Persatuan Jesus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Persatuan Jesus

Ihs-logo.svg

Singkatan SJ, Jesuit
Penubuhan 15 Ogos 1534
Jenis kumpulan agama Katolik
Ibu pejabat Gereja Gesu,
Rome, Itali
Ketua Jeneral Adolfo Nicolás
Orang penting Ignatius dari Loyola — pengasas
Laman sesawang sjweb.info

Persatuan Jesus (Latin: Societas Iesu, S.J. dan S.I. atau SJ, SI) ialah sebuah kumpulan agama Gereja Katolik yang hanya terdiri daripada ahli-ahli lelaki yang dikenali sebagai Jesuits. Para paderi dan saudara Jesuit memikul tugas menyebarkan agama di 112 negara di enam benua seperti mencerminkan prinsip Persatuan iaitu Formula Insitut. Jesuit terlibat dalam bidang pendidikan, penyelidikan intelek, dan pembudayaa, selain kerja-kerja mubaligh, memberi ketenangan, perubatan, pemupukan keadilan sosial dan penyatupaduan sesama penganut.

Persatuan ini ditubuhkan oleh St. Ignatius dari Loyola yang mencipra Latihan Rohaniah agar lebih mendekati Masih. Pada tahun 1534, Ignatius mengumpul enam orang pemuda untuk berikrar agar hidup dalam kemiskinan, kebujangan, dan taat setia kepada paus. Peraturan Pemikiran bersama Gereja ke-13 tertera: "Saya percaya bahwa yang saya lihat sebagai putih adalah hitam jika ditetapkan sedemikian oleh tatatingkat Gereja"[1]. Rancangan Ignatius untuk menyusun kumpulan ini pada tahun 1539 menerima restu Paus Paul III pada tahun 1540 atas titah-perintah yang berisi Formula. Persatuan Jesus terlibat dalam Pemulihan Balas (terhadap gerakan Protestan), kemudian bertanggungjawab memodenkan Gereja Katolik.

Persatuan Jesus ditahbiskan di bawah naungan Madonna Della Strada (Madonna yang Dirahmati), serta dipimpin oleh Ketua Jeneral, kini Adolfo Nicolás.[2][3] Ibu pejabat Persatuan ini iaitu Kuria Utama, terletak di Rome. Kuria bersejarah St Ignatius kini sebahaguan Collegio del Gesù yang bersambung dengan Gereja Gesù, iaitu Ibu Gereja Jesuit.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Loyola, Ignatius; Rules for Thinking with the Church. Bettenson, Henry, pengarang. Documents of the Christian Church (edisi ke-ke-3). Oxford University Press, 1999. ms. 364–367. ISBN 0192880713. Diperoleh pada 23 Februari 2010. 
  2. News on the elections of the new Superior General
  3. africa.reuters.com, Spaniard becomes Jesuits' new "black pope"