Persatuan Bolasepak Negeri Johor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PBNJ
Johor2.png
Nama penuh Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
Gelaran Johor FA
Diasaskan 22 Disember 1955
Pengerusi Malaysia Tunku Ismail
Tapak web Laman kelab

PBNJ atau Persatuan Bolasepak Negeri Johor merupakan persatuan sukan yang bertanggungjawab mengendali hal ehwal sukan bolasepak di negeri Johor. Persatuan ini menguruskan 2 pasukan yang bermain dalam Liga Malaysia iaitu Johor Darul Takzim FC dalam Liga Super Malaysia serta Johor Darul Takzim II dalam Liga Perdana Malaysia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor atau PBNJ merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab menyelaras dan memajukan sukan bola sepak di negeri Johor. Persatuan Bolasepak Negeri Johor telah bergabung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai badan induk rasmi dalam sukan bolasepak di Malaysia. Persatuan yang dinaungi oleh DYAM Tunku Mahkota Johor ini telah ditubuhkan pada 29 Disember 1955 dan berpusat di Kluang pada awalnya. Persatuan Bolasepak Negeri Johor serta telah didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan kemudiannya didaftarkan semula di bawah Persuruhjaya Sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997. Sepanjang tempoh penubuhannya, Persatuan Bola Sepak Negeri Johor telah menempa beberapa kejayaan antaranya menjadi juara Piala Malaysia pada tahun 1985 dan 1991, Juara Piala Razak pada tahun 1983 serta menjadi Juara Piala FA pada tahun 1998. Di samping itu, persatuan juga telah diberi kepercayaan untuk mengelola pusingan awal dan suku akhir Kejohanan Piala Remaja Dunia pada tahun 1997 serta Pertandingan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia antara Iran dan Jepun pada tahun yang sama.


Pengurusan Persatuan[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Presiden Malaysia DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Timbalan Presiden Malaysia YB Dato’ Haji ismail Bin Karim
Naib Presiden I Malaysia Tn HJ Ismail Abd Rahman
Naib Presiden II Malaysia Tn HJ On B. Jabbar
Setiausaha Malaysia En. Mohd Fahmy Bin Yahya
Bendahari Malaysia YB Datuk Hj Abd Latif Bin Hj Bandi


Kelab gabungan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Kejohonan yang dianjurkan PBNJ:

  • Piala Tengku Mahkota Johor


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan[sunting | sunting sumber]