Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010
Watching World Cup final in Johannesburg 2010-07-11 1.jpg
Peristiwa Piala Dunia FIFA 2010
Tarikh 11 Julai 2010
Tempat Soccer City, Johannesburg
Orang Perlawanan Andrés Iniesta (Sepanyol)
Pengadil Howard Webb (England)[1]
Kehadiran 84,490
2006
2014

Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2010 ialah sebuah perlawanan bola sepak yang berlangsung pada 11 Julai 2010 di Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan, untuk menentukan juara Piala Dunia FIFA 2010. Sepanyol menumpaskan Belanda 1–0 dengan jaringan hasil Andrés Iniesta empat minit sebelum tamat masa tambahan. Kedua-dua pasukan cuba merebut gelaran Piala Dunia FIFA pertama dalam sejarah. Belanda pernah tersungkur di perlawanan akhir kejohanan 1974 dan 1978, manakala prestasi terbaik Sepanyol sebelum ini adalah tempat keempat pada tahun 1950. Inilah perlawanan akhir kedua berturut-turut yang dibolot oleh pasukan Eropah, serta menandakan kali pertama sebuah pasukan Eropah merangkul piala di luar Eropah. Pengadil perlawanan adalah Howard Webb yang mewakili The Football Association dari England.[1]

Perjalanan ke perlawanan akhir[sunting | sunting sumber]

Belanda Pusingan Sepanyol
Lawan Keputusan Peringkat kumpulan Lawan Keputusan
 Denmark 2–0 Perlawanan 1  Switzerland 0–1
 Jepun 1–0 Perlawanan 2  Honduras 2–0
 Cameroon 2–1 Perlawanan 3  Chile 2–1
Pasukan Pld W D L GF GA GD Pts
Belanda 3 3 0 0 5 1 +4 9
Jepun 3 2 0 1 4 2 +2 6
Denmark 3 1 0 2 3 6 −3 3
Cameroon 3 0 0 3 2 5 −3 0
Kedudukan akhir
Pasukan Pld W D L GF GA GD Pts
Sepanyol 3 2 0 1 4 2 +2 6
Chile 3 2 0 1 3 2 +1 6
Switzerland 3 1 1 1 1 1 0 4
Honduras 3 0 1 2 0 3 −3 1
Lawan Keputusan Peringkat kalah mati Lawan Keputusan
 Slovakia 2–1 Pusingan 16  Portugal 1–0
 Brazil 2–1 Suku akhir  Paraguay 1–0
 Uruguay 3–2 Separuh akhir  Jerman 1–0

Perlawanan[sunting | sunting sumber]

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Perlawanan Akhir diadakan pada 11 Julai 2010 di Soccer City, Johannesburg. Sepanyol menewaskan Belanda 1–0, hasil jaringan Andrés Iniesta dalam masa tambahan.[2] Kemenangan ini mengurniakan gelaran Piala Dunia pertama buat Sepanyol.[3]

Perlawanan ini terjejas oleh sebilangan besar layangan kad kuning yang memberati pasukan Belanda.[3] Sebanyak 14 kad kuning dilayangkan, dan John Heitinga dari Belanda dibuang padang. Nigel de Jong turut menendang dada Xabi Alonso dengan tungku kasutnya pada separuh pertama, tetapi terlepas dengan kad kuning.

Belanda lebih berpeluang memenangi perlawanan, terutama pada minit ke-60 apabila Arjen Robben dilepaskan oleh Wesley Sneijder untuk bersemuka sendirian dengan penjaga gawang Sepanyol, Iker Casillas, tetapi Casillas cemas-cemas menangkis tendangan itu dengan kaki terentang. Untuk Sepanyol pula, Sergio Ramos terlepas tandukan percuma dari tendangan sudut gara-gara terlepas perhatian.[4] Ketika nampaknya berada di ambang tendangan penalti, Jesús Navas memecut ke arah kawasan lawan lalu memulakan hantar-menghantar bola sehingga Iniesta akhirnya memecah kebuntuan pada masa tambahan, dengan menjayakan separa sangga dari hantaran oleh Cesc Fabregas.[5]

Joris Mathijsen dilayangkan kad kuning kerana membuat bantahan selepas jaringan, diiringi pemain Belanda lain yang mengecam Webb atas tindakan tersebut selepas perlawanan.[6]

Butiran[sunting | sunting sumber]

11 Julai 2010
20:30
Belanda Bendera Belanda 0 – 1 (a.e.t.)  Sepanyol Soccer City, Johannesburg
Penonton: 84,490
Pengadil: Howard Webb (England)[1]
Report Iniesta Goal 116'
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Belanda[7]
Warna pasukan Warna pasukan Warna pasukan
Warna pasukan
Warna pasukan
Sepanyol[7]
Belanda
BELANDA:
GK 1 Maarten Stekelenburg
RB 2 Gregory van der Wiel Diberi kad kuning selepas 111 minit 111'
CB 3 John Heitinga Diberi kad kuning selepas 57'Diberi kad kuning kedua selepas 109'Dibuang padang selepas 109' 57', 109'
CB 4 Joris Mathijsen Diberi kad kuning selepas 117 minit 117'
LB 5 Giovanni van Bronckhorst (c) Diberi kad kuning selepas 54 minit 54' Dikeluarkan selepas 105 minit 105'
CM 6 Mark van Bommel Diberi kad kuning selepas 22 minit 22'
CM 8 Nigel de Jong Diberi kad kuning selepas 28 minit 28' Dikeluarkan selepas 99 minit 99'
RW 11 Arjen Robben Diberi kad kuning selepas 84 minit 84'
AM 10 Wesley Sneijder
LW 7 Dirk Kuyt Dikeluarkan selepas 71 minit 71'
CF 9 Robin van Persie Diberi kad kuning selepas 15 minit 15'
Pemain ganti:
MF 17 Eljero Elia Dimasukkan selepas 71 minit 71'
MF 23 Rafael van der Vaart Dimasukkan selepas 99 minit 99'
DF 15 Edson Braafheid Dimasukkan selepas 105 minit 105'
Pengurus:
Bert van Marwijk
NED-ESP 2010-07-11.svg
Sepanyol
SEPANYOL:
GK 1 Iker Casillas (c)
RB 15 Sergio Ramos Diberi kad kuning selepas 23 minit 23'
CB 3 Gerard Piqué
CB 5 Carles Puyol Diberi kad kuning selepas 16 minit 16'
LB 11 Joan Capdevila Diberi kad kuning selepas 67 minit 67'
DM 16 Sergio Busquets
DM 14 Xabi Alonso Dikeluarkan selepas 87 minit 87'
CM 8 Xavi Diberi kad kuning selepas 120+1 minit 120+1'
RW 6 Andrés Iniesta Diberi kad kuning selepas 118 minit 118'
LW 18 Pedro Rodríguez Dikeluarkan selepas 60 minit 60'
CF 7 David Villa Dikeluarkan selepas 106 minit 106'
Pemain ganti:
MF 22 Jesús Navas Dimasukkan selepas 60 minit 60'
MF 10 Cesc Fàbregas Dimasukkan selepas 87 minit 87'
FW 9 Fernando Torres Dimasukkan selepas 106 minit 106'
Pengurus:
Vicente del Bosque

Man of the Match:
Andrés Iniesta (Sepanyol)

Pembantu pengadil:
Darren Cann (England)[1]
Mike Mullarkey (England)[1]
Pegawai keempat:
Yuichi Nishimura (Jepun)[1]
Pegawai kelima:
Toru Sagara (Jepun)[1]

Statistik[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan
Belanda Sepanyol
Jaringan 0 1
Jumlah tendangan 13 18
Tendangan tepat 5 8
Penguasaan bola 43% 57%
Tendangan sudut 6 8
Faul 28 18
Ofsaid 7 6
Kad kuning 8 5
Kad kuning kedua dan kad merah 1 0
Kad merah 0 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 "Referee designations: matches 63 – 64", FIFA.com, Fédération Internationale de Football Association, 8 July 2010. Dicapai pada 8 July 2010. 
  2. Stevenson, Jonathan. "Netherlands 0-1 Spain", BBC Sport, British Broadcasting Corporation, 11 Julai 2010. Dicapai pada 11 Julai 2010. 
  3. 3.0 3.1 Dall, James. "World domination for Spain", Sky Sports, BSkyB, 11 Julai 2010. Dicapai pada 11 Julai 2010. 
  4. "Netherlands 0-1 Spain", BBC Sport, British Broadcasting Corporation, 11 July 2010. Dicapai pada 11 July 2010. 
  5. "Spain beat Holland 1-0 to win World Cup", 11 July 2010. Dicapai pada 11 July 2010. 
  6. "World Cup 2010: Dutch coach criticises referee Webb", BBC Sport, British Broadcasting Corporation, 12 Julai 2010. Dicapai pada 12 Julai 2010. 
  7. 7.0 7.1 "Tactical Line-up – Final – Netherlands-Spain" (PDF). FIFA.com. Fédération Internationale de Football Association. 11 July 2010. http://www.fifa.com/mm/document/tournament/competition/01/27/25/92/64%5f0711%5fned-esp%5ftacticalstartlist.pdf. Capaian 11 July 2010.