Perkhidmatan makanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkhidmatan makanan merujuk kepada sesuatu institusi atau kedai makan atau restoran atau pihak-pihak tertentu yang menawarkan khidmat penghidangan makanan dan minuman yang telah disiap untuk dipesan, dan dimakan (atau minum) di premis atau diluar premis. Ia meliputi juga kepada perkhidmatan kulinari dan katering. Pilihan perkhidmatan makanan boleh dibuat dalam bentuk ala carte atau layan diri. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat dan kelainan cara masakan.

Perkhidmatan makanan kini amat mementingkan kualiti dan kepuasan pelanggan kerana itu banyak dari pengendali perkhidmatan makanan menawarkan pakej-pakej pengurusan dan khidmat penyediaan dan penghantaran makanan yang pelbagai bergantung kepada kos, kehendak pelanggan dan kualiti perkhidmatan.