Permutasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam matematik, permutasi ialah pemilihan benda dalam satu set dalam susunan tertentu dengan mengambil kira turutan, berbeza dengan gabungan yang tidak mengambil kira turutan. Permutasi boleh dibuat dengan membenarkan pengulangan atau sebaliknya.

Untuk satu set yang ada n benda, formula jumlah permutasi untuk r daripada ahlinya yang membenarkan pengulangan ialah

n^r

Manakala, formula jumlah permutasi untuk r daripada ahlinya tanpa membenarkan pengulangan ialah

\frac{n!}{(n-r)!}

Jika bilangan yang dipilih sama dengan jumlah ahli dalam set, formula jumlah permutasinya tanpa membenarkan pengulangan ialah

n!