Persamaan kimia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persamaan kimia menggambarkan perubahan sesuatu bahan kimia kepada bahan lain yang disebabkan oleh kecenderungannya melakukan tindak balas apabila bercampur dengan bahan kimia lain atau penguraian tersendiri oleh tindakan haba atau cahaya. Persamaan ini menggunakan simbol kimia untuk menunjukkan apa yang berlaku di dalam sesuatu tindak balas kimia.

Bahan awal yang digunakan di dalam sesuatu tindak balas dikenali sebagai reaktan manakala bahan yang terhasil dikenali sebagai hasil. Di dalam persamaan kimia, setiap bahan yang terlibat diwakili oleh formula kimianya dengan semua reaktan dituliskan di sebelah kiri dan hasil disebelah kanan. Bahan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh satu anak panah yang menghala ke arah hasil (reaktan → hasil). Jika terdapat lebih daripada satu reaktan atau hasil dalam sesuatu tindak balas maka sebatian ini dipisahkan oleh tanda campur (+).

Contohnya, serbuk zink (Zn) dipanaskan bersama dengan serbuk sulfur (S), serbuk putih zink sulfida (ZnS) dihasilkan. Tindak balas ini boleh diwakili oleh persamaan kimia seperti berikut:

Zn (p) + S (p) → ZnS (p)

Huruf di dalam kurungan menunjukkan keadaan sebatian tersebut ketika tindak balas berlangsung; pepejal (p), cecair (ce), gas (g) dan akueus (ak).

Sebagai contoh persamaan seimbang lain bagi tindak balas di antara gas hidrogen dan gas oksigen ialah 2H2 (g) + O2 (g) → 2H2O (ce).