Persatuan Mencegah Dadah Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang membela nasib dan kebajikan bekas penagih dadah di seluruh Malaysia. Dasar persatuan ini ialah "Dadah Musuh Nombor Satu Negara".

Perdana Menteri Malaysia adalah Penaung PEMADAM dan beliau yang melantik Yang DiPertua PEMADAM, ketika ini Dato' Mohd. Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Pada 17 April 2010, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Pengerusi Pemadam Sabah mahu semua lapisan masyarakat membasmi gejala dadah ini habis-habisan. Tugas ini bukan tugas kerajaan, Pemadam, badan bukan kerajaan, polis, Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) semata-mata tetapi semua rakyat tidak kira golongan. Ibu bapa hendaklah sentiasa memantau aktiviti anak-anak serta mengambil tahu dengan siapa mereka berkawan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]