Permainan video bertembak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kasteroids.svg
Sebahagian siri daripada:
Permainan video aksi

Permainan video bertembak atau hanya bertembak merupakan subgenre untuk permainan video aksi, yang menguji kepantasan dan tindak balas pemain. Ia merangkumi banyak subgenre yang mempunyai persamaan gaya permainan yang menumpukan "perlakuan avatar menggunakan suatu bentuk senjata. Selalunya, senjata ini ialah senapang atau senjata jarak jauh yang lain". Sumber yang biasa ditemui dalam permainan ini ialah peluru (ammunition). Selalunya juga objektif permainan bertembak adalah untuk menembak musuh dan meneruskan misi tanpa karakter pemain kehilangan nyawa.