perkhidmatan tempatan: 15–30 minit
  • Perkhidmatan ekspres: 30–60 minit

Terdapat perjalanan berjadual yang tidak tertakluk kepada kekerapan tersebut. Maklumat lanjut mengenai kekerapan bas boleh diperoleh di laman web RapidKL.


RapidBET - Rapid Bus Express Transit [sunting]

Antara laluannya adalah:

Laluan bas [sunting]

Berikut ialah senarai penuh laluan bas RapidKL mulai 16 November 2009.

Untuk butiran laluan, sila layari laman web RapidKL.

Kawasan 1 [sunting]

Pusat Bandaraya Kuala Lumpur[2]
No.
laluan
Dari Ke
B103 Titiwangsa Bukit Bintang
B112 Stesen LRT Maluri KL Sentral
B114 Stesen LRT Maluri Stesen Titiwangsa
B115 Stesen LRT Pasar Seni Kompleks Kerajaan Jalan Duta

Kawasan 2 [sunting]

Selayang, Kepong dan Gombak[3]
No.
laluan
Dari Ke
E11A Warta Baru, Jalan Ipoh Wisma Sumber Asli, Persiaran Perdana
E11B Pinggiran Batu Caves Persiaran Perdana
U1 Pinggiran Batu Caves Pasar Seni
U1 (W) Pinggiran Batu Caves Pasar Seni
U2 Taman Greenwood Pasar Seni
U2A Flat Taman Pinggiran, Lebuhraya Pinggiran Pasar Seni
U3 Bandar Baru Selayang, Jalan 2/2 HSBC, Medan Pasar
U4 Aman Puri, Jalan Wangsa Permai HSBC, Medan Pasar
U5 Stesen LRT Taman Melati Lebuh Ampang
U6 Taman Jasa Utama Medan Pasar
U6 (W) Taman Jasa Utama Medan Pasar
U7 Mont Kiara / Desa Hartamas Bangkok Bank
U8 Damansara Damai Medan Pasar
U8 (W) Damansara Damai Medan Pasar
U10 Pinggiran Batu Caves Pasar Seni
U11 Taman Sri Sinar Medan Pasar
U12 Universiti Islam Antarabangsa Lebuh Ampang
U13 Desa Aman Puri via Taman Ehsan Medan Pasar
U14 Sri Segambut Bangkok Bank
U201 Batu 12, Gombak Chow Kit
U209 Taman Selayang jaya Medan Pasar
U222 Jinjang Utara Medan Pasar
U224 Bandar Dato Senu Kotaraya
U224 (W) Bandar Dato Senu Kotaraya, Jalan Tun Tan Cheng Lock
T203 Stesen LRT Gombak, Jalan Terminal Duta Pinggiran Batu Caves
T204 Taman Greenwood, Jalan Batu Caves Kampung Nakhoda, Jalan Nakhoda Kanan via Taman Samudera
T205 Stesen LRT Taman Melati, Persiaran Pertahanan Setapak Garden
T223 Taman Dato Senu, Jalan Dato Senu 26 Titiwangsa, Jalan Tun Razak
T225 Kompleks Sungai Mas, Jalan Ipoh Taman Mastiara, Jalan 1/18B
T226 Stesen LRT Taman Melati Taman Melewar
T229 Metro Prima Warta Lama
T231 Stesen LRT Gombak Universiti Islam Antarabangsa

Kawasan 3 [sunting]

Keramat, Ampang dan Pandan[4]
No.
laluan
Dari Ke
BET7 Sri Nilam Jalan Hang Lekiu
U20 Taman Melawati Titiwangsa / Chow Kit
U21 Ukay Perdana, Jalan Ukay Perdana Chow Kit, Jalan Chow Kit
U22 Sri Nilam Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U22 (W) Sri Nilam Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U23 Taman Melawati Lebuh Ampang via MINDEF
U24 Seksyen 2 Wangsa Maju, Jalan 4/27A Bukit Bintang, HSBC, Jalan Sultan Ismail
U25 Seksyen 10, Wangsa Maju / Stesen LRT Sri Rampai Lebuh Ampang via Setapak Jaya
U26 Bukit Indah, Ampang Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U27 Sri Nilam Menara Maybank
U28 Taman Mulia Jaya Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U29 Taman Mulia Jaya Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U30 Pandan Mewah Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U30 (W) Pandan Mewah Jalan Hang Lekiu (Lin Ho)
U31 Pandan Indah Menara Maybank
U31 (W) Pandan Indah Menara Maybank
U32 Taman Dagang Menara Maybank
U33 Ayer Panas Lebuh Ampang
U34 Stesen LRT Wangsa Maju Ampang Point
U36 Taman Dagang Chow Kit
U332 Lembah Jaya Utara Garden City Hotel
T301 Stesen LRT Wangsa Maju Wangsa Walk / Carrefour
T302 Stesen LRT Wangsa Maju Seksyen 10, Wangsa Maju
T304 Stesen LRT Wangsa Maju Taman Melawati
T305 Stesen LRT Wangsa Maju Ukay Perdana
T307 Stesen LRT Dato Keramat Ampang Point
T309 Stesen LRT Setiawangsa Taman Setiawangsa
T312 Stesen LRT Wangsa Maju UTAR via Jalan Genting Klang
T320 Bukit Indah Ampang Point
T323 Stesen LRT Cempaka Tasik Tambahan via Taman Mawar
T324 Stesen LRT Cempaka Taman Bukit Permai
T327 Taman Shamelin Maluri
T328 Ampang Point Stesen LRT Pandan Indah
T329 Taman Dagang Maluri
T330 Stesen LRT Dato Keramat Desa Pandan

Kawasan 4 [sunting]

Cheras, Kajang, Sungai Besi dan Putrajaya[5]
No.
laluan
Dari Ke
BET2 Bandar Sungai Long Pasar Seni
BET8 Semenyih Sentral Pasar Seni
E1 Putrajaya Sentral Pasar Seni
T405 Stesen Bandar Tasik Selatan Taman Awana Cheras
T408 Stesen Bandar Tasik Selatan Taman Segar / Taman Bukit Supreme
T417 Taman Sri Pulai Stesen LRT Sungai Besi
T418 Sri Petaling Technology Park Malaysia via Bandar Puncak Jalil
T421 Taman Gembira Stesen Bandar Tasik Selatan
T422 Stesen LRT Bukit Jalil Stesen LRT Salak Selatan
T424 Desa Tasik HUKM via Stesen LRT Bandar Tasik Selatan
T427 Cyberjaya Transport Terminal Lim Kok Wing Universiti
T428 Cyberjaya Transport Terminal Cyberjaya Park & Ride
T430 UKM Bandar Kajang
T431 Polytech Bangi Bandar Kajang
T433 Bandar Sri Permaisuri / HUKM Stesen LRT Salak Selatan
U40 Terminal Kajang Pasar Seni
U40 (W) Terminal Kajang Pasar Seni
U41 Bandar Sungai Long Pasar Seni
U42 Putrajaya Sentral Stesen KTM Serdang
U43 Putrajaya Sentral Bandar Utama
U44 Bandar Sri Permaisuri Bukit Bintang
U45 Bandar Tun Razak Bukit Bintang
U46 Damai Perdana Bukit Bintang
U46 (W) Damai Perdana Bukit Bintang
U47 Awana Cheras Menara Maybank
U48 Desa Petaling Bukit Bintang
U49 Damai Perdana Pasar Seni
U410 Taman Tun Perak Bukit Bintang
U411 Taman Impian Ehsan Kota Raya
U412 TNB Pangsun, Jalan Hulu Langat TM Batu 10, Lebuhraya Cheras Kajang
U412A Kampung Ulu Lui, Jalan Sungai Lui TM Batu 10, Lebuhraya Cheras Kajang
U415 Beranang Bandar Kajang Prima Saujana
U416 UPM / Taman Sri Serdang Stesen KTM Serdang
U423 Pasar Seni TUDM Sungai Besi
U429 Terminal Pengangkutan Cyberjaya (CTT) Putrajaya Sentral
U432 Puncak Jalil Kota Raya

Kawasan 5 [sunting]

Klang, Shah Alam Selatan, Subang Jaya, Jalan Klang Lama dan Puchong[6]
No.
laluan
Dari Ke
BET3 Subang Mewah Pasar Seni
BET4 Taman Sri Muda Pasar Seni
T505 Stesen LRT Taman Jaya Taman Sri Sentosa
T506 Puchong Jaya / Taman Kinrara Tesco / I0I Mall
T507 Bandar Kinrara Tesco / IOI Mall
T508 Taman Wawasan Puchong IOI Mall
T509 Puchong Utama IOI Mall
T510 Puchong Prima Puchong Utama
T511 Puchong Prima IOI Mall
T513 Puchong Utama Saujana Puchong
T515 Puchong Utama Pulau Meranti
T523 USJ 8 Subang Parade
T527 Hentian Bandar Shah Alam Stesen keretapi Batu Tiga / Subang Mas
T528 Sri Muda Hentian Bandar Shah Alam
T529 Hentian Bandar Shah Alam Seksyen 16 - 17, Shah Alam via Stesen Komuter
T530 Taman Sri Muda Kota Kemuning
U60 Puchong Utama Pasar Seni
U60 (W) Puchong Utama Pasar Seni
U62 Klang Sunway Pyramid
U63 USJ 8 / Subang Mewah Pasar Seni
U64 Taman Sri Muda Pasar Seni
U65 Putra Heights / Alam Megah Pasar Seni
U66 Taman Medan Pasar Seni via Petaling Jaya
U66 (W) Taman Medan Pasar Seni via Petaling Jaya
U67 USJ 8 / Subang Mewah Pasar Seni
U68 Sri Manja / Sentosa Pasar Seni
U68 (W) Sri Manja / Sentosa Pasar Seni
U69 Putra Perdana Pasar Seni via Batu 14
U70 Puchong Prima Pasar Seni
U71 Bukit Jalil Pasarama Kota
U72 Taman Desa Pasar Seni
U73 Taman Overseas Union Pasar Seni
U74 Pantai Hill Park Pasar Seni
U75 PJ Old Town Pasar Seni via Pantai Dalam
U75A KTM Pantai Dalam Pasar Seni
U76 Subang Parade Kotaraya
U504 OG Height / PPR Taman Muhibbah Pasar Seni

Kawasan 6 [sunting]

Shah Alam Utara, Subang, Damansara, Petaling Jaya Utara dan Bangsar[7]
No.
laluan
Dari Ke
BET1 Kota Damansara Jalan Sultan Mohamed
T600 UiTM, Puncak Alam Bandar Puncak Alam
T601 Hentian Bandar Shah Alam Seksyen 7, Shah Alam
T602 Hentian Bandar Shah Alam Seksyen 11, 9, 8, 6, 4, 2
T603 UiTM Seksyen 2, Shah Alam UiTM Kampus Utama, Shah Alam
T604 Seksyen 7, Shah Alam UiTM Kampus Utama, Shah Alam
T607 Stesen LRT Kelana Jaya Ara Damansara / Lembah Subang
T608 Subang Perdana Bukit Subang
T610 Subang Bistari / Mahsing Subang Perdana
T622 Stesen LRT Kelana Jaya Taman Mayang Mas
T624 Stesen LRT Kelana Jaya Kelana Centre Point / Stadium MBPJ
T625 Stesen LRT Taman Bahagia SS6, SS5, SS3
T626 Stesen LRT Taman Bahagia Damansara Utama
T627 Stesen LRT Taman Paramount Kg Tunku Sg Way Seksyen 51A
T628 Stesen LRT Asia Jaya Sek 14, Sek 17
T628B Stesen LRT Asia Jaya Sek 14, Sek 17
T629 Stesen LRT Asia Jaya Eastin Hotel
T629B Stesen LRT Asia Jaya Eastin Hotel
T631 Stesen LRT Universiti Mid Valley
T632 Bukit Angkasa Universiti Malaya
T633 Stesen LRT Kerinchi Pantai Hill Park
T634 Stesen LRT Bangsar Pusat Bandar Damansara
T635 Stesen LRT Universiti Pusat Perubatan Universiti Malaya
U80 UiTM Seksyen 2, Shah Alam Pasar Seni
U80 (W) UiTM Seksyen 2, Shah Alam Pasar Seni
U81 Subang Suria / Mahsing Pasar Seni
U81 (W) Subang Suria / Mahsing Pasar Seni
U82 Bandar Utama KL Sentral
U82 (W) Bandar Utama KL Sentral
U83 KL Sentral Kompleks Kerajaan Jalan Duta
U84 Kelana Jaya Pasar Seni
U85 Stesen LRT Taman Paramount / SS2 (SEAPARK) Pasar Seni
U86 Bandar Utama Metro Prima
U87 Pasar Seni Bangsar Park
U88 Kota Damansara Pasar Seni
U89 Stesen LRT Kelana Jaya Kota Damansara Seksyen 11, 13, 5, 4
U90 UiTM, Puncak Alam UiTM Seksyen 2 / Hentian Bandar Shah Alam
U91 Jalan Pasar Pasar Seni
U605 Seksyen 2, Shah Alam Puncak Perdana
U618 Titiwangsa / Chow Kit Mont Kiara
U623 Stesen LRT Kelana Jaya Subang Parade
U623 (W) Stesen LRT Kelana Jaya Subang Parade

RapidBET [sunting]

BET ialah sistem yang mana bas menggunakan lebuh raya yang kurang sesak untuk menghubungkan pusat bandaraya dengan kawasan jauh yang sangat ramai penduduk. Perkhidmatan ini hanya berhenti di hentian-hentian yang tertentu dan bergantung pada bas penyuap dan kemudahan park-n-ride demi penumpang yang mencukupi. Perkhidmatan RapidBET hanya disediakan pada waktu kemuncak pagi dan petang hari bekerja sahaja.

Laluan-laluannya adalah seperti berikut:

Lihat juga [sunting]

Rujukan [sunting]

Pautan luar [sunting]