Perkhidmatan pengesahan identiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Perkhidmatan pengesahan identiti ialah perkhidmatan dalam talian yang digunakan untuk membuat pemetaan daripada identiti dalam talian seseorang kepada identiti hidup nyata. Perkhidmatan itu digunakan oleh sesetengah laman perangkaian sosial, forum internet, laman pemacaran, dan wiki untuk menghentikan sokpupetri, pendaftaran bawah umur, penspaman, dan kegiatan haram seperti gangguan dan penipuan.

Proses pengesahan identiti memerlukan seseorang yang identitinya perlu disahkan untuk membekalkan data peribadi dalam talian kepada syarikat pengesahan identiti. Syarikat itu akan menyemak pangkalan data awam dan pangkalan data persendirian untuk mendapatkan padanan lalu meminta pengguna menjawab soalan berdasarkan rekod itu. "Skor" identiti kemudian dikira, dengan identiti pengguna dalam talian diberikan status "disahkan" atau tidak, berdasarkan skornya.[1][2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gupta, Jitendra (January 29, 2007). "Nobody Knows You're A Dog 2.0". ReadWriteWeb. Diperoleh pada 2009-07-10. 
  2. Weiss, Todd (December 10, 2002). "VeriSign unveils new online identity-verification services". ComputerWorld. Diperoleh pada 2009-07-10. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.